Memaparkan catatan dengan label KiSaH NaBi RaSuL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KiSaH NaBi RaSuL. Papar semua catatan

Rabu, 14 November 2012

PENGEMBARAAN NABI YAAKUB

PENGEMBARAAN NABI YAAKUB


Padang Pasir Sahara
Firman Allah SWT dalam Surah Yusuf Ayat 6:
 "Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu, dan akan mengajarmu takbir mimpi, serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub: sebagaimana Ia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Sikap cemburu dan iri hari yang telah menguasai diri Ishu semakin menjadi-jadi terhadap saudaranya Yaakub, sehingga ia berani membuat berbagai- bagai ancaman untuk menakut-nakutkan saudaranya itu. Sikap ini tidak dapat dibendung lagi setelah dicalonkan oleh ibunya kepada Nabi Ishak untuk didoakan supaya Yaakub mendapat keberkahan pada umurnya, dilimpahi rezeki yang banyak dan baik serta mendapat keturunan yang baik serta soleh.

Ishu mengancam Yaakub yang ia pada suatu masa nanti bahawa zuriatnya akan membinasakan keturunannya kelak. la juga menunjukkan sifat bangganya di hadapan Yaakub kerana berjaya memiliki isteri-isteri yang cantik serta ramai anak. Sedang Yaakub pula tidak mempunyai isteri dan anak, apa lagi harta benda, langsung ia tidak miliki. Namun demikian Yaakub memadai dengan mendapat kasih sayang dari ibu bapanya.

Akan tetapi, sikap Ishu yang keterlaluan itu tidak dapat diubah lagi dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Yaakub terhadapnya. Sehingga dengan itu Yaakub merasakan bahawa tidak ada jalan lagi ia harus berusaha untuk mengelakkan daripada terputusnya perhubungan saudara antara mereka berdua. Dan sememangnya hal yang demikian dikehendaki oleh Ishu agar saudaranya Yaakub tidak lagi menetap bersama-sama mereka. Baginya Yaakub adalah punca renggangnya kasih sayang dari ibu bapa terhadapnya.

Yaakub dapat merasakan keinginan saudaranya itu. Lalu ia mengambil keputusan untuk berjumpa ayahnya iaitu Nabi Ishak yang ketika itu sudah lanjut usianya. Sungguhpun begitu Yaakub sangat menghormati dan memuliakan ayahnya yang telah mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Yaakub agak keberatan memberitahu keadaan itu kepada ayahnya, tetapi memandangkan usahanya selama ini tidak dapat menyelesaikan kerumitan antara mereka berdua, maka Yaakub menggagahi untuk menghadap Nabi Ishak bagi meminta pandangan dan nasihat dari ayahnya sendiri.

“Wahai ayahandaku Nabi Allah, sungguhpun usiamu begitu lanjut namun aku tetap memuliakanmu dan menghormati kedudukanmu di sisi Tuhan. Aku juga mengetahui bahawa dirimu juga telah terlalu uzur akan tetapi aku menyakini yang ayah akan mampu menolong aku memberi pandangan dan nasihat kepadaku, bahawa aku ketika ini sedang berhadapan dengan masalah antara aku dengan saudaraku sendiri iaitu Ishu.”

“Wahai ayahandaku, aku telah gagal untuk menyelamatkan hubungan persaudaraan antara kami berdua. Ishu terlalu mencemburui aku kerana aku telah mendapat perhatian dan kasih sayang yang lebih darinya. Lebih-lebih lagi setelah ia mengetahui ayah selalu mendoakan untukku agar aku sentiasa memperoleh barakah, mendapat keturunan yang baik serta ayah juga mendoakan agar kehidupanku dirahmati Allah dan memperolehi kebahagiaan.

Kerana sikapnya yang sudah keterlaluan itu, aku tidak dapat lagi menahan rasa sabar dan sedihku, lebih-lebih lagi ia menyombongi aku dengan isteri-isterinya yang cantik yang dari keturunan bangsawan itu serta anak-anaknya yang ramai. Sedang aku tidak memiliki apa-apa pun, tiada isteri, tiada anak dan tiada pula harta benda untuk dibanggakan.

Oleh itu wahai ayahanda, aku mengadukan hal ini kepadamu agar ayah dapat menemukan jalan penyelesaian, agar perhubungan kami yang telah sedia retak ini tidak terus terputus. Aku juga mengetahui bahawa ayahanda adalah Nabi Allah dan selalu pula mendapat wahyu dari Allah serta mempunyai pandangan yang tajam dan pemikiran yang dalam, maka fikirkanlah bagaimana jalannya untuk menyelesaikan kerumitan ini wahai ayahku.”

Nabi Allah Ishak bila mana mendengar pengaduan dan cerita dari anak yang dikasihinya itu lalu ia menangis teresak-esak. la merasakan bahawa ujian Allah kali ini amat berat baginya dalam usianya yang begini lanjut. Namun ia menjawab keresahan yang dialami oleh anaknya Yaakub. “Anakku Yaakub, aku terlalu sedih mendengarkan berita ini. Wahai anakku, sayangnya aku sudah terlalu tua da- kau sendiri dapat menyaksikan keadaan wajahku yang sudah berkedut beribu ini dan bongkok punggungku. Dengan itu aku sudah tidak berkeupayaan lagi melakukan apa-apa kerja pun.”

