Ahad, 15 Mac 2015

TIDUR LEPAS SUBUH, BAGI PANDANGAN ORANG SOLEH.

By Rosli Ibrahim
Gambar hiasan sahaja
Sedikit perkongsian.
Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh. Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yang tinggi iaitu ilmu firasat yang sangat kuat. Jadi sesiapa yang dekat dengannya, berhati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.

Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau.
Diberi peluang, aku terus bertanya.
"Ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"
Dia menjawab, "Tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".
Ohhh, "Jadi ustaz, apa hukum tidur lepas subuh?"
"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku?",  Dia mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati, "Ada banyak mazhab ke dia ni?".
"Jangan kau nak menyatakan perkara yang kau tak boleh sorokkan dengan aku"
Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku. "Maaf ustaz".
Aku cakap dekat dia, "Dua-dua mazhablah ustaz".

Dia kata,"Kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati. Mendengar penjelasan itu, Aku rasa nak menangis.

"Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tahu, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!".
Aku senyap. "Kenapa ustaz?"

Dia menjawab, "Orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah!. Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezeki-Nya, rahmat-Nya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama macam kalau kau seorang yang jutawan, bawa duit berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi apa yang ada pada fikiran kau?".

"Mesti kau akan kata, "Dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu". Aku tersentak.
Dia bekata lagi, "Orang yang tidur lepas subuh dan lepas tu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahu Akhbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah.Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat Dhuha".

Allahu Akhbar. Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ini. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tahu sama ada Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allah. Kita ini banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.

Dia kata lagi, "Orang yang riak kalau bertaubat, Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis!

Allahu Akhbar.. Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam  nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.

Dia kata lagi, "Ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?".

"Allah dah kata dalam Al Quran siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang. Kau siapa? Nak ubah Sunnatullah!"

Allahu Akbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al Quran dan hadis.Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al Quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al Quran ke hulu ke hilir.

Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Idris al Marbawi pun ada menukilkan dalam Bahrul Madzi, beliau mengatakan siapa yang melakukan sesuatu yang sia-sia di malam hari sehingga terlewat subuh keesokannya, maka keseluruhannya malam tadi telah menjadi haram. Jangan memandang haram itu seperti biasa. Umpamakanlah malam yang haram itu seperti engkau memakan daging Khinzir. Seperti engkau meminum arak. Barulah rasa haramnya itu.

Sent from Samsung Mobile

1 ulasan:

  1. Cuma nk bertanya..adakah ayt dalam petikan tu sama yg ustaz lafaz?? Agak kasar bunyi nyer

    BalasPadam

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...