Rabu, 7 September 2011

Cabang Iman 77 bahagian


PELAJARI  77 CABANG IMAN

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Iman itu memiliki tujuh puluh cabang (riwayat lain tujuh puluh tujuh cabang) dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman.” (Ashhabus Sittah).
Banyak ahli hadits yang menulis risalah mengenai cabang iman di antaranya ialah : Abu Abdillah Halimi rah a dalam Fawaidul Minhaj, Imam Baihaqi rah a dalam Syu’bul Iman, Syaikh Abdul Jalil rah a dalam Syu’bul Iman, Ishaq bin Qurthubi rah a dalam An Nashaih, dan Imam Abu Hatim rah a dalam Washful Iman wa Syu’buhu.

Para pensyarah kitab Bukhari rah a menjelaskan serta mengumpulkan ringkasan masalah ini dalam kitab-kitab tersebut. Walhasil pada hakikatnya iman yang sempurna itu mempunyai 3 (tiga) bahagian :
1. Tashdiq bil Qalbi, yaitu menyakini dengan hati,
2. Iqrar bil Lisan, mengucapkan dengan lisan, dan
3. Amal bil Arkan, mengamalkan dengan anggota badan.
Cabang iman terbahagi lagi menjadi 3 (tiga) bahagian, iaitu yang berhubungan dengan :
1) Niat, aqidah, dan amalan hati;
2) Lidah; dan
3) Seluruh anggota tubuh.

1. YANG BERHUBUNGGAN DENGAN NIAT, AQIDAH DAN HATI:
1) Beriman kepada Allah, kepada Dzat-Nya, dan segala sifat-Nya, meyakini bahwa Allah adalah      Maha Suci, Esa, dan tiada bandingan serta perumpamaannya.
2) Selain Allah semuanya adalah ciptaan-Nya. Dialah yang Esa.
3) Beriman dengan para malaikat.
4) Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah kepada para Rasul-Nya.
5) Beriman dengan para Rasul.
6) Beriman dengan takdir yang baik mahupun buruk, bahawa semua itu datang dari Allah.
7) Beriman kepada hari Kiamat, termasuk siksa dan pertanyaan di dalam kubur, kehidupan setelah mati, hisab, penimbangan amal, dan menyeberangi shirat.
8) Meyakini akan adanya Syurga dan Insya Allah semua mukmin akan memasukinya.
9) Meyakini neraka dan siksanya yang sangat pedih untuk selamanya.
10) Mencintai ALLAH
11) Mencintai karena Allah dan membenci karena Allah termasuk mencintai para sahabat, khususnya Muhajirin dan Anshar, juga keluarga Nabi Muhammad saw dan keturunannya.
12) Mencintai Rasulullah saw, termasuk siapa saja yang memuliakan beliau, bershalawat atasnya, dan   mengikuti sunnahnya.
13) Ikhlas, tidak riya’ dalam beramal dan menjauhi nifaq.
14) Bertaubat, menyesali dosa-dosanya dalam hati disertai janji tidak akan mengulanginya lagi.
15) Takut kepada Allah.
16) Selalu mengharap Rahmat Allah.
17) Tidak berputus asa dari Rahmat Allah.
18) Syukur.
19) Menunaikan amanah.
20) Sabar.
21) Tawadhu dan menghormati yang lebih tua.
22) Kasih sayang, termasuk mencintai anak-anak kecil.
23) menerima dan ridha dengan apa yang telah ditakdirkan.
24) Tawakkal.
25) Meninggalkan sifat takabbur dan membanggakan diri, termasuk menundukkan hawa nafsu.
26) Tidak dengki dan iri hati.
27) Rasa malu.
28) Tidak menjadi pemarah.
29) Tidak menipu, termasuk tidak berburuk sangka dan tidak merencanakan keburukan atau maker kepada siapapun.
30) Mengeluarkan segala cinta dunia dari hati, termasuk cinta harta dan pangkat.

