Ahad, 19 Februari 2017
Jumaat, 17 Februari 2017
IRSYAD AL-FATWA KE - 174: PERBEZAAN SIFAT MA’ANI DAN MA’NAWIYYAH
Mukadimah
Bagi memudahkan pemahaman masyarakat berhubung akidah, para ulama’ memberi perhatian kepada beberapa sifat-sifat penting yang wajib diimani bagi setiap Muslim agar pemahaman berkenaan hal ketuhanan dapat dicerna dengan baik.
Sifat 20 disusun agak lewat dalam perkembangan mazhab Asya’irah. Boleh dikatakan, ia datang pada peringkat dan era-era terakhir dalam penyusunan perbahasan ketuhanan mengikut mazhab Asya’irah. Sifat 20 ini dihimpunkan oleh Imam al-Sanusi dalam karyanya Umm al-Barahin dan disyarahkan oleh ramai para ulama’ seluruh dunia. Sebelum Imam al-Sanusi, perbincangan sifat-sifat Allah SWT telah pun dinyatakan dalam buku-buku mereka. Antaranya Imam al-Haramain al-Juwaini membahagikan sifat-sifat Allah kepada sifat nafsiyyah dan sifat ma’nawiyyah manakala Imam Fakhruddin al-Razi pula membahagikan sifat-sifat Allah kepada salbiyyah, idhafiyyah dan haqiqiyyah.
Perbahasan sifat-sifat Allah pada peringkat awal, terutamanya pada zaman Imam Abu Hasan al-Ash’ari lebih menekankan sifat-sifat asas yang disebutkan di dalam al-Qur’an iaitu qudrah, iradah, ‘ilm, hayah, sama’, basar dan kalam. 7 sifat ini adalah sifat wajib yang berada dalam zat Allah. Sifat inilah yang dinamakan sifat ma’ani yang akan kami huraikan pada kali ini dan perbezaannya dengan sifat ma’nawiyyah. Empat bahagian sifat yang di susun oleh Imam al-Sanusi adalah sifat nafsiyyah, sifat salbiyyah, sifat ma’ani dan sifat ma’nawiyyah.
Sambutan lanjut di laman web PMWP: https://goo.gl/vu9s32

AL-KAFI LI AL-FATAWI SIRI KE-531: SOLAT JUMAAT KETIKA MUSAFIR
Soalan: Apakah hukum solat Jumaat di atas kapal seperti misi bantuan ke Myanmar?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW. Kami memulakan perbahasan ini dengan menyatakan hukum solat Jumaat terlebih dahulu:
Solat jumaat diwajibkan ke atas semua orang Islam berdasarkan:
• Fiman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”. [al-Jumu’ah:9]
Para ulama’ memperincikan ayat tersebut dengan meletakkan syarat-syarat wajib Jumaat dan syarat-syarat sah Jumaat. Antara syarat wajib Jumaat ialah bermusthauthin atau bermukim, maka tidak diwajibkan ke atas orang yang bermusafir sebagaimana di dalam hadis Nabi SAW:
• Daripada Thariq bin Syihab RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
الجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَربَعَة : عَبدٌ مَملُوكٌ ، أَو امرَأَةٌ ، أَو صَبِيٌّ ، أَو مَرِيضٌ
Maksudnya: “Jumaat adalah hak wajib bagi setiap muslim secara berjemaah melainkan empat (golongan): Hamba, wanita, bayi atau orang yang sakit”. [Riwayat Abu Daud (1067)][Imam al-Nawawi berkata bahawa hadis ini sanadnya sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim]
Walaupun hadis tersebut tidak menyebut orang musafir tetapi ulama’ menjelaskan bahawa bilangan yang yang disebutkan tidaklah menghadkan kepada empat golongan itu sahaja bahkan perlu dilihat kepada hadis yang lain juga.
Pengecualian kepada orang musafir berdasarkan kepada perbuatan Nabi SAW yang tidak melakukan solat jumaat ketika Baginda SAW bermusafir sepertimana ketika Nabi SAW dalam perjalanan menunaikan haji yang mana hari Arafah jatuh pada hari Jumaat, maka Nabi SAW telah melakukan solat Zohor dan Asar secara jamak. Pandangan itu dipegang oleh jumhur ulama’, antaranya:
• Kata Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’: “tidak diwajibkan Jumaat ke atas orang musafir dan ini adalah pegangan mazhab kami yang tiada perselisihan dalam kalangan kami”.
