Jumaat, 30 September 2011

KELEBIHAN DUA AYAT AKHIR AL-BAQARAH


KETERANGAN DAN PETUA BERAMAL

1. Perlindungan Daripada Segala Kejahatan:
Abu Mas'ud al-Badri r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah, maka cukuplah baginya (daripada hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat, sama dengan bersembahyang malam"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

2. Dikabulkan Permintaan:
Ibn Abbas r.a. bercerita bahawa pada suatu ketika Jibril berada di sisi Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam, tiba-tiba terdengar suara daripada atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata:

"Ini sebuah pintu di langit, pada hari ini dibuka, dan turun seorang malaikat, memberi salam dan berkata: Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah kepada-Mu dan belum pernah diberikan kepada seorang Nabi yang sebelum kamu, iaitu Fatihatul Kitab dan akhir surah al-Baqarah. Tiada engkau membaca satu huruf daripadanya, melainkan pasti permintaanmu diberi."

Rabu, 28 September 2011

LIMA UBAT PENYAKIT HATI MATI



Syeikh Ibrahim Adham berpesan tentang 5 cara untuk ubati penyakit hati mati.
1.        Memperbanyakkan membaca AL-QURAN , memahami isi kandungannya seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan seharian.
2.       Banyak BERPUASA SUNAT di samping menjaga puasa wajib.
3.       Latih diri untuk bangun berIBADAT pada MALAM HARI yang merupakan antara waktu dimaqbulkan doa dan tenang untuk bermunajat kepada ALLAH.
4.       Sentiasa Hadir ke MAJLIS ILMU dalam menambah apa yang kurang , memperingat semula apa yang lupa, memperbetul kembali apa yang tersalah sertaaa sentiasa mendampingi orang yang soleh.
5.       Banyak BERFIKIR tentang hubungan kita dengan Allah di waktu sanyi agar kita dapat menghitung diri dari segi amal ibadat dan taubat atas segala dosa yang dilakukan. INGATLAH bahawa manusia yang beruntung ialah manusia yang hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Manakala manusia yang paling rugi ialah manusia yang hari ini lebih teruk daripada semalam dan hari esok lebih teruk daripada hari ini.

Wallahua’lam

“TANDA 100 HARI SEBELUM MATI”


Ini adalah tanda pertama daripada ALLAH SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walau bagaimanapun semua orang ISLAM akan mendapat tanda ini, Cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas WAKTU ASAR.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.


Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.


Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.


Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
“TANDA 40 HARI”
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.


Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

“TANDA 7 HARI”

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
“TANDA 3 HARI”
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
“TANDA 1 HARI”Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
“TANDA AKHIR”
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.”

wallahua'lam

Selasa, 27 September 2011

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih Bukhari.

1.  ALLAH
2.  Ar-Rahman - Maha Pemurah
3.  Ar-Rahim   - Maha Penyayang
4.  Al-Malik   - Maha Merajai/Pemerintah
5.  Al-Quddus - Maha Suci
6.  As-Salam - Maha Penyelamat
7.  Al-Mu'min - Maha Pengaman
8.  Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9.  Al-‘Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-‘Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi’ - Maha Tinggi
25. Al-Mu’iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami’ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-‘Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-‘Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-‘Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi’ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba’ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu’id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta’ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-‘Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan   Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami’ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Pemberi Kekayaan
90. Al-Mani’ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi’ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi’ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar  

Sabtu, 24 September 2011

سُوۡرَةُ المُلک


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; (1)


 Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (2) 


Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (3)


 Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang dia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). (4) 


Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang. (5)


 Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (6) 


Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. (7)


 Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga Neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? (8) 


Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! (9) 


Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka. (10)


 Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli Neraka. (11)


 Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (12) 


Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (13) 


Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! (14)


 Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). (15)


 Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (16) 
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? (17)


 Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. (18) 


Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (19) 


Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya. (20)


 Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). (21)


 Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: Boleh mendapat hidayat atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata? (22)


 Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (23) 


Katakanlah lagi: Dialah yang mengembangkan kamu di bumi dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (24)


 Dan mereka (yang ingkar) berkata: Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar? (25) 


Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata. (26)


 Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!. (27) 


Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan) atau Dia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?. (28)


 Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): Allah Dialah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata. (29)


 Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?. / (30) 