2. YANG BERHUBUNGAN DENGAN LIDAH:
31) Membaca kalimat Thayyibah.
32) Membaca Al Quran yang suci.
33) Menuntut ilmu.
34) Mengajarkan ilmu.
35) Berdoa.
36) Dzikrullah, termasuk istighfar.
37) Menghindari bicara sia-sia.

3. YANG BERHUBUNGAN DENGAN ANGGOTA TUBUH:
38) Bersuci. Termasuk kesucian badan, pakaian, dan tempat tinggal.
39) Menjaga shalat. Termasuk shalat fardhu, sunnah, dan qadha’.
40) Bersedekah. Termasuk zakat fitrah, zakat harta, memberi makan, memuliakan tamu, serta membebaskan hamba sahaya.
41) Berpuasa, wajib mahupun sunnah.
42) Haji, fardhu mahupun sunnah.
43) Beriktikaf, termasuk mencari lailatul qadar di dalamnya.
44) Menjaga agama dan meninggalkan rumah untuk berhijrah sementara waktu.
45) Menyempurnakan nazar.
46) Menyempurnakan sumpah.
47) Menyempurnakan kifarah.
48) Menutup aurat ketika shalat dan di luar shalat.
49) Berkorban hewan, termasuk memperhatikan hewan korban yang akan disembelih dan menjaganya dengan baik.
50) Mengurus jenazah.
51) Menunaikan hutang.
52) Meluruskan mu’amalah dan meninggalkan riba.
53) Bersaksi benar dan jujur, tidak menutupi kebenaran.
54) Menikah untuk menghindari perbuatan keji dan haram.
55) Menunaikan hak keluarga dan sanak kerabat, serta menunaikan hak hamba sahaya.
56) Berbakti dan menunaikan hak orang tua.
57) Mendidik anak-anak dengan tarbiyah yang baik.
58) Menjaga silaturrahim.
59) Taat kepada orang tua atau yang dituakan dalam agama.
60) Menegakkan pemerintahan yang adil
61) Mendukung jemaah yang bergerak di dalam kebenaran.
62) Mentaati hakim (pemerintah) dengan syarat tidak melanggar syariat.
63) Memperbaiki mu’amalah dengan sesama.
64) Membantu orang lain dalam kebaikan.
65) Amar makruh Nahi Mungkar.
66) Menegakkan hukum Islam.
67) Berjihad, termasuk menjaga perbatasan.
68) Menunaikan amanah, termasuk mengeluarkan 1/5 harta rampasan perang.
69) Memberi dan membayar hutang.
70) Memberikan hak tetangga dan memuliakannya.
71) Mencari harta dengan cara yang halal.
72) Menyumbangkan harta pada tempatnya, termasuk menghindari sifat boros dan kikir.
73) Memberi dan menjawab salam.
74) Mendoakan orang yang bersin.
75) Menghindari perbuatan yang merugikan dan menyusahkan orang lain.
76) Menghindari permainan dan senda gurau.
77) Menjauhkan benda-benda yang mengganggu di jalan.
Wallahua’lam

Sumber: Sumber: http://imanyakin.wordpress.com

Selasa, 6 September 2011

KUBUR BERKATA-KATA KETIKA JENAZAH FATIMAH AZ ZAHRAA HENDAK DIKEBUMIKAN


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang antaranya:-

    Ali bin Abi Talib                                                Suami Fatimah r.a.
    Hassan                                                              Anak Fatimah r.a.
    Hussain                                                             Anak Fatimah r.a.
    Abu Dzarrin Al-Ghifary r.a 


 Sewaktu jenazah Fatimah r.a. diletakkan di tepi kubur, Abu Dzarrin Al-Ghifary r.a. berkata kepada kubur : “Wahai kubur tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu?, Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah Az Zahraa anak Rasulullah s.a.w.”

Maka berkata kubur: “Aku bukan tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal salih, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dari aku, tetapi kalau orang itu tidak beramal salih, maka dia tidak akan terlepas dari aku [ akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya]”.

