Kisah Saudara Baru - Aminah Assilmi
Pengenalan Dan Keputusan Saya bertemu dengan orang Islam buat pertama kalinya semasa sedang menghabiskan ijazah di dalam bidang Rekreasi. Saya membuat pra-pendaftaran subjek untuk semester tersebut dan pergi ke Oklahoma untuk mengendalikan urusan keluarga. Urusan tersebut menyebabkan saya lewat hampir dua minggu dan oleh yang demikian, tidak dapat lagi membuang mana-mana subjek. Walaupun lewat, saya tidaklah risaukan pelajaran yang terlepas kerana saya adalah pelajar terbaik di dalam bidang berkenaan. Saya telah memenangi berbagai 'award' walaupun hanya seorang pelajar dan mampu bersaing dengan para professional. Seperkara yang anda harus faham, walaupun saya belajar dan cemerlang di kolej, menjalankan perniagaan sendiri dan mempunyai ramai teman rapat, saya adalah seorang yang amat pemalu. Saya lambat untuk mengenali seseorang dan jarang bercakap kecuali jika terpaksa, atau kerana sudah mengenali orang tersebut. Saya hanya merasa selesa di kalangan kanak-kanak. Kembali kepada cerita saya. Cetakan komputer pendaftaran semester tersebut menyebabkan saya amat terperanjat. Saya telah didaftarkan untuk kelas Teater.. sebuah kelas di mana saya dikehendaki membuat persembahan di hadapan orang ramai!.
Saya tidak mampu walau untuk bertanyakan soalan di dalam kelas, apatah lagi untuk naik ke atas pentas di hadapan orang ramai? Suami saya, seperti biasa dengan sikap tenangnya menyarankan supaya saya menerangkan masalah kepada guru berkenaan dan akhirnya beliau bersetuju mencari jalan untuk membantu. Maka saya pun pergi ke kelas pada Selasa berikutnya..
Apabila hendak memasuki kelas, saya mendapat 'kejutan' yang kedua. Kelas tersebut penuh dengan orang-orang Arab dan "penunggang unta". Saya tidak pernah berjumpa mereka tapi pernah mendengar tentangnya. Tidak mungkin saya akan duduk sekelas dengan 'kafir-kafir kotor' ini! Manalah tahu, mungkin saya akan dijangkiti penyakit daripada mereka. Semua orang tahu mereka itu kotor dan tidak boleh dipercayai. Saya lantas menutup pintu dan pulang ke rumah. (Ada satu perkara yang perlu anda tahu. Pada masa itu saya memakai skirt pendek kulit, baju singkat dan terdapat segelas wain di tangan saya... tapi merekalah yang dianggap jahat dalam fikiran saya).
Apabila saya memberitahu suami saya tentang orang-orang Arab di dalam kelas dan tidak mungkin saya kembali ke kelas, suami saya dengan tenangnya mengingatkan bahawa Tuhan mempunyai sebab untuk segalanya dan mungkin saya patut mengambil masa berfikir sebelum membuat keputusan. Dia juga mengingatkan yang saya tentang tajaan biasiswa yang membayar tuisyen saya dan saya perlu mengekalkan G. P. A saya atau memusnahkan segala peluang saya. Saya berdoa untuk petunjuk selama dua hari.
Saya kembali ke kelas pada hari Khamis dengan keyakinan bahawa Tuhan meletakkan saya di situ untuk menyelamatkan orang-orang kafir bodoh itu daripada api neraka. Saya terus menerangkan kepada mereka bahawa mereka akan dibakar api neraka buat selama-selamanya sekiranya tidak menerima Jesus sebagai penyelamat. Mereka mendengar dengan sopan, tetapi tidak menukar pegangan. Saya terus mencuba untuk mengubah pegangan mereka tetapi tidak berjaya. Jadi saya mengambil keputusan membaca sendiri buku mereka untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama palsu dan Mohammed adalah tuhan palsu.
Salah seorang pelajar di situ memberikan saya sesalinan Quran dan buku mengenai Islam, dan saya pun memulakan kajian. Saya pasti bahawa saya akan menemui bukti hujah saya dengan cepat. Saya membaca Quran dan buku tersebut dan 15 lagi buah buku, Sahih Muslim, dan kembali kepada Quran. Saya begitu bersungguh-sungguh untuk menukar agama mereka. Kajian tersebut berlanjutan sehingga satu setengah tahun. Dalam masa tersebut, saya mula menghadapi masalah dengan suami saya. Saya makin berubah, walaupun sedikit tetapi cukup untuk mengganggunya. Kami selalu pergi ke bar setiap Jumaat dan Sabut, atau ke parti, tetapi saya tidak lagi ingin ke sana. Saya menjadi semakin pendiam dan dingin. Dia yakin saya ada hubungan dengan orang lain dan menghalau saya keluar. Saya berpindah ke sebuah apartmen dengan anak-anak dan meneruskan usaha dengan bersungguh-sungguh untuk menukar agama para Muslim tersebut ke Kristian.