SuRaH Al FaTiHaH





سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

10 AWAL DAN AKHIR AYAT SURAH AL-KAHFI



Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. tentang Dajjal
Nabi saw bersabda;”
Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ‘. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya (Jumaat) sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).
Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.
Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.”
(HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
Pada lafadz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Dia berkata: “Hadits hasan.”
Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi SAW berkata; “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu.
Dan pada lafadz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Hadis daripada Anas bin Malik pula Baginda bersabda:
“Keluar Dajjal daripada Yahudi Asfahan bersamanya 70,000 orang yahudi,”.
Pada hadits yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”
__________________________________________________________________________________________________
Hakim Tasdiq: Saya sertakan 10 awal dan akhir ayat surah Al-Kahfi di bawah ini:

MENCARI REDHA ALLAH


Ustaz Jazlan
Hadith daripada Imam Muslim:
Sesiapa yang berpuasa penuh di bulan ramadhan dan di sambung dengan puasa enam hari di bulan syawal maka seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.
Allah swt telah memberi kita kesempurnaan rahmat melepaskan dari neraka dan menghapuskan dosa-dosa setelah masuknya bulan syawal kecuali orang-orang yang melakukan syirik kepada-Nya. Maka bersyukurlah, kekalkan amalan dan kebaikan setelah berakhirnya bulan ramadhan.
Kita masuk syurga Allah swt dengan rahmat-Nya bukan dengan amalan kita. Cara mana untuk mendapatkan rahmat Allah swt adalah dengan kita mengejar rahmat allah dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh syarak.
Amalan yang ikhlas membolehkan hati kita bertaut kepada Allah swt. Hati jika tidak diikat kepada Allah maka kita akan jauh daripada allah dan rahmatnya.
Jika kita melaksanakan perintah-perintah syariah, kita akan merasakan nikmatnya berhubung dengan Allah swt dan hidup menjadi teratur dan menjadi rasa hidup beragama.
Jangan meremehkan sekecil-kecil amalan sebab kita tidak tahu amalan mana yang diterima Allah swt,
contohnya ‘senyuman itu sedeqah’.Maksudnya maniskan wajah jangan masam mencuka. Senyumlah kerana Allah bukannya senyum kerana untuk menggatal ye ;)
Sedeqah itu luas dan nikmat. Mudahnya untuk bersedeqah. Di dalam diri kita ada 365 lebih ruas di dalam badan. Setiap pagi kita kena beri hak tulang belulang sedeqah padanya. Sedeqah:
1-Setiap ucapan Tasbih ‘Subhaanallah’ itu sedeqah.
2-Setiap ucapan Tahmid ‘Alhamdulillah’ itu sedeqah.
3-Setiap ucapan Tahlil ‘Laa ilaa ha illallah’ itu sedeqah.
4-Setiap ucapan Takbir ‘Allahu akhbar’ itu sedeqah.
Maka dilengkapi dengan melakukan Solat Dhuha itulah kesempurnaan sedeqahnya dan akan sentiasa terikat kepada Allah swt.
-kita seru diri kita sendiri kepada kebaikan itu sedeqah.
-kita seru diri kita kepada amar maaruf itu sedeqah.
-gembira melihat orang lain bersedeqah itu juga mendapat pahala bersedeqah walaupun tatkala itu kita tidak berkemampuan memberi sedeqah.
Dalam hidup kita jangan marah kepada Allah, hendaklah sabar, taqwa dan berkali-kali minta dan berdoa kepada-Nya. Mintalah dengan cara beradab, insyaallah Allah beri tambahan kebaikan.
Jadilah orang beriman yang beramal soleh.
Wallahua'lam

Ahad, 18 September 2011

UMAMAH BINTI ABUL ASH Cucu Kesayangan Rasulullah Yang Dirundung Malang

Gambar hiasan
ALANGKAH bertuahnya jika seseorang itu berpeluang mendapat kasih sayang yang sejati daripada junjungan besar Rasulullah SAW. Kasih yang tidak ada bandingannya di dunia ini. Insan yang bertuah itu cucunda kesayangan Baginda iaitu Umamah binti Abul Ash bin Ar-Rabi’. Dia adalah anak kepada Zainab, puteri sulung kesayangan Rasulullah SAW.

Sebagai cucu yang amat disayangi dan dimanja, kepadanya tertumpah segala perhatian. Umamah ditatang bagai minyak yang penuh.
Sebagai bapa dan mentua yang sentiasa mengambil berat tentang hal-hal kekeluargaan. Nabi Muhammad SAW juga menyayangi dan menghormati menantunya Abul Ash, iaitu suami  kepada Zainab dan bapa kepada Umamah.

