Selasa, 2 Oktober 2018

MEMAHAMI ISLAM

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang diredhai oleh Allah. Dan Al-Quran adalah method untuk membimbing manusia mendapat petunjuk kepada Allah. Dan ianya adalah merupakan anugerah terbesar diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang diperintahkan untuk mentaati Allah. Allah berfirman, Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam. Barangsiapa yang memilih agama selain daripada Islam, maka tiada akan diterima. Kalau mereka berpaling, katakanlah kepada mereka, sesungguhnya kami adalah orang Islam. Ini adalah Islam dalam keagunganNya. Dan dalam kesempurnaanNya, dan juga pada mukjizatNya.”

“Islam adalah satu manhaj, satu methodologi yang sentiasa diperbaharui dan tidak berubah. Dan tiada akan ada perubahan pada dasar-dasar Islam. Tiada sesiapapun juga kelompok manapun juga, mana-mana golongan pun juga akan mendapati penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi selain daripada agama yang  diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Kepada mereka yang memiliki akal fikiran yang waras maka hendaklah melihat kepada fakta ini dengan jujur. Dan juga mengakui akan fakta dan kenyataan yang ada. Tanpa diiringi dengan sifat fanatik ataupun terbawa dengan kecenderungan kepada tujuan-tujuan yang hina. Seperti mana kamu semua telah mendengar perkara yang demikian daripada Syeikh Badaruddin.”

“Orang-orang yang mempertikai tentang Islam adalah Islam itu dilihat musykil bagi mereka yang tidak memahami tentang Islam. Akan tetapi masalah akan menjadi lebih besar bilamana orang Islam sendiri yang tak faham Islam. Seseorang muslim itu adalah orang yang memahami mesej dan juga penyampaian daripada Allah terhadap dirinya. Dan menyerahkan segala-galanya kepada hukum hakam Allah. Dan bebas daripada menjadi pengikuti kepada hawa nafsu dan juga kepada ambisi, termasuk bebas daripada mengikut daripada syaiton dan juga musuh-musuh. Dan merasa mulia dengan kemuliaan menjadi hamba kepada Allah Subhanahu wa Taala dan bukan menjadi hamba kepada sesiapapun dan ia merasa bangga dengan yang demikian. Maka pada hakikatnya tiada kemusykilan bagi kaum muslimin kecuali kepada mereka yang tidak memiliki sifat-sifat yang jelas untuk memahami konsep ini.”

“Adapun kaum muslimin dengan sifat-sifat yang saya sebutkan sebentar tadi, maka mereka adalah menjadi sebab penyelesaian kepada segala permasalahan dan mereka itu umpama bintang-bintang yang menjadi penunjuk kepada mereka yang mencari jalan. Marilah kita tengok salah satu tanda yang ada kepada mereka sebagai seorang Islam. Nabi bersabda, “Seorang muslim itu, orang Islam lain selamat daripada lisan dan tangannya,”. Tunduknya orang itu kepada Allah membebaskan dirinya daripada terbelenggu kepada hawa nafsunya. Dan dianugerahkan kepada dirinya kekuatan untuk mengontrol (mengawal) lisannya di dalam berucap. Dan juga menjadikan untuknya neraca di dalam mengontrol tangannya di dalam gerakkannya. Melakukan demikian itu kerana Allah Subhanahu wa Taala sehingga dia mengawal akan lisannya dan juga tangannya untuk melakukan satu perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah Subhanahu wa Taala.”

[Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz]
(Masjid Wilayah Persekutuan, Malaysia, 30 September 2018)
https://t.me/iloverasulullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ROH ALAM BARZAKH SALING MENZIARAHI

  1.        Firman Allah SWT dalam surah al-Syura, ayat 30 bermaksud: “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala b...