Khamis, 15 Ogos 2013

ISTIQaMAH , Sabar KUNCi KeKuAtaN iMaN

Istiqamah, sabar kunci kekuatan iman -  by epondok  
Gambar Hiasan - Sedikit Tetapi Istiqamah 
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.” (Riwayat al-Bukhari)

Pertentangan antara kebenaran dan kebatilan sebenarnya adalah satu sunnah dalam kehidupan manusia. Setiap perkara yang menjurus kepada nafsu sentiasa mendorong manusia melakukannya sedangkan perkara mengajak kepada syurga sentiasa ada halangan dan rintangannya. Itulah yang dinamakan cabaran iman.

ALLAH SWT memberi khabar gembira terhadap orang yang sanggup mengorbankan gelora hawa nafsunya demi untuk berbakti di jalan ALLAH bahawa mereka nanti akan diberi ganjaran syurga yang penuh dengan kemewahan dan kenikmatan.

Istiqamah kunci kekuatan iman
Kekuatan iman itu akan tetap terpelihara dengan sebaik-baiknya apabila wujudnya nilai istiqamah dalam hati dan sabar adalah kunci kekuatan. Ia menjadikan manusia dapat bertahan daripada dipengaruhi sebarang hasutan yang menarik diri mereka kepada neraka.

Kesabaran adalah ubat yang paling pahit, tetapi paling mujarab untuk seseorang itu sampai ke syurga.

Daripada Ibnu Masu’d, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Syurga itu lebih dekat kepada setiap kamu daripada tali capalnya. Begitulah juga neraka.” (Riwayat Bukhari)

Taat kepada ALLAH akan membawa kepada syurga dan maksiat akan membawa kepada neraka. Jalan ke syurga bagi seseorang itu amat mudah hanya dengan mengerjakan perintah ALLAH dan meninggalkan larangan. Syurga itu dekat bagi orang soleh dan begitu juga neraka dekat bagi orang yang dimurkai ALLAH.

Balasan ikhlas berpuasa
Daripada Abu Said al-Khudri, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba ALLAH yang berpuasa sehari dengan niat kerana ALLAH, melainkan ALLAH akan jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan 70 tahun lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim

Setiap orang yang berpuasa dengan niat ikhlas kerana ALLAH, kemudian memelihara puasanya daripada amalan ditegah, ALLAH akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya daripada api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh meskipun sedikit tetap ada ganjarannya dan dinilai oleh ALLAH SWT. Ia menjadi saham yang boleh membantu manusia di akhirat kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...