Khamis, 21 Mei 2015

ALLAH TERLALU SAYANG PADA KITA

Pada zaman Umar ra,ada seorang penyanyi. Kerjanya sebagai penghibur dan penyanyi. Ketika dia tua, Dia susah dan sudah tiada jalan mencari rezeki. Semasa berada di kawasan perkuburan Baqi' dia pergi di satu sudut supaya tidak kelihatan orang ramai, lalu dia berdoa. Dia menangis sambil berdoa,  "Wahai Allah aku susah, aku sudah tua dan kerana suara tidak seperti dulu, diriku sudah tidak dipandang orang. Ya Allah berilah aku rezeki. Berilah aku roti".

Ketika itu Umar ra sedang tidur dalam Masjid Nabawi, Beliau bermimpi satu suara menyebut tentang orang tadi supaya memberikan bantuan padanya. Umar ra terkejut dan takut pada Allah kerana ada orang yang dalam keadaan susah, Umar ra terus berlari sehingga tertinggal kasutnya..

Sebaik nampak penyanyi tua tadi, Umar ra menghampirinya tetapi penyanyi itu berlari meninggalkan Umar ra, Dengan pantas Umar ra berkata "jangan lari,aku datang  untuk memberi makanan/bantuan kepada kamu". Penyanyi itu kehairanan. Kata umar ra, "kepada siapa kamu meminta? Allah yang hantar aku". Sebaik mendengar kata-kata  Umar ra, penyanyi tua itu menangis tanpa henti.

Katanya, "wahai Allah seluruh hidupku dengan kelalaian dan dosa. Sekali aku minta padamu itupun kerana aku lapar, Terus engkau sambut dan berikan kepadaku nikmat".penyanyi tua itu menangis lagi tidak berhenti dan beliau bertaubat.

Kemudian beliau berlari dalam keadaan menangis Lalu meninggal dunia. Umar ra menguruskan jenazahnya dan mengebumikannya...

Allah teramat sayang pada kita. Tiada ungkapan atau perkataan sebenarnya yang dapat diberi. Apa sudah jadi pada hati kita semua? Di mana perasaan kita semua? Seekor anjing setia pada orang yang beri makan padanya. Kita diberi segalanya. Tapi inikah balasan kita?

Ramai orang cari jalan untuk ketenangan dan bahagia sebenarnya. Semakin cari semakin tidak kelihatan..kerana jalannya hanyalah Bertaubat pada Allah dan menuju pada Allah. Lihatlah bagaimana sambutan dari Allah. Tidak pernah kecewa orang yang kembali pada Allah.

- USTAZ EBIT LEW -

Wallahu'alam..
Sent from Samsung Mobile

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...