Rabu, 7 September 2011

IMAN ISLAM DAN IHSAN



Apa itu Iman, Islam dan Ihsan
IMAN ISLAM DAN IHSAN

Arti hadits 
Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Suatu hari ketika kami duduk-duduk di sisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam , tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun di antara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi s.a.w. lalu menemukankan kedua lututnya kepada kepada lutut baginda s.a.w. (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata:

 Ya Muhammad, beritahukan aku tentang ISLAM?
Maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam :
 ISLAM adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “,
Kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua hairan, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan.

Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang IMAN “.
Lalu baginda s.a.w. bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk “,

Kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi:“ Beritahukan aku tentang IHSAN”. Lalu beliau bersabda: “ IHSAN adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” .

Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari KIAMAT (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.

(Riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...