DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU ( PADA HARI QIAMAT ) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Sabtu, 28 Mei 2011

SABAR DAN SAKIT

BARANGSIAPA ingin selamat daripada azab Allah,mendapatkan pahala dan rahmat-Nya dan masuk ke Syurga-Nya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, di samping SABAR atas segala kesulitan dan musibahnya. Allah menyukai orang-orang yang SABAR. SABAR mempunyai banyak macam.  SABAR melaksanakan perintah (taat). SABAR meninggalkan larangan-larangan-Nya. Dan sABAR ketika mendapat bencana.
Barangsiapa bersabar kerana taat, maka pada hari Kiamat Allah akan memberikannya tiga ratus darjat di Syurga. Tiap-tiap darjat itu berjarak antara langit dan bumi. Dan barangsiapa sabar meninggalkan larangan Allah, maka pada hari Akhirat Allah anak memberinya enam ratus darjay. Tiap darjat antara langit dan bumi ke tujuh.  Adapun orang yang sabar atas bencana dan musibah, maka pada hari Akhirat Allah akan memberinya tujuh ratus darjat di Syurga . tiap-tiap darjat di antara Arasy dan Tsura.
Dirawikan daripada Nabi SAW,sesungguhnya baginda bersabda,”Allah telah berfirman:
“Barangsiapa ditimpa,bencana, lalu dia mohon perlindungan daripada-Ku, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pasti Ku-tutup semua pintu langit baginya.”
Maka bagi orang yang berakal wajiblah dia bersabar atas bencana yang menimpa. Tidak ragu atau mengadu (kepada makhluk). Maka dia akan selamat daripada seksa dunia dan Akhirat. Sesungguhnya  bencana yang paling pedih hanya menimpa para nabi dan para wali.
Junaid al-Baghdadi r.a. telah berkata, “Bala merupakan pelita orang arif,menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lengah (lupa). Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman, sebelum dia ditimpa bala, rela dan sabar.”
Rasulullah s.a.w. juga bersabda,
“Barangsiapa sakit semalam,dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir daripada perut ibunya. Jika engkau sakit ,janganlah segera meminta sembuh.”
Telah berkata Adl Dlahak r.a.”Barangsiapa tidak diuji antara tiap-tiap empat puluh hari dengan satu bala,kedukaan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah.”
Daripada Muaz bin Jabal r.a. beliau berkata, “Ketika Allah menguji hamba yang mukmin dengan suatu bencana. Dia berkata kepada (Malaikat) pencatat amal buruk, “Hapuskan catatan daripadanya.” Dan berkata kepada pencatat amal baik,”Tuliskan untuk hamba-Ku yang lebih baik daripada apa yang dia perbuat.”
Tersebut pula dalam sebuah hadis. Daripada nabi SAW, baginda bersabda,
“Ketika seeorang hamba sakit, Allah mengutus dua Malaikat kepadanya, seraya berkata, “Lihatlah kalian apa kata hamba-Ku.” Jika dia berkata ‘Alhamdulillah’, maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu,lalu berkata,”Aku berjanji untuk hamba_Ku. Jika Aku mematikannya,Ku masukkan dia ke Syurga. Dan jika Aku menyembuhnya, Ku ganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukannya.”
Tersebut dalam satu kisah. Ada salah seorang lelaki fasik daripada Bani Israel.orang sekampung tidak dapat lagi membendung kefasikannya. Mereka mengadu kepada Allah. Lalu Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa a.s. bahawa di antara Bani Israel itu ada seorang pemuda fasik. Kemudian Musa mengusir pemuda itu dari kampung mereka. Sehingga mereka tidak terjilat api (Neraka) oleh kefasikannya. Maka pergilah pemuda itu ke suatu kampung. Kemudian Allah memerintahkan lagi agar Nabi Musa a.s. mengusirnya. Maka bagindapun mengusir pemuda itu. Sehingga pemuda itu pergi ke suatu tempat yang tidak terdapat manusia, tanaman,binatang liar atau burung. Di situlah dia sakit dan tiada pula yang menolong. Dia jatuh ke tanah. Dia meletakkan kepalanya sambil berkata,”Kalaulah kepalaku ini di pangku oleh ibuku, tentulah dia mengasihi. Tentulah dia menangis meratapiku. Kalaulah ayahku ada di sini, pastilah dia akan menolong dan merawatku. Kalaulah isteriku ada di sini ,tentu akan menangisi kematianku. Jika anak-anakku ada, tentulah mereka akan tersedu-sedu mengiringkan jenazahku, lalu mereka akan berdoa, “Ya, Tuhan, ampunilah ayahku ini. Yang lemah, fasik, derhaka, yang terusir dari kota kampung ke padang yang gersang. Yang keluar dari dunia dan ke akhirat tanpa harapan suatu apa pun. Ya Allah Engkau telah memisahkan aku dari orang tuaku, anak-anaku dan isteriku. Namun janganlah Engkau pisahkan aku daripada rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkau telah membakar hatiku sebab berpisah dengan mereka. Namun janganlah Engkau bakar hati ini dengan Neraka-Mu kerana kemaksiatanku.” Kemudian Allah mengutuskan Bidadari menjelma menyerupai ibunya. Dan Bidadari lain menyerupai isterinya. Begitu Ghilman ( anak-anak Syurga) menjelma menjadi anak-anaknya. Serta mengutus Malaikat seolah-olah menjadi bapanya. Mereka duduk di sisinya dan meratapinya.lalu lelaki itu berkata, :”Sesungguhnya ini ibu bapaku, isteriku, anak-anakku telah hadir di sisimu.” Maka legalah hatinya sehingga pulang ke rahmatullah dengan suci terampun dosanya. Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa, “ Pergilah ke suatu padang di sebuah tempat di sana. Di situ telah mati seorang wali. Maka hadir dan uruslah dia!”  Ketika Musa a.s. datang di tempat itu, baginda melihat pemuda yang diusirnya dari kota dan dari kampung dengan perintah Allah. Juga baginda melihat para Bidadari mengerumuninya. Lalu baginda berkata, “Ya Tuhanku, bukankah ini pemuda yang aku usir dari sebuah kota dan dari sebuah kampung atas perintah-Mu?” Allah berkata,”Wahai Musa, sesungguhnya Aku telah merahmati dan mengampuninya. Sebab dia meratap di tempatnya. Dia tinggalkan kampung halamannya, kedua orang tuanya, bahkan anak-anak dan isterinya. Maka Aku utus para Bidadari menjelma sebagai ibu dan isterinya. Malaikat sebagai bapanya. Mereka mengasihi kepedihan dan pengasingannya. Sesungguhnya jika orang meninggal di tempat jauh, maka ahli bumi dan ahli langit akan menangis mengasihaninya. Lalu bagaimana Aku tidak mengasihininya sedangkan Aku Maha Pengasih?
Jika seseorang menghadapi sakaratul maut di permusafiran. Allah akan berkata, “Wahai MalaikatKu, ini adalah orang asing yang sedang bermusafir. Dia meninggalkan anak dan isteri dan orang tuanya. Jika dia mati tiadalah yang menangis dan meratapinya.” Kemudian Allah menjadikan seorang Malaikat menyerupai bapanya, seorang lagi menyerupai ibunya, seorang lagi menyerupai anaknya dan seorang lagi menyerupai keluarganya. Mereka masuk dan membukakan matanya. Sehingga dia melihat orang tua dan keluarganya. Senanglah hatinya. Sehingga dia menghembuskan nafas terakhir dengan tenang dan bahagia. Kemudian ketika jenazahnya diusung, mereka menghantarkannya ke kubur dan mereka mendoakannya sampai hari Akhirat.
“Allah Maha Halus (Penyantun) kepada hamba-hamba-Nya…” (Q.S. Asy Syura :19)
Ibnu Aththok berkata, “Akan terbukti keteguhan dan kebohongan seorang hamba sewaktu berlakunya bencana mahupun kemakmuran. Barangsiapa bersyukur di saat makmur, tetapi mengeluh bila ditimpa bencana, jelas dia orang yang dusta. Meskipun orang yang mempunyai segudang ilmu, tetapi mengeluh jika terkena angin bencana, sungguh tidak berguna ilmu dan amalannya. Allah telah berfirman dalam Hadis Qudsi:
“Barangsiapa tidak rela dengan keputusan-Ku dan tidak syukur pula dengan pemberian-Ku, hendaklah dia cari Tuhan selain Aku !”
Wahab bin Munabbah bercerita : Ada seorang nabi telah menyembah kepada Allah selama 50 tahun. Kemudian dia mendapat wahyu dari Allah mengatakan, “Aku telah mengampunimu.” Dia bertanya. “Mengapa Engkau mengampuniku sedangkan aku tidak pernah berdosa?” Kemudian Allah memerintahkan agar sebatang pohon menimpanya sehingga dia kesakitandan tidak tidur semalam suntuk. Kemudian dia mengadukan perihal itu kepada Allah. Maka pohon itu berkata, “Sesungguhnya Allah berkata kepadamu bahawa ibadah lima puluh tahun itu belum cukup untuk menebus keluhan itu.”
Petikan : IMAM AL-GHAZALI Terjemahan Kitab MUKASHAFAH AL QULUB

Jumaat, 27 Mei 2011

SAINTIS TEMUI PASAK BUMI (BUKTI KEBENARAN AL-QURAN)

Sumber :http:// ijoks2009.blogspot.com


Naica Giant Crystal Cave
ALLAH berfirman (maksud):
"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)"
(Surah An-Naazi’aat, 79: Ayat 32)

ALLAH berfirman (maksud):
"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7)

Dan ALLAH berfiman juga berfirman (maksud):
“Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu..."
(Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)

Dalam sesetengah tafsir disebut..
”Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak bergoncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.”
Sebagai orang islam kita yakin setiap huruf dan perkataan yang terkandung dalam Qur'an pasti betul.