Abul Ash, seorang suami yang baik dan amat menyayangi isteri dan anak-anak. Pasangan bahagia ini dikurniakan sepasang cahaya mata sentiasa menghangatkan rasa kasih sayang yang abadi.

Bagaimanapun sebelum puas kasih tercurah, Zainab telah kembali ke rahmatullah ketika dalam pelayaran yang terakhir. Setelah  pemergian isteri kesayangan, Abil Ash kembali ke rumahnya dengan penuh kenangan dan kerinduan. Dia sentiasa mengingati dan dibayangi wajah Zainab. Perasaan itu terus menyelimuti hidupnya sehingga akhir hayat.

Kehadiran kedua-dua anak kesayangannya hasil perkongsian hidup bersama Zainab iaitu Ali dan umamah sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan terhadap isteri tercinta yang telah pergi jauh dan tidak mungkin kembali lagi. Sebab itu dia banyak menghabiskan masa bersama mereka.

Perasaan ini bukan sahaja dirasakan oleh Abul Ash seorang, tetapi juga Rasulullah SAW. Sebagai bapa yang sentiasa mendampingi anak-anak. Baginda sedih dengan pemergian Zainab, tetapi semuanya itu diterima dengan reda.

Jika selama ini segala kasih sayang dicurahkan kepada puterinya, Zainab, kini tertumpah kepada Umamah. Baginda amat gembira apabila melayan kerenah cucunya. Hubungan kemesraan baginda dengan Umamah digambarkan  di dalam hadis Bukhari dan Muslim yang meriwayatkan bahawa Baginda kerap mengangkatnya ke atas bahunya ketika Baginda bersolat, dan apabila Baginda ingin sujud, diletakkannya, sehingga selesai dari sujud itu, kemudian diangkatnya Umamah semula.

Terdapat satu riwayat daripada Aisyah R.A. bahawasnya kerajaan Habshah telah menghadiahi Rasulullah SAW loket dari manik, maka Baginda berkata: “Aku akan berikannya kepada salah seorang yang amat kusayangi daripada keluargaku. “Isteri-isteri Baginda yang lain berkata: Tentulah ia akan diberikan kepada puteri Abu Quhafah iaitu Siti Aisyah. Akan tetapi Rasulullah SAW kemudian memanggil Umamah lalu dikalungkan loket itu ke leher cucu kesayangannya itu.

Setelah kematian ibu dan saudara lelakinya, Ali, sekali lagi Umamah diuji dengan ujian yang cukup berat. Dalam usia yang masih muda, dia telah kehilangan insan-insan yang disayanginya dan menjadi tempat berlindung selama ini. Namun sebagai wanita yang beriman, Umamah tabah menghadapi semua itu. Dia pasrah dan bertawakal dengan  takdir.

Ketika ayahnya masih ada. Abul Ash bukan sahaja berperanan sebagai ayah tetapi juga sebagai ibu yang menjadi tempat puteri tunggalnya bermanja.

Apabila Abul Ash meninggal dunia pada tahun ke 12 Hijrah, dia mewasiatkan Umamah yang kini tinggal sebatang kara kepada sepupunya Al-Awwam bin Khuwailid.

Dalam pada itu Fatimah Az-Zahraa’ iaitu isteri Ali bin Abu Talib amat menyayangi Zainab. Ini kerana sejak kecil dia dipelihara  oleh kakaknya dan dilayan seperti anak sendiri. Umamah pula semakin membesar, saling tak tumpah wajah dan perlakuan ibunya. Raut wajah dan tingkah laku anak saudaranya itu sering mengingatkan Fatimah kepada kakak yang amat dihormati dan banyak membantunya selama ini.

Ketika hampir menemui ajal, dia telah berpesan kepada suaminya Ali, supaya mengahwini Umamah, iaitu anak saudaranya sendiri kena pada pendapat Fatimah, Umamah akan menjadi seorang ibu yang pengasih kepada anak-anak dan dapat menjaga kedua-dua orang putera mereka iaitu Al-Hasan dan Al-Husain. Kata-kata tersebut seolah-olah Fatimah Az-Zahraa’ mengetahui bahawa dia tidak akan hidup lama.

