Selasa, 2 Julai 2024

NASiHAT KEHiDUPAN

 Sekadar Bicara...

Antara kunci menjadi kekayaan jiwa adalah suka sedekah..

Sedekah sumber kekayaan. Semakin sering kita keluarkan sesuatu di jalan Allah maka semakin terbuka rezeki kita.

Semakin sempurna yang kita beri maka semakin sempurna yang kita akan dapat.

Semakin baik kita berikan di jalan Allah, semakin baik kita akan dapat dari Allah.

Sedekah itu membahagiakan.

Antara keajaiban sedekah ialah:-
+ Melipat-gandakan rezeki
+ Mempermudahkan bayar hutang
+ Menolak musibah
+ Mengubati penyakit

Sentiasalah bersedekah. Usah dihitung sedekah kita. Usah takut ia hilang dan tak berbalas. Sebab Allah Maha Mengetahui kebajikan setiap hambaNya. Dan DIA pasti membalas dengan balasan yang baik.

Firman Allah SWT dalam surah An'am ayat 160.
"Barangsiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalnya..." (Surah Al-An'am [6]:160)

Setiap kali kita bersedekah maka Allah akan gantikan dengan sepuluh kali ganda dari sedekah kita.

Tidak akan menjadi miskin melarat untuk siapa yang bersedekah lillahitaala. Kerana pasti Allah akan gantikan dengan yang lebih baik buat kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  ·      ·        JULAIBIB ·        Julaibib  merupakan seorang pemuda yang berasal dari kota  Madinah . Sifat fizikalnya yang rendah dan ...