Sekarang rujuk siri gambar-gambar di bawah.
Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah gua yang terletak di Naica Mexico. Gua ini dipenuhi dengan batu-batu Kristal yang berbentuk seperti pasak atau pancang seperti yang biasanya dipasang pada bangunan –bangunan besar. Ukurannya ada yang mencecah 12 meter panjang.

Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja kerana dikatakan lebih dalam mereka masuk lebih besar pasak-pasak yang dijumpai .

Gambar di bawah : Naica Giant Crystal Cave

Lihatlah saiz cristal tersebut. Subhanallah
Bagai tiang yang berceracak
Pengkaji berada di tengah-tengah gua




Kristal 
Bandingkan saiz pengkaji dengan kristal..
Pengkaji mencatat kajian..
Ruang operasi

Dikatakan sejak penemuan gua bawah tanah ini sudah ramai saintis seluruh dunia datang untuk melakukan kajian.

Pengarang buku The Earth (Bumi), yang menjadi rujukan banyak universiti di seluruh dunia, Dr. Frank Press, menyatakan bahawa gunung-ganang hanyalah sebahagian daripada ‘sebuah binaan yang besar’ di mana akarnya memanjang jauh ke dalam perut bumi.

Dr. Press seterusnya menyatakan bahawa gunung-ganang sangat penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi. Inilah yang telah dinyatakan oleh Allah menerusi kitab sudi Al-Quran mengenai gunung-ganang sejak 1400 tahun dahulu.

SUBHANALLAH..

Isnin, 23 Mei 2011

Keutamaan Ilmu dan Menuntutnya

Ilmu memiliki banyak keutamaan, di antaranya

:

1. Menuntut ilmu adalah jalan menuju Syurga.
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

Barangsiapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju Syurga. (HR Muslim 4/2074 no. 2699 dan yang lainnya dari shahabat Abu Hurairah r.a.).

2. Warisan para Nabi, sebagaimana sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam :

Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak pula dirham, namun hanya mewariskan ilmu. Sehingga siapa yang mengambil ilmu tersebut maka telah mengambil bahagian sempurna darinya (dari warisan tersebut). (HR At Tirmidzi )

3. Allah Ta’ala mengangkat darjat ahli ilmu di dunia dan akhirat
, sebagaimana firmanNya:

Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu:”Berlapang-lapanglah dalam majlis”, lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu.Dan apabila dikatakan:”Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. Al Mujadilah : 11)

4. Ilmu itu, Pintu kebaikan dunia dan akhirat, sebagaimana sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam :

Barang siapa yang Allah inginkan padanya kebaikan maka Allah fahamkan agamanya.

25 NABI DAN RASUL

ADAM
Manusia pertama yang dijadikan oleh Allah SWT secara langsung dan menyuruh
agar para malaikat tunduk kepadanya. Allah mengajarinya nama-nama berbagai
benda, menciptakan isterinya dan menempatkannya di dalam surga serta memperingatkan kepada mereka berdua agar tidak mendekati sebuah pohon tertentu. Akan tetapi syaitan telah menggoda mereka hingga mereka memakan buah pohon itu. Allah SWT menurunkan mereka ke bumi dan membekali mereka dengan pengetahuan mengenai keperluan kehidupan. Mereka berdua diminta untuk beribadah hanya kepada Allah dan mengajak orang lain berbuat demikian pula. Mereka dijadikan khalifah Allah di muka bumi dan juga sebagai rasul kepada keturunan manusia. Adam a.s. adalah nabi pertama di atas bumi.

AYUB
Termasuk keturunan Nabi Ibrahim,baginda termasuk nabi yang banyak mendapat
wahyu. Ayub adalah seorang kaya yang mempunyai banyak anak. Akan tetapi Allah SWT mengujinya dengan menghilangkan semua kekayaan tersebut. Baginda turut diuji dengan berbagai macam penyakit selama 18 tahun, selama itu baginda dipencilkan oleh umatnya kecuali isterinya yang dengan penuh kesabaran berbakti menyediakan keperluan makan minumnya, sehingga Nabi Ayub disembuhkan kembali oleh Allah dan menggantikan semua kekayaan yang telah hilang itu. Oleh karena itu, orang sering membuat Nabi Ayub sebagai
tauladan dalam menghadapi ujian kesabaran dan keteguhan hati menerima cobaan. Dalam saturiwayat disebutkan bahwa dalam surga kelak, Allah SWT akan menjadikan Ayub sebagai (bukti) orang-orang yang pernah menerima ujian.

DAUD
Nabi Daud telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan hikmah dan ilmu pengetahuan sehingga boleh menundukkan gunung dan burung untuk bertasbih bersamanya (diperlakukan sesuka hatinya dengan izin Allah), serta berupaya melembutkan besi . Baginda adalah seorang hamba yang sangat tulus dan pandai bersyukur. Nabi Daud selalu berpuasa sehari dan tidak berpuasa hari berikutnya. Baginda selalu bangun di tengah malam, tidur sepertiga malam dan berjaga seperenamnya. Allah SWT menurunkan Kitab Zabur dan mengurniakan kerajaan yang besar kepada baginda dan Allah memerintahkannya untuk melaksanakan pemerintahan dengan adil.

HARUN
Nabi Harun adalah saudara Nabi Musa dan pasangan dakwah dalam mengajak Firaun agar beriman kepada Allah SWT karena kefasihan dan kepandaiannya berbicara. Musa mewakilkan urusan kaumnya kepada Harun ketika dia pergi menemui Allah SWT di bukit Thur. Namun Samiri menyebarkan fitnah mengajak Bani Israel menyembah patung anak sapi yang terbuat dari emas. Nabi
Harun mengajak mereka kembali menyembah Allah, tetapi mereka semakin menunjukkan kesombongan. Ketika Nabi Musa kembali dan menyaksikan apa yang
dilakukan kaumnya, dia memarahi saudaranya, Harun.

HUD
Nabi Hud diutus kepada kaum Ad yang beriman kepada Nuh. Mereka terkenal dengan kau yang berbadan besar dan kuat serta dikaruniai banyak rezeki oleh Allah SWT. Akan tetapi mereka tidak mahu bersyukur kepada Allah atas nikmat yang banyak itu, malah mereka menyembah berhala. Untuk itu Allah mengutus Nabi Hud sebagai pemberi kabar gembira. Nabi Hud sebenarnya sangat bijaksana, namun demikian kaumnya tetap mendustakan dan menyakitinya.
Oleh karena itu Allah mengirimkan ribut yang berpanjangan selama lapan hari tujuh malam untuk menghancurkan mereka.

IBRAHIM
Nabi Ibrahim adalah kekasih Allah (khalilullah). Baginda merupakan nabi yang dipilih oleh Allah untuk mengembangkan risalah-Nya dan diberikan kepadanya berbagai keistimewaan berbanding manusia lain. Nabi Ibrahim hidup di lingkungan penyembah bintang. Baginda tidak suka dengan hal itu. Dengan fitrahnya dia merasakan bahwa pasti ada tuhan yang lebih besar dari bintang-bintang itu. Akhirnya baginda diberi petunjuk oleh Allah dan dipilih menjadi utusan-Nya. Nabi Ibrahim pun mulai mengajak kaumnya mengEsakan dan menyembah Allah, tetapi sebaliknya kaumnya mendustakannya pula. Baginda ditangkap dan cuba membakarnya. Baginda telah diselamatkan oleh Allah.Dari keturunan Ibrahim, Allah telah mengutus banyak nabi melalui dua orang anaknya,iaitu Ismail dan Ishak. Nabi Ibrahim mendirikan
Kaabah bersama anaknya, Ismail.

