Rabu, 31 Oktober 2018

Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Dari Anas RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikkan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya”. (HR Bukhari No: 12 ) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Ukhuwah sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang.
2.  Kesempurnaan iman seseorang ditunjukkan dengan sifat mengasihi saudara Muslim yang lain seperti ia mengasihi dirinya sendiri.
3.  Ibn Qayyim menyatakan:
a.  Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain
b.  Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada sahabat atau menjauhkannya daripada bencana.
4.  Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah telah mempersaudarakan dua kaum iaitu Auz dan Khazraj yang sebelum ini sering berperang dan bermusuhan tanpa henti. Tiada lagi permusuhan antara mereka, bahkan mereka saling berkasih sayang, bantu membantu antara satu sama lain termasuk menghulurkan pertolongan kepada golongan Muhajirin yang baru berhijrah dari Mekah ke Madinah.
5. Langkah strategik Baginda mempersaudarakan ini demi memastikan ikatan ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan penduduk Madinah kukuh terpatri. Ia menjadi faktor utama kepada kejayaan pembinaan Sahifah Madinah yang maju dan makmur.
6.  Jangan jadikan perbezaan politik,  pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah antara kita. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan perpaduan bersama.

JOM sempena Maal Hijrah 1440 ini kita sempurnakan iman dengan saling berkasih sayang dan berukhuwah untuk mewujudkan Malaysia menuju Negara Rahmah yang cemerlang dan diampuni Allah.

Menyantuni Ummah Membawa Rahmah.

Hijrah Menyantuni Ummah


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

Dari Abdullah bin Amru dari Nabi SAW, bersabda: "Seorang muslim adalah orang yang Kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah " (HR Bukhari No: 9) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Muslim yang sempurna adalah seorang yang bersifat rahmah, sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain (sentiasa  selamat dari gangguan lisan dan tangannya seperti umpatan, fitnah, adu domba dan lain-lain).
2.  Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna akan mendorong pemiliknya untuk melaksanakan hak-hak iman. Di antara hak-hak iman adalah: Menjaga amanah, jujur dalam bermuamalah, dan menahan diri dari berbuat zalim terhadap manusia dalam perkara darah dan harta mereka  sehingga orang lain merasa aman (kerana merasa tidak terganggu) darah dan harta mereka.
3.  Hijrah adalah perpindahan dari satu situasi atau keadaan kepada satu situasi atau keadaan yang lain.  Seorang yang berhijrah adalah mereka yang berpindah dari perkara yang tidak baik, berdosa dan maksiat kepada baik dan mendatangkan pahala.
4.  Hijrah dituntut ke atas setiap Muslim untuk melakukannya. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.
5.  Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan. Jika para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki di Mekah dan menempuh perit getir perjalanan untuk ke Madinah sehingga mereka selamat sampai. Oleh itu untuk berhijrah dan berubah, setiap kita perlu berkorban.

Marilah kita melakukan perubahan dan berhijrah dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih cemerlang dan gemilang serta diredhai Allah. Bersama membina Negara Rahmah.
Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1440.
Menyantuni Ummah Membawa Rahmah

Isnin, 15 Oktober 2018

.....kepada seluruh ummat manusia

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Antara Petikan Ceramah Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz, Masjid Putra Putrajaya Kuala Lumpur Malaysia, 1 Oktober 2018.

“Dahulu para Nabi-Nabi yang sebelum Nabi Muhammad masing-masing diutus pada kaumnya sahaja. Akan tetapi Nabi Muhammad diutus kepada seluruh ummat manusia. Beliaulah yang diajak bercakap oleh Allah Subhanahu wa Taala di dalam Al-Quran. Dengan Firman Allah Taala yang berbunyi “Sesungguhnya engkau berada diatas budi pekerti dan akhlak yang teramat agung.” Dalam ayatNya yang lain Allah Berfirman “Dan tidaklah kami mengutusmu wahai Rasulullah Muhammad melainkan kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira dan juga pemberi peringatan. Dan tidaklah Kami mengutus engkau melainkan semata- mata Rahmat dan Kasih Sayang bagi seluruh ummat manusia dan alam semesta.”