Manakala hukum sembahyang Jumaat di atas kapal Flotilla ke Myanmar adalah tidak diwajibkan berdasarkan beberapa hujah:
1. Bahawa mereka sedang dalam keadaan musafir.
2. Solat Jumaat hendaklah dilakukan di kampung atau di dalam binaan (tempat) yang ditetapkan seperti masjid,surau atau lain-lain lagi.
Walaubagaimanapun , kami berpendapat bahawa solat Jumaat yang telah dilakukan oleh ahli rombongan yang berada di atas kapal tersebut adalah sah dan tidak perlu diulangi (qadha’) kerana mereka yang dalam musafir tidak diwajibkan untuk mendirikan solat Jumaat tetapi bukanlah solat yang dilakukan itu tidak sah. Bahkan sesetengah ulama’ seperti Imam Ibn hazm dan Imam al-Bukhari mengatakan wajib ditunaikan solat jumaat ke atas orang musafir dengan bersandarkan kepada zahir hadis tersebut.
Kesimpulan
Berdasarkan kepada perbezaan pendapat ulama’ dalam masalah ini dan dengan melihat kepada hujahan maka kami ingin menyimpulkan seperti berikut:
• Tidak wajib ditunaikan solat Jumaat ke atas orang yang sedang bermusafir.
• Sah solat Jumaat yang dilakukan oleh rombongan yang berada di atas kapal Flotilla ke Myanmar.
• Sebaiknya ditunaikan solat Zohor dan Asar secara jamak.
• Diadakan slot ceramah atau tazkirah bagi memberi suntikan semangat kepada ahli rombongan.
Wallahua’lam.
Akhukum fillah,
SS. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan.
Pautan ke laman rasmi PMWP: https://goo.gl/jJih3B

IRSYAD AL-FATWA #172 : HUKUM MENULIS AL-QURAN MENGGUNAKAN ABJAD ROMAN/LATIN
"Setelah meneliti keterangan-keterangan di atas, kami berpendapat bahawa hukum menulis al-Quran menggunakan huruf Roman adalah haram pada asalnya. Ini kerana ulama sepanjang zaman, salaf dan khalaf, telah bersepakat bahawa al-Quran hendaklah ditulis dengan menggunakan metod Rasm Uthmani. Ini bagi mengelakkan pengurangan dan penyelengan lafaz yang membawa kepada perubahan dan kerosakan makna kerana sifat al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab memiliki mukjizat yang tersendiri.
Namun begitu, terdapat beberapa keadaan apabila penulisan sebegini dibenarkan. Kami nyatakan dibawah beberapa dhawabit atau prinsip-prinsip tersebut:
1. Hendaklah dinyatakan teks atau nas asal a-Quran bersamaan dengan teks Roman.
2. Hendaklah menggunakan kaedah transliterasi yang diterima oleh ahli akademik dan difahami oleh masyakat setempat.
3. Hendaklah diiktikadkan bahawa penulisan berkenaan hanyalah bersifat wasilah (sarana) bagi pembelajaran al-Quran, dan bukan tujuan utama.
4. Hendaklah sarana ini bersifat sementara dan bukan kekal. Maksudnya, hendaklah kaedah sebagai alat bantuan pembelajaran bagi mubtadi (orang yang baru belajar), dan bukan dikekalkan setelah dikuasai kaedah pembacaan al-Quran yang betul.
5. Buku, makalah atau terbitan yang mengandungi ayat transliterasi itu tidaklah dianggap sebagai mushaf al-Quran mengikut pendapat yang masyhur."
Baca lanjutan perbincangan di portal rasmi PMWP: https://goo.gl/2SdQfj

IRSYAD AL-FATWA KE-173 : HUKUM MEMBATALKAN SOLAT SUNAT APABILA SUDAH IQAMAH
Selalu terjadi dalam masyarakat apabila iqamah bagi solat fardu sudah dilaungkan, masih terdapat mereka yang keliru bagaimana perlu dilakukan. Adakah perlu terus dibatalkan solat sunat itu atau meneruskan sahaja?
