Khamis, 25 Februari 2016

MUTIARA KATA SYEIKH JAAFAR AS-SADIQ



Gambar hiasan

Di antara keturunan Rasulullah S.A.W yang terkenal ialah Syeikh Jaafar As-Sadiq. Beliau adalah cicit Rasulullah dari keturunan Al-Hassan Berikut ialah kata-kata hikmatnya yang termasyhur. 

UCAPAN BELIAU [1] • “Waspadalah terhadap tiga orang: [1] pengkhianat, [2] pelaku zalim, dan [3] pengadu domba. Sebab, seorang yang berkhianat demi dirimu, ia akan berkhianat terhadapmu dan seorang yang berbuat zalim demi dirimu, ia akan berbuat zalim terhadapmu. Juga seorang yang mengadu domba demi dirimu, ia pun akan melakukan hal yang sama terhadapmu.”

TAMBAHAN KATA:
Janganlah mudah percaya kepada 3 jenis golongan di atas, bahkan jangan lekat hati kepada mereka. Mereka mesti diwaspadai demi kebaikan hidupmu. Tolaklah mereka sejauh-jauhnya darimu. Awasilah si pengkhianat & pelaku zalim. Awasilah juga pengadu domba. Maksud mengadu domba itu ialah melaga-lagakan 2 orang Muslim, sedangkan si pengadu domba hanya bertepuk tangan keriangan. Mereka itu manusia jahat yang merosakkan keharmonian dalam masyarakat & memutuskan silaturrahim antara hamba-hamba Allah. Berhati-hatilah terhadap orang yang suka mengadu domba. Jangan ambil sebagai rakanmu.

UCAPAN BELIAU [2] • “Tiga manusia adalah sumber kebaikan: [1] manusia yang mengutamakan diam (tidak banyak bicara), [2] manusia yang tidak melakukan ancaman, dan [3] manusia yang banyak berzikir kepada Allah.”

TAMBAHAN KATA:
Sumber kebaikan wujud pada 3 orang yang disebutkan di atas. Maknanya, persekitaran mereka penuh dengan kebaikan. Orang yang diam bermakna tiada dosa. Orang yang tidak melakukan ancaman bererti orang yang selamat & menyelamatkan orang lain. Orang yang banyak berzikir kepada Tuhan menandakan dia mencintai Allah, sedangkan Allah itu sumber kebaikan. Maka dengan itu dapat diertikan bahawa manusia yang suka bezikir itu boleh dipercayai watak & pribadinya. Dia mencintai sumber kebaikan iaitu Allah & kebaikan itu sendiri.

UCAPAN BELIAU [3] •
“Sesungguhnya puncak keteguhan adalah tawadhu’.” Salah seorang bertanya kepada syeikh “Apakah tanda-tanda tawadhu’ itu?” Beliau menjawab, “[1] Hendaknya kau senang pada majlis yang tidak memuliakanmu, [2] memberi Salam kepada orang yang kau jumpai, dan [3] meninggalkan perdebatan sekalipun engkau di atas kebenaran.”

TAMBAHAN KATA:
Tawadhu bererti merendah diri. Dia ridak sombong, ego (agas) & merasa lebih daripada orang lain. Dia boleh memasuki mana-mana majlis tanpa merasa cacat pribadinya. Dia tidak mengharapkan sambutan orang terhadapnya.. Dia juga suka memberi salam, sama ada kepada orang yang dia kenal atau tidak. Memberi salam itu adalah perbuatan mulia yang boleh mengikis beberapa sifat mazmumah. Amalkanlah memberi salam. Nanti akan terlihat keindahan Islam & keindahan pribadimu. Juga akan terkikis segala sifat buruk yang melekat di hatimu. Tinggalkanlah perdebatan, kerana bertegang urat dalam perdebatan itu suatu perbuatan bodoh.