Setelah kematian isteri, Ali dan Abu Talib meminang Umamah untuk dijadikan isteri daripada Al-Awwam bin Khuwailid.  Selain itu Ali juga adalah sepupu dan saudara sesama Islam kepada Rasilullah SAW.

Apabila mengahwini anak saudara arwah isterinya, ternyata Ali amat menyayanginya. Kata-kata Fatimah sebelum dia meninggal dunia ternyata benar dan Umamah dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu dengan baik. Dia juga amat menyayangi kedua-dua orang anak tiri yang juga sepupunya dengan penuh sifat keibuan.

Umamah juga menjaga Al-Hasan dengan Al-Husain sama seperti ibunya menjaga Fatimah ketika kecil. Kedudukan umamah ketika menjadi isteri Ali sama seperti kedudukan Aisyah semasa hayat Rasulullah saw. Sebagaimana Nabi Muhammad ikhlas kepada Khadijah yang semasa hayatnya adalah satu-satunya isteri Rasulullah sehingga dia meninggal dunia. Demikian juga keikhlasan Ali kepada Siti Fatimah Az-Zahraa’. Dia tidak berkahwin lain semasa hayat Siti Fatimah sehingga iateri kesayangannya itu meninggal dunia.

Setelah pemergian permata hatinya barulah timbul cinta kepada Umamah dan sebagai suami Ali berusaha memberikan sepenuh perhatian serta kasih sayang kepadanya sebagaimana yang pernah diberikan kepada Siti Fatimah. Namun ingatan dan kenangan lama tetap menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Ali pernah berkata bahawa ada empat perkara yang dia tidak sanggup berpisah dengannya. Dia telah menghitung satu demi satu, antaranya ialah kerana Fatimah berpesan kepadanya supaya dia mengahwini anak saudaranya itu.

Terdapat banyak riwayat yang menceritakan tentang Ali dan Umamah. Ada yang berkata bahawa perkahwinan mereka tidak dikurniakan zuriat dan ada sesetengah pendapat  mengatakan bahawa pasangan ini mempunyai cahaya mata.

Al-Kulaini telah meriwayatkan kepada Abu Jaafar, bahawa di antara anak-anak Ali bin Abu Talib ialah Muhammad bin Ali Al-Ausath, dan ibunya ialah Umamah binti Abul Ash.

Lantaran kerana terlalu sayangkan Umamah, Ali telah menyuruh Mughirah bin Naufal bin Al-Haris,
untuk mengahwini isterinya apabila dia meninggal dunia. Ini kerana Ali terlalu bimbang Mu’awiyah akan mengahwini Umamah secara paksa.

Ali juga berpesan kepada Umamah, katanya,“Aku bimbang kau akan dipinang oleh si Dajal itu (  Mu’awiyah) sesudah aku mati. Jika kau ada hajat kepada lelaki sesudah aku, aku reda Al-Mughirah bin Naufal menjadi teman hidupmu.”

Yang anehnya apa yang diduga oleh Saidina Ali r.a. benar-benar berlaku. Dia telah meninggal dunia kerana dibunuh. Sebaik sahaja tamat edahnya Mu’awiyah telah menulis surat kepada Marwan bin Al-Hakam dan menyuruhnya untuk meminang Umamah untuk dirinya dan dia akan memberikan 100 ribu dinar.

Apabila Marwan bin Hakam datang untuk meminangnya bagi pihak Mu’awiyah, Umamah segera mengutus orang kepada Mughirah bin Naufal memberitahunya bahawa, “Fulan itu telah mengutus orang untuk meminangku, jikalau ada hajat kepadaku, maka hendaklah kau datang segera!”

Al-Mughirah pun datang serta merta untuk meminang Umamah daripada Hasan bin Ali dan kemudian mengahwini wanita budiman itu. Bagaimanapun hasil perkahwinan itu mereka tidak mempunyai zuriat.

Ada suatu riwayat mengenai Umamah, bahawa ketika Ali dibunuh, dia telah memegang kepada Ali yang terkena pedang sambil menangis dan merintih seperti belum ada seorang perempuan yang menangis seperti itu sebelum ini.

Ummi Al-Haitsam Al-Nakha’iyah telah merangkaikan beberapa bait peristiwa:

Menggeletar seluruh tubuhku dan lemah semangatku.
Melihat Umamah yang terpisah dari rakan hidupnya
Laksana orang gila dia tunjukkan kesayangannya
Pabila putus asa dia pun melaungkan suaranya.