“Wahai anakku Yaakub, kau juga mengetahui usiaku yang makin hampir ke ambang maut, panggilan llahi semakin hampir aku rasakan, dan aku juga akan mengucapkan selamat tinggal kepadamu dan dunia ini. Tetap jika aku mati di saat ini sedang kamu bersaudara tidak berbaik antara satu sama lain maka sudah pasti menderita hidupku di sana nanti dan hidupmu juga akan teraniaya, kerana saudaramu itu bijak dalam soal ini. Dan tentu ia akan berusaha meminta pertolongan dan sepupumu yang berkedudukan dan berpengaruh di daerah ini.

Wahai Yaakub, dengar dan turutilah nasihat serta pandanganku ini. Hanya ini sahaja yang mampu aku tolongimu dalam keuzuranku yang begini. Engkau tinggalkanlah, berangkatlah engkau meninggalkan bumi tumpah darahmu ini buat sementara waktu. Pergilah engkau ke negeri bapa saudaramu sebelah ibumu yang berada di negeri Faddan A’ram iaitu di Iraq. Cari dan dapatkan bapa saudaramu itu, yang namanya ialah Laban bin Batwail. Di sana nanti engkau akan terpelihara dan diistimewakan. Apabila engkau telah berjumpa dengan bapa saudaramu itu maka sampaikan salamku dan engkau berusahalah untuk menyunting salah seorang anak gadisnya. Engkau akan memperolehi keluarga yang bahagia dan akan mendapat kesenangan serta keberkatan hidup.

Engkau juga akan dimuliakan dengan sebab isterimu itu, dari keturunan yang mulia dan disegani di situ. Selepas itu, engkau kembalilah semula ke negeri asalmu ini (Syam). Aku akan mendoakan agar engkau dapat mengatasi masalahmu ini suatu hari nanti. Mudah-mudahan Allah memelihara dan membantu setiap usaha dan pekerjaanmu hingga engkau berjaya dan juga memelihara umatmu.”

Nasihat dan pandangan dari Nabi Allah itu, didengar dan diterima dengan baik oleh Yaakub. Sekalipun agak berat untuk dituruti kerana terpaksa berpisah dengan kedua orang tua yang sangat dicintainya. Namun semua itu adalah untuk kebaikan baginya lebih-lebih lagi untuk saudaranya Ishu.

Dengan berat hati, maka berangkatlah Yaakub melangkah, meninggalkan bumi Syam dan kedua orang tuanya. Perginya dengan berbekalkan makanan yang sedikit tetapi membawa jiwa taqwa yang kental untuk berhadapan dengan ujian Allah yang lebih besar yang telah sedia menanti di hadapannya.

Mulalah Yaakub menjalani satu pengembaraan seorang diri, merempuh padang pasir Sahara tanpa binatang tunggangan. Padang pasir yang luas dan tandus dengan panas terik matahari dan angin panas yang seakan-akan membakar kulit halusnya. Namun Yaakub terus berjalan tanpa henti-hentinya untuk menuju ke matlamat yang dinyatakan oleh ayahnya.

Setiap hari dia meneruskan perjalanan hinggalah habis bekalan yang dibawanya dan ketika ini dia diserang kelaparan dan kehausan yang amat serta kepenatan yang menyerang seluruh anggota dan sendinya kerana pengembaraan yang berhari-hari itu yang meragut hampir seluruh tenaganya sehingga Yaakub merasa seakan- akan tidak mampu lagi untuk meneruskan perjalanannya. Sedang di hadapannya masih terbentang padang pasir yang luas, tidak kelihatan pun pokok dan tumbuhan yang hijau. Ketika itulah Yaakub benar-benar dapat merasakan kesusahan dan penderitaan musafirnya, menanggung lapar dan dahaga yang amat hingga dia bimbang perjalanannya itu sama ada perlu diteruskan atau berpatah balik.

Dalam dia menimbang-nimbang itu, terlihat olehnya sebuah batu besar yang mempunyai sedikit naungan untuk berteduh dari matahari. Yaakub Iantas berhenti di bawah naungan itu, melepaskan lelah dan penat akibat perjalanan yang begitu jauh dan menyulitkan yang menyebabkan pecah-pecah tapak kakinya kerana pasir-pasir yang panasnya seperti bara api.

Yaakub lalu tertidur di situ dengan tidur yang begitu nyenyak. Dalam tidurnya itu, Allah telah datangkan kepadanya mimpi yang benar, iaitu merupakan wahyu yang pertama dari Allah. Dengan mimpi itu menandakan dirinya diangkat oleh Allah sebagai Nabi-Nya. Dalam mimpi itu juga Allah mengilhamkan ke dalam hatinya bahawa dia akan ditemukan dengan kehidupan yang bahagia, akan mendapat kejayaan besar, keturunan yang baik dan akan menguasai bumi dan yang akan mendapat kitab dari Allah seperti nabi dan rasul-rasul sebelumnya.