IDRIS
Adalah ayah dari datuk Nabi Nuh, nabi pertama setelah Adam. Baginda adalah nabi yang terkenal dengan kejujuran dan kesabaran. Kepadanyaditurunkan tiga puluh sahifah. Baginda dianggap sebagai orang pertama yang pandai menulis dengan pena dan orang pertama yang pandai menjahit dan memakai pakaian berjahit, juga orang pertama berfikir mengenai astrologi.

ILYAS
Nabi Ilyas diutus kepada penduduk Baalbek, sebelah barat Kota Damaskus (Labanon Timur sekarang). Baginda mengajak kaumnya beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan penyembahan terhadap patung yang mereka namakan Ba`la. Hal inilah yang mengakibatkan mereka menganiayanya. Ibnu Abbas mengatakan bahwa Ilyas adalah paman Nabi Ilyasak.

ILYASAK
Nabi Ilyasak termasuk hamba Allah yang terbaik. Dipercayai bahawa nama baginda ada disebut dalam kitab Taurat. Di antara mukjizat yang dikurniakan kepada baginda adalah menghidupkan kembali orang yang telah mati.

ISA
Nabi Isa, sama seperti Nabi Adam diciptakan dari tanah (tanpa ayah dan ibu) kemudian Allah mengatakan “kun” lalu Nabi Adam pun lahir. Isa putra Maryam, adalah rasul yang lahir dengan kalimat-Nya (kun) yang diberikan kepada Maryam.

Bagindalah nabi yang memberi khabar kedatangan Muhammad SAW. Allah memberikan kepada baginda Nabi Isa berbagai tanda dan menguatkannya dengan roh kudus. Baginda adalah orang yang terkemuka, baik di dunia mahupun di akhirat dan termasuk orang-orang yang dekat kepada Allah.

Nabi Isa sudah pandai bercakap ketika masih kecil iaitu ketika di dalam buaian lagi.
Baginda pernah membuat burung daripada tanah lalu meniupnya dan tanah itupun menjadi burung.

Baginda pernah menyembuhkan orang buta dan penderita penyakit kusta serta menghidupkan orang yang sudah mati dengan izin Allah.
Nabi Isa mengajak kaumnya menyembah Allah Yang Maha Esa tetapi mereka enggan dan merasa sombong, bahkan menentangnya. Kaumnya yang beriman dengan baginda hanyalah sebahagian kecil, iaitu mereka yang mempunyai taraf hidup sederhana.

Allah SWT mengangkat Nabi Isa ke langit dan akan menurunkannya kembali ke bumi pada waktu yang dikehendaki-Nya untuk menjadi saksi kepada umat manusia akan kebenaran Allah.

ISHAK
Nabi Ishak adalah anak Nabi Ibrahim dari isterinya yang bernama Sarah. Berita kelahirannya dibawa oleh malaikat kepada Nabi Ibrahim dan Sarah, ketika dia melewati mereka dalam perjalanan ke kota peninggalan kaum Luth untuk menghancurkannya akibat kekufuran dan keonaran mereka. Dalam
Al Quran, Allah memanggil Nabi Ishak sebagai “seorang anak yang arif dan bijak.” Nabi Ishak diutus Allah sebagai nabi untuk mengajak manusia agar berbuat kebaikan. Dari keturunannyalah datangnya Nabi Yaakub.


ISMAIL

Nabi Ismail adalah anak pertama Nabi Ibrahim dari isteri keduanya,Siti Hajar.Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar pergi dan menempatkannya bersama anaknya di suatu tempat yang kini disebut Mekah, dengan dibekali sedikit air dan makanan.

Ketika bekalan sudah habis, Hajar berlari ke sana ke mari mencari makanan. Akhirnya Allah SWT menunjukkan kepada Siti Hajar sumber air. Sumber air tersebut kini dikenali sebagai telaga air Zamzam.Sejak itu ramai orang datang ke tempat itu. Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim agar membangunkan Kaabah dan meninggikan tapak Baitullah. Nabi Ismail mengangkat batu-batu, sementara Nabi Ibrahim membangunnya sampai selesai.

Setelah itu Allah menurunkan wahyu meminta Nabi Ibrahim mengorbankan Ismail, yang diterimanya melalui mimpi. Dalam mimpi tersebut beliau melihat dia menyembelih anaknya Ismail. Nabi Ibrahim menceritakan mimpinya itu kepada anaknya ( Ismail ).

Setelah mendengar penjelasan ayahandanya, Ismail berkata, “Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepada ayahanda itu. Ayahanda akan dapati aku termasuk orang-orang yang sabar , insya Allah.” Kemudian Allah menggantikan Ismail dengan seekor sembelihan yang besar.

Ismail adalah seorang satria dan orang pertama yang dapat menjinakkan kuda. Ismail juga terkenal sebagai orang yang sangat penyabar dan penyayang. Ada pendapat mengatakan bahwa Nabi Ismail adalah penutur pertama bahasa Arab. Dia juga terkenal sebagai orang yang menepati janji dan selalu mengajak keluarganya mendirikan solat, mengeluarkan zakat serta beribadah hanya kepada Allah.

LUTH

Allah SWT mengutus Nabi Luth untuk memberi petunjuk kepada kaumnya dan mengajaknya menyembah Allah. Kaum Luth adalah kaum yang zalim; sering berbuat perbuatan keji dan memusuhi pendatang asing di egerinya. Dalam hubungan seksual, mereka tertarik kepada sesama lelaki, tidak menyukai wanita.Nabi Luth mengajak mereka meninggalkan perbuatan jijik serta kemungkaran kaumnya itu. Sebaliknya kaumnya pula ingin mengusir Nabi Luth serta pengikut-pengikut baginda. Ajakan Nabi Luth itu hanya diikuti oleh sebahagian keluarga dekatnya saja, sedangkan isterinya sendiri tidak mengikutinya.

Ketika Nabi Luth hampir merasa putus asa, dia berdoa kepada Allah agar diselamatkan bersama pengikutnya serta membinasakan orang-orang yang berbuat kemungkaran. Kemudian datanglah malaikat menyelamatkan Nabi Luth beserta pengikutnya dan menghancurkan yang lainnya dengan batu-batuan.

MUHAMMAD
Nabi Muhammad , berasal dari warga Arab yang menyeru orang kepada agama Islam. Baginda berasal dari keturunan Hasyim yang dilahirkan di Mekah beberapa bulan setelah ayahnya, Abdullah, meninggal dunia. Aminah, ibunya, meninggal dunia ketika baginda masih kanak-kanak. Setelah itu pemeliharaan baginda secara bergilirian ditangani oleh datoknya Abdul Mutalib dan pakciknya Abu Thalib.

Selama beberapa waktu baginda bekerja sebagai penggembala kambing, kemudian menikah dengan Sayidah Khadijah binti Khuwailid pada usia baginda25 tahun.

Baginda mengajak kaumnya memeluk Islam, dengan beriman kepada Allah Yang Maha Esa dan kepada rasul-Nya. Dakwahnya dimulai dari sejak baginda tinggal di Mekah. Kerana tekanan dari penduduk Mekah, pada tahun 622, bersama beberapa orang pengikutnya baginda berhijrah ke Madinah, di mana mereka mendapatkan sejumlah pendukung yang disebut Ansar. Tahun hijrah ini kemudian diabadikan sebagai permulaan tarikh dalam sejarah Islam. Baginda wafat setelah melaksanakan haji wada.

MUSA
Nabi Musa diutus untuk mengajak Firaun dan pengikutnya agar beriman kepada Allah. Untuk itu baginda diberikan dua mukjizat; tongkat yang dapat berubah menjadi naga, memakan ular-ular lain dan tangannya yang bila dimasukkan ke dalam saku akan mengeluarkan cahaya putih bersih tanpa cela.
BAGINDA mengajak mereka mengesakan Allah, tetapi Firaun memeranginya dan mengumpulkan beberapa pawang sihir untuk berlawan dengan baginda.
Dengan izin Allah, Musa dapat mengalahkan mereka, kemudian Allah memerintahkan kepada Musa dan pengikutnya untuk keluar dari Mesir.

Firaun mengejarnya dengan pasukan tentera yang cukup banyak. Ketika tentera Firaun sudah hampir mendekati pengikut Musa, Allah memerintahkan kepada baginda supaya memukul laut dengan tongkatnya. Setelah itu, laut terbelah dua dan menenggelamkan tentera Firaun, sedang Musa dan pengikut-pengikutnya selamat.