Kami cenderung kepada sekiranya seseorang yang sedang bersolat sunat qabliyyah mendengar iqamah dilaungkan, maka dia boleh membatalkan solatnya jika dia takut akan tertinggal fadilat solat Jumaat. Manakala jika kuat sangkaan dia sempat menyempurnakan solat tanpa tertinggal fadilat berjemaah, yakni takbir bersama imam, maka paling afdal dia selesaikan dahulu solat sunat berkenaan.
Ikuti perbincangan lanjut di portal rasmi PMWP: https://goo.gl/41dth0

Ahad, 5 Februari 2017
MAULANA ILYAS KANDHLAWI : ULAMA SUFI, DAIE & MUJADID LUAR BIASA
Muhammad Dzahir:
Keempat-empat mereka hidup di ambang
kejatuhan Daulah Uthmaniyah, satu zaman yang sangat mencabar bagi umat Islam.
Jika Syeikh Umar Mukhtar & Syeikh Izzuddin Al Qassam bergelumang di
medan jihad, Maulana Ilyas & Said Nursi pula bergelumang di medan
tarbiah & islah umat. Inilah kemuliaan hidup yang Allah kurniakan pada
mereka.
Maulana Ilyas Kandhlawi adalah seorang
ulama besar India. Beliau lahir dalam keluarga ulama. Beliau juga seorang ulama
bertarekat Chistiyah, satu tarekat yang masyhur di kalangan para ulama India.
Beliau sangat warak & tawaduk. Akhlaknya dipuji oleh semua orang yang
pernah bertemu dengannya.
Sejak dari usia mudanya, keilmuan
beliau dalam pelbagai bidang diakui oleh para ulama India. Ketika dianjurkan
perhimpunan para ulama besar India di Kandahla, mereka meminta Maulana Ilyas
untuk mengimamkan solat mereka. Antara ulama besar yang hadir pada ketika itu
ialah Maulana Asyraf Ali At Tanwi, Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri & Maulana Abdur
Rahim Ar Raipuri.
Di India pada
ketika itu, umat Islam di bandar sangat teruja & mengagungkan cara
hidup British. Manakala umat Islam di kampung pula mencampur adukkan amalan
Hindu dalam kehidupan mereka. Keadaan ini sangat menyedihkan Maulana Ilyas.
Maka beliau meninggalkan madrasahnya di Nizamuddin lalu pergi ke Mewat
& membina madrasah (maktab) di sana.
Mewat adalah
sebuah daerah yang dihuni oleh suku Meo. Major Powlett pernah menulis tentang
keadaan suku Meo di Mewat sebelum kedatangan Maulana Ilyas seperti berikut:-
“Orang Meo semuanya Islam, tetapi hanya pada
nama…Mereka menyambut hari kebesaran Hindu di samping hari kebesaran
Islam..Ketika berkahwin, Brahmin Hindu akan melaksanakan upacara perkahwinan.
Manakala majlis akad nikah pula dilaksanakan oleh Kadi. Sangat sedikit yang
melaksanakan solat di kalangan mereka…Masjid-masjid juga jarang kelihatan…Hanya
terdapat 8 buah masjid dalam 50 buah kampung…Mereka benar-benar jahil terhadap
agama mereka…”
Di Mewat, Maulana Ilyas menawarkan pengajian
percuma di madrasahnya berserta wang saku kepada orang-orang Meo. Namun usaha
Maulana Ilyas ini gagal menarik minat mereka untuk mendalami ilmu agama.
Maulana Ilyas berasa sangat sedih.
Pada tahun 1931, ketika mengerjakan haji di Mekah,
Maulana Ilyas mendapat ilham bahawa untuk menarik manusia kepada Allah,
mestilah dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad pada permulaan dakwah Islam iaitu berjumpa manusia dari pintu ke pintu
& dari hati ke hati.
Apabila pulang ke Mewat, Maulana Ilyas
bersama anak-anak muridnya memulakan dakwah dengan jaulah dari rumah ke rumah.
Setiap hari berpuluh-puluh batu lembah Mewat dilalui oleh Maulana Ilyas. Tidak
sedikit ancaman & kecederaan yang dialami oleh Maulana Ilyas. Namun
beliau tetap sabar & istiqamah. Ketika berhadapan dengan orang-orang
Mewat, beliau menunjukkan akhlak yang sangat baik hatta kepada para samseng.