Alangkah gembiranya Yaakub setelah terjaga dari tidurnya, lapang dadanya, hilang keletihan dan kepenatan yang dirasakan sebentar tadi kerana kurniaan dalam mimpinya itu. la dapat merasakan kehebatan dan rahmat dari Allah dan telah ternyata akan apa yang didoakan oleh ayahnya Nabi Ishak itu hampir menjadi kenyataan.

Yaakub juga membayangkan di hadapannya terbentang sebuah padang harapan yang luas. Dengan perasaan gembira dan kesyukuran, Yaakub melangkahkan kaki merempuh keperitan bumi Sahara yang tandus dengan harapan supaya segera sampai ke tempat yang dicita-citakannya.

Beberapa hari perjalanan diteruskan, maka sampailah Yaakub di suatu tempat yang bernama Sawadimah iaitu dusun pertama yang termasuk dalam negeri yang didiami oleh bapa saudaranya, Laban. Maka mulalah Yaakub bertanya orang-orang yang dijumpainya akan kediaman pakciknya itu. Setiap orang yang ditanyanya kenal akan siapa Laban bin Batwail, kerana beliau merupakan orang yang menjadi ikutan umat di situ. Beliau juga mempunyai padang rumput yang luas dan memiliki peliharaan kambing yang banyak. Lalu mereka menunjukkan kepada Yaakub seorang anak perempuan yang sedang menggembala kambing, “Itulah Rahil, anak perempuan Syeikh Laban sendiri.”

Ketika terlihat sahaja Nabi Yaakub akan rupa paras gadis itu, tiba-tiba hatinya bergetar, gelisah dan tidak tentu tingkah lakunya kerana ternyata gadis itu memiliki rupa yang cantik, sopan dan lemah lembut. Ini membuatkan hati Yaakub benar-benar telah jatuh hati dan dalam diam-diam menyimpan keinginan dan hasrat yang tinggi untuk memiliki gadis di hadapannya itu suatu hari nanti.

Maka terjadilah suatu perkenalan yang mesra antara Nabi Yaakub dengan anak gadis Laban, pakciknya. “Antara aku dengan engkau, ya Rahil, ada pertalian keluarga yang sangat hampir, Aku adalah Yaakub, anak kepada Ishak Ar Rasul. Ibuku bernama Rifqah anak perempuan dari nenekmu Batwail. Aku datang ke mari dengan tujuan dan maksud yang mulia, ingin berjumpa ayahmu bagi mengeratkan lagi persaudaraan kita yang sekian lama terpisah.”

Nabi Yaakub lalu dibawa ke rumah, bertemu dengan pakciknya. Kedatangannya itu telah disambut dengan rasa terharu dan penuh kegembiraan. Yaakub diberi layanan seperti anak-anakyang lainnya. Menetaplah dia di situ sehingga hilang seluruh kepenatan dan kesakitan yang dirasakan sepanjang pengembaraannya.

Setelah beberapa waktu tinggal di rumah Laban, Yaakub menyampaikan pesan ayahnya Nabi Ishak, agar kekeluargaan mereka diikat dengan lebih rapat lagi dengan mengahwinkan salah seorang dari puterinya. Laban menyetujui cadangan itu, tetapi mengenakan syarat tertentu pada Yaakub jika dia benar-benar ingin menyunting anak gadisnya. Yaakub diminta bekerja di bawahnya selama tujuh tahun dan itu merupakan mahar perkahwinannya nanti. Nabi Yaakub menyetujui perjanjian tersebut maka mulalah dia menguruskan ternakan pakciknya yang terbesar di kota Faddan A’raam.

Setelah berlalu masa tujuh tahun, Yaakub datang bertemu pakciknya untuk menagih janji yang lalu. Maka Laban menawarkan kepadanya agar menyunting Laiya sebagai isterinya. Namun Yaakub lebih menghendaki Rahil, adik Laiya. Keinginan yang dinyatakan secara terus terang itu difahami oleh pakciknya. Akan tetapi Laban sangat berpegang dan memuliakan adat istiadat kaumnya iaitu tidak akan membenarkan seorang adik melangkahi kakaknya untuk berkahwin terlebih dahulu. Namun Laban tidak akan mengecewakan hati anak saudaranya, dengan itu ia mencadangkan agar Laiya dijadikan isteri pertama Yaakub dan Rahil pula sebagai isterinya yang kedua. Dengan itu Yaakub diminta mengikat perjanjian lagi, tujuh tahun bekerja di bawahnya sebagai mahar perkahwinan bagi Rahil yang bakal menjadi isteri keduanya. Syarat itu diterima oleh Yaakub dan sejak itu dia terus menetap dan menguruskan pekerjaan pakciknya menggembala kambing dengan cita- cita dan harapan yang hampir tercapai.

Begitulah sabarnya Yaakub menanti masa tujuh tahun yang kedua berakhir dan akhirnya harapan dan cita-citanya ingin menjadikan Rahil sebagai teman hidup itu terlaksana. Maka perkahwinan antara Yaakub dan Rahil dilangsungkan dalam suasana rahmat dan barakah. Dengan yang demikian Nabi Yaakub telah beristerikan dua wanita bersaudara, yang mana waktu itu syariat ini tidak menyalahi syariat yang telah ditentukan oleh Allah.

