Jumaat, 8 Mei 2015

AKHIR ZAMAN -- ISLAM HANYA TINGGAL NAMA

by; Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Bawa Islam di akhir zaman ibarat genggam bara api
Di Akhir Zaman ini, Islam hanya tinggal pada NAMA sahaja...
Cara dan gaya hidup kita tidak melambangkan diri kita seperti orang Islam
Ini termasuk cara berpakaian, penampilan diri lelaki dan wanita, cara berkeluarga, cara berfikir, cara bergaul, bermasyarakat, berekonomi, cara mendidik anak-anak dan seribu satu macam aspek yang lain, tidak lagi menampakkan diri kita sebagai Muslim yang beramal dengan ajaran Islam sebenar.
Kita telah jauh tersasar.....

Benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud, daripada Ali bin Abi Talib RA berkata,
"Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa sudah hampir tiba suatu masa, di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, tidak tinggal daripada Al Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Daripada merekalah berpunca fitnah, dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali"(Hadis riwayat Al Baihaqi)

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh daripada gambaran yang telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW.
1. Islam hanya tinggal namanya sahaja.
2. Al Quran hanya tinggal tulisannya.
3. Masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah Allah.
4. Lahirnya ulama jahat yang mementingkan periuk nasi daripada Islam.
5. Fitnah tersebar akibat kedangkalan ulama-ulama jahat.

Semoga ALLAH beri kita Taufiq dan Hidayah Nya agar terpelihara iman, amal & islam kita di zaman yang penuh cabaran dan pancaroba ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...