Jumaat, 22 Jun 2012

AHLI ZIKRULLAH


Tambah kapsyen
Posted by Ahmad Rifaie al Ahmadi Idrisi 

Hati yang sentiasa zikrullah, Insya'Allah akan dipenuhi segala isi dan dagingnya dengan nur ilahi, hingga tidak sempat nafsu-nafsu yang jahat serta hasutan syaitan terkutuk memasuki ruang-ruang yang suci itu, dan bila hati itu sudah terlalu bersih maka Allah swt akan memperlihatkan mereka negeri akhirat lebih nyata dari negeri dunia yang fana ini, inilah hati yang selamat, hati yang dimiliki oleh mereka yang bergelar 'sahabat' Allah swt..


Sebahagian ahli zikrullah dapat mendengar tasbih makhluk-makhluk besar iaitu langit, bumi, surga, neraka, arasy Allah swt dan malah mereka mampu mendengar zikrullah setiap atom dan neutron (sel-sel) dalam dirinya sendiri, sehelai rambut saja mengikut kajian sains punya 70,000 juta atom...renungkan..

Dalam kitab karangan imam al Qusyairi, mujaddid abad ke-4, dikisahkan ketika Nabi Musa ingin munajat pada Allah swt, semua bukit menonjolkan diri untuk dipijak oleh kaki baginda, namun Bukit Tursina mengatakan "aku tidak layak untuk berpijaknya kaki seorang Nabi" lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Musa supaya datag ke Bukit Tursina untuk 'bercakap' denganNYA kerana tertawan dengan sifat rendah diri Tursina.

Menyokong atau bersetuju dengan mana-mana fahaman yang bertentangan dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah ie syiah, qodiani, wahabi, pancasila dll seumpamanya adalah terbatal aqidahnya meskipun dia seorang sufi besar atau ahli bait sekalipun, perbuatan mereka adalah umpama meminum secawan kopi yang bercampur dengan sedikit tahi cicak, kopi itu tetap najis...aqidah mereka tetap tertolak di sisi Allah swt.

Tarekat yang muktabar adalah amalan yang di dalamnya adalah mengikut disiplin tasawuf yang berlandaskan al Quran dan sunnah, mana-mana amalan yang dipelopori oleh orang bukan Islam seperti reiki, cakra, aura, medetasi dan seumpamanya adalah tertolak kerana di dalamnya ada campuran kuasa iblis, syaitan dan jin di dalamnya ada tipudaya mahkluk-makhluk terkutuk ini yang akan menyesatkan pengamalnya dalam cara yang paling halus.

Ahli zikrullah senantiasa diberikan al jannatul ajilah (nikmat syurga yang disegerakan) yang merupakan ketenangan-ketenangan, kenikmatan-kenikmtan dan kelazatan-kelazatan dari segala sifat mahmudah yang diperolehi kerana hati yang tidak pernah putus menyebut nama-NYA, sesaat berjalan di muka bumi ini adalah seumpama berjalan seribu tahun di dalam rahmat Allah swt yang maha luas itu, mereka selalu berjalan di dalam nur Allah yang tidak berpenghujung...

Ahli zikrullah adalah seorang yang sentiasa merindukan pemerintahan kekhalifhaan dalam mentadbir dunia ini, kerana ini merupakan sunnah yg dituntut..mereka tidak akan rela naik menjadi pemimpin dgn jalan demokrasi atau jalan apa sekalipun kecuali dgn jalan kekhalifaan yang pernah ditempuh oleh khulafa ar rasyidin terdahulu.

Ahli zikrullah sepanjang perjalanan hidupnya sentiasa merasakan dirinya dilitupi oleh dosa bak lautan yang tak bertepi meskipun ibadatnya tinggi melangit, beginilah rasa anyg selalu berada di dalam hati para kekasih Allah, dan perkara inilah yang bisa menyelamatkan mereka dari tipuan syaitan dan hawa nafsu yang terlalu licik..Insya'Allah.

