Sabtu, 12 November 2011

LEPASKANLAH PAKAIAN ALLAH


Sumber; http://cerita sufi00.blogspot.com
Peninggalan Kaum Tsamud
Menjadi mahfum bagi muslim bahawa KEBANGGAAN HANYA MILIK ALLAH, KESOMBONGAN ADALAH PAKAIANNYA. Dengan kata lain banyak sandaran Quran dan hadis yang dapat dinukil sebagai sandaran. Salah satunya adalah:
Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan “.
( H.R. Muslim)

ALLAH SWT berfirman dalam Qalam suci-Nya:
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia ( kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri (angkuh).”
(Surah Luqman; 18 )

Seterusnya ALLAH berfirman, bermaksud:
Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di dunia ini tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasanku.”
(Surah Al A’raf ; 146 )

Kembali kepada kisah Azazil yang akhirnya bergelar iblis kerana ingkar akan suruhan ALLAH , akhirnya diperintahkan keluar dari syurga; tempat di mana penghuninya terdiri daripada orang-orang  yang suci dan bersih hati. Tersingkap kisah ini dalam surah Al Baqarah, ayat 34;
Dan  (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kalian kepada Adam.” Maka sujudlah mereka semua kecuali iblis; ia enggan dan takbur ( sombong ) dan ia termasuk golongan orang-orang kafir.”

Tentunya ALLAH juga banyak berpesan keras dalam Al Quran tentang betapa kesombongan itu dihancurkan-Nya dengan sentuhan “ Kun Fayaku “. Tergambar jelas bagaimana kaum Tsamud umat NABI LUTH AS, NABI MUSA dengan Firaunnya, Qorun dengan hartanya dan banyak lagi contoh nyata di sekitar manusia ( semoga ALLAH mengampuni dan menunjukkan jalan yang jauh dari kesombongan )
GAMBAR ; Peninggalan Kaum tsamud yang masih dapat kita saksikan.


Tempat Ibadah Kaum Tsamud



 Tempat keluarnya unta pada zaman Nabi Salleh


 Pasar Kaum Tsamud

Beruntunglah orang-orang yang sentiasa merenung diri. Bermuhasabah diri. Memikir kekurangan diri sebagai hamba Allah. Sebaliknya sentiasa memikirkan ketinggian,kebesaran dan keagungan ALLAH. Hindarkanlah sifat sombing dan segala penyakit hati dari kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...