Abulatis Assamarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur dia hendaklah melazimkan EMPAT perkara antaranya:
1.      Hendaklah dia menjaga solatnya
2.      Hendaklah dia bersedekah
3.      Hendaklah dia membaca Al_Quran
4.   Hendaklah dia membanyakkan membaca tasbih, kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih ianya akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun EMPAT perkara yang harus dijauhi ialah:
1.       Jangan berdusta
2.       Jangan mengkhianat
3.       Jangan mengadu domba
4.       Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya:
“Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing”.
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur walaupun ianya seorang anak alim ulamak atau anak seorang yang bapanya sangat dekat dengan Allah, sebaliknya kubur  itu tidak memandang sama ada orang itu orang miskin, kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia.

Dan jangan sekali-kali kita fikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang akan dikemukakan oleh malaikat Munkar dan Nakir dengan cara kita hafal, kalau hari ini kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu pada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Munkar dan Nakir, maka saudara kita yang jahil akan berkata: “Ah mudah sahaja, aku boleh hafal untuk manjawabnya”. Ini adalah kata-kata mereka yang tidak berfikiran, seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur kalau dia tidak mengamalkannya, sebab yang akan menjawab adalah amalnya sendiri, sekiranya dia rajin Al-Quran maka Al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga sebaliknya.

Wahai saudara-saudaraku apabila ada orang mengajak kita mengingati Allah jangan sekali-kalai kita ucapan kubur aku kubur aku, kubur kamu kubur kamu, ucapan sebegini adalah ucapan orang yang melampau batas, sebaliknya hendaklah kita cuba memperbaiki diri kita dengan mendekatkan kepada Allah s.w.t.

Di manakah Firaun yang bersikap tamak dan angkuh, di manakah orang-orang yang kuat dan berani kesemuanya akhirnya kembali ke perut bumi. Oleh itu ingatlah bahawa akhirat jua yang kekal, semua yang ada di dunia ini akan lenyap, para malaikat juga akan lenyap yang kekal ialah Allah s.w.t.

Waallahua’lam

Sabtu, 3 September 2011

KISAH MENARIK TENTANG TAWUS


PADA suatu ketika, Hisyam bin Malik telah berkunjung ke Mekah untuk mengerjakan haji, setelah beliau sampai ke dalam Al Ahram ( Tanah Suci ) maka beliaupun memerintahkan kepada pengiring-pengiringnya supaya membawakan seorang sahabat Nabi yang masih hidup . Para pengiring  menjawab: “Para sahabat, seorang pun tak ada lagi yang masih hidup”. Sebaik saja mendengar kata-kata itu Hisyam pun meminta supaya dibawakan seorang tabi’i ( lapisan terbaharu daripada sahabat). Untuk memenuhi permintaan tersebut maka dibawalah TAWUS AL YAMANI.

Setelah Tawus dibawa menghadap, maka beliau tidak membuka sepatunya ketika dia dibawa masuk untuk menghadap, sebaliknya beliau memijak permaidani yang terhampar di hadapan khalifah.
Ketika beliau mengucap salam, beliau tidak menyebut dengan sebutan “Ya Amirul Mukminin” dan tidak pula menyebut dengan sebutan yang dipandang hormat, lantas terus duduk di sampingnya tanpa menanti keizinan.
Setelah beliau duduk, dia berkata: “Betapa engkau wahai Hisyam” perkataan Tawus itu sungguh menyinggung perasaan Hisyam sehingga dia hamper-hampir memerintahkan pengawalnya memancung leher Tawus itu. Mujurlah dikala itu salah seorang daripadayang hadir berkata :”Wahai Amirul Mukminin, tuan sekarang di dalam haram Allah dan haram RasulNya ( berada di Tanah Haram). Tidak layak tuan menumpahkan darah manusia di tempat ini.