Gambar hiasan
Lazimnya ahli zikrullah akan bersyukur atas setiap ujian Allah yang datang, kemudian bersabar, mereka dapat melihat dan merasa dalam tempoh ujian berlaku setiap detik di dalamnya ada lonjakan 'ombak' peningkatan darjat kerohanian mereka..Allah swt akan menunjukkan sifat MAHA penguji pada mereka yang 'dekat' padaNYA yang tidak ...mampu dipikul oleh manusia awam..

Tak akan pernah sama nilai ihklas, tawakkal, redha, syukur, ihsan dan lain-lain di antara para Nabi dan Rasul, sahabat, mujaddid juga para wali, begitu juga tidak akan pernah sama perkara tersebut di kalangan para waliyullah..ghauts, autad, abdal, nuqaba, nujabak dan seterusnya..semua kualiti 'dapatan' dan 'rasa' hati itu bergantung pada 'jauh...' dan 'dekat'nya seseorang pada Allah swt.

Hati yang sudah 'bertaut' dengan 'hati' Allah dengan zikrullah yang berterusan akan melahirkan rasa ihksan yang paling tertinggi, ahli zikrullah sentiasa dapat merasakan bahawa Allah swt sentiasa 'memerhatikan' mereka hatta di dalam lintasan hati sekalipun..dikala ini 'percintaan' suci dan hakiki telah mula bersemi dan terjalin pada DIA, Allah robbul jalil...

Ahli zikrullah jarang sekali menggunakan senjata doanya untuk masalah keduniaannya kerana lazimnya akan 'diuruskan' (telah dijamin) oleh Allah swt, tetapi mereka meWAJIBkan senjata doa itu untuk pengabdiannya pada DIA dan untuk perjuangan Islam.

Seorang wali di zamannya pernah ditawarkan wang 500 dinar dr pembesar, lalu dia bertanya 'adakah anda masih mencari harta selepas memberi wang itu", dijawab "ya". Waliyullah mengembalikannya dan berkata 'engkau lebih miskin dari aku sebab walaupun sudah banyak harta masih mencari, sedangkan saya tak berharta, tidak mencari"....ahli zikrullah mencari harta dengan 'arahan" Allah, sedangkan orag awam mencari harta dengan arahan nafsunya.

Antara 'tradisi' hidup para solufusolleh terdahulu ialah mereka dapat mengerjakan solat sunat 300-400 rakaat sehari semalam, ahli zikrullah dari kalangan para ahlullah dapat menghidupkan 'tradisi' berkenaan, ada di kalangan mereka yang mampu melakukan solat sunat 1000 rakaat sehari semalam, malah lebih dari itu..begitulah dasyatnya amalan seseorang bila hati sudah selalu menyebut namaNYA....

Wais al qorni seorang waliyullah di dalam keadaan kapal yang akan tenggelam dengan tenang keluar dari kapal lalu berjalan dan bersolat di atas air, para ahli zikrullah dalam keadaan sedar atau tidak di saat-saat darurat, telah banyak pertolongan sebegini berlaku atas diri mereka..kenapa? sebab bila hati sudah 'lekat' dengan Allah swt, dia tidak akan dibiarkan.

Para waliyullah sering berlapar, sebagai salah satu jalan untuk 'dekat' pada Allah swt..maka ahli zikrullah itu gemar untuk melakukan puasa-puasa sunat supaya mendapat hakikat ini, puasa itu sendiri menjadi batu pengasah untuk setiap amalan-amalan kita bertambah mantap...dalam puasa itu banyak tersimpan 'khazanah' Allah yang amat berharga...

Ahli zikrullah adalah mereka yang sentiasa di barisan hadapan dalam memperjuangkan Islam, memerangi mereka yang memusuhi Allah dan rasul-NYA, andaikata mereka diberi sejuta nyawa sekalipun, maka semuanya akan dikorbankan satu persatu..kerinduan mereka kepada syahid adalah seribu kali ganda lebih hebat dari manusia awam.

Insyallah ahli zikrullah sentiasa 'berhias' dengan nafsu ini ( mutmainnah ) :pemurah sehingga selalu tak punya wang di tangan sebab gemar bersedekah, tawakkal bulat pada Allah, arif dan bijaksana, kuat beramal dan kekal ibadah, sentiasa syukur pada nikmat Allah sekalipun amat sedikit, redha pada qada dan qadar, taqwallah yang jitu serta lain-lain sifat mahmudah.