Pada suatu hari, seseorang mengetuk pintu rumah saya. Apabila dibuka saya mendapati terdapat seorang lelaki yang memakai baju tidur panjang berwarna putih dengan alas meja berkotak warna merah putih di atas kepalanya. Dia ditemani tiga lagi lelaki yang juga memakai pajama. (Itulah kali pertama saya melihat mereka memakai baju Kebangsaan mereka). Saya mulanya merasa agak marah kerana mereka hanya datang dengan pakaian tidur. Mereka fikirkan saya ini wanita jenis apa? Tidakkah mereka ada rasa malu dan harga diri? Bayangkan betapa terperanjatnya saya apabila si lelaki yang memakai alas meja di kepala itu mengatakan bahawa mereka difahamkan yang saya ingin menjadi seorang Muslim.
Saya dengan pantas menjawab yang saya tidak mahu menjadi Muslim. Saya adalah seorang Kristian. Walau bagaimanapun, saya ada beberapa kemusykilan. Itupun kalau mereka ada masa.... Namanya ialah Abdul Aziz Al-Shiek dan dia sudi meluangkan masanya. Dia sangat sabar dan membincangkan setiap soalan bersama saya. Dia tidak pernah membuat saya rasa bodoh atau mengatakan soalan saya itu remeh. Dia bertanya adakah saya percaya bahawa Tuhan hanya satu dan saya berkata ya. Kemudian adakah saya percaya bahawa Mohammad itu PesuruhNya?. Lagi sekali saya mengatakan ya. Dia memberitahu saya bahawa saya sudahpun menjadi Muslim! Saya tetap bertegas bahawa saya adalah Kristian. Saya hanya mencuba memahami Islam.
(Dalam hati saya berfikir : Tidak mungkin saya seorang Muslim! Saya adalah orang Amerika dan berbangsa kulit putih! Apa suami saya akan kata? Jika saya Muslim, saya harus menceraikan suami saya. Matilah keluarga saya!).
Kami meneruskan perbualan. Dia kemudiannya menerangkan,untuk mencapai pengetahuan dan pemahaman rohani adalah seperti mendaki tangga. Jika kita mendaki dan cuba "skip" beberapa anak tangga, maka kita dalam keadaan bahaya dan berkemungkinan jatuh. Mengucap Shahadah adalah hanya langkah pertama pada tangga tersebut. Kami ada banyak lagi yang perlu dibualkan.
Pada petang tersebut, saya mengucap Shahadah. Walau bagaimanapun ada beberapa perkara yang masih belum dapat saya terima dan memang sifat semulajadi saya untuk berterus-terang lalu saya meletakkan "disclaimer" pada Shahadah saya. Saya berkata " Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Mohammad adalah PesuruhNya tetapi, saya tidak sesekali akan menutup rambut saya dan jika suami saya kahwin lain, saya akan "castrate" (mengkasi telur) dia". Saya mendengar lain-lain lelaki di situ menarik nafas terkejut, tetapi Abdul Aziz menyuruh mereka diam. Kemudiannya saya dapat tahu dia memberitahu rakan-rakanya jangan sesekali membincangkan dua perkara itu dengan saya. Dia yakin saya sendiri akan faham tentang perkara tersebut.
Shahadah sememangnya langkah paling mantap dalam tangga mencapai pengetahuan rohani dan mendekatkan diri kepada Allah tetapi pendakian saya agak perlahan. Abdul Aziz berterusan datang menziarahi saya dan menjawab soalan-soalan saya. Dia tidak pernah mencela saya atas soalan-soalan yang mungkin dianggap bodoh atau remeh. Dia memberitahu saya soalan yang bodoh ialah soalan yang tidak pernah ditanya. Hmm... nenek saya juga selalu berkata begitu. Dia menerangkan bahawa Allah menyuruh kita mencari ilmu, dan bertanya adalah salah satu cara untuk mendapatkannya.
Pada tahun-tahun seterusnya, saya telah mendapat ramai guru. Setiap satunya adalah istimewa dan berlainan antara satu sama lain. Setiap guru telah membantu saya mencintai Islam. Apabila pengetahuan saya bertambah, perubahan pada diri saya makin bertambah. Pada tahun pertama saya memeluk Islam, saya telahpun memakai hijab. Saya tidak tahu bagaimana ianya bermula. Segalanya datang dengan semulajadi, dengan pemahaman dan pengetahuan yang kian bertambah.