“Ya Allah sampaikan selawat dan salamMu dan juga kemuliaanMu kepada orang ini yang menjadi sebab bagi kami datangnya hidayah yang kami terima dan Engkau muliakan kami dengannya. Sehingga dengan berkatnya lah Engkau jadikan kami sebaik-baiknya ummat. Bukan disebabkan oleh kerana panjangnya umur kerana ummat ini adalah ummat yang dikenali pendek umurnya. Yang mana kemuliaan itu bukan kerana kami lebih banyak banggunan dan inovasi yang kami lakukan, bukan kerana itu. Bukan juga oleh kerana kami memiliki badan yang besar, bahkan ummat ini adalah memiliki badan yang kecil. Dan kemuliaan itu bukan kerana kita, ummat yang paling banyak dibanding ummat lain, namun perbandingan kita dibanding ummat lain bagaikan selembar  rambut putih ditubuh seekor banting atau sapi berwarna hitam. Akan tetapi engkau jadikan kami semua wahai Allah yang paling mulia dari seluruh ummat, dan kami jadikan yang terbaik diantara semua ummat. Dengan apa kemuliaan ini kami dapat wahai Allah, itu semata-mata anugerahMu disebabkan wasilah Nabimu, agar semua manusia yang terdahulu dan yang akan datang, dan semua penghuni langit dan bumi agar mereka mengerti bahawasanya keagungan hanyalah milik Allah Subhanahu wa Taala.”

“Dan orang yang termulia adalah orang yang mulia disisiMu Wahai Allah. Semua neraca selain daripada necaca ini maka adalah neraca yang tidak betul dan keliru. Dan telah Engkau jadikan jalan menuju kemuliaanMu adalah melalui konsep taqwa. Dan Engkau katakan di dalam Al-Quran yang paling mulia diantara kalian semua adalah yang paling taqwa antara kalian. Dan Engkau jadikan orang yang paling bertaqwa adalah NabiMu, Nabi Muhammad. Maka tertuang kemuliaan Rasulullah pada seluruh ummat. Dengan mengikuti kepada Nabi bukan kerana dzatnya. Ketika Allah Subhanahu wa Taala memanggil kita melalui Nabi Muhammad, maka kita menjadi ummat yang terbaik. Kerana yang memanggil kita, Rasul yang terbaik. Oleh kerana kemuliaan orang yang paling bertaqwa ini, orang-orang yang lainnya akan mengundurkan diri nanti di Hari Kiamat, bilamana melintasi sirat, melainkan orang yang paling bertaqwa ini terlebih dahulu melintasinya.”

“Kerana Nabi kita adalah yang paling taqwa dan paling hebat sehingga para Nabi-Nabi yang jelas mereka lebih taqwa daripada ummat Nabi Muhammad, maka mereka harus tertunda melalui sirat dan masuk ke dalam syurga hingga ummat ini, ummat Rasulullah individu terakhir ummat ini masuk ke dalam syurga, maka baru yang lain boleh masuk setelah ummatnya. Dan juga syurga itu tiada siapa yang akan memasukinya daripada Nabi, melainkan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam dan juga daripada orang yang terakhir daripada ummat Nabi yang akan memasuki syurga, baru orang lain. Ketahuilah tidak ada keagungan kecuali apa yang dimuliakan dan diagungkan oleh Allah. Kalau disebutkan bahawasanya hari yang begitu dahsyat dan juga agung adalah hari Kiamat.”

https://t.me/iloverasulullah

.............. kedatangan Hari Kiamat,

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Antara Petikan Ceramah Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz, Masjid Putra Putrajaya Malaysia, 1 Oktober 2018.