NUH
Nabi Nuh adalah orang yang bertakwa dan jujur. BAGINDA diutus Allah untuk memberikan bimbingan kepada kaumnya dan memberikan peringatan kepada mereka tentang adanya siksa hari akhirat. Namun kaum Nuh tidak mentaati ajakannya, malah mendustakannya. Walaupun demikian, Nabi Nuh tetap mengajak mereka kepada ajaran agama yang lurus.Dakwah dan ajakannya itu hanya diikuti oleh sejumlah kecil kaumnya, sementara warga kafir terus menunjukkan sikap permusuhan mereka terhadap Nabi Nuh.

Sebagai siksaan terhadap mereka, Allah tidak menurunkan hujan. Nabi Nuh mengajak mereka beriman, agar Allah mengampuni dan menamatkan siksaan berupa kesukaran tersebut. Setelah mereka beriman, siksaan pun dihentikan. Namun mereka kafir kembali, maka Nabi Nuh pun kembali mengajak mereka. Demikianlah keadaannya berkelanjutan selama 950 tahun.

Setelah itu, Allah memerintahkannya untuk membuat kapal dan mengangkut setiap jenis makhluk secara berpasangan( berpasang-pasang). Setelah itu, Allah mendatangkan angin taufan yang menenggelamkan mereka semua, kecuali Nabi Nuh dan isi kapal itu.

SALEH
Nabi Saleh diutus Allah kepada warga Tsamud, suatu warga yang sangat ingkar dan keras kepala. Allah telah memberikan kepada mereka rezeki yang melimpah-ruah, akan tetapi mereka tidak mentaati perintah Allah, bahkan menyembah berhala. Mereka mempunyai perasaan superior dengan kekuatan mereka.
Dari itu, maka Allah mengutus Nabi Saleh untuk memberi kabar gembira dan peringatan kepada mereka, namun mereka mendustakan, menentang dan menuntutnya untuk mendatangkan seekor unta betina sebagai bukti yang dapat mereka percayai. Allah memberikan seekor unta untuk mereka dan menyuruh mereka agar tidak mengganggunya. Akan tetapi mereka tetap mempertahankan kesombongan, malah membunuh unta itu. Oleh karena itu Allah menurunkan badai kencang sebagai siksaan bagi mereka dan menyelamatkan Nabi Saleh beserta orang-orang yang beriman bersamanya.

SULAIMAN
Allah memberikan kepada Nabi Sulaiman banyak hikmah dan ilmu pengetahuan, mengajarinya bahasa burung dan binatang-binatang serta menundukkan angin dan jin sesuai perintahnya. Nabi Sulaiman mempunyai kisah dengan seekor burung hudhud (belatuk) yang memberitahukan kepada baginda tentang adanya sebuah kerajaan di Yaman yang warganya menyembah matahari.

Nabi Sulaiman-pun mengirim utusan kepada penguasa Saba untuk mengajaknya beriman kepada Allah. Akan tetapi penguasa Saba, (Ratu Balqis), hanya mengirimkan semacam hadiah kepadanya, sehingga Nabi Sulaiman meminta kepada jin untuk membawa singgasana Ratu Balqis kepadanya. Di saat Ratu Balqis melihat singgasananya berada di tempat itu, ia pun beriman kepada Allah.

SYUAIB
Nabi Syuaib diutus kepada warga Madyan yang menyembah Aykah (kayu).Dalam urusan jual beli sehari-hari, mereka selalu curang menimbang dan menyukat barang serta tidak memberikan hak-hak orang lain sepenuhnya. Nabi Syuaib mengajak mereka menyembah Allah dan berlaku adil dalam semua tindakan, tetapi mereka enggan dan berlaku sombong, malah kekerasan kepala mereka semakin menjadi-jadi sampai mengancam untuk merejam dan mengusir Nabi Syuaib. Mereka menuntut kepadanya untuk mendatangkan gumpalan dari langit, maka Allah menurunkan balasan berupa tiupan badai yang sangat keras dan mematikan mereka semua.


This entry was posted in 25 Nabi, Ensiklopedia Islam. Bookmark the permalink.

JENIS JENIS TANGISAN DALAM ISLAM

Petikan dari blog...

Tangisan menurut perspektif Islam, boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tangisan yang berbentuk negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang ialah seperti meraung dan melolong dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian. Tangisan seperti ini bukan sahaja dipandang negatif kepada orang yang melakukannya tetapi juga mayat yang diratapinya itu turut terseksa kerana perbuatannya. Ini berbeza dengan tangisan positif iaitu tangisan yang terjadi kerana cinta dan takut kepada Allah. Malah Nabi Muhammad pun menangis bila mengenangkan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh umatnya serta tatkala baginda memohon ampun dari Allah.

Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam Islam ialah:

1. Ketika melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah.

Orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Golongan ini sama sekali tidak pernah mengeluh malah sentiasa reda dengan apa yang mereka terima.

Maka dengan sebab itu, orang-orang sebegini adakalanya menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut.

Sebagai contoh, dalam satu riwayat oleh Anas bahawa Rasulullah berkata kepada Ubay bin Ka’ab : “Allah menyuruh membacakan kepadamu Surah Al-Bayyinah ayat 1, “Orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata,”

Ubay bertanya : “Apakah Allah menyebut namaku?” “Nabi menjawab ya, lalu menangislah Ubay (kerana mendengar berita gembira itu).

Ayat tersebut menyatakan tentang pendirian kaum Yahudi dan Nasrani terhadap seruan Nabi Muhammad sebagai Rasul yang telah menerangkan kepada mereka agama yang telah dibawa olehnya iaitu agama Islam. Mereka (Yahudi dan Nasrani) kenal Nabi Muhammad yang diutus sebagai rasul kepada umat akhir zaman, tetapi setelah baginda dibangkitkan mereka tidak percaya malah tidak mahu beriman kepada apa yang dibawa oleh baginda.

2. Kerana menyesali perbuatan dan dosa yang dilakukan.
Tangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh.

Ekoran daripada penyesalan itu maka timbul rasa sedih yang mendalam yang akhirnya akan menitiskan air mata. Tangisan yang sedemikian itu timbul akibat wujudnya rasa kesedaran yang mendalam dan rasa takut yang amat sangat kepada Allah. Keadaan sebegini akhirnya akan mendorong seseorang itu bertaubat dan seterusnya kembali ke jalan yang benar.

Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam ayat 82 Surah al-Taubah, “Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis sebagai pembalasan dari apa yang mereka telah kerjakan.”

3. Apabila bertambah keimanan kepada Allah.
Iman yang tertanam dalam hati akan terus subur dan mekar apabila disirami dengan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca dengan penuh penghayatan sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata.

Tangisan sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya kerana ia merupakan campuran antara rasa kesedaran dan keimanan yang tidak berbelah bagi. Justeru tanpa disedari akan bercucuran tangisan akibat rasa keimanan yang begitu mendalam sebagaimana firman Allah dalam ayat 58, Surah Maryam; “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Yang Pemurah, mereka segera sujud serta dan menangis.”

4. Timbul dari rasa khusyuk dan tawaduk.

Tangisan seperti ini boleh terjadi apabila seseorang itu khusyuk dalam beribadat. Air mata yang menitis itu bukan kerana perasaan sedih tetapi kerana menyedari betapa diri yang begitu kerdil ketika berhadapan dengan pencipta-Nya.

Bahkan, orang yang mencapai tahap kekhusyukan itu termasuk salah satu dari tujuh golongan yang memperoleh keistimewaan pada hari kiamat seperti sabda Rasulullah:
“Tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya (iaitu) :
Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang dibesarkan dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya selalu rindu pada masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan lalu ditolaknya dengan berkata, “Aku takut kepada Allah”, seorang yang bersedekah dalam keadaan rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan menyendiri lalu menitis air matanya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Bimbang terputusnya rahmat Allah.
Suatu hal yang menyedihkan hati dan amat dibimbangi oleh orang-orang yang beriman ialah terputusnya kebajikan dan rahmat Allah. Apabila keadaan ini berlaku, ia boleh mengubah suasana hati dan perasaan sehingga menjadi sedih dan terharu.

Sebagai contoh, pada suatu hari sesudah Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar mengajak Saidina Umar ke rumah Ummu Aiman seperti mana Rasulullah semasa hayatnya sering menziarahinya.

Sebaik sampai di rumah Ummu Aiman, tiba-tiba Ummu Aiman menangis. Kedua-dua tetamunya itu lantas bertanya, “Apakah yang menyebabkan kamu menangis? Tidakkah engkau tahu bahawa yang tersedia di sisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih baik?” Ummu Aiman menjawab, “Aku tidak menangis kerana itu melainkan kerana wahyu dari langit telah terputus (terhenti).” Kata-kata Ummu Aiman itu ternyata mengharukan Abu Bakar dan Umar, lalu kedua-duanya turut menangis.

