Sabtu, 6 April 2013

BiaWak, BadWi dan RASULULLAH


Biawak , Badwi dan Rasulullah 

Suatu hari, Nabi sedang duduk bersama para sahabat... pada saat itu, lalu seorang Badwi yang baru pulang dari berburu.. di bahunya ada seekor biawak ( Dhab ) 

Ada riwayat menceritakan Badwi itu meletakkan biawak itu di dalam lengan baju... maka Badwi ini kehairanan melihat orang mengerumi Rasulullah.. beliau bertanya " siapakah yang dikerumun itu ? " 

Maka mereka menjawab " Itulah Nabi Muhammad saw ". Lalu tanpa berlengah, beliau terus mencelah dan terus berada di hadapan Rasulullah.. Badwi ini berkata sambil menunjukkan tangannya ke arah Rasulullah ". Dalam banyak-banyak orang, engkau paling aku benci... kalau tidak kerana sahabat-sahabat aku, aku sudah bunuh kamu ".

Saidina Umar bangun dan lantas berkata " Saya bunuh dia ya Rasulullah " Lalu Rasulullah berkata kepada sahabatnya, Saidina Umar " Wahai Umar, tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir-hampir diangkat menjadi nabi ". 

Kemudian Rasulullah bertanya kepada Badwi ini " Apa yang menyebabkan kamu datang ke sini.. kamu tidak hormat aku kerana kamu berada di majlis aku... " Badwi itu lantas berkata " aku tidak akan beriman dengan kamu selagi biawak ini tidak beriman kepadamu .
" .. Badwi ini melepaskan biawak tersebut dan biawak itu segera melarikan diri... lalu Rasulullah memanggil biawak tersebut " Wahai Dhab, mari sini " maka biawak itu berpatah balik menuju keadaan Rasulullah sambil berjalan dengan penuh sopan dan tunduk " Wahai Dhab , kamu sembah siapa...?? " lantas biawak mengangkat kepalanya lalu menjawab " aku sembah ALLAH, yang dilangit ada arasyNya, yang di bumi ada kerajaanNya, yang di laut ada jalanNya, yang di syurga ada rahmat dan kasih sayangNya dan di neraka itu ada seksa dan azabNya " 

Lalu Rasulullah bertanya lagi " Man Ana ( siapa aku ) ?? " lalu biawak itu menjawab " anta Rasulullah (kamu Rasulullah ) .. tiada Tuhan melainkan ALLAH dan kamu Muhammad utusan ALLAH " 

Melihat keajaiban ini, Badwi itu lantas berkata " selama ini aku mencari alasan untuk membenci kamu namun kini aku mempercayai kamu " Badwi ini memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah.... lalu Badwi ini bertanya pada Rasulullah.

 " Ya Rasulullah, aku sudah Islam... apa yang patut aku buat sekarang..?? " lalu Rasulullah berkata " tidak diterima Islam melainkan dengan sembahyang dan tidak diterima sembahyang melainkan al-Quran " mengajarnya surah al-Ikhlas padanya... Badwi ini bertanya " adakah ini sahaja Ya Rasulullah? " Rasulullah menjawab " Kamu baca sekali seperti kamu membaca 1/3 al-Quran, dua kali seperti 2/3 al-Quran dan 3 kali seperti seluruh al-Quran ".

Kemudian Rasulullah bertanya kepada para sahabat " Ada siapa-siapa akan beri hadiah kepada sahabat kita ini ? " Maka berlumba-lumbalah para sahabat menginfaqkan harta mereka kepada Badwi ini... sehinggalah dari tiada apa-apa penuh dengan harta ".

Lalu bangun Abdul Rahman Bin Auf sambil berkata " Ya Rasulullah, bolehkah aku berikan unta aku.. unta aku ini tidak lah tinggi sangat.. tidaklah rendah sangat... unta aku ini paling terbaik.. dan paling banyak2 unta aku, unta ini paling laju " maka Rasulullah membalas " Wahai Abdul Rahman, engkau menceritakan perihal unta kamu kepada aku.. izinkan aku menceritakan bagaimana unta yang kamu dapat di syurga nanti... unta kamu itu lehernya diperbuatnya batu yakuk warna hijau... badannnya diperbuat dari yakuk berwarna biru... badannya amat2 cantik... di saat kamu menunggangnya ketika melintasi titian sirat .. unta itu akan berlari sepantas kilat... orang yang melihat kamu akan merasa cemburu " lalu Abdul Rahman menjawab " aku tidak meminta lebih dari itu.. sekarang juga aku pergi ambil "

Badwi itu pun membawa balik harta yang diberikan oleh para sahabat sambil menunggang unta yang diberikan Abdul Rahman .. apabila sampai, beliau terkejut melihat kaumnya berkumpul seramai 1000 orang sedang bersedia untuk pergi membunuh Rasulullah ... lalu Badwi itu meminta kaumnya bersabar dan menceritakan apa yang berlaku tadi... mendengar cerita itu, kesemua kaum yang berkumpul itu masuk Islam melalui tangan Badwi itu.. mereka pun pergi menuju Rasulullah ... Rasulullah tidak sempat membetulkan selendang dan terkejut dengan pengislaman 1000 orang ...

Sollu Alan Nabi.... 

Wallahu Alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...