“Allah Taala menceritakan tentang kedatangan Hari Kiamat, tidakkah mereka menyakini kalau kelak mereka akan berdiri di hadapan Allah Subhanahu wa Taala di hari yang agung, hari mereka menghadap kepada Allah. Oleh kerana keagungan yang ada pada hari itu, oleh kerana keagungan yang ada pada kaum mukminin, maka apa yang dihadiahkan oleh Allah nanti di Hari Kiamat, maka hari itu dikatakan hari yang agung. Apabila dikatakan bahawasanya para Nabi-Nabi dulu dikatakan ini adalah Hari Kiamat, harinya kalian, hari menguntungkan kalian, tapi untuk ummat Nabi Muhammad ini adalah hari kalian, wahai ummat Nabi Muhammad dan ini adalah harinya Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam. Sesungguhnya mereka orang-orang yang akan dibangkitkkan nanti di Hari Kiamat daripada golongan orang-orang yang mulia tiada seorang pun daripada mereka yang akan terkeluar daripada kuburnya melainkan kubur Nabi Muhammad terlebih dahulu terbelah untuk beliau keluar. Orang-orang yang dikatakan ini adalah hari keberuntungan kepada kalian, mereka semuanya tidak mampu memberikan syafaat hingga Nabi Muhammad memberikan syafaat terlebih dahulu. Sehingga pada hari yang begitu agung itu nanti di Hari Kiamat tiada seorang pun juga yang mampu melintasi kepada as-sirat sehingga Nabi Muhammad terlebih dahulu melintasinya.”
“Mereka yang dikatakan ini hari yang menguntungkan kalian, tetap mereka tidak dapat dan tidak boleh masuk syurga hingga Nabi Muhammad terlebih dahulu masuk. Kalau di hari itu nanti, hari yang agung bagi umumnya kaum mukminin, tapi bagi Rasulullah adalah hari yang agung secara khusus. Dan sesungguhnya beliaulah Nabi Muhammad yang berkata “Aku yang pertama menghampiri pintu syurga dan aku yang membuka daripada pintu tersebut dan menggerakkannya pertama kali dan bersama kaum mukminin. Beliau juga yang bersabda “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan syurga kepada seluruh pada Nabi, melainkan aku terlebih dahulu masuk ke dalamnya. Dan diharamkan syurga untuk dimasuki oleh ummat-ummat mereka hingga dimasuki ummat Nabi Muhammad.”

“Wahai Allah sampaikanlah selawat kepada beliau, dan jadikanlah kami sebaik-baik ummatnya. Ya Allah limpahkan selawatMu atas Nabi Muhammad dan jadikan kami orang yang bersama Rasulullah masuk ke dalam syurganya kelak. Ya Allah sampaikanlah selawat kepadanya dan jadikanlah kami orang yang masuk ke dalam syurga tanpa hisab. Ya Allah selawatlah kepada Nabi Muhammad dan jangan Engkau tinggalkan kami barisannya Rasulullah dan mukminin yang masuk bersamanya ke dalam syurga. Dan sampaikanlah selawatMu juga kepada ahli keluarganya yang suci. Yang mana mereka keluarga Rasulullah adalah para kaum yang senantiasa berjalan seiring dengan Al-Quran dan tidak akan terpisah dari Al-Quran sehingga hari kiamat.”

“Dan selawat kepada sahabat Nabi yang baik. Dari kaum Muhajirin dan Ansarnya. Yang telah Engkau memuji kepada mereka di dalam Al-Quran. Dan segenap orang-orang yang mengikuti jejak mereka dengan baik. Jadikanlah kami bahagian daripada mereka. Dan atas para-para Nabi dan Rasul, dan juga bersama dengan keluarga dan sahabat mereka. Dan segenap para malaikat-malaikat yang dekat denganMu. Dan kepada seluruh hamba-hambaMu yang soleh. Dan masukkan lah kami bersama mereka dan di dalam kelompok mereka. Dan kepada semua yang hadir dalam perkumpulan ini, dan semua yang mendengarkan acara ini, sampaikanlah selawat kepada kami bersama dengan mereka. Limpahkanlah selawatMu atas kami di dalam perkumpulan ini, berikanlah kepada kami selawat bersama dengan mereka. Dan selawat serta salam yang banyak. Wahai Yang Maha Pengasih.”