Dengan perkahwinan itu Laban telah menghadiahkan kepada kedua puterinya seorang hamba sahaya sebagai pembantu rumahtangga mereka. Dari kedua isteri serta kedua hamba sahaya itu, Nabi Yaakub dikurniakan dua belas cahaya mata, antaranya Rawbin, Syam’un, Lawi, Yahuza, Yasakir dan Zabulon, yang kesemuanya itu dari isteri pertamanya; Yusuf dan Bunyamin dari isteri keduanya, sementara dan, Naftali, Jaddan Asir dari kedua hamba sahayanya.

http://kisahteladan.info/kisah-nabi/pengembaraan-nabi-yaakub.html

Khamis, 30 Ogos 2012

HANYA SETENGAH BERATNYA ZARAH ITU...


Gambar hiasan
Dikisahkan di dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali, seorang pemuda mendatangi Nabi Isa yang sedang menyiram air di kebun. Pemuda itu membuat permintaan yang begitu mustahil dan sangat sukar ditunaikan oleh Nabi Isa sendiri.

Melihat Nabi Isa yang hanya mendiamkan diri, pemuda itu berkata berulang kali kepada Nabi Isa,

“Wahai Nabi Isa, kamu mintalah dari Tuhamu agar Dia memberi kepadaku sebesar zarah cintaku kepada-Nya. Moga-moga aku dapat merasa bagaimana ketinggian nilai cinta kepada Tuhan.”

Nabi Isa hanya menjawab, “ Wahai saudaraku, jangan kau teruskan niatmu itu. Kamu tidak akan terdaya menanggung cinta Tuhan walau sebesar zarah.”

Tetapi pemuda itu masih tidak berputus asa. Dimohonnya lagi pada Nabi Isa,

“ Jika aku tidak berdaya untuk satu zarah, mintalah untukku setengah beratnya zarah cinta itu.”

Melihat kesungguhan dan keinginan pemuda itu, Nabi Isa pun mengalah. Benarkah pemuda ini ingin sekali mendapatkan kecintaannya kepada Allah? Maka Nabi Isa pun menadah tangan dan berdoa agar Allah memperkenankan permintaan pemuda itu. Selesai berdoa, Nabi Isa pun berlalu.

Selang beberapa lama, Nabi Isa datang semula ke tempat dia mendoakan pemuda itu. Puas dicari pemuda itu ke sana ke mari tetapi tidak juga berjumpa. Nabi Isa bertanya kepada orang yang lalu lalang di situ berkenaan pemuda yang dimaksudkan.

“Oh, lelaki itu sudah menjadi gila dan sekarang dia berada di atas gunung sana,” jawab seorang lelaki. Nabi Isa terkejut mendengarnya. Apakah lelaki itu sudah gila setelah mendapat kecintaan kepada Allah seperti yang dimintanya?

“Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku di mana dan bagaimana keadaan pemuda itu sekarang.”

Permohonan Nabi Isa dikabulkan ketika itu juga. Pada pandangannya, kelihatanlah pemuda itu sedang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar sambil matanya memandang ke langit tanpa berkelip.

Aneh sekali keadaan pemuda itu. Nabi Isa menghampirinya dan memberi salam. Namun salamnya tidak berjawab, malahan pemuda itu tidak bergerak sedikitpun.

“Wahai pemuda, jawablah salamku. Aku ini Isa as.”

Suara Nabi Isa bagai dibawa angin lalu. Pemuda itu terus diam membatu sambil mendongak ke langit.

Ketika itu turunlah wahyu dari Allah SWT yang bermaksud,

"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, kerana dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat zarah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."


Petikan: Mencari Kebahagiaan Hidup  

Sabtu, 16 Jun 2012

LIMA PERKARA ANIH

Gambar hiasan
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.”

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, “Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.”

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu.” Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.”

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.”

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya.

Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, “Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, “Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”

Maka berkata Allah S.W.T., “Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Isnin, 12 Mac 2012

Nabi Sulaiman a.s. dan Seekor Semut

Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman a.s. mulai didatangi oleh ummatnya untuk mengadu  serta meminta pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah s.w.t. agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. 

Baginda Sulaiman a.s. kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah s.w.t. agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun. 

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman a.s. melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman a.s. kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah s.w.t. penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah s.w.t. Mendengar doa si semut maka Baginda Sulaiman a.s. kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "Kita segera pulang, sebentar lagi Allah s.w.t. akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah s.w.t. telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan. 


Suatu hari Baginda Sulaiman a.s. sedang berjalan-jalan. Baginda melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman a.s terus mengamatinya, kemudian baginda memanggil si semut dan menanyainya: "Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah s.w.t. berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman a.s. kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, "Wahai semut ke marilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu".

Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman a.s.. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman a.s. datang melihat keadaan si semut. Baginda melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman a.s. bertanya kepada si semut, "Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu" "Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah s.w.t. yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezeki (Ar-Rozak), jawab si semut. 

Isnin, 10 Oktober 2011

KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD


Gambar Hiasan
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik saja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa saja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Isnin, 4 Julai 2011

10 PESANAN ALLAH KEPADA NABI MUSA

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : “Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :
• Wahai Musa jangan menyekutukan Aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.
• Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
• Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
• Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
• Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
• Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
• Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
• Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
• Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
• Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : “Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma’at sebagai hari raya untukku.”