Saya juga menjadi penyokong kepada poligami. Saya tahu yang sekiranya Allah membenarkannya, maka tentu ada sesuatu yang baik di sebaliknya. Semasa saya mula mempelajari Islam, saya tidak menyangka saya akan berjumpa sesuatu yang saya perlu atau mahu dalam kehidupan peribadi saya. Saya sama sekali tidak menyangka Islam akan merubah hidup saya. Tiada manusia yang boleh menyakinkan saya bahawa pada satu hari saya akhirnya akan berasa tenang dan hidup penuh cinta dan keriangan semata-mata kerana Islam. Bagaimana Islam mengubah cara hidup saya "Kita akan lebih menghargai cahaya.. sekiranya kita pernah hidup dalam kegelapan"
Semasa saya mula memeluk Islam, saya tidak menyangka ianya akan memberi kesan kepada hidup saya. Islam tidak hanya membawa kesan, bahkan ia mengubah kehidupan saya sepenuhnya. Kehidupan berkeluarga : Saya dan suami saya amat mencintai satu sama lain. Cinta itu masih wujud. Tetapi apabila saya mula mempelajari Islam, kami mula menghadapi masalah. Pada masa itu saya tidak sedar yang saya sedang berubah. Dia menganggap satu-satunya perkara yang menyebabkan saya berubah ialah lelaki lain. Saya tidak dapat membuatkan dia faham apa yang telah merubah saya kerana saya sendiri tidak tahu. Setelah saya sedar yang saya adalah seorang Muslim, ianya masih tidak membantu. Lagipun,dia masih menganggap bahawa sebab yang boleh membuat seseorang wanita mengubah sesuatu yang penting seperti agamanya mestilah kerana seorang lelaki. Dia tidak menjumpai sebarang bukti berkenaan lelaki khayalan ini... tetapi ianya dianggap pasti wujud.
Perkahwinan kami berakhir dengan perceraian yang buruk. Mahkamah membuat keputusan bahawa agama yang bukan ortodoks (seperti Islam) akan mencacatkan perkembangan anak-anak kami. Maka mereka telah diambil dari jagaan saya. Semasa proses perceraian, ada suatu ketika di mana saya diberitahu yang saya mempunyai pilihan. Saya boleh meninggalkan agama ini dan kekal dengan anak saya, atau meninggalkan anak saya dan kekal dengan agama ini. Saya sungguh terkejut. Bagi saya ini bukanlah pilihan. Sekiranya saya meninggalkan Islam, saya akan mengajar anak saya untuk bersikap berpura-pura.... kerana saya tidak dapat menyangkal apa yang ada di dalam hati saya.
Saya tidak dapat meninggalkan Allah, buat masa itu mahupun selama-lamaya. Saya berdoa dengan sesungguh hati. Selepas tempoh masa 30 minit itu berakhir, saya tahu bahawa.. tiada tempat yang paling selamat bagi anak-anak saya melainkan di bawah lindungan Allah. Sekiranya saya meninggalkanNya, maka pada masa hadapan hilanglah jalan untuk saya menunjukkan kepada anak-anak saya keajaiban bersama Allah. Mahkamah diberitahu yang saya akan meninggalkan anak-anak saya di dalam tangan Allah. Jadi ini bukanlah bermakna saya telah menolak anak-anak saya. Saya meninggalkan mahkamah dengan kesedaran yang saya akan menderita tanpa anak-anak saya. Hati saya berdarah, walaupun saya tahu saya telah membuat keputusan yang betul. Saya mendapat kedamaian di dalam Ayat-Ul-Kursi. Hak penjagaan anak dan perceraian bukanlah sesatunya masalah yang terpaksa saya hadapi. Kesemua keluarga saya tidak dapat menerima pilihan saya. Kebanyakan daripada mereka tidak mahu langsung mengambil tahu lagi hal saya.
Ibu saya menganggap saya sedang melalui satu fasa ("phase") dan lambat laun akan keluar daripadanya. Kakak saya "pakar kesihatan mental" percaya saya telah gila dan patut disumbat ke hospital gila. Bapa saya menganggap saya patut dibunuh sebelum saya jatuh lebih jauh ke dalam Neraka. Tiba-tiba saya mendapati diri saya tanpa suami dan keluarga.
Apa pula lagi yang akan saya hadapi selepas ini? Sahabat-handai. Kebanyakan sahabat-handai saya menjauhkan diri dari semasa tahun pertama lagi. Mereka sudah tidak seronok bergaul dengan saya. Saya tidak mahu ke parti atau bar. Saya tidak berminat mencari teman lelaki. Apa yang saya buat hanya membaca Quran dan bercakap tentang Islam. Sungguh membosankan bagi mereka. Pada masa itu saya masih belum mempunyai pengetahuan yang cukup untuk memahamkan mereka betapa indahnya Islam.
Pekerjaan : Saya juga kehilangan pekerjaan. Walaupun saya telah memenangi pelbagai anugerah dalam bidang saya dan diiktiraf sebagai "trend setter" dan mampu menghasilkan wang, hari saya memakai hijab adalah hari akhir bagi pekerjaan saya. Saya sekarang tidak mempunyai keluarga, kawan mahupun pekerjaan.