Lantas Hisyam bertanya kepada Tawus. “Apakah yang mendorongkan engkau berkelakuan demikian ini terhadap diriku. Engkau membuka sepatu itu di tepi permaidaniku. Engkau tidak member salam dengan menyebut “Ya Amirul Mukminin” dan engkau tidak memenggilku dengan penggilan-panggilan yang terhormat, sebaliknya engkau hanya memanggil-manggil dengan menyebut namaku sahaja, dan engkau juga duduk di sampingku tanpa meminta keizinanku.

Mendengar kata-kata itu dengan tegas Tawus menjawab: “Setiap hari saya membuka sepatu di hadapan Tuhan Yang Maha Besar sebanyak lima kali. Saya membuka sepatu dekat tempat saya solat. Tuhan saya itu tidak pernah pun memarahi saya. Saya tidak menyebut mu “Amirul Mukminin” kerana tidak semua rakyat menyukai pemerintahanmu ini. Kalau saya sebut “ Amirul Mukminin” ternyatalah saya berdusta.

Adapun sebab saya tidak memanggilmu dengan nama wahai sipolan adalah kerana Tuhan sendiri memanggil Nabi-Nya dengan menyebut namanya sahaja. Tuhan hanya memanggil wahai Daud, wahai Yahya, wahai Isa, wahai Musa.  Akan tetapi dikala Tuhan menyebut musuh-musuh-Nya, Tuhan berkata, telah binasa Abi Lahab. Seterusnya sebab saya duduk di sampingmu itu adalah kerana mengingatkan suatu hadis yang diriwayatkan oleh  Ali bin Abi Talib iaitu: “Apabila engkau hendak melihat kepada ahli neraka, lihatlah kepada orang yang duduk bersila sedangkan orang lain di sekitarnya tegak berdiri ( menghormatinya)”.

Setelah Tawuz berkata demikian, barulah tenang perasaan Hisyam lalu dia pun berkata: “Sekarang berilah pengajaran kepadaku”. Mendengarkan hal itu Tawuz pun berkata: “ Menurut hadis yang diriwayatkan daripada Ali, bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat banyak sekali ular dan lipan untuk menyengat segala pemimpin atau ketua-ketua yang tidak berlaku adil terhadap rakyatnya.

ADIL bererti mengerjakan sesuatu menurut hukum tertinggi iaitu hukum Tuhan Pencipta Alam sendiri.
Tanggungjawab seorang ketua,baik ianya ketua keluarga atau ketua Negara maka setiap apa yang diperbuat atas arahannya maka dia bertanggungjawab tentang itu, tidak akan terlepas seseorang itu dari setiap apa yang telah dia perintahkan ataupun terhadap setiap apa yang telah dia lakukan.

Jika ketua keluarga telah mengarahkan keluarganya itu mengikuti cara hidup Yahudi, Nasrani atau lainnya selain Islam, maka ia bertanggungjawab terhadap apa yang dibuat oleh keluarga tersebut,dan dia juga adalah pemandu yang akan memandu keluarga itu dekat kepada Allah atau ke neraka Allah.

Jangan sekali-kali fikir tanggungjawab seorang ketua atau ketua Negara itu kerja yang senang, kerana seorang ketua itulah yang akan membawa orang-orang di bawah kuasanya ke tempat yang dikehendakinya, kalau dia menyuruh sujud kepada Alah maka semua orang di bawah kuasanya akan mendekatkan diri kepada Allah.

Wallahua’lam.

Isnin, 22 Ogos 2011

Kenapa Harus Berzikir?



Berikut beberapa manfaat  berzikir :
1. Membuat hati menjadi tenang. Allah berfirman, “Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Ar Ra’d : 28)
Kebanyakan orang pada ketika mengalami pelbagai masalah atau berhadapan dengan kesulitan baharulah mencari cara - cara yang salah untuk dapat mencapai ketenangan hidup. Di antaranya dengan mendengarkan muzik yang diharamkan Allah, meminum minuman keras [arak],mengambil dadah atau pil hayal yang ternyata menyalahi tuntutan agama dan sudah semestinya haram.  Dengan harapan untuk mendapatkan ketenangan ! . Namun, apa yang perolehi  bukanlah ketenangan yang hakiki, tetapi ketenangan yang palsu [ sementara]. Ini kerana cara - cara yang tersebut itu nyata sekali dilarang oleh Allah dan Rasul - Nya.
Ingatlah firman Allah ‘Azza wa Jalla di atas, sehingga bila kita mendapat musibah atau kesulitan yang membuat hati menjadi gundah, maka ingatlah Allah, insya Allah hati menjadi tenang.