Lama-kelamaan, usaha dakwah beliau
mula diterima. Penduduk Mewat sangat terkesan dengan akhlak &
kesungguhan Maulana Ilyas. Mereka mula minat pada agama. Masjid-masjid mula didatangi &
mereka mula menghantar anak-anak mereka belajar di madrasah.
Suasana Mewat bertukar. Dari masyarakat yang
meninggalkan amalan-amalan agama kepada msyarakat yang taat beragama. Maulana
Ilyas mula mengutuskan jemaah dakwah dari Mewat ke tempat-tempat lain di India. Dari sinilah bermulanya gerakan jemaah
tabligh.
Berapa ramai yang begitu jauh dari agama, berubah
menjadi seorang yang sangat mencintai Islam. Setelah itu, ulama-ulama besar India juga turut melibatkan diri dalam usaha dakwah
ini.
Sebagai seorang ulama sufi, beliau
sangat menitik beratkan ilmu, zikir, ibadat & khidmat pada
karkun-karkun jemaah Tabligh. Pada beliau, amalan-amalan tersebut tidak boleh
dipisahkan dari dakwah, begitu juga sebaliknya. Berkat usaha yang dijalankan
oleh Maulana Ilyas, hari ini jutaan umat Islam dapat diislahkan. Tidak sedikit
juga orang-orang bukan Islam yang mendapat hidayah dari usaha dakwah yang
dijalankan oleh Jemaah Tabligh.
Kini, jutaan Jemaah Tabligh bergerak
di seluruh dunia atas maksud dakwah. Selain dari gerakan Islam yang bersifat
antarabangsa, perhimpunan tahunan Jemaah Tabligh diiktiraf sebagai perhimpunan
kedua terbesar umat Islam selepas perhimpunan Haji di Mekah. Maulana Ilyas
Kandhalwi memang layak digelar “Mujadid yang Luar Biasa’.
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=763045317180587&id=226389644179493
Sabtu, 14 Januari 2017
KETURUNAN NABI MUHAMMAD ﷺ BERTEBARAN DI MUKA BUMI
Prof.Dr. Syaikh Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah atau
biasa dikenal dengan Buya Hamka, menjelaskan di dalam kitab tafsir karya
beliau, kitab Tafsir al-Azhar mengenai tafsir surat al-Kausar, Ayat; 3,"Sungguh, orang-orang yang membencimu dialah yang
terputus." (QS. Al-Kausar: Ayat 3)
Dikisahkan mengenai sebab-sebab turunnya ayat ini bahwasanya
kaum kafir Quraisy di antaranya Abu Lahab, Al-Ash bin Wail, Oqbah bin Abi
Mu'ith dan orang-orang musyrikin lainya gembira ria dan menghina serta mencemuh
nabi Muhammad ﷺ sebab semua anak laki-laki nabi meninggal di waktu kecil,
mereka beranggapan bahawa habislah dan telah putus keturanan nabi Muhammad ﷺ
dan tidak akan ada sebutannya lagi.
Maka turunlah surat Al-Kausar: Ayat: 3."Sungguh,
orang-orang yang membencimu dialah yang terputus."
Prof. Dr Buya Hamka juga menjelaskan di akhir tafsir ayat
ini:
"Abul Fadhl Al-Arudhiy mentafsirkan pula bahawa
Al-Kautsar, pemberian yang sangat banyak itu dianugerahkan Allah juga bagi nabi
Muhammad ﷺ dengan keturunan dari pihak anak perempuan, iaitu keturunan Fatimah,
yang sampai sekarang sudah 14 abad masih saja bertebaran di muka bumi ini, ada
yang menjadi raja-raja besar di negeri-negeri besar, ada yang menjadi ulama dan
berpolitik, sedang orang yang membencinya itu maka putuslah berita mereka,
tidak ada khabarnya lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)
Kisah Juha Dan Setengah Cambukan
Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...
-
Biodata & Kisah Hidupnya · by Nabilah Rumainor · Muawiyah bin Abu Sufyan, pengasas Daulah Umawiyah. Artikel ini a...