https://t.me/iloverasulullah

Tidak ada yang salah dalam setiap keputusan Allah

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Tidak ada yang salah dalam setiap keputusan Allah. Yang ada hanyalah kekerdilan hati kita dalam menyingkap hikmah disebaliknya. Bukankah kita mengaku bahawa hidup dan mati kita hanya untuk Allah? Bukankah kita beriman dengan takdir yang baik dan buruk?. Mari menghamba, mengabdi kepada Allah seluruh alam semesta beserta bumi dan isinya dimiliki olehNya. Bukankah bererti ujian dan rintangan dalam hidupmu juga diatur olehNya?  Lantas apa yang perlu engkau risaukan.”

[Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz.]

Jangan menyimpan dendam

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Jangan menyimpan dendam terhadap orang-orang yang mencaci maki, atau mereka yang suka berbicara buruk, atau mereka yang sering melukaimu. 'Bukan' tugasmu untuk menanggapi dan membalas cacian dengan cacian atau sejenisnya.

Namun, tugasmu yang sebenarnya adalah bersandar pada pemahaman rahsia Wahyu dan ajaran agama yang benar, dan berjalan tegap dengan indah seperti yang seharusnya pernah dilakukan oleh hamba-hamba Allah yang soleh.

Lewati semua itu melalui keheningan dan diam atau berikan mereka senyum terbaikmu atau berlalulah terus tanpa perlu menanggapi saat kalian berhadapan dengan situasi seperti itu. Itulah cara terbaik, dan yakinlah bahawa itu adalah penuntas persoalan tanpa menimbulkan masalah lain."

[Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz]

SYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT BAIK SEDIKIT MAUPUN BANYAK

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Dikisahkan ada seorang wanita ingin memberikan hadiah sedikit makanan kepada Syaikh Abu Bakar bin Salim. Di depan rumah beliau wanita itu bertemu dengan pembantu Syaikh Abu Bakar bin Salim. Lalu oleh pembantu tersebut wanita itu tidak diperbolehkan memberikan hadiah lantaran Syaikh sedang beristirahat dan tidak berani membangunkannya sambil berkata, "Engkau ingin memberikan sedikit makanan itu kepada Syaikh? Lihatlah ke belakang, beliau itu punya banyak makanan bahkan setiap hari beliau membagikan 500 makanan kepada orang-orang.

Lalu sang wanita itu tertunduk lesu kecewa karena tidak bisa memberikan hadiah yang sudah ia persiapkan. Dalam perjalanan pulang, di tengah gurun ia bertemu dengan Syaikh Abu Bakar bin Salim. Beliau sudah mengetahui akan niat baik wanita itu bahwa ia ingin memberikan hadiah karena Allah, lalu Beliau mengatakan tidak perlu kecewa sesungguhnya hadiah yang sedikit menurut orang itu justru bernilai besar di hadapan Allah.

Karena Allah sendiri telah berfirman "Barangsiapa melakukan kebaikan walaupun sebesar biji 'Dzarrah' sekalipun maka akan dibalas kebaikan pula oleh Allah. Kemudian Syaikh Abu Bakar bin Salim menemui pembantunya dan berkata bahwa  engkau telah menyakiti hati seorang hamba Allah, meskipun ia memberi hadiah yang sedikit tetapi ia ingin memberi karena Allah, sungguh bahwa barangsiapa tidak mensyukuri sedikit nikmat yang ia terima, maka ketika mendapat nikmat banyak pun ia tidak bisa mensyukurinya.

[Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz]
(Terjemahan oleh Habib Thohir bin Abdullah Al-Kaff, Gedung Smesco, Jakarta Selatan, 6 Oktober 2018, sumber omartvdotnet)

Selasa, 2 Oktober 2018

HATI & AKHLAK KAMU

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

1) “Adakah kamu rela Allah melihat ke dalam hati kamu, dan kamu sedang mengagungkan perkara yang Allah hinakan? Sehingga dengannya kamu akan diharamkan mendapat keagungan dari Allah سبحانه و تعالى?”
2) “Jangan menggganggu haiwan kerana merasa tiada yang akan membalasnya kerana kelak nanti akan dibalas Allah سبحانه و تعالى. Apatah lagi jika yang diganggu ialah orang Islam sendiri? Maka tiada akan terlepas seorang pun.. Setitik pun akan dihisab.”
[Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz]

Masjid Putra Putrajaya, Malaysia, 1 Oktober 2018 / 21 Muharram 1440 H 
(Sumber: Muwasolah Baina ‘Ulama Muslimin Malaysia)

MEMAHAMI ISLAM

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang diredhai oleh Allah. Dan Al-Quran adalah method untuk membimbing manusia mendapat petunjuk kepada Allah. Dan ianya adalah merupakan anugerah terbesar diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang diperintahkan untuk mentaati Allah. Allah berfirman, Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam. Barangsiapa yang memilih agama selain daripada Islam, maka tiada akan diterima. Kalau mereka berpaling, katakanlah kepada mereka, sesungguhnya kami adalah orang Islam. Ini adalah Islam dalam keagunganNya. Dan dalam kesempurnaanNya, dan juga pada mukjizatNya.”

“Islam adalah satu manhaj, satu methodologi yang sentiasa diperbaharui dan tidak berubah. Dan tiada akan ada perubahan pada dasar-dasar Islam. Tiada sesiapapun juga kelompok manapun juga, mana-mana golongan pun juga akan mendapati penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi selain daripada agama yang  diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Kepada mereka yang memiliki akal fikiran yang waras maka hendaklah melihat kepada fakta ini dengan jujur. Dan juga mengakui akan fakta dan kenyataan yang ada. Tanpa diiringi dengan sifat fanatik ataupun terbawa dengan kecenderungan kepada tujuan-tujuan yang hina. Seperti mana kamu semua telah mendengar perkara yang demikian daripada Syeikh Badaruddin.”

“Orang-orang yang mempertikai tentang Islam adalah Islam itu dilihat musykil bagi mereka yang tidak memahami tentang Islam. Akan tetapi masalah akan menjadi lebih besar bilamana orang Islam sendiri yang tak faham Islam. Seseorang muslim itu adalah orang yang memahami mesej dan juga penyampaian daripada Allah terhadap dirinya. Dan menyerahkan segala-galanya kepada hukum hakam Allah. Dan bebas daripada menjadi pengikuti kepada hawa nafsu dan juga kepada ambisi, termasuk bebas daripada mengikut daripada syaiton dan juga musuh-musuh. Dan merasa mulia dengan kemuliaan menjadi hamba kepada Allah Subhanahu wa Taala dan bukan menjadi hamba kepada sesiapapun dan ia merasa bangga dengan yang demikian. Maka pada hakikatnya tiada kemusykilan bagi kaum muslimin kecuali kepada mereka yang tidak memiliki sifat-sifat yang jelas untuk memahami konsep ini.”

“Adapun kaum muslimin dengan sifat-sifat yang saya sebutkan sebentar tadi, maka mereka adalah menjadi sebab penyelesaian kepada segala permasalahan dan mereka itu umpama bintang-bintang yang menjadi penunjuk kepada mereka yang mencari jalan. Marilah kita tengok salah satu tanda yang ada kepada mereka sebagai seorang Islam. Nabi bersabda, “Seorang muslim itu, orang Islam lain selamat daripada lisan dan tangannya,”. Tunduknya orang itu kepada Allah membebaskan dirinya daripada terbelenggu kepada hawa nafsunya. Dan dianugerahkan kepada dirinya kekuatan untuk mengontrol (mengawal) lisannya di dalam berucap. Dan juga menjadikan untuknya neraca di dalam mengontrol tangannya di dalam gerakkannya. Melakukan demikian itu kerana Allah Subhanahu wa Taala sehingga dia mengawal akan lisannya dan juga tangannya untuk melakukan satu perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah Subhanahu wa Taala.”

[Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz]
(Masjid Wilayah Persekutuan, Malaysia, 30 September 2018)
https://t.me/iloverasulullah

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...