6. Apabila terselamat dari kesesatan dan menemui kebenaran.
Adakalanya air mata seseorang itu akan menitis apabila ditunjukkan oleh Allah jalan yang benar setelah sekian lama hanyut dalam kelalaian atau kesesatan. Bagi yang berada dalam situasi sedemikian, akan terus menangis dan tangisannya bukan kerana merasa sedih tetapi kerana terlalu gembira dengan hidayah yang diterima itu.

Hal ini pernah terjadi kepada segolongan pendeta apabila mengetahui al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah merupakan kebenaran dari Allah seperti firman-Nya: “Dan apabila mereka itu (segolongan pendeta) mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan melihat mereka akan menitiskan air matanya, lantaran mengetahui kebenaran (seraya) mereka berkata; “Hai Tuhan kami! Kami telah beriman. Oleh kerana itu, catatlah kami dalam golongan orang-orang yang menyaksikan. Dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal kami ingin supaya Tuhan memasukkan kami bersama kaum yang soleh.”
(Surah al-Maidah:83-84)

Daripada maksud firman Allah tersebut, jelaslah bahawa tangisan yang positif mempunyai keutamaan di sisi Islam sehingga tangisan seumpama itu boleh mendatangkan manfaat yang besar.

Ini kerana, orang yang menitiskan air mata kerana Allah sebenarnya merupakan orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam satu riwayat dari Abu Daud dan Tirmizi bermaksud: “Kami datang kepada Rasulullah sedang baginda menunaikan solat. Maka terdengar nafas tangisnya bagaikan suara air mendidih dalam bejana.”

KUASA CINTA

Petikan: http://sinar.cikedis.com/kuasa-cinta


RASULULLAH SAW bersabda : “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit”.
(Riwayat Tabrani).

“Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : “Kami semua pengasih”. Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia”.
(Riwayat Tabrani).

“Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!”
(Jalaluddin Rumi).

Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan cinta yang lebih dalam, lebih murni dan lebih abadi.

Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata kerana mencintai-Nya. Asasnya adalah firman Allah SWT, “Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam (taat) cintanya kepada Allah”.
(Surah al-Baqarah : Ayat 165).

Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil (musafir di jalan Allah) dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah. Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!

Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata. Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir kerana dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila suara azan dilaungkan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan dengan Tuhan kekasihnya melalui Solat Tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!

Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
“Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya”
(Ibnu Qayyim al-Jauziah).

Namun hati-hati juga dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pencinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.

Ramai yang mengaku mencintai Allah dan sering mengatakan mencintai Rasulullah, namun mustahil semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan. Contohnya, ketika Allah menguji cintanya, dengan memisahkannya daripada apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, selalunya manusia sukar menerimanya. Ketika Allah memisahkan seorang gadis daripada kekasih hatinya, selalunya si gadis itu akan lemah, lesu, sedíh, kecewa dan terbaring sakit. Pada ketika seorang isteri dipanggil menghadap Ilahi, si suami pun tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan.

Ketika harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai yang masuk ke hospital sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian daripada Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun manusia kadangkala tidak berdaya membuktikannya, justeru cintanya pada Allah selalu kecundang ketika Allah menarik sedikit nikmat yang telah diberikan-Nya. Itu semua adalah bentuk cinta palsu. Sedangkan semuanya sudah diatur oleh Allah, rezeki, maut, jodoh, dan setiap tarikan nafas kita, itu semuanya sudah ada suratannya pada Allah, kita hanya harus berusaha untuk merealisasikannya.

Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia. Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.

Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah :
“Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu”.
( Imam Nawawi ).

Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahawa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.

Dan Allah tidak akan mengsia-siakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya. Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah seperti qiyamullail, puasa sunat, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, InsyaAllah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.

Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.

Kasih sayang penuh dengan rasa ikhlas kerana mencari redha Allah. Kasih kepada seorang saudara mencegahnya daripada menderhakai Allah, sayang dalam persahabatan dalam memburu kejayaan yang diredhai Allah Maha Pencipta, kasih kepada masyarakat dengan seruan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Itulah kasih sayang yang sejati.

Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang. Haram hukumnya membenci serta memutuskan kasih sayang sesama manusia kerana ia mengundang azab Allah.
Antara kekuatan kasih sayang adalah :
1. Hidup dalam berkasih sayang membawa kepada keamanan masyarakat.
2. Cinta dan kasih sayang merupakan motivasi paling hebat dalam diri manusia.
3. Tanpa kasih dan sayang hidup tidak bermakna dan bahagia.
4. Suburkan kasih sayang sesama manusia dengan mengamalkan segala yang diredhai Allah.

Sabtu, 21 Mei 2011

FADHILAH MEMBACA AL QUR’AN

Alfan Bainofi, S.Pd

Muhammad Ali ash-Shabuni mendefinisikan Al-Qur'an sebagai berikut:
"Al-Qur'an adalah firman Allah yang tiada tandingannya, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW penutup paraNabi danRasul, dengan perantaraanMalaikat Jibril a.s. dan ditulis pada mushaf-mushaf yang kemudian disampaikan kepada kita secara mutawatir, serta membaca dan mempelajarinya merupakan ibadah, yang dimulai dengan surat Al-Fatihah dan ditutup dengan surat An-Nas.

"Al-Qur'an mempunyai 114 surat, dengan surat terpanjang terdiri atas 286 ayat, yaitu Al Baqarah, dan terpendek terdiri dari 3 ayat, iaitu Al-'Ashr ,Al- Kautsar, dan An-Nashr.

Sebahagian ulama menyatakan jumlah ayat di Al-Qur'an adalah 6.236, sebahagian lagi menyatakan 6.666. Perbezaan jumlah ayat ini disebabkan karena perbezaan pandangan tentang kalimah Basmalah pada setiap awal surat ( kecuali At –Taubah ), kemudian tentang kata-kata pembuka surat yang terdiri dari susunan huruf-huruf seperti Yaa Siin, Alif Lam Miim,Ha Mim dll. Ada yang memasukkannya sebagai ayat, ada yang tidak mengikut sertakannya sebagai ayat.

Ayat Al-Qur'an yang pertama diterima Nabi Muhammad SAW adalah 5 ayat pertama surat Al-'Alaq, di Gua Hira, pada tanggal 17 Ramadhan ( 6 Ogos 610 ) pada usia Nabi SAW 40 tahun.

Salah satu tujuan Al Qur’an diturunkan dinyatakan dalam Surat Yunus : Ayat 57 ;
“Hai Manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang berada di dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

KERANA ITULAH SEBAGAI UMAT MUHAMMAD, adalah dituntut bagi kita setelah beriman kepada Kitab Allah ini, kemudian mempelajari, membaca, mengamalkan dan mengajarkannya.

Adapun keutamaan mempelajari, membaca, mengamalkan dan mengajarkan Al Qur’an di antaranya sebagai berikut :

1. Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. (QS Al Fathir:29)

2. Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al Qur’an adalah seperti buah Utrujjah ( sejenis limau / jeruk, baunya harum dan rasanya lazat ), orang mukmin yang tidak suka membaca Al Qur’an adalah seperti buah Kurma ( baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya), orang munafiq yang membaca Al Qur’an ibarat sekuntum bunga ( berbau harum, tetapi pahit rasanya ), orang munafiq yang tidak suka membaca Al Qur’an seperti buah Hanzalah ( sejenis pare, tidak berbau dan rasanya pahit sekali ).( HR.Bukhari & Muslim ).

3. Dari Abu Amamah ra, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,
“Bacalah Al-Qur’an,karena sesungguhnya ia akan menjadi syafaat bagi para pembacanya di hari kiamat.” ( HR. Muslim )

4. Dari Usman bin Affan ra, Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud;
“Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya.”
( HR. Bukhari )

5. Dari Aisyah ra, berkata; bahwa Rasulullah saw. Bersabda :“Orang yang membaca Al-Qur’an dan ia mahir membacanya, maka kelak ia akan bersama para malaikat yang mulia lagi taat kepada Allah.”
Dan orang yang membaca Al-Qur’an, sedang ia masih terbata-bata lagi berat dalam membacanya, maka ia akan mendapatkan dua pahala.” ( HR. Bukhari Muslim ).