Tangisan itu menunjukkan betapa dalamnya cinta terhadap suami yang amat dikasihinya. Tangisan yang datang dari hati yang tulus ikhlas daripada seorang isteri yang kehilangan insan yang amat dicintai dan juga tempat bergantung segala harapan setelah kehilangan ibu, ayah dan abangnya. Kini Umamah sekali lagi ditinggalkan sebatang kara setelah pemergian Ali ke rahmatullah.

Dia juga tetap setia kepada Ali walaupun suaminya telah meninggal dunia dan sentiasa megingati pesanan arwah supaya jangan mengahwini Mu’awiyah, setelah Ali meninggal dunia. Umamah rela menolak pinagan Mu’awiyah, meskipunditawarkan dengan mas kahwin yang tinggi. Untuk mengelakkan dari dipaksa berkahwin dengan Mu’awiyah, dia segara berkahwin dengan Al-Mughirah bin Naufal bin Al-Haris bin Abdul Muttalib, iaitu orang yang menjadi harapan arwah suaminya untuk menjaganya.

Jika tidak kerana pinangan daripada Mu’awiyah yang dianggap musuh kepada suaminya mungkin Umamah akan terus hidup menjanda sebagai buktimkesetiaannya kepada insan yang amat dicintai.  Pada akhir hayatnya, Umamah ditimpa sakit yang teruk sehingga dia tidak boleh berkata-kata. Semasa dia menderita sakit, wanita itu amat tabah menghadapi dugaan.

Bagaimanapun penderitaan itu turut dikongsi bersama kedua-dua anak tirinya yang juga sepupunya. Mereka juga amat menyayangi Umamah seperti ibu sendiri dan mereka sentiasa mengunjunginya ketika sedang terlantar menderita kesakitan.

Ketika itu dia tidak mampu lagi berkata-kata lagi. Apabila Al-hasan dan Al-Husain bercakap dengannya, dia hanya mampu menjawab dengan menggunakan pergerakan kepala.
Umamah akhirnya meninggal dunia dengan dikelilingi oleh anak-anak tiri dan mereka yang menyayanginya.

Wallahua’lam

Petikan :100 Tokoh Wanita Terbilang dan Kisah 85 Kekasih Allah

 

WAHAI DUNIA! Janganlah Engkau TIPU Aku Lagi ….


RASULULLAH SAW pernah bersabda maksudnya:
Sesungguhnya ALLAH pernah menawarkan kepadaku, akan menjadikan pasir-pasir di Mekkah menjadi emas.
Maka aku berkata:”Tidak usah wahai Tuhanku, aku lebih suka lapar satu hari dan kenyang satu hari. Adapun ketika hari aku lapar, aku senang untuk berdoa kepadaku, sedangkan ketika aku kenyang, maka aku bersyukur dan memujiMu.”

“Sesungguhnya Jibril a.s. telah datang kepadaku dan berkata: Wahai MUHAMMAD, sesungguhnya ALLAH berkirim salam buatmu dan berkata”. Mahukah kamu bila kujadikan buatmu gunung. Gunung ini menjadi emas dan akan selalu menyertaimu di mana kamu berada?”

 Kemudian RASULULLAH termenung sejenak dan bersabda: “Hai Jibril sesungguhnya dunia ini adalah rumah bagi orang yang tidak punya rumah dan merupakan kekayaan bagi orang yang tidak punya kekayaan. Sesungguhnya dunia ini disimpan dan dikumpulkan hanya orang-orang yang bodoh dan tidak berakal”.
Jibril berkata: “Semoga ALLAH menguatkan pendirianmu wahai MUHAMMAD dengan pengucapan yang benar dan tegas.”

Pernah aku bersama-sama RASULULLAH SAW. Tiba-tiba datanglah kepada kami seorang laki-laki berwajah ceria, berambut rapi dan berpakaian serba pulih seraya berkata:
“Selamat bagimu wahai RASULULLAH. Apakah ertinya dunia ini..”?
RASULULLAH menjawab :”Seperti impian orang yang tidur”.
Tanya laki-laki itu lagi: “Apakah Syurga itu?”
RASULULLAH menjawab: “Sebagai ganti dunia bagi yang mencarinya”.
Laki-laki itu bertanya: “Siapakah sebaik-baik umat manusia…?”
RASULULLAH menjawab: ‘Berkemas-kemas seperti orang yang mengejar kafilah”.
“Berapa lamakah di antara dunia dan akhirat?”
RASULULLAH menjawab: “Sekelip mata saja”.