Isnin, 23 Mei 2011

25 NABI DAN RASUL

ADAM
Manusia pertama yang dijadikan oleh Allah SWT secara langsung dan menyuruh
agar para malaikat tunduk kepadanya. Allah mengajarinya nama-nama berbagai
benda, menciptakan isterinya dan menempatkannya di dalam surga serta memperingatkan kepada mereka berdua agar tidak mendekati sebuah pohon tertentu. Akan tetapi syaitan telah menggoda mereka hingga mereka memakan buah pohon itu. Allah SWT menurunkan mereka ke bumi dan membekali mereka dengan pengetahuan mengenai keperluan kehidupan. Mereka berdua diminta untuk beribadah hanya kepada Allah dan mengajak orang lain berbuat demikian pula. Mereka dijadikan khalifah Allah di muka bumi dan juga sebagai rasul kepada keturunan manusia. Adam a.s. adalah nabi pertama di atas bumi.

AYUB
Termasuk keturunan Nabi Ibrahim,baginda termasuk nabi yang banyak mendapat
wahyu. Ayub adalah seorang kaya yang mempunyai banyak anak. Akan tetapi Allah SWT mengujinya dengan menghilangkan semua kekayaan tersebut. Baginda turut diuji dengan berbagai macam penyakit selama 18 tahun, selama itu baginda dipencilkan oleh umatnya kecuali isterinya yang dengan penuh kesabaran berbakti menyediakan keperluan makan minumnya, sehingga Nabi Ayub disembuhkan kembali oleh Allah dan menggantikan semua kekayaan yang telah hilang itu. Oleh karena itu, orang sering membuat Nabi Ayub sebagai
tauladan dalam menghadapi ujian kesabaran dan keteguhan hati menerima cobaan. Dalam saturiwayat disebutkan bahwa dalam surga kelak, Allah SWT akan menjadikan Ayub sebagai (bukti) orang-orang yang pernah menerima ujian.

DAUD
Nabi Daud telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan hikmah dan ilmu pengetahuan sehingga boleh menundukkan gunung dan burung untuk bertasbih bersamanya (diperlakukan sesuka hatinya dengan izin Allah), serta berupaya melembutkan besi . Baginda adalah seorang hamba yang sangat tulus dan pandai bersyukur. Nabi Daud selalu berpuasa sehari dan tidak berpuasa hari berikutnya. Baginda selalu bangun di tengah malam, tidur sepertiga malam dan berjaga seperenamnya. Allah SWT menurunkan Kitab Zabur dan mengurniakan kerajaan yang besar kepada baginda dan Allah memerintahkannya untuk melaksanakan pemerintahan dengan adil.

HARUN
Nabi Harun adalah saudara Nabi Musa dan pasangan dakwah dalam mengajak Firaun agar beriman kepada Allah SWT karena kefasihan dan kepandaiannya berbicara. Musa mewakilkan urusan kaumnya kepada Harun ketika dia pergi menemui Allah SWT di bukit Thur. Namun Samiri menyebarkan fitnah mengajak Bani Israel menyembah patung anak sapi yang terbuat dari emas. Nabi
Harun mengajak mereka kembali menyembah Allah, tetapi mereka semakin menunjukkan kesombongan. Ketika Nabi Musa kembali dan menyaksikan apa yang
dilakukan kaumnya, dia memarahi saudaranya, Harun.

HUD
Nabi Hud diutus kepada kaum Ad yang beriman kepada Nuh. Mereka terkenal dengan kau yang berbadan besar dan kuat serta dikaruniai banyak rezeki oleh Allah SWT. Akan tetapi mereka tidak mahu bersyukur kepada Allah atas nikmat yang banyak itu, malah mereka menyembah berhala. Untuk itu Allah mengutus Nabi Hud sebagai pemberi kabar gembira. Nabi Hud sebenarnya sangat bijaksana, namun demikian kaumnya tetap mendustakan dan menyakitinya.
Oleh karena itu Allah mengirimkan ribut yang berpanjangan selama lapan hari tujuh malam untuk menghancurkan mereka.

IBRAHIM
Nabi Ibrahim adalah kekasih Allah (khalilullah). Baginda merupakan nabi yang dipilih oleh Allah untuk mengembangkan risalah-Nya dan diberikan kepadanya berbagai keistimewaan berbanding manusia lain. Nabi Ibrahim hidup di lingkungan penyembah bintang. Baginda tidak suka dengan hal itu. Dengan fitrahnya dia merasakan bahwa pasti ada tuhan yang lebih besar dari bintang-bintang itu. Akhirnya baginda diberi petunjuk oleh Allah dan dipilih menjadi utusan-Nya. Nabi Ibrahim pun mulai mengajak kaumnya mengEsakan dan menyembah Allah, tetapi sebaliknya kaumnya mendustakannya pula. Baginda ditangkap dan cuba membakarnya. Baginda telah diselamatkan oleh Allah.Dari keturunan Ibrahim, Allah telah mengutus banyak nabi melalui dua orang anaknya,iaitu Ismail dan Ishak. Nabi Ibrahim mendirikan
Kaabah bersama anaknya, Ismail.