Dalam semua keadaan ini, cahaya di dalam hidup saya ialah nenek. Dia sukakan pilihan saya dan menyertai saya. Saya tahu nenek saya memang seorang yang amat bijaksana. Sejurus selepas itu beliau meninggal dunia. Apabila saya fikirkan kembali, saya hampir merasa cemburu. Pada hari beliau mengucapkan Shahadah, kesemua amalan buruknya terhapus manakala amalan baiknya dipelihara. Beliau meninggal tidak berapa lama selepas memeluk Islam dan saya tahu BUKUnya akan berat di sebelah kebaikan. Itu sudah cukup menggembirakan saya.
Apabila pengetahuan saya semakin bertambah dan saya dapat menjawab soalan-soalan dengan lebih baik, banyak perkara berubah. Tetapi impak paling besar ialah perubahan pada diri saya. Beberapa tahun selepas saya mengisytiharkan keislaman saya pada umum, ibu saya menelefon dan mengatakan dia tidak tahu mengenai Islam tetapi dia berharap saya akan kekal dengannya. Dia sukakan perubahan pada diri saya. Beberapa tahun kemudian dia menelefon lagi dan bertanya apa yang perlu dia lakukan untuk menjadi seorang Muslim. Saya memberitahunya apa yang perlu dibuat ialah mengetahui yang hanya ada satu Tuhan dan Muhammad ialah pesuruhNya. Jawapan yang diberikannya "Orang bodoh pun tahu itu.. tapi apa yang perlu dibuat sebenarnya?" Saya mengulang kembali apa yang telah saya katakan dan dia berkata :"OK.. tapi tak perlulah beritahu ayah lagi". Dia tidak tahu yang ayah saya telah berbual perkara yang sama beberapa minggu sebelum itu. Bapa kandung saya pula telah melakukannya dua bulan sebelumnya. Kemudian, kakak saya (si pakar mental) itu memberitahu yang saya adalah orang yang paling 'bebas' yang dia pernah kenali. Itulah pujian paling bermakna yang saya terima kerana ianya datang daripada dia. Ramai lagi anggota keluarga saya yang telah menemui Islam saban tahun.
Saya paling gembira apabila mendengar berita bahawa bekas suami saya juga telah memeluk Islam. Apabila ditanya mengapa, dia berkata yang dia telah memerhatikan saya selama 16 tahun dan dia mahukan anak perempuannya mendapat apa yang saya ada. Dia datang dan memohon maaf atas perbuatannya yang lalu. Saya telah lama memaafkannya. Anak lelaki sulung saya juga telah mengumumkan bahawa dia akan memeluk Islam. Saya telah dikenali kerana ceramah-ceramah yang saya berikan mengenai Islam, dan ramai pendengar yang telah memilih untuk menjadi Muslim.
Ketenangan dalam jiwa saya terus bertambah dengan pengetahuan dan keyakinan saya terhadap kebijaksanaan Allah. Saya tahu Allah bukan sahaja Pencipta kita, tetapi juga sahabat yang paling akrab. Saya tahu Allah akan sentiasa berada di sisi saya dan tak akan menolak kita. Bagi setiap satu langkah saya kepadaNya, Dia datang dengan 10. Allah juga telah menguji saya, dan sebagaimana yang dijanjikan, memberikan anugerah lebih daripada apa yang saya harapkan. Beberapa tahun lalu, doktor memberitahu yang saya menghidap kanser di peringkat serius. Mereka mengatakan tiada lagi penawar kerana ia terlalu 'advanced' dan menyiapsediakan saya untuk menghadapi kematian. Saya mungkin hanya ada satu tahun untuk hidup. Saya risaukan anak-anak saya, terutamanya yang paling kecil. Siapa yang akan menjaganya?
Walau bagaimanapun saya tidak bersedih. Kita semua akan mati. Saya yakin kesakitan yang saya tanggung ini mengandungi hikmahNya. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyedari akan RahmatNya. Sahabat-handai tiba-tiba hadir entah dari mana. Saya dikurniakan kesempatan menunaikan Haji. Yang lebih pentingnya, saya belajar betapa pentingnya bagi saya berkongsi kebenaran Islam dengan semua orang. Saya tidak kisah sama ada manusia, Muslim atau tidak, bersetuju atau sukakan saya. Saya hanya perlukan keredhaan Allah. Kasih-sayang yang saya mahukan hanya dari Allah. Tetapi, saya mendapati orang ramai, yang tanpa sebarang sebab yang nyata, telah menyayangi saya. Saya bersyukur, kerana saya pernah membaca, sekiranya Allah menyayangi seseorang, Dia akan membuatkan manusia juga mencintai orang itu. Saya tidak layak menerima semua kasih sayang itu.
