Sabtu, 24 September 2011

MENCARI REDHA ALLAH


Ustaz Jazlan
Hadith daripada Imam Muslim:
Sesiapa yang berpuasa penuh di bulan ramadhan dan di sambung dengan puasa enam hari di bulan syawal maka seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.
Allah swt telah memberi kita kesempurnaan rahmat melepaskan dari neraka dan menghapuskan dosa-dosa setelah masuknya bulan syawal kecuali orang-orang yang melakukan syirik kepada-Nya. Maka bersyukurlah, kekalkan amalan dan kebaikan setelah berakhirnya bulan ramadhan.
Kita masuk syurga Allah swt dengan rahmat-Nya bukan dengan amalan kita. Cara mana untuk mendapatkan rahmat Allah swt adalah dengan kita mengejar rahmat allah dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh syarak.
Amalan yang ikhlas membolehkan hati kita bertaut kepada Allah swt. Hati jika tidak diikat kepada Allah maka kita akan jauh daripada allah dan rahmatnya.
Jika kita melaksanakan perintah-perintah syariah, kita akan merasakan nikmatnya berhubung dengan Allah swt dan hidup menjadi teratur dan menjadi rasa hidup beragama.
Jangan meremehkan sekecil-kecil amalan sebab kita tidak tahu amalan mana yang diterima Allah swt,
contohnya ‘senyuman itu sedeqah’.Maksudnya maniskan wajah jangan masam mencuka. Senyumlah kerana Allah bukannya senyum kerana untuk menggatal ye ;)
Sedeqah itu luas dan nikmat. Mudahnya untuk bersedeqah. Di dalam diri kita ada 365 lebih ruas di dalam badan. Setiap pagi kita kena beri hak tulang belulang sedeqah padanya. Sedeqah:
1-Setiap ucapan Tasbih ‘Subhaanallah’ itu sedeqah.
2-Setiap ucapan Tahmid ‘Alhamdulillah’ itu sedeqah.
3-Setiap ucapan Tahlil ‘Laa ilaa ha illallah’ itu sedeqah.
4-Setiap ucapan Takbir ‘Allahu akhbar’ itu sedeqah.
Maka dilengkapi dengan melakukan Solat Dhuha itulah kesempurnaan sedeqahnya dan akan sentiasa terikat kepada Allah swt.
-kita seru diri kita sendiri kepada kebaikan itu sedeqah.
-kita seru diri kita kepada amar maaruf itu sedeqah.
-gembira melihat orang lain bersedeqah itu juga mendapat pahala bersedeqah walaupun tatkala itu kita tidak berkemampuan memberi sedeqah.
Dalam hidup kita jangan marah kepada Allah, hendaklah sabar, taqwa dan berkali-kali minta dan berdoa kepada-Nya. Mintalah dengan cara beradab, insyaallah Allah beri tambahan kebaikan.
Jadilah orang beriman yang beramal soleh.
Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...