Sabtu, 23 Julai 2016

Bersabar Walaupun Dicela

Bersabar Walaupun Dicela
أَنَّ رَجُلًا شَتَمَ أَبَا بَكْرٍ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ فَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْجَبُ وَيَتَبَسَّمُ فَلَمَّا أَكْثَرَ رَدَّ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ فَغَضِبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَامَ فَلَحِقَهُ أَبُو بَكْرٍ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَانَ يَشْتُمُنِي وَأَنْتَ جَالِسٌ فَلَمَّا رَدَدْتُ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ غَضِبْتَ وَقُمْتَ قَالَ إِنَّهُ كَانَ مَعَكَ مَلَكٌ يَرُدُّ عَنْكَ فَلَمَّا رَدَدْتَ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ وَقَعَ الشَّيْطَانُ فَلَمْ أَكُنْ لِأَقْعُدَ مَعَ الشَّيْطَانِ ثُمَّ قَالَ يَا أَبَا بَكْرٍ ثَلَاثٌ كُلُّهُنَّ حَقٌّ مَا مِنْ عَبْدٍ ظُلِمَ بِمَظْلَمَةٍ فَيُغْضِي عَنْهَا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا أَعَزَّ اللَّهُ بِهَا نَصْرَهُ وَمَا فَتَحَ رَجُلٌ بَابَ عَطِيَّةٍ يُرِيدُ بِهَا صِلَةً إِلَّا زَادَهُ اللَّهُ بِهَا كَثْرَةً وَمَا فَتَحَ رَجُلٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ يُرِيدُ بِهَا كَثْرَةً إِلَّا زَادَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهَا قِلَّةً

"Ada seorang laki-laki mencela Abu Bakar sedangkan Nabi SAW duduk, dan baginda takjub dan tersenyum. Ketika Abu Bakar mulai membantah perkataan lelaki tersebut Nabi SAW marah, dan ketika Abu Bakar menambah bantahannya, baginda berdiri. 

Abu Bakar kemudian mendekati Rasulullah seraya berkata; "Ya Rasulullah, ketika lelaki tadi mencelaku, engkau hanya duduk diam, namun ketika aku membantah sebahagian perkataannya engkau berdiri dan marah".

Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya ada malaikat bersamamu yang membelamu, maka ketika engkau membantah sebahagian dari perkataannya, syaitan mula datang, maka aku tidak mahu duduk bersama syaitan.

" Baginda kemudian bersabda: "Wahai Abu Bakar, ada TIGA hal yang menjadi hak seorang hamba; 1. Tidaklah seorang hamba dizalimi dengan suatu kezaliman lalu ia serahkan semuanya kepada Allah, kecuali ia akan memberikan kemenangan,
2. Tidaklah seseorang membuka pintu kedermawanannya yang dengannya ia dapat menyambung hubungan silaturahim kecuali Allah akan melimpahkan harta untuknya, dan
3. Tidaklah seseorang membuka pintu permintaan yang dengannya ia berharap untuk mendapatkan limpahan harta kecuali Allah 'azza wajalla akan jadikan ia kekurangan."
 (HR Ahmad No: 9251)

Pengajaran:
1.  Orang yang bersabar walaupun ia dimarahi dan dicela oleh orang lain, malaikat akan sentiasa bersama untuk membela dan menjaganya.

2.  Orang yang tidak sabar dan turut sama membalas celaan orang lain terhadapnya, syaitan akan menjadi pendampingnya

3.  Orang yang dizalimi oleh orang lain, sedangkan dia berserah kepada Allah, Allah akan memberikan kemenangan kepadanya

4.  Orang yang pemurah, mendermakan hartanya untuk mengikat silaturrahim, Allah akan melimpahkan harta ke atasnya

5.  Orang yang meminta dengan harapan mendapat limpahan harta daripada orang lain, Allah akan mengurangkan atau memiskinkannya

MAKANAN HATi DAN BEKALAN PERJALANAN

Terdapat TiGA Perkara MUTLAK yang mesti dipegang oleh seorang Mukmin dalam semua keadaan:

1- PERiNTAH Yang Perlu DiLaksanakan.
2- LARANGAN Yang Perlu DiJauhi
3-TAKDIR Yang Perlu DiTerima (Dengan Seluruh Keredhaan)
Ketiga-Tiga perkara ini merupakan perkara minima di mana tidak satu pun di antaranya boleh bebas daripada diri seorang Mukmin.