Pastinya ini adalah salah satu hadiah lagi daripada Allah. Tiada kata untuk saya menerangkan bagaimana berubahnya hidup saya. Alhamdulillah! Saya amat gembira saya adalah seorang Muslim. Islam adalah hidup saya. Islam adalah denyutan jantung saya. Islam adalah darah yang mengalir dalam diri saya. Islam adalah kekuatan saya. Islam menjadikan hidup saya indah dan gemilang. Tanpa Islam, saya tiada apa dan sekiranya Allah berpaling dari saya, saya tidak akan hidup.
Maha Suci Allah
Aminah Assilmi
Petikan
Ahad, 3 April 2011
Sabtu, 2 April 2011
KEAJAIBAN KOTA MEKAH ( TELAGA ZAMZAM)
| Kaabah |
BERAPA banyak air zam-zam yang digunakan setiap musim haji? Mari kita hitung secara sederhana. Jemaah haji yang datang dari seluruh penjuru dunia pada setiap musim haji pada setiap tahun berjumlah sekitar dua juta orang. Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah air. Sekiranya 2 juta orang membawa 5 liter zam-zam / seorang ke negara masing-masing, jumlahnya ialah 10 juta liter. Jika seorang jemaah tinggal 25 hari di Mekah dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!. Ini hanya kiraan secara kasar sahaja, betapa luar biasanya air zamzam ini dikongsi dan digunakan oleh sejumlah besar manusia, tanpa pernah kering !
ITULAH salah satu keanehannya. Puluhan juta liter air keluar dari telaga di Mekah ini yang letaknya di tengah padang pasir yang kering kontang. Kawasan gurun yang hujannya saja cuma 2 kali setahun. Dan air itu keluar dari sebuah telaga yang hanya berukuran sekitar 5 x 4 meter lebar dan kedalaman kira-kira 40 meter, bukannya berupa empangan besar. Itulah Keajaiban kurniaan ALLAH Maha Esa. Allahu Akhbar.
![]() |
| Air zam-zam |
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Negara Mesir mengatakan kepada Press Eropah bahawa air Zamzam itu tidak sihat untuk diminum. Pernyataannya didasarkan bahawa kota Mekah itu letaknya di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian turun terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari sumur Zamzam. Masya ALLAH.
Tentu sahaja ini merupakan prasangka buruk yang merugikan dunia Islam. Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang amat marah mendengarnya. Baginda lalu memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini, dan mengirimkan sampel air Zamzam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain, seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Pemulihan Air Laut, di Kota Jeddah, mendapat tugas menyelidikinya. Pada ketika beliau ingin memulakan tugasnya, Tariq belum mendapat gambaran, bagaimana telaga Zamzam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada batasnya.
Hanya TELAGA Kecil
Ketika sampai di dalam telaga Zamzam itu, Tariq kehairanan setelah menyaksikan bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki sahaja (Kira-kira 5 x 4 meter). Tidak terbayang oleh beliau, bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan gelen air setiap musim haji. Dan itu telah berlaku sejak ribuan tahun yang lalu, iaitu sejak zaman Nabi Ibrahim AS.
TARIQ mulai mengukur kedalaman telaga zamzam tersebut. Beliau meminta pembantunya masuk ke dalam air telaga tersebut. Ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci. Lalu beliau meminta pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada lubang atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak ditemukan apapun!
Beliau berfikir, mungkin sahaja air telaga itu dibekalkan dari luar melalui saluran paip berukuran besar. Jika benarlah tanggapan tersebut sudah tentu dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba. Tetapi dugaan itupun tidak terbukti. Tidak ditemukan gerakan air yang mencurigakan, juga tak ditemukan ada alat yang boleh membekalkan air dalam jumlah besar.
SETERUSNYA beliau minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga tersebut. Beliau mengarahkan pembantunya berdiri, dalam keadaan diam sambil mengamati sekelilingnya dengan teliti, dan melaporkan kepadanya sebarang maklumat yang dilihat dan diperhatikan secara teliti. Setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengacukan kedua belah tangannya sambil berteriak: “Alhamdulillah, Saya temukan dia! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku. Dan air itu keluar dari dasar telaga ”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba saat penyedutan air (untuk dialirkan ke tempat pengumpulan air) berlangsung. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum masa penyedutan. Dan aliran air yang keluar, besarnya sama di setiap sudut, di semua kawasan. Ini menyebabkan permukaan telaga itu relatif stabil, tak ada kocakan yang besar.
Selesai pengamatan itu, Tariq mengirimkan sampel air kebeberapa makmal di Eropah dan sebahagian ke makmal di Arab Saudi. Dan sebelum meninggalkan Ka’bah, dia berpesan kepada petugas di Mekah untuk menyelidiki keadaan telaga lainnya di sekitar Kaabah.
Sesampainya di pejabatnya di Jedah, beliau mendapat laporan bahawa telaga-telaga lain di sekitar Mekah dalam keadaan kering, hanya telaga Zamzam yang dipenuhi air. Allahu Akbar. Jika Allah menghendaki, apapun boleh terjadi.