Kemudian pergilah orang itu dan tidak kelihatan lagi. Itulah dia Jibril, datang untuk menjauhkan kamu dari duniawi dan mencintai kepada kehidupan ukhrawi.

Waallahua'lam

Khamis, 15 September 2011

AIR TELAGA AL- KAUSAR


Ustaz Kazim Elias

Kesimpulan yang bermanfaat daripada isi ceramah.
1.       SAYANGNYA RASULULLAH SAW KEPADA UMATNYA sehinggakan di saat kewafatan Baginda pun Rasulullah masih menyebut “Umatku, Umatku, umatku!- hinggalah pada hari Kiamat pun Rasulullah masih berdoa kepada Allah agar Allah melindungi umat Baginda. Oleh itu antara suami dan Rasulullah , mana dulu yang kita kena sayang?  Kena sayang Nabi Muhammad terlebih dahulu. Antara isteri dan Rasulullah, mana yang kita saya dahulu? Kena sayang Rasulullah dahulu. Begitu juga antara ibu kita dengan Rasulullah, kena sayang Rasulullah dahulu daripada ibu kita. Apa sahaja pun dalam dunia, manusia yang kita kena paling sayang ialah RASULULLAH SAW.

2.       DI HARI KIAMAT, mak kita tak jumpa, ayah kita tak jumpa, suami kita tak jumpa, anak dan isteri pun kita tak jumpa. Kalau jumpa pun masa kita kena hisab di Padang Mahsyar. Bila suami dakwa isteri dia, bila isteri dakwa suami dia, masa itulah baru akan jumpa. Anak-anak nak dakwa mak bapa, lalu anak-anak kita ditanya “ kenapa tak sembahyang ketika di dunia? Lalu anak-anak jawab “Nak sembahyang macamana, dah bapa tak ajar! Bapak tak suruh sembahyang pun!” Ditanya pula kepada isteri. “Kenapa kamu tidak menutup aurat? “Kemudian isteri menjawab  “Nak tutup buat apa, suami tak suruh tutup aurat pun!”

3.       DI HARI KIAMAT, seperti kita lemas di laut. Cuba kita naik kapal, naik sampan, bot atau feri, bila pecah dilambung ombak, kita jatuh ke dalam laut. Apa yang kita BUAT? Ada papan kita pegang, ada tong kita berpaut, ada manusia kita akan panjat atas manusia itu supaya kita tak lemas dan selamat, kalau ada sehelai rambut pun kita akan pegang kalau rambut itu mampu menyelamatkan kita. ITULAH bandingan kalau lemas di lautan. Lemas di Padang Mahsyar ni, semua orang dia nak kait, dia tak nak masuk Neraka, tu dia akan kait semua orang. BILA DITANYA “Kenapa kamu tak sembahyang? . Dia jawab “ Bapa saya tak ajar saya, bagaimana saya nak sembahyang!”. Dia kait bapa dia padahal di dunia bapa dia dah pun suruh dia sembahyang. Bila ditanya “Kenapa tak tutup aurat?.  Dia jawab “ Suami saya tak suruh tutup aurat!” Sedangkan masa kat dunia bila suami suruh tutup aurat dia kata ‘muda lagi!’. Tapi di Hari Kiamat dia dakwa suami dia, sehinggalah di Padang Mahsyar bukan sahaja suami kena dakwa, isteri kena dakwa, mak bapak kena dakwa, tetapi termasuk yang kena dakwa ialah NABI-NABI  pun kena dakwa.

