Rabu, 31 Julai 2013

Generasi Muda Menjadi Tua Sebelum Waktu

By epondok -Oleh Ahmad Fahmi Mohd Samsudin

Dunia tanpa sempadan bawa banyak pengaruh negatif diimport

Umat Islam ketika ini melalui dasawarsa kedua abad 21 dengan mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi. Peperangan saudara, pergolakan politik, konflik umat Islam minoriti, bencana alam hinggalah kepada ancaman budaya dan serangan hedonisme yang meruntuhkan moral.

Ditambah pula dengan serangan pemikiran yang menggesa umat Islam berfikiran secara liberal ala Barat. Generasi hari ini memerlukan persiapan rapi untuk menghadapi cabaran luar yang semakin mengelirukan.

Hari ini kita berdepan dengan ketidakyakinan terhadap budaya sendiri. Ramai tidak lagi berbangga dengan adat dan tradisi budaya kita yang terbukti berjaya membentuk umat Melayu di Malaysia menjadi umat yang kental dengan agamanya walaupun selepas lebih 500 tahun dijajah.

Jika persiapan ini tidak diatur dengan baik dan kemas, maka generasi muda akan kehilangan panduan seterusnya hanyut dibawa arus cabaran yang mengganas. Natijahnya, segala bentuk kemungkaran dan keruntuhan moral akan menyelaputi diri mereka.

Mereka akan menjadi apa yang disebutkan al-Quran sebagai Zurriyatan du’afa (zuriat yang lemah), generasi lesu dan tidak berwawasan. Firman Allah SWT: “Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat (generasi ) yang lemah.” (Surah an-Nisa, ayat 9)

Sebaliknya jika kehidupan mereka diasaskan kepada kehidupan beragama yang kukuh, nescaya akan terbina generasi seperti mana diungkapkan oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi sebagai golongan al-jil al-nasr (generasi kemenangan).

Barisan pemuda kukuh iman

Generasi ini dibina oleh kekuatan roh dan jasad, lalu menjadi binaan yang tidak boleh dirungkaikan. Mereka adalah barisan pemuda yang mempunyai kekukuhan iman sambil mendapat petunjuk daripada Ilahi.

Kini, generasi muda yang baru mengenali dunia sudah dihidangkan dengan pelbagai masalah menyebabkan mereka turut terpalit dengan fitnah dunia hingga menyebabkan mereka menjadi tua sebelum waktunya.

Sewajarnya dalam usia ini, generasi muda diberikan ruang, peluang, masa, tenaga dan pendedahan yang baik supaya dapat menghasilkan benih-benih generasi muda yang baik kelak. Malangnya, dunia tanpa sempadan banyak membawa perubahan nilai kepada diri manusia.

Sekali lagi, generasi muda terpengaruh nilai negatif yang diimport. Mereka mengalami skizofrenia iaitu gangguan mental yang mampu memusnahkan tamadun. Suasana ini berlaku ketika mana generasi muda kehilangan paradigma dan keliru antara Barat dan moden lantas dimensi moden yang dipegang diambil daripada acuan Barat.

Lantaran itu, budaya popular yang kini seolah-olah menjadi budaya massa turut mempengaruhi gaya hidup dan pemikiran generasi muda Islam. Budaya ini yang lebih mementingkan gaya dan imej daripada nilai serta makna secara tidak disedari semakin diterima masyarakat yang semakin keliru.

Kesannya, mereka tidak lagi dapat membezakan antara populariti dan asas, imej dan nilai, palsu dan yang benar. Keadaan ini berlaku apabila wabak ketidakpekaan terhadap nilai hidup sebenarnya berleluasa.

Lebih parah, hari ini kita berdepan dengan ketidakyakinan terhadap budaya sendiri. Ramai tidak lagi berbangga dengan adat dan tradisi budaya kita yang terbukti berjaya membentuk umat Melayu di Malaysia menjadi umat yang kental dengan agamanya walaupun selepas lebih 500 tahun dijajah.

Masyarakat beragama, berbudaya ilmu

Umat Islam yang bermartabat adalah masyarakat yang beragama dan berbudaya ilmu. Justeru, generasi muda yang dilahirkan haruslah mempunyai kualiti diri yang cemerlang, cerdas dan berkeperibadian mulia, lantas bangsanya akan menempa kemajuan dan kemakmuran.

Sekiranya tidak ada usaha untuk membimbing dan membentuk generasi abad 21 yang benar-benar mantap keperibadian dan sahsiahnya, maka perancangan yang diatur akan terpinggir dan sekali gus terbengkalai.

Sebagai generasi Islam yang mempunyai tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara, maka nilai Islami harus benar-benar menjiwai kehidupan ini. Selaras dengan tanggungjawab ini, maka generasi muda perlu bijak mengatur agenda yang berencana dan memberi keutamaan.

Setiap pemuda pemudi Islam harus membulatkan iltizam perjuangan untuk membina keunggulan keperibadian dan kepemimpinan ummah.

Abad ini dan mendatang adalah abad generasi muda. Sebagai umat yang mempunyai keyakinan aqidah, pemuda Islam akan mara dengan penuh yakin untuk mengimarahkan muka bumi Allah SWT dan memenuhi tuntutan sebagai khalifah di muka bumi ini.

