Jumaat, 12 Ogos 2016

* TARGHIB DA'I *

Dakwah itu cinta
Banyak orang yang merasa dalam dakwah tetapi sebenarnya ia tidak dalam dakwah. Dakwah adalah sarana tarbiyah umat untuk mencapai sifat-sifat yang dikehendaki Allah swt secara bertahap-tahap. Jadi sudah seharusnya semakin kita banyak dan sering berdakwah maka akan tumbuh di hati kita sifat-sifat yang dikehendaki Allah swt.

Maulana Yusuf Rah.A
Mengatakan ......Ada orang yang merasa berada dalam kerja dakwah, tetapi sebenarnya dia tidak berada dalam kerja dakwah. Iaitu orang yang pandai bayan, mudzakarah, danssebagainya. Namun tidak ada enam sifat dalam dirinya.

Maulana Ilyas Rah.A
Mengatakan...... Ada satu hal yang mengerikan dalam kerja dakwah ini iaitu orang yang sibuk membentuk jamaah cash tetapi tidak mengusahakan enam sifat dalam dirinya

Keberhasilan seorang da’i bukan diukur dari banyaknya yang ikut dengan dakwah mereka, pandai bayan / ceramah , pandai mudzakarah atau pandai memimpin musyawarah melainkan sejauh mana rasa ketergantungan da’i tersebut kepada Allah swt, sebagaimana Ibrahim as ketika dalam kobaran bara api Nambrut.

Dakwah ini diumpamakan seperti anak tangga, semakin sering kita berdakwah maka akan membawa kita ke tingkat kemuliaan yang tinggi,tetapi kalau kita buat dakwah tidak dengan tertib dan usul yang telah digariskan, maka tidak akan ada peningkatan dalam diri kita walau kita habiskan seluruh umur kita untuk dakwah, malahan keberadaan kita dalam dakwah akan menjadi fitnah bagi dakwah itu sendiri. Nauzubilah.

Dalam kerja dakwah ini kita harus berlemah lembut, saling memaafkan, dan selalu meletakkan segala sesuatunya dalam Musyawarah. Betapapun besarnya kesalahan teman kita maka kita maafkan, kalau hal ini ada di dalam diri kita maka akan timbul satu hati.

Maulana Yusuf Rah.A. berkata, semua Da'i hrs merasa bahawa dirinya adalah penanggungjawab dalam usaha dakwah. Ini adalah kerja saya !" Apabila merasa bertanggungjawab dalam usaha ini, maka tidak akan marah kepada orang lain, sebab mereka telah memberi bantuan. Sekecil apapun pengorbanan mereka, kita tetap harus bersyukur dan memuji hasil kerjanya, inilah sifat ISTIKHLAS. Allah akan menerima setiap kerja dari orang-orang yang merasa kerja ini adalah tugas dan tanggung jawab saya.

Tawajjuh kepada Allah dan salahkan diri sendiri, jangan menyalahkan orang lain salahkan saja diri sendiri. Ini salah saya. Kemerosotan ummat ini terjadi semua kerana salah saya. 

Andaikata amalan rohaniah saya sudah benar, punya mujahadah yang benar, punya pengorbanan yang benar, punya akhlaq yang benar, semestinya kerja dakwah ini akan naik dan ummat tidak akan seperti sekarang. Inilah dai yang benar, kemerosotan yang terjadi ini adalah kesalahan saya...

Buat kerja ini dengan tawadhu merasa dirinya ini tidak punya apa-apa. Hanya kerana pertolongan Allah saja semua ini bisa terjadi. Tanpa tawadhu kita tak akan boleh membuat kerja ini dengan baik. Bagaimanapun hebatnya kerja kita maka kita harus banyak beristigfar dan memohon kepada Allah agar dikekalkan dalam usaha dakwah ini.

Wallahua'lam

Khamis, 11 Ogos 2016

Tempat..Hidup

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
"Tempat yang membuatmu 'hidup' adalah tempat yang membuat kita lebih dekat dengan ALLAH ﷻ, bibir kita tidak lepas daripada menyebut nama ALLAH ﷻ dan Rasulullah ﷺ"
[Habib Ali Bin Umar Bin Ali As-Seggaf]

Waktu-waktumu....