IDRIS
Adalah ayah dari datuk Nabi Nuh, nabi pertama setelah Adam. Baginda adalah nabi yang terkenal dengan kejujuran dan kesabaran. Kepadanyaditurunkan tiga puluh sahifah. Baginda dianggap sebagai orang pertama yang pandai menulis dengan pena dan orang pertama yang pandai menjahit dan memakai pakaian berjahit, juga orang pertama berfikir mengenai astrologi.

ILYAS
Nabi Ilyas diutus kepada penduduk Baalbek, sebelah barat Kota Damaskus (Labanon Timur sekarang). Baginda mengajak kaumnya beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan penyembahan terhadap patung yang mereka namakan Ba`la. Hal inilah yang mengakibatkan mereka menganiayanya. Ibnu Abbas mengatakan bahwa Ilyas adalah paman Nabi Ilyasak.

ILYASAK
Nabi Ilyasak termasuk hamba Allah yang terbaik. Dipercayai bahawa nama baginda ada disebut dalam kitab Taurat. Di antara mukjizat yang dikurniakan kepada baginda adalah menghidupkan kembali orang yang telah mati.

ISA
Nabi Isa, sama seperti Nabi Adam diciptakan dari tanah (tanpa ayah dan ibu) kemudian Allah mengatakan “kun” lalu Nabi Adam pun lahir. Isa putra Maryam, adalah rasul yang lahir dengan kalimat-Nya (kun) yang diberikan kepada Maryam.

Bagindalah nabi yang memberi khabar kedatangan Muhammad SAW. Allah memberikan kepada baginda Nabi Isa berbagai tanda dan menguatkannya dengan roh kudus. Baginda adalah orang yang terkemuka, baik di dunia mahupun di akhirat dan termasuk orang-orang yang dekat kepada Allah.

Nabi Isa sudah pandai bercakap ketika masih kecil iaitu ketika di dalam buaian lagi.
Baginda pernah membuat burung daripada tanah lalu meniupnya dan tanah itupun menjadi burung.

Baginda pernah menyembuhkan orang buta dan penderita penyakit kusta serta menghidupkan orang yang sudah mati dengan izin Allah.
Nabi Isa mengajak kaumnya menyembah Allah Yang Maha Esa tetapi mereka enggan dan merasa sombong, bahkan menentangnya. Kaumnya yang beriman dengan baginda hanyalah sebahagian kecil, iaitu mereka yang mempunyai taraf hidup sederhana.

Allah SWT mengangkat Nabi Isa ke langit dan akan menurunkannya kembali ke bumi pada waktu yang dikehendaki-Nya untuk menjadi saksi kepada umat manusia akan kebenaran Allah.

ISHAK
Nabi Ishak adalah anak Nabi Ibrahim dari isterinya yang bernama Sarah. Berita kelahirannya dibawa oleh malaikat kepada Nabi Ibrahim dan Sarah, ketika dia melewati mereka dalam perjalanan ke kota peninggalan kaum Luth untuk menghancurkannya akibat kekufuran dan keonaran mereka. Dalam
Al Quran, Allah memanggil Nabi Ishak sebagai “seorang anak yang arif dan bijak.” Nabi Ishak diutus Allah sebagai nabi untuk mengajak manusia agar berbuat kebaikan. Dari keturunannyalah datangnya Nabi Yaakub.


ISMAIL

Nabi Ismail adalah anak pertama Nabi Ibrahim dari isteri keduanya,Siti Hajar.Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar pergi dan menempatkannya bersama anaknya di suatu tempat yang kini disebut Mekah, dengan dibekali sedikit air dan makanan.

Ketika bekalan sudah habis, Hajar berlari ke sana ke mari mencari makanan. Akhirnya Allah SWT menunjukkan kepada Siti Hajar sumber air. Sumber air tersebut kini dikenali sebagai telaga air Zamzam.Sejak itu ramai orang datang ke tempat itu. Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim agar membangunkan Kaabah dan meninggikan tapak Baitullah. Nabi Ismail mengangkat batu-batu, sementara Nabi Ibrahim membangunnya sampai selesai.

Setelah itu Allah menurunkan wahyu meminta Nabi Ibrahim mengorbankan Ismail, yang diterimanya melalui mimpi. Dalam mimpi tersebut beliau melihat dia menyembelih anaknya Ismail. Nabi Ibrahim menceritakan mimpinya itu kepada anaknya ( Ismail ).

Setelah mendengar penjelasan ayahandanya, Ismail berkata, “Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepada ayahanda itu. Ayahanda akan dapati aku termasuk orang-orang yang sabar , insya Allah.” Kemudian Allah menggantikan Ismail dengan seekor sembelihan yang besar.

Ismail adalah seorang satria dan orang pertama yang dapat menjinakkan kuda. Ismail juga terkenal sebagai orang yang sangat penyabar dan penyayang. Ada pendapat mengatakan bahwa Nabi Ismail adalah penutur pertama bahasa Arab. Dia juga terkenal sebagai orang yang menepati janji dan selalu mengajak keluarganya mendirikan solat, mengeluarkan zakat serta beribadah hanya kepada Allah.

