Selasa, 1 Mac 2016

KISAH IBRAHIM ADHAM - Hatinya diketuk



Gambar hiasan

Ibrahim mewarisi sifat ayahnya yang suka berburu. Suatu hari dia menunggang kudanya dan pergi ke dalam hutan untuk memburu burung. Dibawanya bersama sebuku roti sebagai bekalan makanan.Tengah dia asyik memburu seekor burung, seekor gagak menyambar rotinya. Dia cuba memanah gagak itu tetapi gagal. Kerana perasaan marahnya kepada gagak itu, dia memacu kudanya ke arah gagak itu sehingga sampai di lereng bukit.

Alangkah terkejutnya dia apabila dia mendapati terdapat seorang lelaki yang diikat pada sebatang pokok.
“Sudah berapa lama kamu diikat?”tanya Ibrahim.
“7 hari lamanya,”jawab lelaki terbabit.
“Apa yang kamu makan sehingga mampu hidup sekian lama?”soalnya lagi.
“Tiap-tiap hari, Allah memberiku rezeki melalui binatang-binatangnya. Hari ini Allah menggunakan burung untuk menghantar sebuku roti kepadaku,” jawab lelaki itu.

Dia terfikir, jika binatangpun mampu membantu manusia, bagaimana pula dengan manusia? Bukankah manusia mampu membantu sesama manusia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...