2. Mendapatkan pengampunan dan pahala yang besar.
“Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Al Ahzab : 35)

3. Dengan mengingat Allah, maka Allah akan ingat kepada kita.
Allah berfirman, “Kerana itu, ingatlah kamu kepada Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan memberikan rahmat dan pengampunan)”.
(Al Baqarah : 152)

4. Allah memerintahkaan agar kita  berzikir sebanyak - banyaknya. Firman Allah ‘Azza wa Jalla “Hai orang - orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak - banyaknya. Dan bertasbihlah kepada - Nya di waktu pagi dan petang.” (Al Ahzab : 41 - 42)

5. Banyak menyebut nama Allah akan menjadikan kita beruntung.
Allah SWT berfirman “Dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.” (Al Anfal : 45)

6. Zikir kepada Allah merupakan pembeza antara orang mukmin dan munafik. Ini kerana sifat orang munafik adalah tidak mahu berzikir kepada Allah kecuali hanya sedikit saja. Allah berfirman, “Sesungguhnya orang - orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (An Nisaa’ : 142)

7. Zikir merupakan amal ibadah yang paling mudah dilakukan.
Banyak amal ibadah yang  mudah untuk kita lakukan. Contohnya : Membaca bismillah ketika akan makan / minum· Membaca doa keluar / masuk bilik mandi.  Membaca zikir - zikir sewaktu pagi dan petang · Membaca doa keluar / masuk rumah · Membaca doa ketika turun hujan · Membaca zikir setelah hujan turun· Membaca doa ketika berjalan menuju masjid · Membaca zikir ketika masuk / keluar masjid · Membaca hamdalah ketika bersin · Membaca zikir - zikir ketika akan tidur · Membaca doa ketika bangun tidur , dan lain - lain. Apabila  kita tinggalkan, maka rugilah kita daripada memperoleh ganjaran yang harusnya kita dapat,  walaupun ia mudah untuk diperolehi. Cuba hitung berapa banyak kita keluar masuk kamar mandi dalam sehari?

, “Mereka menjawab, ‘Maha suci Engkau ,
tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang
telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
(Al-Baqarah: 32)

Solat Tahhajud, Solat Taubat SELEPAS Selepas Solat Witir?


SOALAN:
ADAKAH saya boleh mengerjakan solat tahhajud, Taubat dll apabila saya bangun untuk bersahur mengambilkira Solat Witir yang merupakan penutup semua solat yang telah saya laksanakan semasa mengerjakan Solat Tarawih.

JAWAPAN:
Boleh mengerjakan solat tahajud,hajat atau apa saja solat walaupun solat witir telah dikerjakan selepas solat tarawikh. 
Dengan kata lain, apabila seseorang yang telah melakukan solat witir sebelum tidur, maka apabila dia terjaga malam, lalu melakukan solat tahajjud, tidak perlu lagi dia ‘membuka solat witir’ ataupun melakukan solat witir lagi,teruskan sahaja solat sunat yang lain. Soalan ini pernah ditanya kepada bekas Mufti Arab Saudi, syiekh Abdul Aziz bin Baaz :-

وسئل الشيخ ابن باز :
إذا أوترت أول الليل ثم قمت في آخره فكيف أصلي ؟
فأجاب : إذا أوترت من أول الليل ثم يسر الله لك القيام في آخره فصل ما يسر الله لك شفعاً – يعني ركعتين ركعتين – بدون وتر ، لقول النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (لا وتران في ليلة) .
ولما ثبت عن عائشة رَضِيَ اللَّهُ عَنْها أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان يصلي ركعتين بعد الوتر وهو جالس ، والحكمة في ذلك -والله أعلم- أن يبين للناس جواز الصلاة بعد الوتر

“Soalan : Jika saya telah bersolat Witir pada awal malam, kemudian saya bangun solat pada akhir malam, bagaimana harus saya solat?

