Sabtu, 23 April 2011

ISTERI- ISTERI RASULULLAH S.A.W

Aisyah binti Abu Bakar (wafat 58 H)
 Aisyah dipersunting oleh Nabi saw. pada tahun kedua Hijrah dan satu-satunya isteri Rasulullah saw. yang dikahwini baginda sewaktu perawan. Aisyah adalah isteri yang paling dicintai oleh Nabi dan yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Nabi. Aisyah juga termasuk wanita yang paling pakar dalam ilmu agama dan etika. Beliau wafat di Madinah dan dimakamkan di Baqi.

Hafsah binti Umar (wafat 45 H)
 Dari sejak Islam muncul, Hafsah terus menganut agama Islam. Hafsah bersama suaminya ikut berhijrah ke Madinah, namun suaminya telah meninggal dunia semasa perang Badar. Setelah itu, Rasulullah melamarnya dari orang tuanya. Hafsah seterusnya dinikahkan dengan Rasulullah. Beliau meninggal dunia di Madinah.

Juwairiah binti Harits bin Abu Dhirar (wafat 56 H)
 Nama asalnya adalah Burrah binti Harits. Beliau telah ditawan oleh kaum Muslimin pada perang Bani Musthaliq dan diberikan kepada Tsabit bin Qais sebagai bahagian dari rampasan perang. Beliau diberi hak oleh Tsabit untuk menebus kemerdekaannya dengan nilai sejumlah harta. Juwairiah pergi menghadap Rasulullah untuk minta bantuan, Rasulullah menawarkan kepadanya persetujuannya membayar sejumlah harta yang telah disepakati itu. Setelah merdeka Rasulullah menikahinya.

Khadijah binti Khuwailid (wafat 3 SH)
 KHADIJAH adalah isteri Rasulullah yang pertama dan orang yang paling banyak membantu perjuangan baginda ditahun-tahun pertama kenabian. Sebelum masa kenabian beliau digelar dengan panggilan “wanita suci”. Rasulullah menikah dengannya 15 tahun sebelum baginda diangkat menjadi nabi dan rasul. Putera-puterinya dari Nabi adalah; Qasim dan Abdullah. Kedua-duanya meninggal ketika masih kecil, kemudian Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kultsum dan Fatimah. KHADIJAH memberikan sokongan penuh dari segi moral mahupun material kepada Nabi dalam perjuangan baginda. Khadijah meninggal dunia pada “aamul-huzni” (tahun kesedihan) dan dimakamkan di Hujun.

Maimunah binti Harits (wafat 50 H/670 M)
 Nama asalnya adalah Burrah, kemudian Nabi menggantikan namanya kepada Maimunah. Dialah wanita yang menghadiahkan dirinya kepada Nabi yang kerananya turun ayat yang bermaksud: “Perempuan mukmin yang menyerahkan dirinya kepada Nabi..” (Al-Ahzab, ayat 50).

Mariah Qibtiah (wafat 16 H/637 M)
 Seorang wanita berasal dari Mesir yang dihadiahkan oleh Muqauqis, penguasa Mesir kepada Rasulullah pada tahun 7 H. Setelah dimerdekakan lalu dinikahi oleh Rasulullah dan mendapat seorang putra bernama Ibrahim. Sepeninggalan Rasulullah dia dijagai oleh Abu Bakar kemudian Umar dan meninggal pada masa kekhalifahan Umar.

Saudah binti Zam`ah (wafat 23 H/643 M)
 Saudah memeluk Islam bersama suaminya dan turut berhijrah ke Abessina. Dalam hijrah yang kedua, suaminya meninggal dunia. Beliau lalu dinikahi oleh Rasulullah setelah Khadijah wafat. Rasulullah membawanya berhijrah ke Madinah. Saudah termasuk isteri Nabi yang sering memberikan giliran harinya kepada Aisyah.

Sofiah binti Huyai bin Akhtab (wafat 50 H)
 Sebelum memeluk Islam, Sofiah merupakan seorang penganut Yahudi Bani Akhthab, yang ditawan ketika peperangan Khaibar. Rasulullah saw memilih dan memerdekakannya, lalu Sofiah masuk Islam, setelah itu dinikahi oleh Rasulullah saw. dan meninggal dunia di Madinah.

Ummu Habibah binti Abu Sofyan (wafat 44 H/664 M)
 Nama lengkapnya adalah Ramlah binti Abu Sofyan, dia ikut berhijrah ke Abessina (Eriteria sekarang) bersama suaminya, tetapi suaminya terpengaruh di sana, lalu murtad dan meninggal dunia sebagai penganut Kristian. Rasulullah saw. segera mengirim Amru bin Umaiah Dhumari untuk melamarnya buat Rasulullah. Najasyi, penguasa Abessina menikahkannya kepada Rasulullah dengan maskahwin bernilai 400 dinar.

Ummu Salamah (wafat 57 H/676 M)
 Nama lengkapnya adalah Hindun binti Umaiah, termasuk sahabat wanita yang terawal memeluk Islam. Ummu Salamah menyertai hijrah sebanyak dua kali (Abessina dan Madinah). Suaminya mati syahid dalam perang Badar, lalu Rasulullah menikahinya. Beliau termasuk wanita yang bijak, berakhlak mulia dan pandai menulis dan membaca. Beliau dikurniai usia yang panjang. Ummu Salamah meninggal dunia di Madinah dan dimakamkan di Baqi.

Zainab binti Jahsy (wafat 20 H)
 Nama asalnya adalah Burrah, sepupu Rasulullah. Mulanya beliau menikah dengan Zaid bin Haritsah. Setelah dicerai, beliau dinikahi Rasulullah dan diberi nama Zainab dan digelar dengan panggilan Ummul Hakam. Zainab sangat warak dan kuat beribadat serta banyak bersedekah. Beliau juga seorang yang berketrampilan., suka bekerja sendiri, sangat menyayangi orang-orang miskin dan selalu memberi derma kepada keluarga orang miskin dan anak yatim.

This entry was posted in Ensiklopedia Islam, Keluarga Rasulullah, Muslimah. Bookmark the permalink.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...