Isnin, 15 Oktober 2018

.............. kedatangan Hari Kiamat,

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Antara Petikan Ceramah Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz, Masjid Putra Putrajaya Malaysia, 1 Oktober 2018.

“Allah Taala menceritakan tentang kedatangan Hari Kiamat, tidakkah mereka menyakini kalau kelak mereka akan berdiri di hadapan Allah Subhanahu wa Taala di hari yang agung, hari mereka menghadap kepada Allah. Oleh kerana keagungan yang ada pada hari itu, oleh kerana keagungan yang ada pada kaum mukminin, maka apa yang dihadiahkan oleh Allah nanti di Hari Kiamat, maka hari itu dikatakan hari yang agung. Apabila dikatakan bahawasanya para Nabi-Nabi dulu dikatakan ini adalah Hari Kiamat, harinya kalian, hari menguntungkan kalian, tapi untuk ummat Nabi Muhammad ini adalah hari kalian, wahai ummat Nabi Muhammad dan ini adalah harinya Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam. Sesungguhnya mereka orang-orang yang akan dibangkitkkan nanti di Hari Kiamat daripada golongan orang-orang yang mulia tiada seorang pun daripada mereka yang akan terkeluar daripada kuburnya melainkan kubur Nabi Muhammad terlebih dahulu terbelah untuk beliau keluar. Orang-orang yang dikatakan ini adalah hari keberuntungan kepada kalian, mereka semuanya tidak mampu memberikan syafaat hingga Nabi Muhammad memberikan syafaat terlebih dahulu. Sehingga pada hari yang begitu agung itu nanti di Hari Kiamat tiada seorang pun juga yang mampu melintasi kepada as-sirat sehingga Nabi Muhammad terlebih dahulu melintasinya.”
“Mereka yang dikatakan ini hari yang menguntungkan kalian, tetap mereka tidak dapat dan tidak boleh masuk syurga hingga Nabi Muhammad terlebih dahulu masuk. Kalau di hari itu nanti, hari yang agung bagi umumnya kaum mukminin, tapi bagi Rasulullah adalah hari yang agung secara khusus. Dan sesungguhnya beliaulah Nabi Muhammad yang berkata “Aku yang pertama menghampiri pintu syurga dan aku yang membuka daripada pintu tersebut dan menggerakkannya pertama kali dan bersama kaum mukminin. Beliau juga yang bersabda “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan syurga kepada seluruh pada Nabi, melainkan aku terlebih dahulu masuk ke dalamnya. Dan diharamkan syurga untuk dimasuki oleh ummat-ummat mereka hingga dimasuki ummat Nabi Muhammad.”

“Wahai Allah sampaikanlah selawat kepada beliau, dan jadikanlah kami sebaik-baik ummatnya. Ya Allah limpahkan selawatMu atas Nabi Muhammad dan jadikan kami orang yang bersama Rasulullah masuk ke dalam syurganya kelak. Ya Allah sampaikanlah selawat kepadanya dan jadikanlah kami orang yang masuk ke dalam syurga tanpa hisab. Ya Allah selawatlah kepada Nabi Muhammad dan jangan Engkau tinggalkan kami barisannya Rasulullah dan mukminin yang masuk bersamanya ke dalam syurga. Dan sampaikanlah selawatMu juga kepada ahli keluarganya yang suci. Yang mana mereka keluarga Rasulullah adalah para kaum yang senantiasa berjalan seiring dengan Al-Quran dan tidak akan terpisah dari Al-Quran sehingga hari kiamat.”

“Dan selawat kepada sahabat Nabi yang baik. Dari kaum Muhajirin dan Ansarnya. Yang telah Engkau memuji kepada mereka di dalam Al-Quran. Dan segenap orang-orang yang mengikuti jejak mereka dengan baik. Jadikanlah kami bahagian daripada mereka. Dan atas para-para Nabi dan Rasul, dan juga bersama dengan keluarga dan sahabat mereka. Dan segenap para malaikat-malaikat yang dekat denganMu. Dan kepada seluruh hamba-hambaMu yang soleh. Dan masukkan lah kami bersama mereka dan di dalam kelompok mereka. Dan kepada semua yang hadir dalam perkumpulan ini, dan semua yang mendengarkan acara ini, sampaikanlah selawat kepada kami bersama dengan mereka. Limpahkanlah selawatMu atas kami di dalam perkumpulan ini, berikanlah kepada kami selawat bersama dengan mereka. Dan selawat serta salam yang banyak. Wahai Yang Maha Pengasih.”

https://t.me/iloverasulullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ROH ALAM BARZAKH SALING MENZIARAHI

  1.        Firman Allah SWT dalam surah al-Syura, ayat 30 bermaksud: “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala b...