Jawapan : Jika anda telah solat witir pada awal malam kemudian Allah memudahkan kamu berqiam pada akhir malam, maka solatlah mana yang anda mampu, yakni dua rakaat, dua rakaat – tanpa witir. Kerana Nabi  bersabda : Tidak ada dua witir dalam satu malam.

Dan telah diriwayatkan dari A’isyah ra. bahawa Nabi  pernah bersolat 2 rakaat selepas witir dalam keadaan baginda duduk, hikmah melakukan begitu cuma Allah yang tahu – adalah ingin memberitahu kepada manusia bahawa dibenarkan solat selepas witir”
 [Majmu' fataawa al-Syiekh ibn Baaz, 11/311].

Sumber :http://halaqah.net



BERDOA

Soalan: Biasanya apabila selesai solat dan sebelum solat kita disuruh berdoa kerana doa itu sendiri adalah intisari kepada ibadah, tetapi saya hairan kerana ada orang yang berani mengatakan ianya bidaah dan sesat. Bagaimana pendapat tuan dalam perkara ini?

– Ismail Mukhtar, Gopeng, Perak.

JAWAPAN: Kepada mereka yang sudah biasa dengan sikap suka menyalahkan orang lain dan selalu membuat tuduhan kepada orang lain dengan perkataan tersebut dinasihatkan supaya berhati-hati dalam melemparkan sebarang tuduhan kerana dibimbangi suatu perkara itu ada dalil dan hujahnya sekalipun secara umum atau isyarat atau mafhum sama ada dari hadis atau al-Quran sendiri. Nanti apa pula jadinya dengan apa yang diarah oleh Allah dan Rasul-nya kita katakan perkara itu juga bidaah dan sesat. Tentu cakap mereka seperti itu lebih sesat dan karut lagi.

 Ini kerana sesuatu itu sekalipun ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., tetapi tidak semestinya ia bidaah kerana ia satu perkara yang pernah disuruh dan diarahnya. Sebagai contoh seperti amalan membaca al-Quran di hari kematian untuk keluarga si mati yang berada dalam kesedihan. Kita hari ini senang-senang mengatakan ianya bidaah dan sesat tetapi bagaimana jika al-Quran atau hadis yang mengarahkan kita melakukannya sama juga dengan doa tadi?

Allah s.w.t. berfirman maksudnya: Tuhan kamu telah berfirman berdoalah memohon kepada-Ku akan-Ku perkenankan (sebarang pintamu), sesungguhnya mereka yang menyombong diri dari beribadat kepada-Ku akan masuk neraka dalam keadaan hina dina (Surah Ghafir ayat 60). Arahan tersebut adalah berbentuk  itlak tanpa sebarang qaid bila dan di mana lebih-lebih lagi selesai amalan solat.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Doa itu sendiri adalah otak (intisari) kepada ibadah.

Manakala dalam suatu hadis lain Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Sungguhnya orang yang paling bakhil itu, mereka yang bakhil untuk memberi salam (keselamatan dan kesejahteraan) dan selemah-lemah manusia ialah mereka yang lemah dari memanjatkan doanya kepada Allah s.w.t., ( Ahmad dan lain-lain). Kata Baihaqi perawinya adalah sahih.

Kita harapkan kalaupun sesuatu itu kurang tepat, cara dan teknikalnya janganlah cepat mengatakan ianya bidaah. Ini kerana ianya boleh diperbaiki dari semasa ke semasa tetapi kenalah memisahkan antara cara dan alat (teknik) dan maqasid (matalamat dan ghayahnya) sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah sendiri apabila ingin membuat teguran kepada sahabatnya Abu Bakar semasa kesilapannya melakukan rukuk di luar saf di belakang barisan jemaah lain. Apa kata baginda terhadap Abu Bakar, Allah menambah kamu semangat (ingin mendapakan fadilat jemaah) sehingga melakukan rukuk di luar saf dan jangan ulangi lagi (amalan salah itu) ( Bukhari).

