Sabtu, 26 November 2011

SOLAT TAHAJJUD : APA HUBUNGANNYA DENGAN KANSER?


SOLAT TAHAJJUD ternyata tidak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapat tempat [ maqam ] terpuji di sisi ALLAH SWT tetapi juga sangat penting bagi dunia perubatan dan kedoktoran. Menurut hasil penelitian dr. Mohammad Soleh, Pensyarah IAIN Surabaya, solat sunat TAHAJJUD dapat  embebaskan seseorang daripada serangan kanser.

TIDAK PERCAYA ?

“CUBAlah anda rajin-rajin solat sunat TAHAJJUD. Jika anda melakukannya secara rutin, betul, khusyuk dan ikhlas, insyaAllah anda terbebas daripada infeksi dan kanser”. Jelas Prof. Soleh, ayah kepada dua orang anak itu bukan “ tukang ubat “ jalanan. Beliau melontarkan pernyataannya itu dalam kertas kajiannya bertajuk “Pengaruh Solat Tahajjud Terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan Tubuh Imonologi”.
Melalui hasil kajiannya itu, Prof. Soleh berhasil meraih gelaran doctor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya yang dipegangnya.

Selama ini, menurut Prof. Soleh, TAHAJJUD dinilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunnah. Padahal jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, secara medikalnya solat itu menumbuhkan respons ketahanan tubuh [ imonologi ] khususnya pada imonoglobin M,G,A dan limpositnya yang berupa persepsi dan motivasi positif, serta dapat meningkatkan kemampuan individu untuk menanggung-ulang masalah yang dihadapi.

Solat TAHAJJUD yang dimaksudkan Prof. Soleh bukan sekadar menggugurkan status solat yang mukkadah [ sunnah mendekati wajib ]. Ia menitikberatkan juga kekerapan solat, ketetapan gerakan, kekhusyukkan dan keikhlasan. Selama ini menurut beliau, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental dan kejiwaan.

Namun sebenarnya, soal ini dapat dibuktikan dengan teknologi kedoktoran.  IKHLAS yang selama ini dipandang sebagai misteri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui pengukuran tahap hormone kortisol. Parameternya dapat diukur dengan keadaan tubuh, jelas Prof. Soleh lagi.
Pada keadaan normal, jumlah hormone kortisol pada pagi hari normalnya adalah antara 38 – 690 nml/liter. Sedangkan pada malam hari atau selepas 12.00 malam, bacaan normalnya adalah antara 69 – 345 nml/liter. “Kalau jumlah hormone kortisolnya normal, maka boleh dianggap bahawa orang itu tidak ikhlas kerana tertekan. Begitulah sebaliknya”. Ujarnya sambil menegaskan hasil kajiannya itu, menafikan paradigm lama yang menganggap pelajaran agama Islam semata-mata hanya dogma atau doktrin sahaja.

Prof. Soleh membuat kajiannya melalui satu penelitian terhadap 41 responden siswa SMU Luqman Hakim Pondok Pasentren Hidayatullah, Surabaya. Daripada 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan melakukan solat TAHAJJUD selama sebulan penuh. Setelah diuji lagi, tinggal 19 siswa yang bertahan solat TAHAJJUD selama 2 bulan. Solat dimulai pukul 2.00 – 3.30 pagi sebanyak 11 rakaat, maisng-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir.
Seterusnya hormon kortisol mereka diukur ditiga Laboratium di Surabaya [ paramita, Prodia dan klinikal ]. Hasilnya mendapati bahawa keadaan tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeza jauh dengan orang yang tidak melakukan TAHAJJUD. Mereka yang rajin dan ikhlas berTAHAJJUD memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individu untuk menghadapi masalah-masalah yang dihadapi dengan stabil dan tenang.

“Jadi solat TAHAJJUD selain mempunyai nilai ibadah, juga sekaligus penuh dengan hikmah dari segi psikologi yang dapat mempengaruhi pengawalan kognitif dan emosi.
Dengan cara memperbaiki persepsi dan motivasi positif secara yang lebih efektif, emosi yamg positif dapat menghindarkan seseorang dari stress. Menurut Prof. Soleh, “Orang yang selalu mengalami stress [ tekanan ] itu biasanya mudah sekali terkena penyakit kanser dan penyakit berjangkit.”

Dengan solat TAHAJJUD yang dilakukan secara rutin dan disertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki respon yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar daripada penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan kesimpulan teknik medical menunjukkan solat TAHAJJUD yang dilakukan seperti itu, membuatkan seseorang mempunyai ketahanan tubuh yang lebih baik.

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah” : [ Al-Kautsar:2 ]

Sebuah bukti bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anegerah yang diberikan oleh ALLAH kepadanya. Maka haruskah kita menunggu untuk ianya benar-benar boleh diterima akan kita? “

Tepuk dada, tanyalah iman. Sudah berapa kali kita bangun malam untuk solat TAHAJJUD dan bermunajat kepada-Nya? Pernahkah kita bersolat TAHAJJUD?

Artikel – Nuratiah Ismail [ dotty_311@yahoo.com]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...