Justeru, tanggungjawab membina insan seimbang dari segi akal, rohani, jasmani dan emosi adalah keutamaan yang harus diberi perhatian serius. Tanggungjawab mendidik manusia ini tidak harus dijadikan tanggungjawab yang hanya dilaksanakan ketika wujudnya tekanan sosial yang memaksa.

Pelapis kepemimpinan negara

Sebaliknya, pelaksanaan tanggungjawab ini mesti lahir daripada kesedaran mendalam dan semangat jitu. Sebagai generasi pelapis kepemimpinan negara, generasi muda Islam sewajarnya mengimpikan erti kemenangan yang tulen.

Namun, kemenangan itu tidak akan datang dengan sendirinya tanpa mengetahui syarat-syaratnya. Generasi muda Islam perlu akur kemenangan dan kecemerlangan adalah datang daripada Allah SWT.

Ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan memberikan kemenangan kepada mereka yang tidak menolong-Nya. Justeru, dalam upaya kita untuk membina generasi cemerlang yang penuh dengan kemenangan, pemuda Islam hendaklah benar-benar menjadi mukmin yang sejati.

http://epondok.wordpress.com/2013/07/25/generasi-muda-menjadi-tua-sebelum-waktu/

Rabu, 24 Julai 2013

ENAM PeRkaRa AdAb BeRpuaSa MESTI DiJaGa

6 perkara adab berpuasa mesti dijaga - by epondok -Engku Mohd Zaki Mohd Alwi


Umat Islam dituntut meningkatkan kualiti dan kuantiti amalan ibadat sepanjang Ramadan dan pada masa sama dituntut menahan diri daripada melakukan perkara membatalkan serta mencacatkan kesempurnaan ibadat puasa.

Dalam istilah fekah, amalan menahan diri dikenali sebagai imsak. Pada dasarnya, imsak adalah hakikat ibadat puasa yang sebenarnya. Berdasarkan terminologi fekah, imsak bermaksud menahan diri melakukan perkara membatalkan ibadat puasa.

Menahan diri bukan daripada makan, minum dan memenuhi nafsu syahwat saja, bahkan puasa menuntut lebih daripada itu. Justeru, setiap Muslim wajib memelihara adab berpuasa sepanjang Ramadan termasuk mengelak daripada mengumpat, mencela, memaki nista serta memfitnah.

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan al-zur (dusta, umpat, fitnah, dengki, permusuhan dan seumpamanya yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH), maka ALLAH tidak lagi memerlukan dia meninggalkan makan minumnya (ALLAH tidak akan menerima amalan puasanya).” (Riwayat Bukhari)

Jelas di sini menahan diri secara menyeluruh itu yang bakal menghasilkan takwa sebenarnya bagi orang yang berpuasa selaras objektif utama pensyariatan ibadat puasa oleh ALLAH kepada umat Islam.

Oleh itu, Rasulullah SAW menyeru umatnya meninggalkan apa yang jelas diharamkan dan dilarang ALLAH SWT.

Sahabat Nabi SAW, Jabir bin Abdullah berkata: “Jika kamu berpuasa, maka hendaklah kamu berpuasa pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu daripada perkataan dusta dan segala yang haram. Jangan kamu menyakiti jiran tetangga, hendaklah kamu bersikap tenang dan sabar dan jangan kamu jadikan hari puasamu itu sama dengan hari ketika kamu tidak berpuasa.”

Budi luhur dan amal soleh

Orang yang sebenar-benarnya berpuasa itu mereka yang berpuasa daripada perbuatan dosa dan maksiat. Bicaranya baik dan lembut, amal perbuatannya pula luhur dan soleh. Justeru, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya menghiasi diri dengan budi luhur dan amal soleh.

Imam Al-Ghazali menegaskan, puasa orang yang menjaga perut daripada makan dan minum serta memelihara kemaluannya disebut sebagai puasa orang awam yang tidak akan mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga semata-mata.

Manakala puasa yang bernilai di sisi ALLAH ialah puasa khusus iaitu terdapat enam perkara yang harus dipelihara selain daripada menjaga perut dan kemaluannya. Keenam perkara itu ialah menjaga pandangan daripada melihat yang haram dan menjaga lisan daripada dusta, mengumpat, fitnah dan sumpah palsu.

Menjaga pendengaran daripada mendengar yang haram; menjaga makanan daripada yang makruh dan haram; menjaga tangan daripada berbuat maksiat dan kaki daripada melangkah ke tempat dilarang; penuh pengharapan dan cemas akan puasa yang dilakukannya.

Menurut Imam Al-Ghazali lagi, ada satu lagi darjat puasa yang paling tinggi iaitu puasa lebih khusus daripada yang khusus di samping menjaga enam hal dalam puasa khusus iaitu menjaga hati daripada kecenderungan terhadap pesona dunia.

Justeru, takwa adalah satu kesedaran moral dan keinsafan spiritual yang tinggi hanya diperoleh daripada satu bentuk latihan atau amalan yang menuntut kesungguhan serta pengorbanan. Dengan itu, ibadat puasa berupaya melahirkan peribadi terbilang, jujur dan bertanggung jawab.