UCAPAN BELIAU [4] • Seorang laki-laki seringkali mendatangi Syeikh Ja‘far , kemudian dia tidak pernah lagi datang. Tatkala syeikh menanyakan keadaannya, seseorang menjawab dengan nada sinis, “Dia seorang penggali sumur.” Syeikh kemudian membalasnya, “[1] Hakekat seorang lelaki ada pada akal budinya, [2] kehormatannya ada pada agamanya, [3] kemuliannya ada pada ketakwaannya, dan semua manusia sama-sama sebagai Bani Adam.”

TAMBAHAN KATA:
Orang lelaki itu terdiri daripada tiga (3) perkara, iaitu HAKEKAT (lihat akalnya), KEHORMATAN (lihat agamanya) & KEMULIAAN (lihat takwanya). Dengan itu, jagalah 3 perkara yang berikut iaitu AKAL, AGAMA & TAKWA sebagai tunjang yang menaikkan darjat dirinyanya. Ketiga-tiga perkara itu tidak mmerlukan medium pangkat, darjat, kekayaan, saham berjuta, duit yang banyak dan sebagainya. Barangsiapa yang menjaga AKAL, AGAMA & TAKWA, insyaallah, dia akan menjadi lelaki sebenar. 

UCAPAN BELIAU [5] • “Hati-hatilah terhadap orang yang teraniaya, karena doanya akan terangkat sampai ke langit.”

TAMBAHAN KATA: Jangan suka menzalimi sebab penzalim itu tidak selamat. Dia akan dihukum Tuhan & ditunjukkan pembalasannya sebelum kematiannya. Sesiapapun yang dizalimi, Islam atau kafir, miskin atau kaya, yang baik atau pendosa, atau sesiapa sahaja, doanya tidak akan dihijab Tuhan. 

UCAPAN BELIAU [6] • “Ulama adalah kepercayaan para rasul. Dan bila kau temukan mereka telah percaya pada penguasa, maka curigailah ketakwaan mereka.”

TAMBAHAN KATA:
 Ulamak itu pewaris Nabi. Di antara tugas utama mereka ialah membawa umara (pemerintah) ke jalan yang betul. Bila umara betul, maka rakyat pun betul. Mereka tidak boleh menjadi "yes-man" tanpa melihat perkara itu betul atau salah. Kalau betul, mestilah sokong. Kalau salah, mestliah ditegur. Ulamak yang tidak berani menegur dipanggil ulamak bisu. Ada mulut tetapi tak digunakan. Ulamak semacam itu sangat bahaya. .
UCAPAN BELIAU [7] • “Tiga perkara dapat mengeruhkan kehidupan: [1] penguasa zalim, [2] tetangga yang buruk, dan [3] perempuan pencarut. Dan tiga perkara yang tidak akan damai dunia ini tanpanya, yaitu [1] keamanan, [2] keadilan, dan [3] kemakmuran.”

TAMBAHAN KATA: 
Semua orang tidak suka kepada hidup yang keruh & serabut. Hindariilah daripada penguasa yang zalim. Jangan kotorkan tanganmu bersama kezalimannya. Berdoalah sungguh-sungguh semoga tuhan meletakkan dirimu di bawah penguasa yang menayayangimu. Tetangga yang buruk memang menyakitkan hati. Mereka tak pandai menghormati jiran & hak-hak jiran. Seperti yang anda lihat di atas, setengah jiran yang jahat suka menceroboh kawasan jirannya samada secara terang-terangan atau halus. Mereka pandai bermanis muka. Cakapnya manis seperti tebu, tetapi perangainya sangat buruk & keji. Perempuan pencarut? Memang pemandangan yang kotor & menyakitkan telinga. Sepatutnya, perempuan itu bersifat malu, tetapi mereka menghiasi diri mereka dengan perilaku sebaliknya. Berhati-hati memilih isteri. Jangan tengok rupa sahaja, tengok juga budi bahasanya.
Sumber-http://mselim3.blogspot.my/2014/09/jaabar-as-shadiq-keturunan-rasullullah.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...