4.       DALAM SATU HADIS, RASULULLAH SAW menceritakan Nabi NUH A.S kena dakwa, bila ALLAH soal umat Nabi NUH, “Kenapa tak beriman kepada ALLAH? Bukankah telah dihantar kepada kamu NUH?. Lalu mereka menjawab , “Nabi NUH tidak pun meyuruh kami beriman kepada ALLAH !”. Lalu  ALLAH memanggil Nabi NUH lalu ALLAH berfirman “Wahai NUH ! Umat kamu mendakwa bahawa kamu tidak menyuruh mereka beriman kepada ALLAH , dan Nabi NUH menjawab. “Sudah saya dakwah kepada mereka supaya beriman kepada ALLAH, tetapi merekalah yang menolak saya”. Kemudian ALLAH bertanya kepada Nabi NUH, “Mana saksi kamu ?. Padahal sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, tetapi ALLAH SWT itu Maha Adil, tetap Dia Tanya kepada Nabi NUH, “Mana saksi kamu ?. Lalu kata Nabi NUH. “ Saksi saya ialah umat Nabi MUHAMMAD SAW”. Kita sebagai umat Nabi MUHAMMAD tak pernah tenguk pun Nabi NUH, tapi kenapa kita menjadi saksi?. Maka Allah SWT bertanya kepada umat Nabi MUHAMMAD SAW. “ Benrkah kamu bersaksi bahawa Nabi NUH telah berdakwah ?”. kata umat Nabi MUHAMMAD, “Ya! Tetapi ditolak oleh umat Nabi NUH”, lalu ALLAH bertanya kepada umat Nabi MUHAMMAD, “ Apa bukti kamu?, lalu umat Nabi MUHAMMAD menjawab, “buktinya telah disebut oleh ALLAH SWT dalam Al-Quran bahawa umat Nabi NUH menolak Nabi NUH A.S”.

5.       Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi NUH kepada kaumnya dengan beriman kepadanya): “Berikanlah peringatan dan amaran kepada kamummu  sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya: dia pun (menyeru mereka dengan berkata ) berkata; “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata: iaitu sembahlah kamu akan ALLAH dan bertakwalah kepada-Nya serta taatlah kamu kepadaku: supaya ALLAH mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan member kamu hidup ( dengaan tidak terkena azab ) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertakwa ) kerana sesungguhnya ajal ( yang telah ditetapkan) ALLAH,apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan: kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman); (Setelah puas menyeru mereka), Nabi NUH berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam ( supaya mereka beriman ): maka seruanku itu, tidak memberikan mereka ( sesuatu faedah pun ) selain daripada menambahi mereka melarikan diri ( dari kebenaran)”. Surah Nuh, ayat 1-6 )

6.       Kalau nabi yang maksum ( tiada dosa ) pun kena soal sebab umatnya dakwa di Hari Kiamat, takkan kita tak disoal di hari Kiamat ? Firman ALLAH SWT : “Maka sesungguhnya Kami (ALLAH) akan menyoal umat-umat yang telah diutuskan (Rasul-Rasul) kepada mereka, dan sesungguhnya Kami akan menyoal juga Rasul-Rasul itu”. ( Surah Al-Al-A;raaf, ayat 6 )

7.       DI HARI KIAMAT, NABI MUHAMMAD SAW adalah orang pertama yang masuk Syurga, tetapi kerana sifat sayang baginda kepada kaumnya , Baginda menunggu umatnya di pintu Syurga dan berdoa kepada ALLAH supaya melindungi umatnya, sehinggakan apabila ada umat Nabi MUHAMMAD yang SAMA BERAT TIMBANGAN PAHA DAN DOSANYA di Neraca ALLAH lalu Nabi MUHAMMAD mengambil serban Baginda dan diletakkan serban di atas timbangan sebelah kanan iaitu bahagian timbangan pahala orang itu lalu Neraca ALLAH condong sebelah kanan (pahala) dan malaikat berkata kepada orang itu “masuklah kamu ke dalam Syurga”. Kemudian malaikat mengadu kepada ALLAH, lalu ALLAH SWT menjawab “Itulah umat Nabi MUHAMMAD, biarlah dia (MUHAMMAD ) nak bagi syafaat kepada umatnya”. MasyaAllah, betapa sayangnya Nabi MUHAMMAD SAW kepada kita, maka sebab itulah bila bertembung antara Nabi dan suami maka wajiblah sayang kepada Nabi MUHAMMAD melebihi semua manusia-manusia yang lain. Suami kat dunia ini boleh tinggalkan kita, suami tak tunggu bila isteri lambat. Isteri pun kat dunia boleh tinggalkan suami, tapi Nabi MUHAMMAD SAW tunggu kita di hari Kiamat.