Hasil puasa bukan hanya diukur dengan sekadar menahan lapar dan dahaga sebaliknya dilihat pada aplikasinya dalam sebelas bulan yang seterusnya. Sebab itulah seseorang itu dianggap berjaya dalam ibadat puasanya apabila dia hanya menurut kepada kehendak Ilahi semata-mata.

http://epondok.wordpress.com/2013/07/21/6-perkara-adab-berpuasa-mesti-dijaga/

SEDEKAH BULAN PUASA PADAM AZAB KUBUR

Sedekah bulan puasa padam azab kubur -by epondok -Oleh Asri Md Saman @ Osman



Amalan pada bulan Ramadan yang mungkin sebahagian kita terlepas pandang ialah amalan memberi sedekah juadah berbuka kepada jiran tetangga. Suatu ketika dulu amalan ini sentiasa diberikan perhatian dan diamalkan. Natijahnya lahirlah masyarakat bersatu padu, saling hormat-menghormati.

Namun malangnya mutakhir ini amalan memberi sedekah kepada jiran tetangga agak kurang dipraktikkan. Justeru, marilah sempena bulan yang mulia ini kita menghidupkan semula amalan ini, mudah-mudahan perpaduan dan ukhuwah antara jiran tetangga Muslim kembali segar.

Rasulullah insan paling dermawan
Berdasarkan sirah Rasulullah SAW, Baginda adalah insan yang paling dermawan dan lebih memberi derma terutama pada Ramadan.

Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan al-Quran. Dan sifat dermawan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Riwayat Bukhari)

Selain itu, Rasulullah SAW bersabda, barang siapa yang memberi minum orang berpuasa dengan seteguk air, nescaya ALLAH akan memberi minum kepadanya daripada telaga Nabi SAW yang mana ia tidak akan dahaga ketika di padang Mahsyar sehingga masuk ke syurga.

Pada Ramadan mulia ini, ALLAH SWT telah memperlihatkan sifat Maha Pemurah terhadap hamba-Nya. Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang mengerjakan amalan sunat, pahalanya sama dengan amalan wajib. Dan barang siapa yang melakukan amalan wajib, pahalanya sama seperti melaksanakan 70 amalan wajib yang sama.”

Sesungguhnya seseorang individu yang gemar bersedekah tidak akan mengurangkan hartanya bahkan ALLAH SWT akan menambah rezekinya. Ini ditegaskan Baginda SAW dalam sabdanya: “Tidaklah berkurang harta itu dengan sedekah.” (Riwayat Tirmidzi)

Selain itu, amalan sedekah yang dilakukan oleh seorang Muslim dengan ikhlas akan berupaya memadamkan kesengsaraan azab kubur.

Bagi insan yang bijaksana, mereka sentiasa memikirkan apakah tindakan yang boleh dimanfaatkan setelah merasai nikmat dikurniakan ALLAH SWT kepadanya. Memperbanyakkan bersedekah satu amalan yang dituntut syarak.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada ALLAH,  sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid, ayat 18)

Kikis sifat bakhil
Bersama kita mengikis sifat bakhil dalam diri dan memulakan penghijrahan sikap dengan yakin akan janji ALLAH SWT yang sememangnya benar semata-mata. Walau kita dilanda kesempitan wang sekalipun, kita masih lagi boleh bersedekah dengan cara lain seperti mana dianjurkan.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Bukankah ALLAH telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan tasbih adalah sedekah, takbir sedekah, tahmid sedekah, tahlil sedekah, amar makruf sedekah, nahi mungkar sedekah.” (Riwayat Muslim)

Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan pada Ramadan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi ALLAH SWT di hari akhirat kelak.

Konsep ‘memberi’ (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan saja pada Ramadan kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya.

Sedekah dapat menghakis sifat kedekut dalam diri di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

Satu peringatan buat kita, usahlah kita mengungkit-ungkit sedekah yang telah dihulurkan kerana perbuatan itu akan merugikan kita semua.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekah kamu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan ia tidak beriman kepada ALLAH dan hari akhirat. Maka perumpamaan orang itu ialah seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah ia (batu tadi) bersih.

Mereka tidak menguasai (beroleh) sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang kafir.” (Surah al-Baqarah, ayat 264)

http://epondok.wordpress.com/2013/07/24/sedekah-bulan-puasa-padam-azab-kubur/

ISTIQAMAH- AMAL KEBAIKAN INTI PATI AJARAN ISLAM


Istiqamah amal kebaikan inti pati ajaran Islam - by epondok

ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya orang yang berkata: Tuhan kami adalah ALLAH  dan kemudian mereka tetap di atas jalan yang betul, turunlah kepada mereka malaikat dengan berkata: Jangan kamu bimbang dan janganlah kamu berduka cita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. Sebagai sambutan penghormatan daripada ALLAH Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Fussilat, ayat 30-32)

Daripada Abu Amru atau Abu Amrah, nama sebenarnya Sufyan bin Abdullah: “Saya berkata: Wahai utusan ALLAH,  ajarkan saya satu ucapan berkenaan Islam yang tidak perlu saya bertanya kepada orang lain lagi. Nabi Muhammad menjawab: Saudara ucapkan, saya percaya kepada ALLAH.  Kemudian saudara berikan komitmen saudara pada ucapan itu.” (Riwayat Muslim)

Amalan dilakukan berterusan

Nabi Muhammad bersabda: “Dekatkan diri saudara kepada ALLAH dengan melakukan amalan secara sederhana, kemudian saudara berikan komitmen saudara pada amalan itu dengan melakukannya secara berterusan.

Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad bersabda: “Dekatkan diri saudara kepada ALLAH dengan melakukan amalan secara sederhana, kemudian saudara berikan komitmen saudara pada amalan itu dengan melakukannya secara berterusan.