![]() |
| Bentuk air zam-zam |
HASIL penelitian sampel air di Eropah dan Saudi Arabia menunjukkan bahawa air Zamzam mengandung zat fluorida yang amat efektif membunuh kuman,. Dengan lain perkataan air tersebut seperti sudah mengandung ubat. Dengan itu perbezaan air Zamzam dibandingkan dengan air telaga lain di kota Mekah dan sekitar Arab adalah dalam aspek kualiti kalsium dan garam magnesium. Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zamzam. Itu mungkin sebabnya air zamzam membuat kesan menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Selain daripada itu , hasil kajian makmal di Eropah juga menunjukkan bahawa air zamzam baik untuk diminum, selamat untuk diminum. Kenyataan ini secara automatiknya telah menyangkal prasangka buruk doktor di awal rencana di atas tadi.
Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya selalu stabil, selalu sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang pada setiap tahun. Dan Air zamzam ini tidak pernah dicampur bahan kimia apapun seperti air paip yang terdapat di Negara kita. Air Zamzam tetap terjaga, murni dan sihat.
Satu lagi kehebatannya ialah, telaga air zamzam tidak pernah ditumbuhi lumut, seperti yang berlaku dikebanyakan telaga yang terdapat di seluruh dunia yang biasanya ditumbuhi lumut dan tumbuhan serta terdapatnya mikro organisma.
![]() |
| Lokasi telaga zam-zam |
Boleh Menyembuhkan Penyakit
DIRIWAYATKAN dalam Sahih Muslim, Nabi bertanya kepada Abu Dzarr, yang telah tinggal selama 30 hari siang malam di sekitar Ka’bah tanpa makan minum, selain Zamzam. “Siapa yang telah memberimu makan?”. “Saya tidak punya apa-apa kecuali air Zamzam ini, tapi saya bisa gemuk dengan adanya gumpalan lemak di perutku” Abu Dzarr menjelaskan, “Saya juga tidak merasa lelah atau lemah kerana lapar, dan tak menjadi kurus”. Tambah Abu Dzarr. Lalu Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, Zamzam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi GIZI”.
NABI SAW menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka ALLAH mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka ALLAH akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari ALLAH untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari IBNU ABBAS).
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah mengambil air zamzam dalam sebuah kendi dan tempat air dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam untuk memerciki orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya. Itu sebabnya pada ketika ini banyak jamaah yang membawa air zamzam untuk diberikan kepada keluarga dan saudara mara mereka di tanah air.
Yusria Abdel-Rahman Haraz dari negeri Arab, mengatakan bahawa dia telah diserang penyakit “bisul” di matanya. Sakitnya yang keterlaluan, tidak dapat disembuhkan dengan ubat. Dia hampir-hampri menjadi buta. Seorang doktor terkenal menasihati dia untuk disuntik dengan sejenis ubat khusus, yang mungkin boleh menyembuhkan sakitnya. Namun begitu dengan penggambilan ubat tersebut kemungkinan besar ada kesan sampingann yang boleh membuatkan dia buta selamanya.
Yusria sangat yakin akan kemurahan ALLAH Dia lalu pergi melaksanakan umrah dan memohon kepada ALLAH menyembuhkan penyakitnya. Di Baitullah dia melakukan tawaf, yang pada ketika itu tidak terlalu padat dengan manusia. Keadaan tersebut membolehkannya tinggal lebih lama di lokasi air zamzam. Dia manfaatkan untuk terus membasuh kedua matanya yang sakit. Ketika dia kembali ke hotel, sesuatu perkara pelik telah terjadi, kedua-kedua matanya yang sakit telah sembuh, dan bisulnya berangsur hilang.
Kejadian ini membuktikan Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di atas:” Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka ALLAH menyembuhkannya. Wallahu a’alam
Demikian beberapa khasiat air Zamzam. Manfaatkanlah sebaik-baiknya keistimewaan Zamzam ini ketika kita meminumnya di Mekah waktu ziarah nanti, atau ketika kita dihadiahi kerabat, teman kita, yang baru pulang dari Tanah Suci. Dianjurkan membaca do’a dulu sebelum meminumnya. In sya ALLAH berkah.
Petikan :oryfeitya
Khamis, 31 Mac 2011
MENCUCI hATI dENGAN bACAAN sELAWAT
Petua: Dr FaDZIlaH kAMsAH
Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawat nabi paling kurang dalam kiraan 100 kali.
Menurut Dr Fadzilah Kamsah, cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing serta membuat orang sayang pada kita.
Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain walau di mana jua dia berada.
Kesan jangka masa panjang, bacaan selawat dengan kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita.
Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat. Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif, iaitu sikap yan paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan.
Wallahua'lam
Isnin, 28 Mac 2011
TIGA GOLONGAN AHLI SYURGA
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:
“Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufik, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum kerabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai” . (Riwayat Muslim).