Demikianlah sepatutnya bagi mereka yang ingin membuat sebarang teguran terhadap mana-mana kumpulan masyarakat dalam amalan agama kita, seperti amalan doa amar makruf mengadakan jamuan dan sebagainya. Sikap berhati-hati itu amat disanjung dalam lslam dan jangan mudah hilang pertimbangan.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: hendaklah kamu bercermat dan berhati-hati kerana dengannya, semua perkara akan menjadi baik dan tanpanya segala perkara akan menjadi rosak dan cacat ( Bukhari Muslim).

Wallahualam

Hukum Berdoa Dengan Mengangkat Tangan


Imam Bukhari telah mewujudkan satu bab khusus mengenai mengangkat kedua belah tangan ketika berdoa. Kemudian beliau telah menyebut tiga hadith menyokong pendapatnya bahawa berdoa mengangkat kedua belah tangan memang suatu amalan yang disyariatkan. Ketiga-tiga hadith tersebut ialah :

1. Hadith pertama ini adalah daripada Abu Musa al 'Asy'ari radiyaLlahu anhu katanya yang bermaksud : "Berkata Abu Musa al 'Asy'ari : "Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah berdoa sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya. Di saat itu aku terlihat warna putih kulit di bawah kedua-dua ketiaknya."

2. Hadith kedua ialah daripada AbduLlah Ibnu Umar radiyaLlahu 'anhu, katanya yang bermaksud : "RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah mengangkat kedua-dua tangannya sambil berdoa: "Wahai Tuhanku! Aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan Khalid".

3. Hadith ketiga daripada Abu AbdiLLah, katanya yang bererti :

"Kata Uwaisi: "Muhammad bin Ja'afar telah memberitakan kepadaku daripada Yahya bin Sa'id dan Syarik, bahawa kedua-duanya telah mendengar daripada Anas, daripada Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam, bahawa Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam telah mengangkat kedua-dua tangannya (ketika berdoa) sehingga aku nampak kulit berwarna putih di bawah kedua-dua ketiak RasuluLlah sallaLlahu 'alaii wasallam


(sumber : Fathul Bari li Ibni Hajar jilid 18/ m.s 113)

Al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani telah mengulas hadith di atas dengan katanya :

Maksudnya : "Hadith pertama menjadi hujah untuk menolak pendapat orang yang mengatakan bahawa berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangan sehingga menampakkan kulit berwarna putih di bawah ketiak tidak boleh dilakukan melainkan berdoa meminta hujan. Bahkan hadith pertama juga dan hadith berikutnya menjadi dalil bagi menolak pendapat orang yang mengatakan bahawa kedua-dua tangan langsung tidak boleh diangkat semasa berdoa melainkan berdoa meminta hujan. Mereka berpegang dengan kepada hadith Anas yang bermaksud : "Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam langsung tidak pernah mengangkat kedua-dua tangannya ketika berdoa melainkan berdoa meminta hujan sahaja."

Hadith ini memang sahih, tetapi para ulama' telah menyatukan maksud Hadith Anas bin Malik ini dengan ketiga-tiga Hadith di atas tadi dan semua Hadith yang mempunyai makna sepertinya, dengan pentafsiran bahawa penafian mengangkat tangan oleh RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam yang dinyatakan oleh Anas ialah dari segi cara mengangkat tangan sahaja dan bukannya menafikan langsung tidak mengangkat tangan,"


Kesimpulannya, cara mengangkat tangan ketika berdoa untuk meminta hujan berbeza dengan cara mengangkat tangan ketika berdoa untuk tujuan lainnya.