Ketahuilah tidak ada seorang pun yang dapat diselamatkan oleh amalannya itu. Sahabat bertanya: Bagaimana pula dengan tuan wahai utusan ALLAH?  Saya pun begitu juga melainkan sekiranya ALLAH melindungi saya dengan rahmat-Nya dan kebaikan-Nya, jawab Nabi Muhammad.” (Riwayat Muslim)

Ulama berpendapat makna komited atau istiqamah ialah sentiasa melazimkan diri mentaati ALLAH.  Istiqamah adalah inti pati ajaran Islam.

Firman ALLAH SWT bermaksud: “Oleh itu, hendaklah kamu (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul seperti yang diperintahkan kepadamu.” (Surah Hud, ayat 112)

Selasa, 23 Julai 2013

Sampai Atau Tidak Pahala Kepada Si Mati: Studi Perbandingan Antara Mazhab-Mazhab

Oleh: zain-ys
Gambar hiasan aje
Saya telah menyusun artikel yang serba kekurangan di bawah ini lebih kurang 10 tahun yang lalu. Ia pernah disebarkan dan pernah dimasukkan di al-ahkam.net, namun ia tenggelam dengan timbunan artikel-artikel lain.

Baru-baru ini, saya menerima beberapa SMS dan beberapa email dari sahabat yang meminta kepastian tentang jawapan al-Fadhil Dr Abu Anas Abd Basit Abd Rahman di rancangan Tanyalah Ustaz TV9 berkenaan sampai ataupun tidak al-Fatihah kepada si mati. Saya tidak berkesempatan menonton rancangan itu. Namun, Dr Abu Anas, menurut cerita mereka menjawab bahawa pahalanya sampai kepada si mati. Beliau menisbahkan pendapat ini kepada Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan al-Imam Ibnu Qaiyyim rhm.

Keesokan harinya, saya sempat menonton rancangan Tanyalah Ustaz bersama Dr Abu Anas. Dan beliau ditanya soalan yang sama, nampaknya memang benarlah itulah jawapan yang diberikannya.

Oleh kerana saya jahil dan tidak pandai dalam selok belok perkara ini, maka saya teringatlah artikel yang saya petik, cedok dan terjemah dari pelbagai kitab. Di dalamnya mengandungi pelbagai mazhab dan pandangan ulama berkaitan masalah sampai atau tidak amalan orang hidup kepada si mati. Dan untuk memperoleh kepastian sekurang-kurangnya secara garis besarnya isi kandungan artikel berkenaan tidak lari dari petikan-petikan asal, maka saya dengan rasa rendah diri mengajukannya kepada al-Fadhil Dr Abu Anas sendiri untuk disemak, dikoreksi, dikurangkan mana yang patut atau ditambah mana yang kurang. Dan alhamdulillah, beliau sudi menyemaknya dan melakukan koreksi dan penambahan.

Artikel ini sebagai sokongan kepada jawapan yang diberikan oleh Dr Abu Anas tentang sampai atau tidak bacaan al-Fatihah dsbgnya kepada si mati.

Semoga artikel ini bermanfaat dan untuk menjadikannya lebih bermanfaat lagi, sebarkanlah ia seluas mungkin.

Apakah Sampai Amalan Orang Hidup Kepada Si Mati: Satu Studi Perbandingan
Oleh: Zain Y.S (al-ahkam.net)

Note: Versi ini telah disemak, dikoreksi dan dilakukan penambahan oleh Dr Abu Anas Abd Basit Abd Rahman. Tulisan yang berwarna merah adalah koreksi atau pembetulan dari beliau. Dan teks petikan Majmuk Fatwa Sheikh Ahmad bin Abdul Halim ibn Taimiah juga penambahan dari beliau. Terima kasih dan penghargaan kepada beliau kerana sudi meluangkan masa untuk tujuan ini.

Pendahuluan: 
1. Dapat kita lihat bahawa melalui penjelasan di bawah ini nanti, secara ringkasnya, semua ulama dari kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah bersetuju bahawa amalan orang hidup sampai kepada orang mati (si mati). Cuma terdapat beberapa perbedaaan kecil yang berlaku. Umpamanya, Malik dan al-Syafi'i mengatakan bahawa ibadah badaniyah seperti sembahyang dan puasa tidak sampai. Namun, di kalangan Syafi'iyah mutaakhir mengatakan amalan berkenaan sampai.

2. Untuk perhatian pembaca, perbahasan berkaitan tajuk ini hanya di sekitar sama ada sampai atau tidak pahala amalan orang hidup untuk si mati. Artikel ini sama sekali tidak membahaskan kaifiat atau tatacara atau bagaimana cara untuk menyampaikan pahala itu kepada si mati. Contohnya, artikel ini tidak membahas boleh atau tidak amalan tahlilan, upacara mengirim arwah, yasinan dan sebagainya yang diamalkan oleh masyarakat kita.

3. Ini bermakna, sampai atau tidaknya amalan orang kepada si mati adalah satu perkara dan manakala tata cara untuk menyampaikannya seperti yasinan, tahlilan dan sebagainya adalah satu hal yang lain pula.

4. Bila seseorang itu berpegang dengan pendapat bahawa pahala sampai kepada si mati, tidak bermakna beliau membolehkan amalan seperti upacara kirim arwah, yasinan dan tahlilan.