LUTH

Allah SWT mengutus Nabi Luth untuk memberi petunjuk kepada kaumnya dan mengajaknya menyembah Allah. Kaum Luth adalah kaum yang zalim; sering berbuat perbuatan keji dan memusuhi pendatang asing di egerinya. Dalam hubungan seksual, mereka tertarik kepada sesama lelaki, tidak menyukai wanita.Nabi Luth mengajak mereka meninggalkan perbuatan jijik serta kemungkaran kaumnya itu. Sebaliknya kaumnya pula ingin mengusir Nabi Luth serta pengikut-pengikut baginda. Ajakan Nabi Luth itu hanya diikuti oleh sebahagian keluarga dekatnya saja, sedangkan isterinya sendiri tidak mengikutinya.

Ketika Nabi Luth hampir merasa putus asa, dia berdoa kepada Allah agar diselamatkan bersama pengikutnya serta membinasakan orang-orang yang berbuat kemungkaran. Kemudian datanglah malaikat menyelamatkan Nabi Luth beserta pengikutnya dan menghancurkan yang lainnya dengan batu-batuan.

MUHAMMAD
Nabi Muhammad , berasal dari warga Arab yang menyeru orang kepada agama Islam. Baginda berasal dari keturunan Hasyim yang dilahirkan di Mekah beberapa bulan setelah ayahnya, Abdullah, meninggal dunia. Aminah, ibunya, meninggal dunia ketika baginda masih kanak-kanak. Setelah itu pemeliharaan baginda secara bergilirian ditangani oleh datoknya Abdul Mutalib dan pakciknya Abu Thalib.

Selama beberapa waktu baginda bekerja sebagai penggembala kambing, kemudian menikah dengan Sayidah Khadijah binti Khuwailid pada usia baginda25 tahun.

Baginda mengajak kaumnya memeluk Islam, dengan beriman kepada Allah Yang Maha Esa dan kepada rasul-Nya. Dakwahnya dimulai dari sejak baginda tinggal di Mekah. Kerana tekanan dari penduduk Mekah, pada tahun 622, bersama beberapa orang pengikutnya baginda berhijrah ke Madinah, di mana mereka mendapatkan sejumlah pendukung yang disebut Ansar. Tahun hijrah ini kemudian diabadikan sebagai permulaan tarikh dalam sejarah Islam. Baginda wafat setelah melaksanakan haji wada.

MUSA
Nabi Musa diutus untuk mengajak Firaun dan pengikutnya agar beriman kepada Allah. Untuk itu baginda diberikan dua mukjizat; tongkat yang dapat berubah menjadi naga, memakan ular-ular lain dan tangannya yang bila dimasukkan ke dalam saku akan mengeluarkan cahaya putih bersih tanpa cela.
BAGINDA mengajak mereka mengesakan Allah, tetapi Firaun memeranginya dan mengumpulkan beberapa pawang sihir untuk berlawan dengan baginda.
Dengan izin Allah, Musa dapat mengalahkan mereka, kemudian Allah memerintahkan kepada Musa dan pengikutnya untuk keluar dari Mesir.

Firaun mengejarnya dengan pasukan tentera yang cukup banyak. Ketika tentera Firaun sudah hampir mendekati pengikut Musa, Allah memerintahkan kepada baginda supaya memukul laut dengan tongkatnya. Setelah itu, laut terbelah dua dan menenggelamkan tentera Firaun, sedang Musa dan pengikut-pengikutnya selamat.

NUH
Nabi Nuh adalah orang yang bertakwa dan jujur. BAGINDA diutus Allah untuk memberikan bimbingan kepada kaumnya dan memberikan peringatan kepada mereka tentang adanya siksa hari akhirat. Namun kaum Nuh tidak mentaati ajakannya, malah mendustakannya. Walaupun demikian, Nabi Nuh tetap mengajak mereka kepada ajaran agama yang lurus.Dakwah dan ajakannya itu hanya diikuti oleh sejumlah kecil kaumnya, sementara warga kafir terus menunjukkan sikap permusuhan mereka terhadap Nabi Nuh.

Sebagai siksaan terhadap mereka, Allah tidak menurunkan hujan. Nabi Nuh mengajak mereka beriman, agar Allah mengampuni dan menamatkan siksaan berupa kesukaran tersebut. Setelah mereka beriman, siksaan pun dihentikan. Namun mereka kafir kembali, maka Nabi Nuh pun kembali mengajak mereka. Demikianlah keadaannya berkelanjutan selama 950 tahun.

Setelah itu, Allah memerintahkannya untuk membuat kapal dan mengangkut setiap jenis makhluk secara berpasangan( berpasang-pasang). Setelah itu, Allah mendatangkan angin taufan yang menenggelamkan mereka semua, kecuali Nabi Nuh dan isi kapal itu.