Sumber: Pedoman Suluk & Tawassul Menggapai Wajah Ilahi

MAKANAN HATi DAN BEKALAN PERJALANAN

Terdapat TiGA Perkara MUTLAK yang mesti dipegang oleh seorang Mukmin dalam semua keadaan:

1- PERiNTAH Yang Perlu DiLaksanakan.
2- LARANGAN Yang Perlu DiJauhi
3-TAKDIR Yang Perlu DiTerima (Dengan Seluruh Keredhaan)
Ketiga-Tiga perkara ini merupakan perkara minima di mana tidak satu pun di antaranya boleh bebas daripada diri seorang Mukmin.

Sumber: Pedoman Suluk & Tawassul Menggapai Wajah Ilahi

Jumaat, 22 Julai 2016

7 JENiS SAHABAT, HANYA SATU SAMPAI KE AKHiRAT

Sayang kerana Allah
Summary dari rancangan Cinta Ilmu Ustaz Bad TV Al Hijrah - Muhammad Zahir
*7 Jenis Sahabat , Hanya 1 Sampai Ke Akhirat*

*1. TA'ARUFFAN*-Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

*2. TAARIIHAN*-Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

*3. AHAMMIYYATAN*-Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

*4. FAARIHAN*-Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, karaoke dan sebagainya.

*5. AMALAN*-Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

*6. ADUWWAN*-Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita...Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT:
"Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati..."(Surah Ali Imran : 120).


Rasulullah SAW mengajarkan doa: "Allahumma Ya Allah... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

*7. HUBBAN LIMAANAN*-Sebuah ikatan persahabat yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan
persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti
firman Allah SWT:
"Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan".(Surah Az-Zukhruf :67).

WAHAi WANiTA

Gmbar Hiasan
*PERGELANGAN TANGAN* itu dah aurat nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau kamu lelaki.
Nak selamat pakai _sarung lengan_.
Panas? Takpa panas sikit di dunia, *asalkan tak panas di sana*.

*KAKI* pun aurat.
Stokin tak wajib pun, tapi *kaki tu aurat*.
Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap.
_Jangan yang lutsinar_.

*TUDUNG* tu.......Tak kisah, nak pakai jenis yang macam mana pun.
Hana Tajima, shawl, pashmina or bawal.
It's up to you.
Tapi *Allah suruh TUTUP DADA*. _Ulang_. *Tutup dada*.
Apa salahnya *labuhkan sampai ke bawah dada*.
Ini *perintah Allah*, bukan dari saya.

*BAJU/ KAIN/ SELUAR* tu.
Saya tau kita masih muda, nak bergaya, ikut fesyen.
Saya faham.
Ada rasa teringin itu ini.
TAPI biarlah *menutup aurat dengan sebaik-baiknya*.
*_Tak ketat, tak jarang, tak singkat_*.
Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan *syariat tidak diketepikan*.

*_MAHA SUCI ALLAH._*
*_Tepuk dada, tanya iman._*
*_Kita, saya, awak adalah Islam._*
*_Tudung labuh._*
*_Jubah._*
*_Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustaz ustazah, pelajar sekolah, universiti/aliran agama sahaja._*
*_Islam tu untuk SEMUA._*
*_Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita._*
*_Maaf kalau terasa._*
*_Saya tak nak korang ambil pahala saya._*
*_Saya pun tak sggup tanggung dosa._*
*_Dan saya taknak masuk neraka sebab saya taktegur korang._*
*_Saya nak korang jadi saksi yang saya dah tegur._*
*_Yang PALING SAYA NAK, kita sama-sama masuk Syurga sesama._*
*_Korang baca kan?_*
*_Nanti Allah tanya dah bagitahu belum sekurang kurangnya saya ada jugak jawapan._*
*_Kita buat dan jaga sesama ya._*
*_Saya pun tak sempurna dan baik mana._*
*_Saya pun tengah cuba sebab kita manusia._*
*_Kekadang alpa, moga Allah pelihara dan jaga kita semua._*

