Rabu, 31 Oktober 2018

Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Dari Anas RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikkan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya”. (HR Bukhari No: 12 ) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Ukhuwah sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang.
2.  Kesempurnaan iman seseorang ditunjukkan dengan sifat mengasihi saudara Muslim yang lain seperti ia mengasihi dirinya sendiri.
3.  Ibn Qayyim menyatakan:
a.  Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain
b.  Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada sahabat atau menjauhkannya daripada bencana.
4.  Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah telah mempersaudarakan dua kaum iaitu Auz dan Khazraj yang sebelum ini sering berperang dan bermusuhan tanpa henti. Tiada lagi permusuhan antara mereka, bahkan mereka saling berkasih sayang, bantu membantu antara satu sama lain termasuk menghulurkan pertolongan kepada golongan Muhajirin yang baru berhijrah dari Mekah ke Madinah.
5. Langkah strategik Baginda mempersaudarakan ini demi memastikan ikatan ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan penduduk Madinah kukuh terpatri. Ia menjadi faktor utama kepada kejayaan pembinaan Sahifah Madinah yang maju dan makmur.
6.  Jangan jadikan perbezaan politik,  pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah antara kita. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan perpaduan bersama.

JOM sempena Maal Hijrah 1440 ini kita sempurnakan iman dengan saling berkasih sayang dan berukhuwah untuk mewujudkan Malaysia menuju Negara Rahmah yang cemerlang dan diampuni Allah.

Menyantuni Ummah Membawa Rahmah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...