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Waktu-waktumu yang paling beruntung ialah waktu yang tidak hilang  mengikuti hawa nafsumu. Dan waktu-waktumu yang paling merugi adalah waktu yang hanyut bersama nafsumu"

[Al-Imam Syeikh Abu Bakar Bin Salim Rahimahullah Taala]

Jumaat, 5 Ogos 2016

*KATA-KATA SYEIKH TANTAWI*

"Tidak perlulah kamu kelihatan cantik untuk menarik perhatian manusia. Tidak perlulah kamu menjadi pelawak untuk mendapatkan kasih manusia. Ini kerana cinta manusia sangat tidak adil. Buktinya apabila kamu telah melakukan 99 kebaikan dan 1 kesalahan, manusia hanya akan nampak 1 kesalahan itu dan lupa semua 99 kebaikan kita. Ia berbeza dgn cinta Allah, 99 kali kita buat dosa kepada-Nya dan sekali kita bertaubat, Allah akan melihat taubat yang 1 itu dan melupakan segala 99 dosa terbabit. Oleh itu, carilah cinta Ilahi, pasti kita akan jumpa cinta yang hakiki" 

*AllahuAkbar!!!

Jumaat, 29 Julai 2016

CiPTaKanLah CaHaYa....

“Ya Allah ciptakanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatan-ku, cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya dari depanku, dan cahaya dari belakangku. Ciptakanlah cahaya dalam diriku, per-besarlah cahaya untukku, agungkanlah cahaya untukku, berilah cahaya untuk-ku, dan jadikanlah aku sebagai cahaya. Ya Allah, berilah cahaya kepadaku, ciptakan cahaya pada urat sarafku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku, cahaya di rambutku, dan cahaya di kulitku” 
(Hal ini semuanya disebutkan dalam Al-Bukhari 11/116 no.6316, 
dan Muslim 1/526, 529, 530, no. 763)

Rabu, 27 Julai 2016

*```KITA TAK NAMPAK ALLAH```*

Gambar hiasan
*```Bila ALLAH sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil..... Kita nampak ubat.. Kita tak nampak ALLAH.```*

*```Bila ALLAH berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran....... Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak ALLAH.```*

*```Bila ALLAH bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi.....Kita nampak kecemerlangan kita.... Kita tak nampak ALLAH.```*

*```Bila ALLAH bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan....Kita nampak kegigihan usaha kita....Kita tak nampak ALLAH.```*

*```Bila ALLAH kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia....Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak ALLAH.```*

*```Bila ALLAH keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling......Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak ALLAH.```*

*```Bila ALLAH masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak ALLAH.```*

*```Bila ALLAH bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak ALLAH.```*

*```Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian.```*

*```Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat ALLAH dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari ALLAH hidup untuk ALLAH dan balik kepada ALLAH.```*

Sabtu, 23 Julai 2016

WAHAi SAHABAT, INILAH SEBAB KENAPA ORANG BERTERiAK KETiKA MARAH.



Muslim bersaudara
Seorang Syeikh berjalan bersama-sama murid-muridnya. Mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar dan saling berteriak.

Syeikh tersebut berpaling kepada murid-muridnya lalu bertanya: “Mengapakah orang saling berteriak ketika mereka sedang marah?”

Salah seorang muridnya menjawab:”Kerana kehilangan sabar, makanya mereka berteriak.”
“Tetapi, mengapa harus berteriak kepada orang yang dekat (hampir) berada di sebelahnya?
Bukankah pesanan yang ia sampaikan, boleh saja ia sampaikan dengan cara halus?” tanya tuan Syeikh menguji murid-muridnya.

Murid-muridnya pun saling beradu jawapan, namun tidak satupun jawapan yang mereka sepakati.
AKHIRNYA Tuan Syeikh pun berkata: “Apabila dua orang sedang marah, maka hati mereka saling menjauh. Untuk dapat menemouh jarak yang jauh itu, mereka harus berteriak agar perkataannya dapap didengar. Semakin marah, maka akan semakin keras teriakkannya kerana jarak antara kedua-dua hati semakin jauh.”

“Begitu juga senaliknya, di saat kedua-dua insan saling jatuh cinta?” lanjut Tuan Syeikh lagi.
“Mereka tidak saling berterian antara satu dengan yang lain. Mereka berbicara lembut kerana hati mereka berdekatan. Jarak antara DUA hati sangat dekat.”

“Bila mereka semakin saling mencintai, apa yang terjadi? ,Mereka tidak lagi berbicara. Mereka hanya berbisik dan saling mendekat dalam kasih-sayang. Pada akhirnya, mereka bahkan tidak perlu lagi berbisik. Mereka cukup hanya dengan saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah insan yang saling mengasihi.”

Tuan Syeikh memandang murid-muridnya dan mengingatkan dengan lembut:
“Jika terjadi pertengkaran di antara kalian, jangan biarkan hati kalian menjauh. JANGAN ucapkan perkataan yang membuat hati kian menjauh. Kerana jika kita biarkan, suatu hari nanti jaraknya tidak akan boleh ditempuh”.

Subahnallah -
Maha Suci Allah dengan Hikmah dan kasih sayang-Nya yang luas dan kekal.

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...