Kongsikanlah, mesti ada dalam reramai ummat di dunia ni tak tahu.
Kongsilah, bukan susah untuk kongsi. Hanya copy paste sahaja.
Kongsilah, saya tidak paksa. Tapi fikirkanlah, alangkah bagusnya jika seseorang itu berubah menjadi lebih baik kerana kita.

Selasa, 19 Julai 2016

MEREKA LEBiH MULiA

Jemaah berjalan kaki
[Forwarded from Muhammad Zahir] (Jom kongsi ilmu di www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com.)
www.dalilakal.blogspot.com
[18/07 5:09 am] Muhammad Dzahir: *KIYAI DAI DONDANG MENANGIS DI SIARAN LANGSUNG DI TV*
Kepesatan penduduk di bandar raya Indonesia memaksa rumah-rumah dibina mnjadi amat rapat. Ada seorang makcik, melihat kedatangan Jemaah Dakwah Jalan Kaki ke Masjid yang bersebelahan dengan rumahnya.

Jadi kebetulan di TV makcik di rumahnya, ada acara live rancangan sesi soal jawab agama bersama Ustaz Kiyai Dai Kondang, seorang selebriti dakwah paling terkenal masa kini. Seumpama Ust. Don atau UAI kita di sini.

Lalu makcik ni pun call rancangan tersebut dan dgn kuasa Allah, dlm jutaan rakyat Indonesia yg sedang cuba call, Allah izinkan panggilan dibuat makcik itu utk bercakap secara LIVE bersama Ustaz Kiyai Dai Kondang. Lantas terus si makcik itu bertanya..." Ya Ustaz, bagaimana ini masjid di sebelah rumah sy ini di masuki satu jemaah dakwah laki2 yg bajunya kotor dan kusut masai... Malah berani mereka masak2 di masjid itu... Apa perlu sy buat? Laporkan kpd penguasa atau Ustaz tolong ambil tindakan segera!"

Mendengar sahaja akan Ustaz Kiyai Dai Kondang..." Wahai Ibu yg amat ku sanjung lagi ku hormati...." air mata beliau jelas nampak gugur dan diseka beliau..." Jika Ibu lihat baju mereka kotor, ambillah dan basuhkan utk mereka... Jika Ibu lihat baju mereka kusut ambillah dan seterikakanlah. Jika Ibu lihat mereka memasak, Ibu ambil masakan terpaling istimewa dari rumah Ibu dan hidangkan kpd mereka..."" Sesungguhnya wahai Ibu ku sayang, *Pekerjaan yg sedang mereka lakukan itu adalah Terlebih Mulia dari pekerjaan saya ini bahkan mereka itu sahaja jauh amat tinggi dari saya..*."

Dan ini disaksikan secara live utk tontonan jutaan penduduk Indonesia waktu itu. ALLAHUAKBAR...😊
الحمدلله. .ماشاء الله. ..

MENGENAL ALLAH

Perhatikanlah Kejadian alam dan dirimu juga...
ULANGKAJI SOALAN 31* *(GROUP LAISAKAMITSLIHISYAIUN)*
(Ulangan Kali Ke-3)

Soalan 31: *Dalam Bahasa Arab, mengenal Allah dengan DALIL disebut* *makrifatullah*

A) Kenapa kita PERLU @ WAJIB Kenal Allah??
B) Kenapa WAJIB dengan DALIL ? @ Kenapa MESTI melalui TANDA? Tak boleh ke kenal secara semula jadi @ kenal sejak lahir @ kenal sejak azali?


