Jumaat, 22 Julai 2016

7 JENiS SAHABAT, HANYA SATU SAMPAI KE AKHiRAT

Sayang kerana Allah
Summary dari rancangan Cinta Ilmu Ustaz Bad TV Al Hijrah - Muhammad Zahir
*7 Jenis Sahabat , Hanya 1 Sampai Ke Akhirat*

*1. TA'ARUFFAN*-Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

*2. TAARIIHAN*-Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

*3. AHAMMIYYATAN*-Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

*4. FAARIHAN*-Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, karaoke dan sebagainya.

*5. AMALAN*-Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

*6. ADUWWAN*-Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita...Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT:
"Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati..."(Surah Ali Imran : 120).


Rasulullah SAW mengajarkan doa: "Allahumma Ya Allah... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

*7. HUBBAN LIMAANAN*-Sebuah ikatan persahabat yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan
persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti
firman Allah SWT:
"Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan".(Surah Az-Zukhruf :67).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...