5. Boleh atau tidaknya amalan berkenaan memerlukan satu perbahasan lain yang panjang lebar.

Berikut ini adalah petikan yang kami ringkaskan dari kitab Syarah Aqidah al-Thahawiyah:

(1) Apakah sampai amalan orang hidup kepada si mati?

Seluruh ahlus sunnah wal jamaah telah bersepakat mengatakan bahawa si mati dapat manfaat dari usaha orang hidup melalui dua perkara:

1. Sebab-sebab yang dilakukan oleh si mati ketika hidupnya.
2. Doa kaum muslimin, istighfar mereka kepada si mati, sedekah dan haji. Cuma, haji mereka memperselisihkannya, apakah sampai manfaatnya kepada si mati ataupun tidak?

Dalam hal ini, Muhamad bin al-Hasan menolak sampainya manfaat dari haji. Beliau mengatakan: "Hanya sanya, sampai kepada si mati pahala sedekah. Manakala pahala haji adalah kepada orang yang mengerjakannya.”

Manakala para ulama lain pada umumnya mengatakan bahawa pahala haji dapat kepada mereka yg dihajikan. Dan, inilah pendapat yg sahih.

(2) Bagaimana dengan ibadah badaniyah? Apakah sampai?

Ibadah badaniyah pula seperti puasa, sembahyang, bacaan al-Quran dan zikir, terdapat beberapa pendapat:
Golongan 1:
Abu Hanifah, Ahmad dan jumhur ulama salaf mengatakan bahawa ia sampai kepada si mati.
Golongan 2
Pendapat masyhur mazhab Syafi'i dan Malik mengatakan tidak sampai kepada si mati.
Golongan 3
Ahli bid'ah dari kalangan ahli kalam mengatakan tidak satu apapun yang dapat sampai kepada si mati, sama ada doa kaum muslimin atau selainnya. Pendapat mereka ini dapat ditolak dengan al-Quran dan al-Hadis.

(3) Dalil
Dalil di sekitar golongan yang mengatakan bahawa si mati memperoleh manfaat dari amalan orang hidup:
a. Mendapat manfaat tanpa sebab-sebab yang dibuat olehnya semasa hidup:

1. Firman Allah Taala: (Al-Hasyr: 10)
"dan orang-orang (Islam) Yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara Kami Yang mendahului Kami Dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan Dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang Yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu".

Dalam ayat ini menunjukkan si mati memperoleh manfaat dari istighfar orang hidup.

2. Terdapat nash-nash yg telah diijmak-kan oleh muslimin bahawa si mati memperoleh manfaat dari doa kaum muslimin di dalam sembahyang jenazah. Begitu juga doa selepas si mati di tanam. Antaranya ialah hadis Abu Daud dari hadis Usman bin Affan r.a., katanya adalah Nabi s.a.w. apabila selesai menanam mayat, baginda s.a.w. berdiri di situ dan bersabda: "Pohonlah keampunan untuk saudaramu. Kamu pohonlah ketetapan kepadanya. Maka sesunggunhya dia sekarang sedang disoal."

Ini termasuklah doa ketika menziarahi kubur sebagaimana yg termaktub di dalam sahih muslim samada dari hari Buraidah bin al-Husaib ataupun dari hadis Aisyah r.a.

b. Dalil yg mengatakan bahawa pahala bersedekah sampai kepada si mati ada disebutkan di dalam sahihain (Bukahri & Muslim). Dari Abdillah bin Abbas r.a., bahawa Sa'd bin Ubadah kematian ibunya ketika ketiadaannya, lalu dia pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya ibuku telah mati ketika aku tiada, apakah dia mendapat manfaat jika aku bersedekah? Baginda s.a.w. menjawab: Ya. (HR Bukhari)

c. Mengenai sampainya pahala berpuasa kepada si mati ada disebutkan di dalam sahihain daripada Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang mati dan masih ada puasa yg belum dikerjakan, maka hendaklah ia dipuasakan (dibayar) oleh walinya."

Namun dalam hal ini, Abu Hanifah mengatakan puasa berkenaan hendaklah digantikan/diqadho' dengan memberi makan kepada fakir miskin bukan dengan berpuasa.

d. Dalil sampainya pahala haji, terdapat di dalam sahih Bukhari daripada Ibnu Abbas r.a.: Bahawa seorang perempuan Juhainah telah menemui Nabi s.a.w., katanya: "Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya ibuku telah bernazar utk menunaikan haji, tetapi tidak dapat menunaikannya hinggalah dia mati. Apakah aku perlu menunaikan haji utknya?" Nabi s.a.w bersabda: "Kerjakanlah haji untuknya, apakah engkau tidak melihat jika ibumu mempunyai hutang? Bukankah engakau yg perlu membayarnya? Bayarlah hutang Allah, maka hutang Allah itu lebih berhak ditunaikan." (Lihat: Syarah Aqidah al-Thahawiyah, hal. 449-455 dan Ar-Ruh, karangan Ibn Al-Qayyim ms: 190 masalah: 16)

Inilah pandangan Sheikh Ahmad bin Abdul Halim ibn Taimiah, lihat: Majmu’ Fatwa Jilid 24/306-313. (Lihat teks fatwanya di akhir artikel ini)

Kenapa Tidak Sampai?

Alasan pendapat masyhur mazhab Syafi'i dan Malik yang mengatakan tidak sampai ibadah badaniyah kepada si mati ialah:

1. Dapat lihat bahawa semasa hidup amalan-amalan berkenaan tidak boleh digantikan dan dikerjakan oleh orang lain. Dan, siapa yang mengerjakannya,maka dialah yang akan memperolehi pahalanya. Pahala dari amalan berkenaan tidak dapat bermanfaat kepada orang lain.

