Dakwah adalah cinta |
Pada satu
Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa
menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan
mulai turun.
Anak
kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya
berkata : “Ayah! Saya dah bersedia.”
Ayahnya
terkejut dan berkata : “Bersedia untuk apa?”
“Ayah
bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
”Anakku!
Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat.”
”Ayah
bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan
turun.”
Ayahnya
menambah : “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini”
Dengan
merintih anaknya merayu : “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya
berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.
“Pergilah
nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
”Terima
kasih Ayah.”
Dengan
wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu
hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil
itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang
dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah
itu kepada penghuninya.
Setelah
dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada
tangannya.
DaIam
berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di
tangannya.
Dia
berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah
terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya
dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur
langkah menghampiri rumah itu.
Apabila
sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula
pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan.
Ada
sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar
risalah ini diserahkan.
Dia
mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya
pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam
lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah Malaikat yang turun dari
langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH
amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.
Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik
adalah orang yang paling bertuah.”
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang
lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya :“Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu?”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu.
“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak
pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.
Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang
Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya
keseorangan dalam dunia ini”
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh
diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga
menghadap anak tangga menurun. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung
satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi.
Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu
akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi.
Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi.”
”Saya bertanya sekali lagi.
Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian
lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
”Seumur hidup saya, belum pernah saya melihat anak yang secomel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti Malaikat”.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH
amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang
paling indah yang saya dengar”.
”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.
Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka
surat.
Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya
diletakkan semula di tempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi.”
“Lihatlah,
sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada
Tuhan yang satu ... ALLAH.
Di belakang
risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika
tidak disebabkan budak kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini
akan berada selama-lamanya di dalam neraka”.
Tiada
satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak
dan bertakbir ALLAHU AKBAR!
Imam
lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada
di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat
ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada
anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama Malaikat.
Biarkanlah
air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhluk-Nya yang
penyayang.
Panjangkanlah
risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan