Ahad, 3 April 2011

PESANAN IMAM GHAZALI DALAM MENDIDIK ANAK


Di dalam kitab Siyarus Salikin, Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Taala berkata:

•WAJIB ke atas ibu bapa memelihara anak daripada segala kejahatan dan maksiat serta menyuruh anak berbuat kebaikan dan melakukan amal IBADAT.

•DOSA anak terpikul di bahu orang tuanya jika dibiasakan anak dengan perkara KEJAHATAN.

•MELINDUNGI anak daripada api neraka akhirat dengan memberikan didikan dan mengasuh serta mengajarkan akhlak yang elok dan menjaganya daripada berkawan dengan orang yang buruk perangai dan TINGKAH LAKU.

•TIDAK MEMBIASAKAN anak dengan bersenang-senang, bermewah-mewahan yang akan menyebabkan anak akan mensia-siakan usia mengejarnya apabila dewasa kelak.

•TIDAK menyusukan anak dan menjaga anak kecuali kepada wanita yang solehah lagi berpegang teguh pada agama dan memakan hasil yang halal. Air susu dari yang halal itu ada berkatnya dan perangai anak itu mengikut perangai orang yang menjaga dan melalui air susu wanita yang menyusukannya.

•APABILA anak ada perasaan malu (tanda telah 'tamyiz' iaitu berkemampuan membezakan), hendaklah mengasuhnya selaras dengan kehendak hukum syariat yang merupakan sebahagian dari IMAN.

•MENGAJARKAN anak adab sopan santun ketika makan dan perlu membiasakan anak memakan roti kosong tanpa lauk pada waktu tertentu agar terbiasa tidak perlu makan banyak. Menggalakkan anak bersifat murah hati dan tidak tamak dengan mengajarnya memberi makanan pada orang lain.

•MENGGALAKKAN anak memakai pakaian berwarna putih dan melarang anak lelaki memakai sutera dan melarangnya memakai pakaian berlawanan jantina.

•ANAK yang dibiasakan berkawan dengan anak yang biasa bermewah-mewah, bersenang-senang, bersuka-suka nescaya akan menjadi anak yang bersifat buruk akhlaknya iaitu akan banyak berdusta, dengki, mencuri, kuat fitnah, suka berkelahi, banyak cakap/ketawa, banyak menipu yakni kurangnya perasaan malu.

•HENDAKLAH selalu mengajak anak ke tempat pengajian mempelajari Al-Quran, Hadis, Tasauf, kisah nabi dan kisah golongan Aulia serta orang-orang SOLEH.

•HENDAKLAH MELARANG anak dari bersyair dan bercampur dengan golongan sasterawan.

•MENYANJUNG memuji, mengupah anak apabila anak melakukan tingkahlaku terpuji supaya membiasakannya mengekalkan berakhlak baik. Mengecam dan menegur anak secara sembunyi atas kesalahan anak.

•HENDAKLAH MELARANG anak tidur di siang hari kerana tubuh anak akan lemah dan ia akan tidak bersabar untuk menikmati keselesaan. Anak hendaklah dibiasakan unsur kurang selesa pada tempat tidur, pakaian dan makanannya.

•HENDAKLAH MELARANG anak berbuat sesuatu secara sembunyi-sembunyi.

•HENDAKLAH membiasakan anak tidak mendedahkan lutut dan segala auratnya.

•HENDAKLAH MELARANG anak dari perbuatan bermegah-megah pada kawan-kawannya.

•HENDAKLAH MEMBIASAKAN anak merendah diri, hormati orang dan berlemah lembut ketika bercakap.

•HENDAKLAH menjijikkan anak akan perbuatan sukakan emas,perak dan tamakkan keduanya.

•HENDAKLAH MELARANG anak agar tidak berludah di tempat awam, tidak mengeluarkan hingus, tidak menggeliat, menguap di hadapan orang ramai, bertopang dagu, menyandar kepala di lengan kerana tanda malas dan kurang berhemah yang menjatuhkan martabat dan memalukan diri sendiri.

•HENDAKLAH MELARANG anak banyak bercakap, ia petunjuk kurang sopan dan larang anak bersumpah sama ada benar atau palsu supaya tidak terbiasa.

•HENDAKLAH MEMBIASAKAN anak tidak memulakan percakapan dan sekadar menjawab apa yang ditanyakan orang serta mendengarkan baik-baik apabila orang tua bercakap dengannya.

•HENDAKLAH MELARANG anak bercakap yang bukan-bukan, kotor, mengutuk dan memaki orang. Dan melarang anak bercampur dengan orang yang bermulut celupar seperti itu.

•SELEPAS Selepas anak mengaji Al-Quran dan belajar izinkannya bermain-main yang elok dan beristirehat melapangkan fikiran setelah letih belajar supaya kecerdasannya tidak terbantut, tidak mematikan HATINYA.

•KANAK-KANAK diajar menghormati dan mentaati ibu bapa dan tidak menderhaka, diajar mentaati guru, pengasuh juga orang yang lebih tua darinya.

•BAGI KANAK-KANAK tahap tamyiz,bapa mestilah tidak membenarkan anak meninggalkan amalan Thaharah, solat dan suruhlah berpuasa beberapa hari di bulan RAMADHAN.

•AJARKAN KANAK-KANAK hukum-hukum syariat, takutkannya dengan dosa-dosa mencuri, memakan yang haram, berdusta, berkhianat, bercakap kotor dan perbuatan buruknya.

SABDA RASULULLAH SAW: “ Kanak-kanak yang bapanya masih ada disapu kepalanya hingga ke belakang. Anak yatim yang bapanya telah tiada di sapukan kepalanya hingga ke depan kepalanya.”
( Hadith Riwayat Bukhari )

SABDA RASULULLAH LAGI: “Jika engkau mahu hatimu menjadi lembut dan mencapai hajatmu, maka kasihanilah anak yatim, sapulah kepalanya dan berilah ia makananmu nescaya hatimu menjadi lembut dan hajatmu tercapai.”
( Hadith Riwayat Thabrani )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...