*Jawapan**Kenapa kita perlu @ wajib kenal Allah?*
1) supaya kita kenal bahawasanya Allah itulah yang MENJADIKAN kita.
2) supaya kita tahu bersyukur atas semua ANUGERAH Allah.
3) supaya kita dapat mengelakkan perbuatan yang membinasakan akidah (SYIRIK).
4) sebagai tanda KASIH SAYANG kepada ALLAH.
5) sebagai tanda KASIH SAYANG kita kepada ROSULULLAH s.a.w.
6) supaya kita dapat MENGESAKAN Allah.
7) supaya kita tahu perkara yg dimurkai Allah......Dan 1001 yang lain....

Persoalan seterusnya ialah, kenapa kita perlu kenal Allah dengan DALIL? Bukan ke dah kenal sejak azali?

Jawapannya begini:
Allah itu laisa kamitslihi syaiun
Dalam BAHASA MELAYU Allah itu dikata TIDAK ADA persamaan dengan sebarang makhluk.

Nak kenal makhluk AMAT MUDAH kerana BOLEH DICAPAI oleh mana mana pancaindera. Contohnya:

1) Zatnya boleh dilihat oleh mata.
2) Suaranya boleh didengar oleh telinga.
3) Dirinya boleh disentuh oleh kulit.
4) Baunya boleh dihidu oleh hidung.
5) Rasanya boleh diketahui dengan lidah.

Apabila pancaindera kita, mendapat salah 1 sifat makhkuk itu serta FAHAM HATI, maka mudahlah kita MENGENAL makhkuk itu

Pendek kata
oleh kerana semua makhluk itu ADA 6 persamaan maka SANGAT MUDAH utk mengenal makhluk.

Allah pula TIDAK PERNAH dicapai oleh pancaindera SELAMA LAZMANYA.
1) ZatNYA yang tidak ada rupa @ sifat itu TIDAK boleh dilihat oleh mata selama lamanya
2) QalamNYA yang tidak dengan lidah huruf suara itu TIDAK akan didengar oleh telinga selama lamanya.
3) ZatNYA tidak boleh disentuh selama lsmanya.
4) ZatNYA tidak boleh dibau oleh hidung selama lamanya.
5) ZatNYA tidak boleh dirasa oleh lidah selama lamanya.

Maka sudah pasti pengenal kepada Allah itu juga LAISA KAMTISLIHI SYAIUN.
Yang dapat kita LIHAT
Yang dapat kita DENGAR

ialah TANDA TANDA ALLAH, BUKTI BUKTI ALLAH.

Apa maksud @ makna tanda dan bukti itu?
Bagi yang ingat ingat lupa tu, elok semak Soalan 30.

Bukti bukti Allah itu WUJUD bertaburan di seluruh pelusuk alam semesta.
Bukti bukti Allah itu QUDRAT bertaburan di seluruh pelusok alam semesta.
Bukti paling hampir pada kita adalah DIRI KITA SENDIRI.

SETIAP MUKALLAF WAJIB PERCAYA BAHAWA SEMUA YANG ADA DI BUMI, DI LANGIT dan antara keduanya adalah BUKTI BUKTI YANG MENUNJUKKAN bahawa sanya :

1) ALLAH ITULAH YANG MENJADIKAN SEKALIAN ALAM.
2) ALLAH ITU ESA TIDAK BERBILANG BILANG.

3) bahawasanya SEMUA YAZZNG ADA dan TERJADI DI ALAM SEMESTA INI adalah menerangkan APA YANG DISEBUT OLEH AL QURAN.

Pada ADAT-
Mustahil kita kenyang TANPA MAKAN
Mustahil kita melihat TANPA MEMBUKA MATA
Mustahil kita tahu TANPA BERFIKIR

Maka itulah dalil akal menunjukkan bahawa sanya, Mustahil kita mengenal Allah TANPA DALIL

Semua yang baik baik itu adalah ANUGERAH ALLAH,
Semua yang salah & silap itu adalah kerana KESILAPAN SAYA memperturut hawa nafsu

Sekian -Wallohua'lam

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...