" Jika akhirat memenuhi ruang hati, maka dunia tetap datang mendampinginya, namun tatkala dunia yang memenuhi ruang hati, maka akhirat akan menyisih, kerana sesungguhnya akhirat adalah suatu yang mulia sedang dunia adalah suatu yang keji".
Memaparkan catatan dengan label Pesanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesanan. Papar semua catatan
Isnin, 17 September 2012
Jumaat, 30 Disember 2011
WASIAT IMAM SUFIAN ATH- THAURI
Engkau mesti bersifat zuhud supaya ALLAH menampakkan kepada engkau keburukan dunia.Engkau mestilah bersifat warak agar Allah memudahkan kepada engkau ketika hisab. Tinggallah apa yang meraguimu kepada apa yang tidak meraguimu. Hilangkanlah perasaan syak dengan keyakinan agar ia menyelamatkan agama engkau.
Khamis, 15 Disember 2011
PESANAN BUNG HAMKA 4
§ “Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia.”
§ “Dalam seni bahasa kita, adalah ‘kunci’ kata-kata itu yang harus diperhatikan. Di sinilah terletak halusnya, walaupun hanya empat atau lima baris.”
§ “Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.”
§ “Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar.”
§ “Yang menjadi ketua pemerintah ialah kebenaran, yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.”
§ “TIGA rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran. Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah dan dengki.”
§ “Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi.”
§ “Katakanlah yang benar dan adil, sebab benar dan adil adalah satu.”
§ “Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.”
§ “Bangsa yang merampas hak bangsa lain atau orang yang memperhambakan sesama manusia telah melakukan kesalahan. Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja. Yang dijajah dan ditindas atau diperhamba turut bersalah. Mengapa mahu dijajah? Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih.”
PESANAN BUNG HAMKA 3
§ “Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia, tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat.”
§ “Kepercayaan-Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya dalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.”
§ “Walau bagaimana alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.”
§ ‘AKAL ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia. Akal tidak diberikan semata-mata. Ia perlu dituntun (dipandu).”
§ “Salah satu tugas agama ialah memelihara akal. Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir, merenungkannya.”
§ “Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang.”
§ “Anak adalah untuk zaman yang akan datang, bukan untuk zaman kita. Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga.”
§ “Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya, kerana dia tumpuan harapan, maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya.’
§ “IKHLAS dan sejati akan bertemu dalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.”
§ “Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia.”
PESANAN BUNG HAMKA 2
Ø “Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim ke atasnya.”
Ø “Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.”
Ø “Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.”
Ø “Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri.”
Ø Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah. Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah. Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai. Adil dalam masyarakat ialah menenggelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama.
Ø “Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya.”
Ø “Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah. Di samping kejahatan yang bermaharajalela, keinsafan kepada agama sudah mulai tegak. Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerana hendak mengetahui ajaran-ajaran agama.”
Ø “Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa. Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.”
Ø “Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang.”
Ø “EMPAT sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela, boleh dipercayai dalam pergaulan hidup (amanah), benar dan jujur.”
PESANAN BUNG HAMKA
· “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, BUKAN terletak pada wajah dan pakaiannya.”
· “Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.”
· “Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah-laku dan akal budinya.”
· “Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.”
· “Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir.”
· “Dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan kesempurnaan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi.”
· Kata Hukama: “ Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya, belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkannya.”
· “Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati.”
· “Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu.”
· “Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru.”
Langgan:
Catatan (Atom)
Kisah Juha Dan Setengah Cambukan
Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...
-
Biodata & Kisah Hidupnya · by Nabilah Rumainor · Muawiyah bin Abu Sufyan, pengasas Daulah Umawiyah. Artikel ini a...