Kemuliaan seorang mukmin adalah terletak di qiamullailnya dan kehebatannya ialah apabila dia tidak meminta pertolongan orang lain (maksud hadis). Ciri ciri ini insyallah ada pada setiap ahli zikrullah, ini adalah sebahagian daripada sifat yang dimiliki oleh para ariffin billah.

Dosa itu adalah tompok hitam dalam hati yang bila dibiarkan akan menjadi karat tebal yang sukar pecahkan, insya'Allah dengan hati yang sentiasa zikrullah menyebut nama Allah adalah umpama cahaya petir yang akan menghancurkan karat durjana itu..lalu kenapa kita lalai dari menghidupkan hati kita dengan amalan mulia ini..walhal ianya merupakan senjata paling ampuh dari segala jenis 'senjata' rohani...

Para ahli zikrullah tidak pernah mengkhianati apa yang telah 'dimanahkan" Allah swt pada setiap pancaindera mereka, penglihatan, pandangan, pendengaran, pertuturan, pergerakan, fikiran dan lintasan hati mereka untuk membawa manusia 'dekat' kepada Allah dan Rasulullah saw.

Kita selalu diperingatkan tentang perhitungan di akhirat, namun siksa kubur masih ramai yang alpa tentag hakikat penyeksaan yang sedang berlaku di sana..alam barzakh adalah alam penyeksaan atau anugerah nikmat yang paling hampir yang wajib ditafakkurkan..insyallah para ahlullah dari kalangan ahli zikrullah akan sentiasa 'melihat' kehidupan di sana...nikmat yang lazat dan seksa yang amat dahsyat.

Hidup atas dunia ni adalah ibarat kita sedang menjalani peperiksaan, sama ada lulus atau gagal. Jika lulus dengan mendapat score A+,A-,B+,B- dll, soalannya adalah berkaitan dengan habluminallah dan habluminannas, insyallah ahli zikrullah dari kalangan ahlullah lazimnya akan mampu memperolehi keputusan yang cemerlang, kerana mereka 'rapat' dengan pembuat soalan itu sendiri yakni Allah swt juga 'guru' yang benar Nabi Muhammad saw.

Ahli makrifat tidak semestinya datang dari golongan orang yang berilmu, dia bisa saja dari orang bawahan, pegawai rendah, pegawai tertinggi, buruh kasar, pekerja kilang dll, yang penting ilmu syariatnya memadai dengan ilmu-ilmu yang asas juga pimpinan yang berterusan dari seorang mursyid...

Hati yang sentiasa zikrullah menyebut nama Allah adalah umpama siang yang diliputi cahaya matahari, dapat melihat pemandangan sejauh mata memandang, manakala hati yang tidak berzikrullah adalah umpama malam yang diliputi kegelapan, pemandangan yang terbatas..maka pilihlah sendiri samada mahu hati yang terang benderang ataukah hati yang gelap gelita.

Ahli zikrullah dari kalangan ahlullah dapat merasakan dan menikmati setiap hari itu adalah hari Jumaat, tanpa menolak keistimewaan dan kemulian hari Jumaat itu sendiri dan ada pula di kalangan ahli zikrullah yang dapat merasakan setiap hari itu adalah hari-hari Ramadhan tanpa menolak kemuliaan dan keistimewaan bulan Ramadhan ...itu sendiri..'pemandangan' yang mereka saksikan berbeza dari apa yang dilihat oleh orang awam.

Syaidina Ali karamallah wajha berkata 'bila aku diam, maka terbuka seribu pintu ilmu pada diriku, tiap-tiap pintu itu pula ada seribu lagi pintu'. Ahli zikrullah adalah mereka yang menguasai sifat ini. Maka itu ramai di kalangan ahli zikrullah memiliki 'ilmu' yang jarang dimiliki oleh manusia biasa..mereka dikurniakan selautan ilmu yang tidak dapat dilihat oleh mata zahir.

Mana janji kamu kepada Allah swt ? Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk Allah swt.,paling minima, setiap hari 5 kali berjanji ( baiat ). Maka, insyallah ahli zikrullah yang mampu mencapai kemuncak pengabdian diri yang tertinggi pada-NYA bila setiap indera lahir dan batin hanya berlaku atas yang ada izin-NYA saja, dan setiap gerak ...dan diam mereka mampu menyeru manusia supaya beriman pada Allah swt dan rasul-Nya Nabi Muhammad saw.

