Selasa, 17 Mac 2015

Baiki solat..

by Rosli Ibrahim

Assalamualaikum wbt..tazkirah Isnin

Sebagaimana yang kita maklumi, bahawa rukun Islam yang kedua ialah solat lima waktu sehari semalam. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bokhari bahawa seorang lelaki telah bertemu Rasulullah SAW lalu ia berkata, “Wahai Rasulullah! Tunjukkanlah kepada aku satu amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga.” Maka Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda, “Engkau hendaklah mengabadikan diri kepada Allah SWT, jangan menyengutukan-Nya dengan sesuatu pun, dirikanlah sembahyang sebagaimana yang difardhukan dan keluarkanlah zakat serta berpuasa di bulan Ramadhan.” Lalu orang itu berkata: “Demi Allah yang berkuasa ke atas diriku, aku tidak akan menambah atau mengurangi sama sekali apa yang telah dijelaskan kepadaku.” Setelah orang itu beredar, Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada lelaki itu.”

Marilah sama-sama kita menilai semula solat fardhu yang telah kita kerjakan, kerana solat itu penghulu segala ibadat yang telah disyariatkan oleh Allah SWT ketika Rasulullah SAW dimakrajkan dan juga sekaligus mengangkat darjat solat sebagai ibadat yang terpenting kerana ibadat solat bukan hanya mempunyai nilai rohani, tetapi juga nilai pendidikan, kerana ia bukan sahaja membersihkan dosa, bahkan solat juga mampu mengubah peribadi manusia jika dia mengerjakannya dengan baik dan sempurna. In Shaa Allah, solat juga merupakan penawar kepada umat Islam demi mencapai kebahagiaan hakiki dunia dan akhirat.

Baikilah solat kita. ..carilah kesempurnaan dalam menjalankan solat. .

Solatlah kerana Allah..solat mendekatkan diri dengan Allah. .ingat lah..hidup ini sementara. .

Solat yang sempurna menghalang diri dari melakukan perbuatan mungkar...wallahuaklam. .

Ya Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam. Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya-Allah, tetapkanlah iman kami, murahkanlah amal rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain lagi supaya dengan demikian, kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Aamiiin..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...