Mengangkat kedua-dua belah tangan ketika berdoa untuk meminta hujan adalah lebih tinggi iaitu sehingga kedudukan kedua-dua tangan sampai menyamai paras muka dan mengangkat tangan ketika berdoa untuk lainnya ialah hanya setakat menyamai paras kedua-dua bahu sahaja. (Dalam masa yang sama) jangan terkeliru dengan hadith-hadith yang menyebutkan :

"Sehingga dapat dilihat kulit putih kedua-dua ketiaknya" ketika berdoa untuk meminta hujan dan untuk lainnya. Bahkan hendaklah disatukan kedua-dua riwayat ini dengan maksud, kulit putih di bawah kedua-dua ketiak lebih banyak dapat dilihat ketika berdoa meminta hujan berbanding berdoa untuk tujuan lainnya. Boleh jadi juga kerana kedua-dua telapak tangan semasa berdoa meminta hujan ditelungkupkan ke bawah iaitu menghadap ke permukaan bumi, sedangkan berdoa untuk tujuan lainnya, kedua-dua telapak tangan dihalakan ke langit."


Berkata Imam al Munziri :"Kalau diandaikan hadith-hadith tersebut tidak dapat disatukan maksudnya, maka mensabitkan wujudnya perbuatan mengangkat kedua-dua tangan ketika berdoa untuk meminta hujan dan untuk tujuan lainnya oleh Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam mestilah diberikan keutamaan berbanding sebaliknya (berdoa dengan langsung tidak mengangkat kedua-dua tangan untuk tujuan lainnya).

Kata Ibnu Hajar al Asqolani : "Saya ingin tegaskan: "Lebih-lebih lagi kerana banyak hadith-hadith yang diriwayatkan telah memberikan penjelasan mengenainya.


Imam an Nawawi telah mengulas Hadith Anas yang menafikan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam mengangkat tangan ketika berdoa dengan katanya : "Hadith Anas ini dari segi zahirnya telah menimbulkan kekeliruan bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengangkat tangan ketika berdoa melainkan berdoa untuk meminta hujan. Hakikat sebenar dalam permasalahan ini bukannya begitu. Bahkan telah wujud hadith-hadith sahih yang menyatakan bahawa RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah mengangkat tangan ketika berdoa di banyak tempat selain daripada berdoa meminta hujan. Ianya terlalu banyak untuk dihitung! Aku telah menghimpunkan lebih kurang 30 hadith yang berkaitan dengan RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam mengangkat tangan ketika berdoa, yang dipetik daripada kitab Sahih Bukhari dan Muslim atau salah satu daripada keduanya dan aku telah memuatkannya di dalam kitab Syarhu al Muhazzab pada akhir Bab Sifat Solat.

Hadith Anas tadi hendaklah ditafsirkan bahawa RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam tidak mengangkat tangannya ketika berdoa sehingga menampakkan kulit putih dibawah kedua-dua ketiaknya melainkan berdoa untuk meminta hujan atau ianya bermaksud Anas RadiyaLLahu anhu tidak pernah melihat Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam mengangkat tangan ketika berdoa, tetapi para sahabat lainnya melihatnya mengangkat tangan. Justeru itu, kita perlu memberi keutamaan kepada para Sahabat yang memperakui bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam mengangkat tangannya ketika berdoa yang berlaku dalam banyak peristiwa kerana bilangan mereka ramai berbanding dengan Anas seorang sahaja yang menafikankanya disebabkan
ketiadaannya.

Kata-kata Anas radiyaLlahu anhu mestilah ditafsirkan semula seperti yang telah kami sebutkan tadi. WaLlahua'lam.

(Sumber : Syarh an Nawawi 'ala Muslim Jilid 3/ m.s 299)

Sumber ambilan : Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman al Hafiz, Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya, Suatu Kajian Terperinci Berdasarkan Hadith Dan Ulama'Muktabar, Cetakan Pertama 2008, D'nonce Sdn Bhd, Kelantan

Sumber : 
Http://jomfaham.blogspot.com

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...