Berselawatlah kamu dengan sebanyak-banyaknya selawat ke atas Rasulullah saw kerana dengan banyaknya selawat maka akan 'nyata'lah Nabi Muhammad saw pada setiap pandangan, ingatan dan qalbu seorang mukmin, dari sini akan lahirlah cinta dan rindu yang amat mendalam ke atas baginda..rindu dan cinta pada Nabi muhammad saw bererti rindu... dan cinta kepada Allah swt..ALLAHUMA SOLLI ALA SYAIDINA MUHAMMAD WA ALA ALIHI SYAIDINA MUHAMMAD.

Di sisi Allah swt ada 100 rahmat, hanya SATU rahmat saja yang dikurniakan untuk semua maklhuk berkongsi atas dunia ini. Manusia berebut-rebut untuk mendapatkan yang SATU itu, sedangkan para ahli zikrullah akan berusaha untuk mendapatkan 99 rahmat yang tersembunyi itu..di sinilah letaknya" kebijaksanaan" para ahlullah di kalangan ahli zikrullah.

Ada EMPAT alam yang sedang berlangsung sekarang, iaitu alam syahadah, alam malakut, alam jabarut dan alam lahutahlullah dari kalangan ahli zikrullah dapat 'berjalan' dalam kesemua alam-alam berkenaan.Maka beruntunglah mereka kerana diberi kekuatan di atas perkara ini. Jasad mereka di bumi tetapi ruh mereka berada di bawah arasy Allah.

Khamis datang lagi..maka berpuasa sunatlah para ahli zikrullah..niatkan kembali untuk puasa khususul khusus supaya kita akan cepat sampai ke maqam segala indera kita zahir dan batin akan hanya berlaku atas yang ada izin Allah sahaja. Inilah cara riadah para ahli zikir untuk mencapai maqam suci itu. Hadis Rasulullah saw 'segala amalan anak adam itu adalah utk dirinya tapi puasa adalah untuk KU'...

Siapa yang tidak rela pada ketentuan-Ku, dan tidak sabar pada ujian-Ku, maka hendaknya ia mencari Tuhan selain Aku.” (Hr. Ibnu Asakir)-Hadis Qudsi. Wahai para ahli zikrullah sudahkah kamu sampai ke daerah ini?..aku belum sampai lagi..ya Allah ampunkanlah aku, terlalu banyak dosa yang aku lakukan.

Ahli zikrullah paling gemar melakukan puasa sunat, orang awam yang walau sedahsyat manapun amalan puasa mereka hanya akan meraih maqam kembali kepada fitrah asal kejadian manusia seperti bayi yang tak berdosa tetapi ahli zikrullah bila berpuasa, puasa mereka adalah puasa khususul khusus yang akan melahirkan 'bayi maani'.. mereka mampu kembali kepada fitrah RUH yang sebenarnya ketika mula-mula dicipta, semasa berada di alam arwah dahulu.

Ramai manusia terpedaya bila mereka menganggap rezeki itu adalah hak makhluk sedangkan ia adalah hak Allah swt, manusia hanya berhak untuk berusaha dengan semaksima mungkin, namun rezeki itu adalah hak mutlak Allah. Kalau ada, Alhamdulillah, kalau tak ada pun Alhamdulillah..namun ahli zikrullah 'melihat' bahawa rezeki itu datang sama ada dicari atau sebaliknya.

Ahli zikrullah ialah orang yang mendapat keyakinan yang putua@jazam, tanpa syak, zon dan waham tentang wujudnya alam alam ghaib di sebelah sana. mereka dapat 'melihat' keadaan di sana jelas sebagaimana mereka melihat apa yang berlaku di dunia ini..alam kubur, tujuh lapis langit dan bumi, syurga, neraka, lauh mafuz dan arasy Allah adalah antara alam-alam yang tersembunyi itu..tetapi nyata pada pandangan ahli zikrullah.