SALEH
Nabi Saleh diutus Allah kepada warga Tsamud, suatu warga yang sangat ingkar dan keras kepala. Allah telah memberikan kepada mereka rezeki yang melimpah-ruah, akan tetapi mereka tidak mentaati perintah Allah, bahkan menyembah berhala. Mereka mempunyai perasaan superior dengan kekuatan mereka.
Dari itu, maka Allah mengutus Nabi Saleh untuk memberi kabar gembira dan peringatan kepada mereka, namun mereka mendustakan, menentang dan menuntutnya untuk mendatangkan seekor unta betina sebagai bukti yang dapat mereka percayai. Allah memberikan seekor unta untuk mereka dan menyuruh mereka agar tidak mengganggunya. Akan tetapi mereka tetap mempertahankan kesombongan, malah membunuh unta itu. Oleh karena itu Allah menurunkan badai kencang sebagai siksaan bagi mereka dan menyelamatkan Nabi Saleh beserta orang-orang yang beriman bersamanya.

SULAIMAN
Allah memberikan kepada Nabi Sulaiman banyak hikmah dan ilmu pengetahuan, mengajarinya bahasa burung dan binatang-binatang serta menundukkan angin dan jin sesuai perintahnya. Nabi Sulaiman mempunyai kisah dengan seekor burung hudhud (belatuk) yang memberitahukan kepada baginda tentang adanya sebuah kerajaan di Yaman yang warganya menyembah matahari.

Nabi Sulaiman-pun mengirim utusan kepada penguasa Saba untuk mengajaknya beriman kepada Allah. Akan tetapi penguasa Saba, (Ratu Balqis), hanya mengirimkan semacam hadiah kepadanya, sehingga Nabi Sulaiman meminta kepada jin untuk membawa singgasana Ratu Balqis kepadanya. Di saat Ratu Balqis melihat singgasananya berada di tempat itu, ia pun beriman kepada Allah.

SYUAIB
Nabi Syuaib diutus kepada warga Madyan yang menyembah Aykah (kayu).Dalam urusan jual beli sehari-hari, mereka selalu curang menimbang dan menyukat barang serta tidak memberikan hak-hak orang lain sepenuhnya. Nabi Syuaib mengajak mereka menyembah Allah dan berlaku adil dalam semua tindakan, tetapi mereka enggan dan berlaku sombong, malah kekerasan kepala mereka semakin menjadi-jadi sampai mengancam untuk merejam dan mengusir Nabi Syuaib. Mereka menuntut kepadanya untuk mendatangkan gumpalan dari langit, maka Allah menurunkan balasan berupa tiupan badai yang sangat keras dan mematikan mereka semua.


This entry was posted in 25 Nabi, Ensiklopedia Islam. Bookmark the permalink.

Sabtu, 26 Februari 2011

KISAH NABI MUSA DAN SYAITAN


Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa Nabi Musa a.s. pernah didatangi syaitan. Berikut adalah sebahagian dialog Nabi Musa a.s. dengan syaitan.
Syaitan berkata:” Wahai Musa, engkaulah yang dipilih oleh Allah untuk membawa risalah-Nya dan engkaulah yang sentiasa berkata benar. Aku salah satu makhlukm telah berdosa dan mahu bertaubat. Mohonkanlah kepada Tuhan agar diberikan taubat kepadaku.”
Selepas itu Nabi Musa memohon kepada Tuhan dan diperkenankan, lalu baginda menemui syaitan.
Baginda berkata: “ Wahai syaitan, engkau sudah diperintahkan sujud hormat kepada kubur Nabi Adam a.s. dan setelah itu, barulah taubatmu diterima Tuhan.”
Namun sebaik saja mendengar nama Nabi Adam, syaitan naik angin dan marah dengan memperlihatkan sifat takburnya.
Syaitan berkata: “ Sewaktu Adam masih hidup, aku tidak sujud, inikan pula sesudah dia tidak ada.”“
"Wahai Musa, sesungguhnya engkau berhak menerima balasan daripada aku kerana engkau sudah memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah untuk pengampunanku. Namun ingatlah wahai Musa mengenai 3 perkara, nescaya aku tidak membuat kebinasaan ke atasmu.”

NABI MUSA A.S. BERKATA: “APAKAH 3 PERKARA ITU?
LALU SYAITAN MENJAWAB:

1. Ingatlah ketika engkau sedang marah, aku akan membawa bisikan ke dalam
hatimu. Mataku akan berada dalam matamu dan aku berjalan di dalam tubuhmu
menurut perjalanan darah.
2. Ketika engkau bertempur di medan perang menghadapi musuh, aku akan datang
mengingatkan kamu kepada anak, isteri dan keluarga agar kau berundur secara
teratur.
3. Berhati-hati duduk dengan perempuan bukan muhrim kerana aku akan menjadi
penghubung antara engkau dan perempuan itu dan di antara perempuan itu
dengan engkau.”

Inilah antara sifat syaitan yang pasti akan memusihi anak Adam (manusia) dengan pelbagai cara untuk menunjukkan keangkuhan dan kesombongan dirinya. Pada syaitan, martabat Bani Adam cukup rendah berbanding dirinya yang diciptakan daripada api.

Waallahualam
Nurjun04

Berhati-hatilah Dalam Bergaul

 • قال الإمام ابن قدامة - رحمه الله تعالى : واحذر مجالسة الناس ، فانك لا تكاد ترى منهم إلا ما يزيد في حرصك على الدنيا ، وفى غفلتك عن الآخرة ...