6. Dari Abu Hurairah ra. Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah suatu kaum berkumpul disalah satu rumah-rumah Allah untuk melantunkan ayat-ayat suci Al-Qur’an dan mempelajarinya, melainkan akan turun kepada mereka ketenangan, akan dilingkupi pada diri mereka dengan rahmat, akan dilingkari oleh para malaikat, dan Allah pun akan menyebut (memuji) mereka di hadapan makhluk yang ada di dekat-Nya.”
( HR.Muslim )

7. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud, “ (Salah satu ) ibadah utama dari umatku adalah membaca Al-Quran.” ( H.R.Ibnu Majah )
8. “Umatku yang paling mulia adalah penghafal (huffazh) Al-Qur’an”.
( H.R. Tirmidzi ).

9. “Allah SWT berfirman: “Barang siapa disibukkan dengan Al-Qur’an sehingga ia tidak sempat berdoa dan memohon kepada-KU, Maka ia akan AKU anugerahi terbaiknya pahala orang-orang yang bersyukur.” ( H.R. At-Tirmidzi ).

10. “Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dilipatgandakan menjadi sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” ( H.R. At-Tirmidzi )

11. “Sesungguhnya seseorang yang dalam jiwanya tidak ada sedikitpun dari Al Qur’an, ibarat sebuah rumah yang rosak ,” (HR Tirmidzi)

12. Al Hafizh Abu Bakar al-Bazzar meriwayatkan, Yusuf bin Musa memberitahu kami, dari Anas bahwa Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya rumah yang di dalamnya dibacakan Al-Qur’an akan mendatangkan banyak kebaikan, dan rumah yang di dalamnya tidak dibacakan Al-Qur’an akan sedikit kebaikannya.”

13. Dari Abu Hurairah r a, bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Janganlah kalian menjadikan rumah kalian sebagai kuburan. Sesungguhnya rumah yang di dalamnya dibacakan surat Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan.”. At-Tirmidzi mengatakan, “hadits ini hasan shahih.”

14. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, ia berkata, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Bacalah Al-Qur’an, kerana sesungguhnya Al-Qur’an itu akan memberi syafaat bagi pembacanya pada hari kiamat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain, iaitu surat Al-Baqarah dan Ali-‘Imran, karena kedua surat itu payung yang menaungi atau bagai dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan berdalih untuk membela pembacanya pada hari kiamat ,”.

” Kemudian beliau bersabda : ”Bacalah Al-Baqarah, karena membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkannya berarti kerugian. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkau (pembacanya).”
Hadits ini diriwayatkan juga oleh Muslim dalam kitab ash-Shalah.



ADAB MEMBACA AL QUR’AN


1. Berwudhu, lalu mengambilnya dengan tangan kanan, dan memegangnya dengan ke dua-dua belah tangan.

2. Disunatkan membacanya di tempat yang bersih, (surau , rumah, mushallah), yang paling utama di Masjid.

3. Disunatkan menghadap ke kiblat, khusuk dan tenang, sebaiknya dengan pakaian yang sesuai.

4. Ketika membaca, mulut hendaknya bersih.

5. Sebelum membaca disunatkan membaca Ta ‘awwudz dan Basmalah.

6. Membaca Al Quran dengan tartil / perlahan-lahan (Q.S. 73:4)

7. Bagi orang yang sudah mengerti erti dan maksud ayat-ayat Al Quran disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran tentang ayat tersebut dan maksudnya.

8. Disunatkan membaca Al Quran dengan suara yang bagus lagi merdu
(Zayyinul Quraana biaswaatikum) .

9. Janganlah diputuskan hanya karena hendak berbicara dengan orang lain.


By ; Alfan Bainofi

Khamis, 19 Mei 2011

PESANAN RASULULLAH SAW TERHADAP WANITA DAN LELAKI


Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

1. Dunia ini ialah perhiasan dan SEBAIK-BAIK perhiasan ialah wanita
(isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar
melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia
adalah perempuan ZINA,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
(Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah
yang kuat beragama nescaya kamu BERUNTUNG.

4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan,
memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka MASUKLAH mana-mana
pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban,
Thabarani, Anas bin Malik).

5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias BUKAN untuk
suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat,
tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, TIDAK diterima
sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada
suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7. Wanita yang TAAT pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair,
malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya
selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga
sembahyang dan puasanya).

8. Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang
berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan
tangannya kepanasan oleh api, maka diHARAMkan muka dan tangannya dari
bakaran api neraka.

9. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam URUSAN agama, maka
Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh
ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat
pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan
mengadapnya.

10. Ya, FATIMAH, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan
janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum
Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut
dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga
serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia
melintasi titian Siratul-mustaqim.

11.Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat
dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan HAPUSKAN amalannya
selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada
malamnya.

12.Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah
para MALAIKAT untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu
kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13.Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya
PAHALA orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14.Apabila wanita melahirkan anak KELUARlah dosa-dosa darinya seperti
keadaan ibunya melahirkannya.



PESANAN UNTUK LELAKI:

"JANGAN engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang
mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang
baraqah dan yang syadaqah".

1. Wanita Ananah: Banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan
sakit atau buat-buat sakit.

2. Wanita Mananah: Suka membangkit-bangkit tentang sesuatu terhadap
suami. Wanita ini sering mengatakan 'aku buat tu keranamu'.

3. Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain,
yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4. Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu,
lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa
suaminya untuk membelinya.

5. Wanita Baraqah: Ada dua makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan
dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan
kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah: Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Oleh Imam Al-Ghazalli
Wallahu'alam.

TIGA PERKARA KESEMPURNAAN IMAN

RASULULLAH bersabda, “Ada tiga perkara yang barang siapa yang dapat mengumpulkan ketiga hal itu dalam dirinya, maka ia telah dapat mengumpulkan keimanan secara sempurna. Iaitu, memperlakukan orang lain sebagaimana engkau suka dirimu diperlakukan oleh orang lain; memberi salam terhadap setiap orang ( yang engkau kenal mahupun yang tidak engkau kenal ), dan mengeluarkan infak di jalan Allah, meskipun hanya sedikit.”
(HR Bukhari, 9).

Hadis Sahih

Isnin, 16 Mei 2011

Berbahagialah ..

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.”
Hadis riwayat al-Hakim.

BERKORBANLAH....DEMI...


Written by Mohd Aizat Mohd Salleh
Sirah nabi banyak mengajar kita berkenaan kepimpinan. Bagaimana tauladan memimpin boleh dilihat melalui tindak-tanduk Nabi s.a.w dan para Sahabatnya.

Seruan Nabi s.a.w tidak sekadar kepada mereka yang miskin sahaja. Bahkan keseluruhannya sama ada yang kaya, tua, muda hatta kepada hamba abdi.

Yang menerima Islam di kalangan yang miskin seperti Suhaib Ar-Rumi yang berbangsa Rom. Mereka yang kaya sendiri adalah Uthman bin Al-Affan dan Mus’ab bin Umair. Bilal bin Rabah, Ammar bin Yassir hamba kepada Bani Makhzum adalah mereka yang memeluk Islam dari kalangan hamba.

Namun, kebanyakan yang awal menerima Islam dari kalangan orang miskin.

Yang kaya, apabila berjuang bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w, selepas itu mereka menjadi miskin. Bukan itu kehendak mereka, bahkan tuntutan amanah perjuangan Islam.

Diriwayatkan bahawa Suhaib Ar-Rumi adalah pendatang daripada negara Rom. Beliau miskin tetapi bijak berniaga. Tinggal di Makkah akhirnya dia menjadi jutawan. Namun apabila diminta berhijrah ke Madinah bersama Rasulullah s.a.w., seluruh kekayaannya ditinggalkan.

Kaum Quraisy berkata kepadanya: “Dahulu kamu datang kepada kami sebagai seorang yang miskin hina. Kemudian kamu mendapat harta yang banyak dan mencapai kedudukan yang kamu nikmati (di Makkah). Sekarang kamu hendak keluar (ke Madinah) membawa harta dan jiwa kamu begitu sahaja?”

Suhaib berkata: “Aku akan menyerahkan seluruh harta, maka adakah kamu lepaskan aku pergi berhijrah?”. Jawab mereka: “Baiklah.” Lalu jawab Suhaib: “Kalau begitu aku serahkan semua hartaku.”

Berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w, lalu Baginda bersabda: “Sungguh beruntung Suhaib!”.

Mus’ab bin Umair juga seorang yang kaya. Apabila keluarganya mengetahui keIslamannya, lalu beliau diusir keluar dari rumah. Daripada seorang yang kaya, dia menjadi miskin sehingga tubuhnya diriwayatkan mengelupas seperti ular.

Begitu juga Saidina Uthman bin Affan. Diriwayatkan daripada Imam Tirmizi bahawa ketika Rasulullah memerintahkan sesiapa yang boleh membeli Telaga ‘Al-Ruumah’ yang sangat mahal dan diwakafkan kepada umat Islam untuk digunakan airnya, beliau membelinya. Walaupun pada ketika itu umat Islam tidak mampu.