Hati yang telah hidup dengan zikrullah dapat merasakan betapa hebatnya al-Quran sebagai mukjizat sama sepertimana para-para Sahabat Rasulullah saw melihat mukjizat baginda yang berlaku di hadapan mata mereka, ahli zikrullah sentiasa dapat menikmati segala 'persembahan' (petunjuk, syifa, penolong, ilmu, rahsia dll). Al Quran sebagai satu-satunya mukjizat yang agung yang masih wujud sampai hari Kiamat.

Hati yang sentiasa zikrullah akan menjadi tambatan yang kuat cinta hakiki pada DIA, jadi macamana hati sebegini akan redha bila nama yang suci itu disebut oleh manusia yang tidak beriman pada Al Quran dan hadis Rasulullah saw. Hanya orang-orang yang tak ada iman dalam hatinya yang rela melihat perkara ini berlaku..Nauzubillah min zalik.

Rezeki itu adalah sebahagian daripada dunia dan dia akan ditundukkan pada ahli zikrullah sebagaimana Allah swt menundukkan segala makhluk yang lain di langit mahupun di bumi, rezeki akan datang melutut pada ahli zikir untuk berkhidmat, dia datang ketika diperlukan tetapi bukan datang ketika dipinta.

Hati yang sentiasa zikrullah akan membuka pintu makrifat kepada Allah, nikmat makrifat adalah jauh lebih hebat dari nikmat syurga, nikmat syurga itu ibarat lebih kecil dari atom berbanding dengan nikmatnya makrifat (kenal Allah swt). Maka dengan itu carilah makrifat itu di dalam hati yang sentiasa berzikir menyebut nama-NYA.

Syaidina Umar al Khatab pernah berpesan pada tentera Islam ketika ingin memerangi tentera Kristian ROM, "aku tidak takut pada musuh dari kalangan tentera Rom, tetapi yang aku khuatiri ialah musuh yang ada di dalam diri ( syaitan dan hawanafsu )". Maka itu hancurkan dahulu musuh-musuh di dalam ini dengan kekuatan nur dari hati yang sentiasa berzikrullah untuk memastikan kemenangan yang besar melawan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh Islam.

Hati yang sentiasa hidup dengan zikrullah adalah kunci utama makrifatullah, insyallah hati yang hidup dengan zikrullah pasti akan mengenal mana yang haq dan mana yang batil, nur ilahi yang ada dalam hati yang hidup inilah akan menjadi penyuluh pada pemiliknya di dalam melayari bahtera kehidupan yang sementara ini.

Zikrullah yang berterusan di hati akan tercipta 'nur' ilahi di hati, dari nur inilah akan terbitnya cinta yang mendalam kepada Nabi Muhammad saw dan seterusnya cinta pada syariat baginda. Ramai manusia yang mengaku cinta kepada Allah, tetapi menolak syariat baginda, maka cinta sebegini adalah cinta palsu dan terbatal.

Hati yang hidup dengan zikrullah adalah umpama tali pada layang-layang. Diri kita umpama layang-layang, kalau terputus, apa akan berlaku? Layang-layang entah ke mana, begitulah juga kalau hati putus dari zikrullah, hanyut entah ke mana. Begitulah erat dan kuatnya hubungan kita dan Allah dengan 'energi ' yang ada pada hati yang sentiasa zikrullah. Para waliyullah sesaat lupa pada Allah, sezaman jiwa menderita..renungkan..

Malaikat pencatit amal Rokib dan Atid adalah contoh alam akhirat yang tersembunyi, mereka cukup dekat dengan kita, sentiasa berada bersama kita. Hati yang sentiasa zikrullah akan menyebabkan 'mata hati' celik. Mata inilah 'yang sentiasa dapat 'melihat' dan 'merasa' keberadaan kedua malaikat muqorobbin ini.

Seorang Muslim itu sendiri 'memilih' untuk menjadi seorang jahil, solehin dan sidiqqin. Syurga itu sendiri terdiri dari beberapa tingkat yang juga menjadi pilihan setiap muslim, tetapi yang paling dahsyat apabila seorang manusia 'memilih' untuk hidup di luar Islam yang bakal menjadi 'makanan' api neraka jahanam.


Dipetik daripada wall facebook Tuan Abd Halim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...