2. Hadis mauquf dengan sanad sahih dari Ibnu Abbas, katanya: "Tidak boleh bersembahyang seseorang untuk seorang yang lain, tidak boleh berpuasa untuk seorang yang lain....." (HR Al-Nasa'i).

Petikan Dari Raddul Muhtar: Sampai Atau Tidak

Menurut yang tercatat di dalam kitab Raddul Muhtar oleh Ibnu Abidiin:

Di dalamnya menyebutkan bahawa seseorang itu boleh menyedekahkan pahala amalannya kepada orang lain seperti sembahyang, puasa, sedekah dan lainnya.

Menurutnya lagi, inilah pegangan mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Cuma Malik dan yang masyhur dari al-Syafi’i berpendapat bahawa ibadah badaniyah tidak sampai pahalanya kepada si mati, seperti sembahyang dan bacaan al-Quran.

Walaupun begitu, ulama-ulama mutaakhirin dari mazhab syafi’I (Syafi’iyah) mengatakan bahawa pahala ibadah badaniyah sampai kepada si mati dengan beberapa perincian.

Golongan muktazilah pula menyalahi pendapat Ahlus Sunnah dalam semua keadaan, baik ibadah badaniyah atau lainnya. Ia bermaksud tidak sampai pahala dari amalan orang hidup kepada si mati. (Raddul Muhtar versi Internet, lihat di:http://feqh.al-islam.com/Feqh/)


Pelbagai Masalah Sekitar Manfaat Amalan Hidup Untuk Si Mati
Berikut ini adalah petikan dari al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh yang saya ringkaskan. Dan pengarang kitab ini Dr. Wahbah al-Zuhaili telah memetik dari pelbagai kitab mazhab seperti al-Durr al-Mukhtar, Fathul Qadir, Syarah al-Risalah, Syarah al-Kabir, Mughni al-Muhtaj, al-Mughni, Kasyaaf al-Qina'dan al-Muhazab:

Para fuqahak telah bersepakat (ijmak) mengatakan bahawa orang mati memperoleh manfaat dari doa, istighfar orang hidup, sedekahnya dan ibadah badaniyah maliyah seperti haji. Dalilnya adalah firman Allah (Al-Hasyr: 10) dan (Al-Mukmin: 55)

Juga hadis Rasulullah s.a.w.:
Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya ibuku telah mati, apakah dia mendapat manfaat jika aku bersedekah? Baginda s.a.w. menjawab: Ya. (HR Abu Daud, dari Sa'd bin Ubadah)

Juga Hadis ini:
Seorang perempuan telah bertanya Rasulullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah Taala telah memfardukan haji ketika ayahku telah tua, dia tidak mampu untuk menghadapi perjalanan. Apakah aku boleh mengerjakan haji untuknya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Jika ayahmu berhutang, apakah engkau boleh menjelaskannya bagi pihaknya?" Perempuan itu menjawab: "Ya." Baginda bersabda: "Maka hutang terhadap Allah lebih berhak dijelaskan." (HR Ahmad & al-Nasa'i dari Abdullah bin al-Zubair).

Hadis ini juga:
Rasulullah s.a.w. telah berkat kepada orang yang bertanya:
"Sesungguhnya ibuku telah mati dan masih ada puasa selama sebulan, apakah aku boleh berpuasa untuknya?" Baginda menjawab: "Ya".

Ibnu Qudamah berkata, semua hadis-hadis di atas itu bertaraf sahih. Ia menjadi dalil bahawa si mati mendapat manfaat terhadap semua bentuk ketaatan dari orang hidup.

Sementara itu, di kalangan para ulama berselisih pendapat mengenai apakah ibadah badaniyah sampai ataupun tidak kepada orang lain? Ibadah badaniyah ialah seperti sembahyang, puasa dan bacaan al-Quran.

Dalam masalah ini, mereka terbahagi kepada dua golongan:
Golongan 1:
Hanafiah, Hanabilah, mutaakhir dari Syafi'iyah dan Malikiyah. Pahala bacaan sampai kepada si mati jika dibaca di hadapannya, atau doa untuk si mati selepas bacaan itu, sekalipun tidak di hadapannya. Kerana tempat bacaan diturunkan rahmat dan berkat, dan doa selepasnya adalah sebagai harapan agar diterima bacaan itu.

Golongan 2: 
Mutaqadim (terdahulu) dari kalangan Maliki dan Syafi'iyah (pendapat masyhur), tidak sampai pahala. Namun golongan mutaakhir dari dua mazhab ini mengatakan pahala berkenaan sampai.

Menurut ulama Hanafi: Yang terpilih ialah tidak makruh memperdudukkan (ijlas) pembaca-pembaca supaya membaca di atas kubur. Di dalam bab haji mereka mengatakan bahawa seseorang itu boleh menjadikan pahala amalannya untuk orang lain, sama ada sembahyang, puasa, sedekah atau lain-lainnya. dan, perbuatan itu tidak mengurangkan sedikitpun pahalanya.

Menurut ulama hanbali (Hanabilah): Tidak menjadi kesalahan membaca al-Quran di atas kubur bersandarkan kepada hadis:
"Sesiapa yang masuk ke kawasan kuburan, lalu membaca Yasin, maka Allah meringankan mereka (ahli kubur) pada hari itu, dan bagi pembaca pahala sebanyak kebaikan orang di situ."

