Ahad, 21 Februari 2016

Jaabar As-Shadiq Keturunan Rasullulah Yang Mempunyai Banyak Karamah

Gambar hiasan
Sayid Jaafar As-Shadiq juga terkenal dengan nama Jaafar bin Muhammad Al Baqir dari nasab Rasullulah saw dan mempunyai banyak karamah yang besar semasa hidupnya. Beliau pernah ditangkap dan dibawa ke hadapan Khalifah Umaiyah dan dihukum atas fitnah orang yang memushinya. Musuhnya berkata:"Aku bersumpah bahawa Jaafar melakukan durhaka, tetapi sebelum habis tuduhannya itu dia tersungkur di situ juga dan mati.

Pada zaman Khalifah Umaiyah , beberapa orang tokoh daripada Bani Abbas datang kepadanya untuk mencalonkan beliau sebagai bakal Khalifah pertama dinasti mereka. Dua calon itu tidak lain bukan adalah Muhammad dan Ibrahin bin Abdullah cicit Ali bin Abi Talib.

Sayid Jaafar berkata :"Sesungguhnya jawatan Khalifah tidak akan dipegang oleh aku atau seorang daripada kamu, tetapi akan disandang oleh orang yang berjubah kuning itu." Kemudian beliau meninggalkan majlis itu. Orang yang memakai jubah kuning pada saat itu ialah Al Mansur, yang kemudian dilantik menjadi Khalifah tepat seperti kenyataan Sayid Jaafar As-Shadiq itu.

Imam Al Laith bin Saad yang juga dianggap seorang wali bercerita bahawa beliau nampak seorang lelaki sedang duduk berdoa:"Ya Allah aku ingin makan buah anggur kurniaanMu dan pakaianku amat buruk sekali, berikanlah aku pakaian. "

Belum pun habis doanya ada sebakul buah anggur dan dua helai pakaian yang indah sekali. Aku pun bertanya kepadanya:"Adakah aku berhak menikmati anggur itu kerana aku turut mengaminkan doamu."

Orang itu, pun memberikan sedikit buah itu kepadaku tanpa mengurangkan sedikit pun buah anggur di baku itu. Seolah-olah tidak luak sedikit pun. Bila kami sampai di Sai ada seorang miskin yang berkata:"Wahai cucu Rasullulah saw! aku tidak mempunyai pakaian berikanlah aku pakaian". Kemudian ia pun memberikan kedua-dua pakaian itu kepada orang miskin itu.

Waktu aku bertanya pada orang miskin itu, siapakah orang yang memberikan pakaian itu kepadanya, orang miskin itu menyatakan bahawa itulah Jaafar bin Muhammad Al Baqir."

Sayid Jaafar As Shadiq wafat di Madinah pada tahun 148H dan dimakamkan di perkuburan Baqi'.

Sumber-http://mselim3.blogspot.my/2014/09/jaabar-as-shadiq-keturunan-rasullullah.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...