Selepas beliau menjadi khalifah Islam ketiga, yakni di akhir pemerintahannya, beliau hanya memiliki dua ekor unta sahaja yang akan digunakan untuk beliau berangkat ke Makkah untuk menunaikan Haji dan pulang ke kampung halamannya. Daripada seorang yang kaya, beliau menjadi miskin kerana menunaikan amanah rakyat.

Hari ini sangat sedih, banyak pemimpin menjadikan amanah jawatan sebagai pengumpul harta. Sebelum menjadi pemimpin, dia miskin, selepas menjawat jawatan menjadi kaya. Sangat berbeza dengan sahabat Nabi s.a.w.

Sabtu, 14 Mei 2011

MAAFKAN AKU


Tarikh itu, saat itu tidak kita ketahui.
Namun begitu masih ada tanda-tanda itu. Walaupun kita sering alpa atau seakan mengalpakannya ( melupa tanda-tanda yang ditunjuki). Panggilan balik ke perkampungan abadi, tempat berkumpulnya semua kita, hamba kepada Allah Yang Esa.
Allah merahsiakannya kerana hendak melihat kepatuhan dan ketaatan hambaNya terhadapNya.
Dengan sebab itulah sebagai hambaNya, kita sering diperingatkan agar selalu mengingatiNya, selalu membasahi lidah, menyelimuti hati dengan melafazkan asma-asmaNya yang agung , dan selalu mengingatkan akan kebenaran bahawa semua kta akan menemuiNya, kembali kepadaNya.

Wahai saudara seagamaku.
Maafkanlah kesalahan saudaramu, pasanganmu, atau sesiapa sahaja di setiap saat setiap ketika. Atau tatkala ingin melelapkan mata.
Prasangka baiklah terhadap saudara-saudaramu. Jangan sesekali merasa cukup dengan amalan baikmu. Kerana..Hanya rahmat Allah yang membolehkan hambaNya memasuki SyurgaNya. Bukan sesekali disebabkan amalan yang dilakukan.

Patuhilah suruhan dan tinggalkan laranganNya seikhlas mungkin. Berjihadlah untuk menmperoleh keikhlasan itu.

Saudara-saudaraku. Maafkan aku.

jai

KEADAAN KEDUA TANGAN KETIKA BERDOA


Petikan : Sitifiza’s Blog
Doa senjata orang mukmin.
Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khaliq. Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi huruf ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan”.

Mencari keberkatan doa…
Doa senjata orang mukmin…. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:

1) Angkat tangan ke paras dada
2) Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan

3) “Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب
Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al Quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.

4) Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.

5) Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah ar-Razaq dan disusuli juga dengan bersalawat Nabi saw.

6) Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yang dapat difahami kerana Allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNya.

7) Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya Allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

Walluaklam

Jumaat, 13 Mei 2011

TOLONG BACA TAZKIRAH INI !

by>Roslina Hassan

SANGAT PENTING TUAN-PUAN, ADIK2, ANAK2 DEMI AGAMA KITA, KETURUNAN KITA DAN NEGARA KITA.

Catatan dan pesanan : Lebai Kampung
Bertempat : Pusat Islam, Kuala Lumpur
Tarikh : 7hb Mei 2011

Apa yang saya perolehi dari Seminar Perhimpunan Pemimpin Pertubuhan Islam di Pusat Islam pada 7hb Mei 2011 yang lalu ?

Antara maklumat yg diperolehi:

1. Majlis fatwa Kebangsaan berjaya mendapat larangan Mahkamah 1986 tidak membenarkan kalimah Allah digunakan selain agama Islam sahaja..

2. Sebanyak 35,000 bible dalam bahasa Melayu sedang diedarkan..
3. Seramai 260,000 orang Melayu telah murtad menganut agama Kristian..
4. UTM Skudai Johor antara IPT yang teramai bertukar agama.. Ada yang memakai tudung labuh dan yang lain tidak bertudung..

5. Pihak kerajaan yang menyokong bible Melayu ialah Dato' Seri Idris Jala..

6. Pihak pembangkang yang mengesyorkan ialah YB Tony Phua DAP..

7. Menteri yang sepatutnya menangani masalah ini (bible bahasa Melayu) ialah Datuk Seri Jamil Khir, sehingga hari ini masih membisu..

8. Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop Kuala Lumpur mendakwa bible bahasa Melayu tidak mengugat aqidah umat Islam di Malaysia..

9. Catholic Herald Weekly membantah larangan menggunakan kalimah Allah utk agama Kristian, mendakwa Allah dan God adalah sama maksudnya..

10. Majoriti umat Islam Malaysia tidak merasakan isu ini sebagai ancaman..

11. Secara bertulis hanya 10 negeri yang melarang penggunaan Kalimah Allah selain Islam, lagi 3 negeri tidak membantah..

12. Tidak ada seorang pun tokoh pemimpin sama ada dari pihak pemerintah (BN) mahupun pembangkang (BA) membuat sebarang kenyataan membantah..

13. Mufti Dato Seri Harunsani satu-satunya mufti yang terawal sekali menyatakan kebimbangan dalam isu ini..

14. Pihak gereja Melayu di Cheras bergerak aktif memurtadkan ramai umat Islam yang lemah aqidah dan jahil dlm ilmu agama..

Kesimpulannya; Malaysia bakal menjadi satu lagi negara seperti Indonesia selepas Singapura..dan saya tidak terkejut jika isu ini tidak ditangani dengan segera, cucu cicit kita bakal jadi penganut agama Kristian melalui perkahwinan campur..belum jadi Kristianpun, nama panggilan, perangai, akhlak dan kehidupan harian sudah seperti Kristian. Semoga Allah SWT lindungi saya, ahli keluarga, saudara-mara saya, jiran-jiran saya, sahabat dan kenalan saya dari murtad.. Na'uzubiLlahi'min zalik..

Ada insan yang bertanya melalui pembacaan artikel, tazkirah dan text-text saya, 'bertanya' merasakan seolah-olah terlalu membebankan tangaungjawab yang harus dipikul.

Lebai Kampung menjawab:

‎"Org awam" kena ikut apa yang ulama suruh dan larang dan pemerintah pula kena pikul beban mentadbir dan membatalkan sesuatu perkara/hal pentadbiran.. Namun 'bertanya' kena juga berusaha membetulkan diri, walaupun mereka bertanggungjawab, bukan maksudnya semua dosa kita pun mereka kena tanggung. bukan maksudnya kita buat dosa, mereka kena tanggung, bukan macam itu..hal kemasyarakatan, hal ummah, hal rakyat dan seterusnya.

Dalam hal tanggungjawab orang awam maka yang penting jaga solat 5 waktu, kalau ada kelapangan buatlah zikir yang mudah-mudah.. 10x ke 50x ke 100x ke..sbgai permulaan usah buat yang panjang-panjang..yang senang-senang dahulu. Dan ikuti perkembangan semasa serta membantu dengan memberi sokongan, bukan duduk relaks-relaks di rumah tengok cerita korea....Wallahu a'lam.

Pendek cerita.. Ulama' jaga aqidah umat di negerinya agar tidak terpesong dan membantu menerangkan, menjelaskan, menyampaikan dan seterusnya hal-hal yang berkaitan agama (aqidah) manakala uli amri (pemerintah) kena jaga kebajikan, kemakmuran, kerukunan, keselamatan dan seterusnya tentang rakyatnya; manakala Sultan adalah perlambangan/simbol kedaulatan negeri itu bersultan dan beragama Islam ( dengan enakman-enakmen yang diperuntukkan untuk Sultan )

Kita kena hormat Sultan selagi: tidak menyuruh kita berbuat perkara yang bercanggah dengan aqidah atau iman kita.

Berita ini harus disebarkan supaya ummah sedar ini bukan perkara main-main.. Hari ini kita tengok orang lain murtad, mana tahu suatu hari ahli keluarga kita, jangan kata tak boleh berlaku...masalahnya dah berlakupun..
Nazubillahmin zaliq

Tuan-puan, jangan mempertaruhkan aqidah, jangan gadai maruah bangsa, semata-mata untuk kepentingan nama, pangkat dan perut diri sendiri..

JANGAN, JANGAN, JANGAN, nanti Allah SWT menghina kamu lebih teruk dari kamu hina orang lain..

Kalau tak silap saya penghujung tahun 70'an ada lebih kurang beberapa puluh orang sahaja kes murtad masuk Kristian...

Sekarang, maklumat 3 tahun lepas yang dimaklumkan diseminar pagi tadi sudah ada 260,000 orang melayu murtad masuk Kristian, termasuk pelajar IPT..
Kalau ada yang kata atau tak rasa apa-apa lagi, saya tak tau nak kata apa ler...