Juga hadis: "Barangsiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya dan membaca di rumahnya atau di kuburnya nescaya diampun dosanya."

Kedua-dua hadis di atas dikatakan sebagai dho'if oleh al-Sayuthi di dalam Jami'-nya.

Ulama maliki (Malikiah) pula mengatakan: Dimakruhkan membaca al-Quran ke atas mayat selepas kematiannya dan di atas kuburnya. Kerana ia bukanlah dari amalan ulama salaf. Namun begitu ulama mutaakhir telah berpendapat, tidak mengapa membaca al-Quran, zikir dan menghadiahkan pahalanya kepada mayat, dan ia akan mendapat pahala itu in sya Allah.

Ulama Syafi'i mutaakhir berpendapat sebagaimana tiga mazhab lainnya, bahawa pahala bacaan sampai kepada si mati. Al-Subki berhujah, berdasarkan kepada hadis bahawa sebahagian dari ayat al-Quran apabila dibaca dengan tujuan memberi manfaat dengannya kepada si mati dan untuk meringankan bebanannya, maka ia memberi manfaat. Kerana berdasarkan hadis juga, telah sabit bahawa al-Fatihah itu apabila dibaca dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada orang yang terkena patukan ular berbisa, maka ia memberi manfaat.

Oleh itu, apabila ia bermanfaat kepada orang hidup dengan adanya niat dan tujuan, maka sudah tentu lebih utama lagi memberi manfaat kepada orang mati dengan bacaannya. (Lihat, al-Feqh al-Islami, Dr Wahbah al-Zuhaili, vol. 2, hal. 550-552)

Sampai Atau Tidak: Pendapat Hasan Bandung
Sekarang kita lihat juga pendapat A. Hasan atau lebih dikenali sebagai Hasan Bandung di dalam bukunya Soaljawab. Beliau adalah dari kelompok alla mazhabiyah atau tidak bermazhab. Beliau menolak pendapat amalan orang hidup sampai kepada si mati.

Baginya, yang sampai hanyalah doa dari orang hidup agar Allah mengampunkan si mati, juga perkara-perkara yang dilakukan oleh si mati yang menyebabkan pahala itu berterusan, seperti mewakafkan tanah, ilmu yang pernah diajarkannya dan meninggalkan anak yang soleh. Dan, beliau berpegang kepada konsep seseorang itu tidak akan mendapat balasan melainkan melalui apa yang diamalkannya sahaja. Oleh itu beliau menolak hadis-hadis sahih yang dikatanya bertentangan dengan konsep berkenaan. Alasannya ialah, ia bertentangan dengan al-Quran.

Berikut ini adalah pendapat beliau:

Soal:
Hadiah-hadiah dari orang hidup kepada si mati serta bacaan-bacaan Quran, dzikir dan lainnya, adakah sampai kepada si mati? Kalau tuan kata sampai, maka sampainya itu kepada rohnya atau kepada jasadnya, kepada kuburnya atau lain daripada kuburnya? Kalau tidak kepada kuburnya ke manakah pergi roh itu?

Jawab:
Tentang menghadiahkan bacaan Quran, tahlil dan lain-lain bacaan itu tidak ada satu pun keterangan dari Quran atau hadits. Adapun menghajikan atau mempuasakan si mati itu sungguhpun ada hadits yang membolehkannya tetapi lantaran hadits itu berlawanan dengan ayat Quran, maka walaupun hadits itu sahih riwayatnya tidak boleh dijadikan dalil.

Di dalam al-Quran ada tersebut:
Di hari qiamat ini tidak seorangpun dianiaya walaupun sedikit dan tidak akan dibalas kamu melainkan (menurut) apa yang telah kamu kerjakan. (Yasin:54)

Dan firman Allah:
Bahawasanya manusia tidak akan dapat (pahala) melainkan (dari) apa yang ia telah usahakan. (An-Najm:39)

Dua ayat itu dengan terang menyebut bahawa seorang tidak akan dapat balasan pahala melainkan dari amalnya yang ia telah kerjakan sendiri, ya'ni ia tidak akan dapat pahala dari perbuatan orang lain yang diniatkan untuknya.

Begitu juga lain ayat ada tersebut bahawa dosa seorang itu tidak akan dipikul oleh seorang yang lain.

Menurut fikiran dan menurut qaidah ulama hadits dan ulama fiqih dan sekelian ulama Islam, bahawa hadits yang shahih itu ialah shahih riwayatnya dan tidak berlawanan dengan Quran.

Maka oleh sebab ada ayat yang mengatakan seorang tidak akan dapat melainkan pahala perbuatan sendiri, maka hadits-hadits yang membolehkan seorang berbuat ibadah untuk orang lain itu tidak boleh dipakai.

Kita tidak pakai itu bukan lantaran mengatakan nabi kita iatu salah atau berdusta, tidak sekali-kali. Tetapi kita tidak dapat mempercayai yang nabi ada berkata begitu, ya'ni perkataan itu bukan hadits nabi, hanya orang-orang katakan itu hadits nabi. Ayat yang kedua tadi itu ada sebahagian ulama berkata sudah mansukh. Ma'na mansukh itu ialah dihapuskan hukumnya.

