Ahad, 5 Jun 2016

KaTa MuTiaRa

Al-Imam asy-Syafi'i ra berkata:"Pilar (tiang) terbentuknya harga diri itu ada empat:
• Kemuliaaan Akhlak
• Kedermawanan
• Sikap santun
• Ibadah yang Istiqomah"

Al-Imam asy-Syafi'i ra berkata: "Seburuk-buruknya bekal menuju ke alam akhirat adalah permusuhan dengan sesama"

Al-Imam asy-Syafi'i ra berkata: "Barangsiapa yang menginginkan khusnul khatimah di penghujung umurnya, maka hendaknya ia berprasangka baik kepada semua manusia"

Al-Imam asy-Syafi'i ra berkata: "Manusia yang paling tinggi kedudukannya adalah mereka yang tidak melihat kedudukan dirinya dan manusia yang paling banyak kelebihan adalah mereka yang tidak melihat kelebihan dirinya"

Al-Imam asy-Syafi'i ra berkata: "Barangsiapa yang tidak dimuliakan kerana ketakwaannya, maka ia idak memiliki harga diri"

Al-Imam Al-Habib Abdullah al-Aydrus al-Akbar ra berkata: "Janganlah engkau abaikan sedekah pada setiap hari, sekalipun engkau hanya bersedekah sekecil atom"

Al-Imam Al-Habib Abdullah al-Aydrus al-Akbar ra berkata: "Kebaikan seluruhnya adalah bersumber dari sedikit bicara"

Al-Imam Al-Habib Abdullah al-Aydrus al-Akbar ra berkata: "Barangsiapa yag menginginkan keredhaan Allah SWT, maka hendaklah ia mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kerana keajaiban dan kelembutan Allah SWT terdapat pada akhir malam"

Al-Imam Al-Habib Abdullah al-Aydrus al-Akbar ra berkata: "Ciri-ciri orang yang bahagia adalah mendapatkan taufik dalam hidupnya, banyak ilmu dan amal serta baik perangai mahupun tingkah lakunya"

Al-Imam asy-Syafi'i ra berkata: "Barangsiapa yang tidak dimuliakan kerana ketakwaannya, maka ia tidak memiliki harga diri"

Al-Imam Al-Habib Abdullah al-Aydrus al-Akbar ra berkata: "yang paling banyak takut kepada Allah SWT adalah orang yang paling banyak bersedih"

Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Atthos: "Berziarahlah kamu kepada orang-orang soleh! Kerana orang-orang soleh adalah ubat hati"

Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Atthos: "Sebaik-baiknya teman adalah Al-Qur'an! dan seburuk-buruknya teman adalah syaitan!"

Berkata Al Habib Alwi Bin Muhammad Bin Tohir Al Haddad: "Orang yang sukses adalah orang yang istiqomah di dalam amal baik."
Berkata Al Habib Umar Bin Hud Al Atthos: "Bos yang wajib di patuhi adalah Allah SWT"

Berkata Al Habib Sholeh Bin Muhsin Al Hamid (Tanggul): "Kunci kekayaan adalah shodaqoh, dan kunci kemiskinan adalah pelit (kedekut)"

Berkata Al Habib Abdullah Bin Abdull Qadir Bin Ahmad Balfaqih: "Sebaik-baiknya ilmu adalah ilmu fiqih"

Berkata Al Habib Muhsin Bin Abdullah Al Atthos: "Semua para wali diangkat kerana hatinya yang bersih, tidak sombong, dengki, dan selalu rendah diri"

Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas: "Guru yang paling bertaqwa adalah Nabi Muhammad SAW, dan Rasulullah bersabda : "Aku dididik oleh Tuhanku dengan sebaik-baiknya didikan".
Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas: "Terangi rumahmu dengan lampu, dan terangi hatimu dengan Al-Qur'an".

Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas: "Bermaksiatlah sepuas kamu pasti kamu akan mati, dan beramal solehlah pasti kamu akan mati".

Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas: "Jadikan akalmu, hatimu, rohmu, jasadmu, kerana bila semua terisi dengan namanya berbahagialah kamu".

Berkata Al Habib Alwi Bin Muhammad Al Haddad: "Seindah-indahnya tempat di dunia adalah tempat orang-orang yang soleh, kerana mereka bagai bintang-bintang yang bersinar pada tempatnya di petala langit".

Berkata Al Habib Abdurrahman Bin Ahmad Assegaf (Sayyidil Walid): "Ilmu itu bagai lautan dan tak akan ada yang mengenalnya kecuali merasakannya".

Berkata Syekh Abu Bakar Bin Salim (Seorang Tokoh Besar di Negeri Yaman, di Kampung Inat): "Janganlah kau tunda-tunda kebaikan sampai esok hari, kerana engkau tak tahu apakah umurmu sampai esok hari".

Berkata Sayidina Ali Bin Abu Tholib Ra: "Bukanlah seorang pemuda yang membanggakan harta dan kedudukan ayahnya, tetapi seorang pemuda yang berkata inilah aku (Beramal Sholeh)".

Berkata Imam Syafi'i: "Cintailah orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad SAW, kerana dia kekasih Allah SWT, dan cintailah Allah SWT, kerana dia kecintaan Nabi dan orang Soleh".

Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor): "Istiqomah di dalam agama menjauhkan kesedihan dan ketakutan".

Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor):"Ilmu memerlukan amal, amal memerlukan ikhlas, maka ikhlas mendatangkan keredhaan".

Berkata Imam Syafi'i: "Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tak masuk kepada kemaksiatan".

Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor) :
"Kunci Kejayaan ada TIGA, iaitu :
1. Menuntut ilmu dan beramal.
2. Istiqomah dan sabar.
3. Saling menghormati."

Perkataan Ulama -Sesungguhnya cahaya (Rasulullah) itu apabila masuk ke dalam hati maka akan membuat tenang dan terbuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...