8.       SYAFAAT itu pertolongan dari Allah Nabi MUHAMMAD SAW mempunyai LIMA JENIS SYAFAAT yang diizinkan oleh ALLAH SWT iaitu:-

                                 i.            Melepaskan manusia Daripada Kesusahan di Padang Mahsyar iaitu dengan memberi manusia minum air daripada TELAGA KAUSAR (TELAGA NABI) di Padang mahsyar. Keadaan panas dan dahaga di padang mahsyar sangat dahsyat, sesiapa yang dapat syafaat daripada Nabi MUHAMMAD SAW untuk minum air daripada Telaga Kausar tidak akan dahaga sampai bila-bila . lalu para Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW. “Ya Rasulullah, bagaimana kamu boleh dapat minum air dari Telaga. Nabi ? “ Lalu Rasulullah SAW menjawab “Bila kamau di dunia, kamu bagi minum dan bagi makan pada orang’. Jadi, biasakan bagi minum, biasakan bagi makan kepada orang, maka peluang nak dapat minum air Telaga Kausar adalah cerah untuk kita.

                               ii.            Memasukkan Sesuatu Kaum ke Dalam Syurga Tanpa Hisab. Siapakah orang yang dimasukkan ke dalam Syurga tanpa Hisab? Orang yang masuk ke Syurga tanpa hisab ialah manusia-manusia yang bertaqwa kepada ALLAH dan tidak syirik kepada ALLAH.
  
                          iii.            Menghilangkan Hisab dan Azab Manusia. Orang ini patut kena Hisab, tetapi Nabi MUHAMMAD minta tolong kepada ALLAH, “Ya ALLAH tolonglah jangan Hisab orang ini”.

                             iv.            Mengeluarkan Orang yang dimasukkan ke dalam Neraka daripada segala orang yang derhaka dan berdosa lalu dimasukkan ke dalam Syurga. Dari satu hadis Rasulullah, ketika Rasulullah SAW duduk di dalam Syurga, datang Malaikat Jibril, kata Jibril kepada Nabi , “Wahai MUHAMMAD, kamu seronok duduk di dalam Syurga, kamu tak dengarkah apa-apa wahai MUHAMMAD?” . Kemudian Nabi MUHAMMAD bertanya “dengar apa?”, maka Rasulullah pun diam, lalu Baginda mendengar orang menjerit, kata Rasulullah kepada Jibril, “Suara siapakan itu jibril?” . Lalu Jibril pun menjawab “itulah suara umat kamu yang sedang diseksa di dalam Nerana”. Lalu RASULULLAH pun bersujud kepada ALLAH dan bermohon “Ya ALLAH, masukkanlah orang-orang yang aku dengar suara mereka menjerit itu ke dalam Syurga. Ya ALLAH”. (Syafaat ini dipersetujui oleh para Jumhur Ulama.

                               v.            Meninggikan Darjat manusia di Dalam Syurga, iaitu mnaikkan Darjat seseorang manusia yang masuk ke dalam Syurga ke tingkatan Syurga yang lebih tinggi.  Syurga juga memiliki tingkatan. Kalau rumah pun ada tingkatan seperti rumah low cost, rumah medium cost dan rumah mewah. Begitu juga tingkatan Syurga.


9.       Kata ANAS BIN MALIK, “ Rasulullah SAW tak pernah marah kalau aku buat salah dalam urusan dunia, Nabi tak marah kalau setakat aku lambat angkat barang, tapi kalau aku buat salah dalam urusan berkaitan agama dan akhirat, barulah Nabi sangat tegas’.

10.   AMALAN-AMALAN supaya ALLAH SWT mengampun dan menghapuskan dosa-dosa kita ialah :

                    i.           BERISTIGHFAR selepas solat dan melakukan Solat Sunat Taubat. Rasulullah SWT memohon ampun dan beristighfat kepada ALLAH SWT tidak pernah kurang 70 kali sehari walaupun Rasulullah tidak pernah ada dosa. Sebab itulah Rasulullah SAW berpesan kepada kita supaya perbanyakkan beristighfar setiap kali selepas solat. Sesiapa yang sentiasa beristihgfar dan berzikir selepas solat, ALLAH akan ampun dosanya.
                              ii.            Menyambungkan SILATURAHIM.
                            iii.            Memberi makan kepada anak-anak yatim.
                           iv.            Menjamu Orang makan, Rasulullah SAW bersabda,: “Siapa yang beri makan kepada orang yang berbuka puasa, pahalanya , sama seperti orang yang berpuasa”. Walaupun kita berpuasa sunat, tetapi jika kita beri makan kepada orang yang berbuka puasa sunat, pahala yang kita dapat sama seperti orang yang berpuasa sunat itu.

 [Petikan Ceramah Ustaz Kazim Elias]

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...