Sikap orang Melayu ni selagi tak kena batang hidung dia, senyap aje..bukan semuanya tapi majoritinya begitu...(maaflah: memang pahit menyatakan kebenaran)

Saya secara peribadi melihat, kalau nak kata Allah SWT turunkan bala kat kita seperti tsunami, gunung berapi atau gempa bumi mungkin tidak..kerana negara kita dari segi geografinya terletak di luar lokasi berkenaan...NAMUN jika Allah menghendakinya...ia tidak mustahil bagiNya ? Sama-samalah berdoa agar dijauhkan. Tapi kalau murtad, buang anak, bunuh diri, rogol, anak derhaka dan seterusnya, yang seperti itu..berpotensi besar boleh berlaku..

Pointnya: Kena muhasabah diri, bahawa perkara ini kita kena tangani dengan serius.

Apa maksud serius ? Bukannya buat muka masam apabila tengok orang. Maknanya kita kena peka, kita kena sebarkan maklumat, kita kena sokong, kita kena bagi tahu bahayanya puak nasara celup ni..

Sebenarrnya Nabi Isa a.s. pun tak terima dia orang ni. Nanti saya buktikan dengan bible sendiri. Dalam bible pun ada menyebut tak terima puak nasara celup ni selain kaumnya Nabi Isa a.s.

Selasa, 10 Mei 2011

Kisah Saidina Ali dan Pengemis


Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah.
Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik.

Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Saidatina Fatimah memberitahu , sebanyak 25 dirham. Saidina Ali menyuruh pengemis itu datang ke rumahnya sekali lagi. Sesampainya pengemis tersebut ke rumah Saidina Ali, Saidatina Fatimah memberikan baki 25 dirham kepadanya.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu bahawa dia dalam kesusahan dan ingin menjual untanya. Tanpa berlengah Saidina Ali menyatakan kesanggupannya untuk membeli unta itu, meskipun ketika itu dia tiada wang. Beliau berjanji akan membayar harga unta itu dalam beberapa hari.
Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjual unta tersebut.

Setelah menerima wang bayaran unta tersebut. Setelah mendapat wang , Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta yang kesusahan dahulu.

BEBERAPA HARI KEMUDIAN, Rasulullah SAW berjumpa Saidina Ali, lalu bertanya
“Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?”

Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

MORAL & IKTIBAR
• Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan.
• Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi.
• Berikanlah bantuan kepada orang yang berada dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa berada dalam kesusahan.
• Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan yang lebih banyak.

Rabu, 4 Mei 2011

Frekuansi Al-Quran Dapat Mengubati Berbagai Penyakit Berbahaya

Pembaca yang budiman!

Saya dapat mengatakan dengan yakin menurut pengalaman saya suatu perubahan dalam hidup saya . Saya boleh mendapatkan hasil yang besar yang tidak terduga dapat mengubah hidup saya benar-benar seperti yang terjadi pada diri saya sebelumnya.

Apa yang telah saya lakukan adalah mendengarkan pembacaan Al-Quran sebanyak satu saat setiap pagi , petang, malam, ketika hendak tidur, ketika bangun dan sebelum tidur. Apa yang anda perlukan untuk mendengarkan Al-Quran adalah dengan memiliki media seperti Laptop, tape recorder, sebuah iPod atau mp3 dengan headphone, TV, radio atau lain-lain peralatan.

Gelombang dari bacaan Qur

Bunyi bacaan Al-Quran memiliki gelombang suara yang memiliki frekuensi tertentu dan panjang gelombang tertentu. Gelombang ini menyebarkan medan gelombang yang mempengaruhi otak secara positif dan mengembalikan keseimbangannya. Ini menyebabkan kekebalan tubuh yang kuat untuk melawan penyakit atau bahkan penyakit seperti kanser.

Kanser adalah suatu kelainan pada pembinaan semula sel, sehingga memperdengarkan Al-Quran adalah bererti memprogram semula komputer yang penuh dengan virus yang “diformat berulang kali ” dan di-install dengan program-program baru agar dapat bekerja dengan efektif. Inilah program buatan yang mampu manusia lakukan untuk komputer. Bagaimana dengan program yang dilaksanakan dalam kata-kata Allah, Pencipta Semua manusia?




Gambaran Suara Al Quran bertukar kepada cahaya


Kesan yang menakjubkan dapat dihasilkan dari mendengarkan bacaan Al-Quran
Terus-menerus mendengarkan bacaan Al-Quran memberi anda faedahyang nyata seperti berikut:
1– meningkatkan sistem pertahanan tubuh
2– meningkatkan daya kreativiti.
3– meningkatkan kemampuan konsentrasi atau penempuan dalam sesuatu bidang.
4– menyembuhkan penyakit kronik dan tidak mampu disembuhkan.
5– mengubah perilaku atau akhlak dan memungkinkan orang untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan mendapatkan kepercayaan dari semua pihak.
6– menciptakan kedamaian dan menyembuhkan ketegangan saraf.
7– menyembuhkan kegelisahan dan merawat rasa irihati
8– meningkatkan kemampuan dan dapat membuat keputusan dengan tepat.
9– mengurangi rasa takut dan ragu-ragu.
10– meningkatkan dan memperkuat kepribadian seseorang.
11– menyembuhkan penyakit normal seperti alergi, sakit kepala, flu, dll
12– meningkatkan kemampuan berpidato.
13– melindungi diri dari penyakit seperti kanser dan sebagainya
14– Mengubah beberapa tabiat buruk seperti makan yang berlebihan dan
merokok.

Pembaca yang budiman!

Hal-hal yang saya sebutkan di atas adalah hasil yang telah saya miliki : saya adalah seorang perokok tegar dan tidak pernah membayangkan untuk berhenti merokok, tetapi setelah terus-menerus mendengarkan Al-Quran akhirnya saya berhenti merokok tanpa usaha. Saya benar-benar terkejut “bagaimana hidup saya boleh berubah dan mengapa? Tetapi setelah saya membaca tentang teknik terbaru dalam penyembuhan, salah satunya adalah terapi oleh suara dan frekuensi suara, saya tahu rahsia ini perubahan besar dalam hidup saya. Itu adalah hasil daripada mendengarkan bacaan Al-Quran. Apa yang saya lakukan adalah hanya sekadar mendengarkan Al-Quran terus menerus.

Sebagai kesimpulannya, saya suka untuk menceritakan fakta yang saya temui dan benar-benar mencuba : apapun anda perlu menghabiskan waktu anda dalam membaca atau mendengarkan Al-Quran, Anda akan menemui bahawa kali ini tidak akan sia-sia atau menurun. Tetapi anda akan melihat bahawa anda akan selalu memiliki waktu tambahan. Anda akan menemui bahawa usaha-usaha yang sama kadang-kadang memerlukan waktu berhari-hari atau berjam-jam yang harus dilakukan untuk dapat menyselesaikan sesuatu perkara tetapi dengan berkat Al-Quran segalanya dapat diselesaikan dalam masa beberapa minit sahaja!
Alhamdulillah.

Bukankah Al-Quran itu Kalamullah.

Rujukan:
1- Brain cells tune in to music, www.nature.com
2- Neural oscillations,www.en.wikipedia.org
3- Brain wave therapy, Brain Sync Corporation, 2006.
4- Vibration, www.wordpress.com
5- Mike Adams, Vibrational Medicine, NewsTarget Network, July 14, 2004.
6- Simon Heather, The Healing Power of Sound.
7- Virginia Essene, You are Becoming a Galactic Being.
8- Revolutionary nanotechnology illuminates brain cells at work, www.nanotechwire.com, 6/1/2005.
Dikirim dalam Frekuansi Al-Quran Dapat Mengubati Berbagai Penyakit Berbahaya
Sedutan : http://muhasabahdiri.com

Ahad, 1 Mei 2011

Saidina Ali KarramalLahu Wajhah..BERKATA


KEBAIKAN itu semuanya terhimpun dalam EMPAT perkara:
PERCAKAPAN, DIAM, PANDANGAN, GERAK.

Tiap-tiap PERCAKAPAN yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia,
Tiap-tiap DIAM yang yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka,
Tiap-tiap PANDANGAN yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai, dan
Tiap-tiap GERAK yang tidak disertai dengan perhambaan adalah kosong.

Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan PERCAKAPANnya sebagai ZIKIR, DIAMnya sebagai TAFAKKUR, PANDANGANnya sebagai IKHTIBAR, dan GERAKnya sebagai PERHAMBAAN, dan daripada lisan serta tangannya manusia mendapat kesejahteraan.

Follow by Email