Ringkasannya: TIGA golongan AHLI SYURGA
1.PEMERINTAH yang berlaku ADIL dalam pemerintahannya
2.ORANG yang mempunyai SIFAT KASIH SAYANG serta BERLEMAH LEMBUT khususnya kepada ahli keluarga umumnya serta sesama orang Islam.
3.Seseorang yang TABAH dan CEKAL menghadapi kesusahan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.
“Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufik, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum kerabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai” . (Riwayat Muslim).
Ringkasannya: TIGA golongan AHLI SYURGA
1.PEMERINTAH yang berlaku ADIL dalam pemerintahannya
2.ORANG yang mempunyai SIFAT KASIH SAYANG serta BERLEMAH LEMBUT khususnya kepada ahli keluarga umumnya serta sesama orang Islam.
3.Seseorang yang TABAH dan CEKAL menghadapi kesusahan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.
Ahad, 27 Mac 2011
Insan Mulia, Pandanglah Hamba
Dahulu di sebuah kota di Madura, ada seorang nenek tua penjual bunga cempaka.Dia menjual bunganya di pasar, dengan berjalan kaki.Cukup jauh pasar tersebut. Setelah habis jualannya, dia pergi ke masjid Agung di kota itu.
Dia berwudhu,lalu masuk ke masjid, dan melakukan solat Zuhur. Setelah membaca wirid sekedarnya, dia keluar dari masjid.
Sambil berjalan membungkuk-bungkuk di halaman masjid, dia mengumpulkan dedaunan yang bertaburan di halaman masjid. Sehelai demi sehelai dikais dan dikumpulkannya. Tidak sehelai pun yang tertinggal. Tentu saja masa yang agak lama diperlukan untuk membersihkan halaman masjid dengan cara itu.
Panas matahari Madura di pada waktu siang hari sungguh menyengat. Keringatnya membasahi seluruh tubuhnya.
Banyak pengunjung masjid merasa hiba melihat kepadanya. Pada suatu hari Takmir masjid memutuskan untuk membersihkan dedaunan itu sebelum perempuan tua itu datang.
Seperti biasa, pada hari itu, dia datang dan terus masuk masjid. Selesai solat, ketika dia ingin melakukan pekerjaan rutinnya. Dia terkejut. Tidak ada sehelai pun daun terserak di situ. Dia kembali lagi ke masjid dan menangis dengan tersedu-sedu.
Dia menananyakan mengapa daun-daun itu sudah dibersihkan sebelum kedatangannya.
Orang-orang di masjid menjelaskan bahawa mereka kasihan kepadanya.
"Jika kalian kasihan kepadaku," kata nenek itu, "Berikan kesempatan kepadaku untuk membersihkannya."
Dipendekkan cerita, nenek itu dibiarkan mengumpulkan dedaunan itu seperti biasa.
Seorang kiai terhormat diminta untuk menanyakan kepada perempuan itu mengapa dia begitu bersemangat membersihkan dedaunan itu.
Perempuan tua itu sanggup menjelaskan sebabnya dengan dua syarat: pertama, hanya Kiai yang mendengarkan rahsianya; kedua, rahasia itu tidak boleh disebarkan ketika ia masih hidup.
Sekarang ia sudah meninggal dunia, dan anda dapat mendengarkan rahsia itu.
"Saya ini perempuan bodoh, pak Kiai," tuturnya. "Saya tahu amal-amal saya yang kecil itu mungkin juga tidak benar saya jalankan. Saya tidak mungkin selamat pada hari akhirat tanpa syafaat Rasulullah Nabi Muhammad. Setiap kali saya mengambil selembar daun, saya ucapkan satu salawat kepada Rasulullah. Kelak jika saya mati, saya ingin Rasulullah Nabi menjemput saya. Biarlah semua daun itu bersaksi bahawa saya membacakan selawat kepadanya."
Kisah ini saya dengar dari Kiai Madura, D. Zawawi Imran. Perempuan tua dari kampung itu bukan saja mengungkapkan cinta Rasul dalam bentuknya yang tulus. Ia juga menunjukkan kerendahan hati,kehinaan diri, dan keterbatasan amal dihadapan Allah swt.
Lebih dari itu, dia juga memiliki kesadaran spiritual yang luhur: dia tidak dapat mengandaikan amalnya. Dia sangat bergantung pada rahmat Allah. Dan siapa lagi yang menjadi rahmat semua alam selain Rasulullah saw?
Di kutip dari buku :
"Rindu Rosul - Meraih cinta ilahi melalui syafaat Nabi Saw"
hal 31-33
Penulis: Jalaluddin Rakhmat,
penerbit: Rosda Bandung, .
September 2001.
