Selasa, 12 Jun 2012

RENUNGAN BERSAMA - Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani


Gambar hiasan

 –“SERAHKANLAH jiwa kamu kepada Maha Penyembuh, janganlah engkau merasa syak dan ragu terhadap-Nya dengan apa yang dilakukan-Nya kepada kamu. Kerana DIA lebih kasihan kepadamu daripada kamu terhadap dirimu sendiri. Berlindunglah kamu kepada-Nya dan janganlah engkau berpaling daripada-Nya. Dengan demikian, maka kamu akan melihat seluruh kebaikan di dunia dan di akhirat.”

 “…Orang Mukmin akan mengambil keuntungan daripada beratnya kelobaan, tidak rakus dan tidak tergesa-gesa, berzuhud dalam segala sesuatu dengan hatinya, berpaling daripadanya dengan batinnya dan menyibukkan diri dengan apa yang diperintahkan kepadanya. …..Seseorang Mukmin itu sedar , bahawa apa yang sudah menjadi bahagiannya tidak akan terhalang baginya memperolehinya, maka dia tidak memintanya, bahkan dibiarkannya bahagian-bahagiannya itu mengejarnya dan merendah diri kepada-Nya serta memohon untuk diterima.”

Petikan dari :Menjadi Kekasih Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...