KEUTAMAAN BERJABAT TANGAN KETIKA BERTEMU
Dari al-Bara’ bin ‘Azib radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلاَّ غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا
“Tidaklah dua orang muslim saling bertemu kemudian berjabat tangan, kecuali akan diampuni (dosa-dosa) mereka berdua sebelum mereka berpisah.“[1]
Hadits yang mulia ini menunjukkan keutamaan berjabat tangan ketika bertemu, dan ini merupakan perkara yang dianjurkan berdasarkan kesepakatan para ulama[2],bahkan ini merupakan sunnah yang muakkad (sangat ditekankan)[3].
Faedah-Faedah Penting yang Terkandung Dalam Hadits:
1. Erti mushaafahah (berjabat tangan) dalam hadits ini adalah berjabat tangan dengan satu tangan, iaitu tangan kanan, dari kedua belah pihak[4]. Cara berjabat tangan seperti ini diterangkan dalam banyak hadits yang shahih, dan inilah erti “berjabat tangan” secara bahasa[5]. Adapun berjabat tangan dengan dua tangan adalah cara yang menyelisihi sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam[6].
2. Berjabat tangan juga disunnahkan ketika berpisah, berdasarkan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh syaikh al-Albani[7]. Maka pendapat yang mengatakan bahwa berjabat tangan ketika berpisah tidak disyariatkan adalah pendapat yang tidak memiliki dalil. Meskipun jelas saranannya tidak sekuat saranan berjabat tangan ketika bertemu[8].
3. Berjabat tangan adalah ibadah yang disyari’atkan ketika bertemu dan berpisah, maka melakukannya di selain kedua waktu tersebut, misalnya setelah solat lima waktu, adalah menyelisihi ajaran Nabi, bahkan sebahagian ulama menghukuminya sebagai perbuatan bid’ah[9]. Di antara para ulama yang melarang perbuatan tersebut adalah al-’Izz bin ‘Abdussalam, Ibnu Hajar al-Haitami asy-Syafi’i, Quthbuddin bin ‘Ala-uddin al-Makki al-Hanafi, al-Laknawi dan lain-lain[10].
4. Adapun berjabat tangan setelah solat bagi dua orang yang baru bertemu pada waktu itu (setelah solat lima waktu, pen), maka ini dianjurkan, kerana niat keduanya adalah berjabat tangan kerana bertemu dan bukan kerana solat[11].
5. Mencium tangan seorang guru/ustadz ketika bertemu dengannya adalah diperbolehkan, berdasarkan beberapa hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan perbuatan beberapa orang sahabat radhiyallahu ‘anhum. Akan tetapi kebolehan tersebut harus memenuhi beberapa syarat, iaitu:
(a) Tidak menjadikan hal itu sebagai kebiasaan, kerana para sahabat radhiyallahu ‘anhum sendiri tidak sering melakukannya kepada Rasuluillah shallallahu ‘alaihi wa sallam, terlebih lagi jika hal itu dilakukan untuk tujuan mencari berkah dengan mencium tangan guru.
(b) Perbuatan itu tidak menjadikan guru menjadi sombong dan merasa dirinya besar di hadapan orang lain.
(c) Jangan sampai hal itu menjadikan kita meninggalkan sunnah yang lebih utama dan lebih disarankan ketika bertemu, iaitu berjabat tangan, sebagaimana keterangan di atas[12].
wallahualam
Penulis: Ustadz Abdullah bin Taslim al-Buthoni, M.A.
Artikel www.muslim.or.id
________________________________________
[1] HR Abu Dawud (no. 5212), at-Tirmidzi (no. 2727), Ibnu Majah (no. 3703) dan Ahmad (4/289), dinyatakan shahih oleh syaikh al-Albani dengan berbagai jalur dan pendukungnya dalam kitab Silasilatul Ahaaditsish Shahiihah (no. 525).
[2] Lihat Syarh Shahih Muslim (17/101) dan Fathul Baari (11/55).
[3] Lihat kitab Faidhul Qadiir (5/499).
[4] Lihat kitab Tuhfatul ahwadzi (7/429) dan ‘Aunul Ma’bud (14/80).
[5] Lihat kitab Lisanul ‘Arab (2/512).
[6] Lihat kitab Silasilatul Ahaaditsish Shahiihah (1/51-52).
[7] Dalam Silasilatul Ahaaditsish Shahiihah (1/48).
[8] Ibid (1/52-53).
[9] Seperti al-Fadhil ar-Ruumi, al-Laknawi dan syaikh al-Albani.
[10] Lihat nukilan ucapan mereka dalam kitab al-Qaulul Mubin fi Akhtha-il Mushallin (hal. 294-296).
[11] Lihat Silasilatul Ahaaditsish Shahiihah (1/53).
[12] Lihat Silasilatul Ahaaditsish Shahiihah (1/302).
Langgan:
Catatan (Atom)
Kisah Juha Dan Setengah Cambukan
Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...
-
Biodata & Kisah Hidupnya · by Nabilah Rumainor · Muawiyah bin Abu Sufyan, pengasas Daulah Umawiyah. Artikel ini a...