Di sini pembaca mesti ingat bahawa Quran itu firman ALlah yang suci. Firman Allah tidak boleh siapa-siapa hapuskan melainkan Allah sendiri atau rasul-Nya dengan izinNya. Adakah Allah dan rasulNya berkata: Ayat sudah mansukh? Kalau ada kami akan terima di atas kepala.

Jadi oleh sebab sekelian hadiah dari si hidup itu tidak sampai kepada si mati, bahkan yang demikian itu satu perbuatan yang salah, maka tak perlu kami jawab tentang ruh si mati di mana tempatnya.

Insyaallah di lain kali kalau ada kelapangan akan kami terangkan dari hal ruh itu lantaran hal ini perlu kepada pemeriksaan yang luas. (Lihat Soaljawab, juz 4, hal 1365-1366)


Dalam satu soaljawab lain pula, Hasan bandung berkata:


Soal:
Di tempat saya, kalau mereka mau hadiahkan al-fatihah atau terhidang makanan kenduri, sering mereka ucapkan: Ila hadratin Nabi al-Musthafa Muhamad s.a.w. syai'un lillahil Fatihah....

Bergunakah ucapan itu?

Jawab:
Tidak ada satupun yang akan bisa memberi manfaat kepada si mati, melainkan doa dari orang yang hidup supaya Allah ampunkan dia dan pahala dari harta waqafnya, dan pahala dari ilmunya yang digunakan orang, dan pahala meninggalkan anak yang saleh yang bisa mendoakan dia.

Oleh sebab itu bacaan al-fatihah dan sebagainya yang dibaca buat hadiahkan pahlanya kepada si mati, tidak bisa sampai samasekali.

Dari ayat:
Bahawa seorang tidak akan dapat (pahla) melainkan apa yang ia telah kerjakan itu, imam Syafi'i faham, apapun bacaan yang dikerjakan orang untuk si mati itu tidak akan sampai kepadanya.

Adapun perkataan ila hadrati itu hanya serangkai kalimat arab yang asalnya dibikin oleh pak-pak lebai tukang tahlil dari Hadramaut, lalu diturut oleh pak-pak lebai sebelah sini.

Perkataan itu tidak berguna apa-apa, kecuali mengabui mata orang-orang yang sangka, bahwa tiap-tiap kalimah Arab itu kalau diucapkan dapat pahala dan menyangka, bahwa pahla yang ia mau kirim kepada si mati itu, tidak akan sampai kalau tidak dengan bahasa arab. (Ibid. 1367, Hasan Bandung)


Penutup: 
Dapat disimpulkan bahawa:

1. Menurut jumhur ulama salaf, mutaakhir Syafi'i dan Maliki, pahala amalan orang hidup itu sampai kepada si mati, sama ada ia ibadah badaniyah ataupun bukan, seperti doa, istighfar, sedekah dan sebagainya.

2. Mutaqaddimin Syafi'iyah dan Malikiah mengatakan pahala dari ibadah badaniyah tidak sampai kepada si mati.

3. Hasan Bandung dan yang sealiran dengannya mengatakan bahawa yang sampai kepada si mati hanyalah doa dari orang yang hidup supaya Allah ampunkan dia dan pahala dari harta waqafnya, dan pahala dari ilmunya yang digunakan orang, dan pahala meninggalkan anak yang saleh yang boleh mendoakannya. Beliau menolak hadis-hadis sahih yang menunjukkan sampai pahala puasa dan haji kerana dianggapnya bertentangan dengan nash al-Quran.

4. Sebahagian ahli kalam mengatakan bahawa tidak ada satupun yang dapat sampai kepada si mati, samada doa, istighfar atau lainnya.

Sekian

Teks fatwa Syeikh Ahmad bin Abdul Halim Ibn Taimiah (lihat: Majmu’ Fatwa Jilid 24/306-313)

مجموع فتاوى ابن تيمية - (ج 5 / ص 466)
وَسُئِلَ رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى عَنْ قَوْله تَعَالَى { وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إلَّا مَا سَعَى } وَقَوْلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { إذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلَّا مِنْ ثَلَاثٍ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ } فَهَلْ يَقْتَضِي ذَلِكَ إذَا مَاتَ لَا يَصِلُ إلَيْهِ شَيْءٌ مِنْ أَفْعَالِ الْبِرِّ ؟ .
الْجَوَابُ
فَأَجَابَ : الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ . لَيْسَ فِي الْآيَةِ وَلَا فِي الْحَدِيثِ أَنَّ الْمَيِّتَ لَا يَنْتَفِعُ بِدُعَاءِ الْخَلْقِ لَهُ وَبِمَا يُعْمَلُ عَنْهُ مِنْ الْبِرِّ بَلْ أَئِمَّةُ الْإِسْلَامِ مُتَّفِقُونَ عَلَى انْتِفَاعِ الْمَيِّتِ بِذَلِكَ وَهَذَا مِمَّا يُعْلَمُ بِالِاضْطِرَارِ مِنْ دِينِ الْإِسْلَامِ وَقَدْ دَلَّ عَلَيْهِ الْكِتَابُ وَالسُّنَّةُ وَالْإِجْمَاعُ فَمَنْ خَالَفَ ذَلِكَ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْبِدَعِ . قَالَ اللَّهُ تَعَالَى : { الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ } { رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ } { وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ وَمَنْ تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ } . فَقَدْ أَخْبَرَ سُبْحَانَهُ أَنَّ الْمَلَائِكَةَ يَدْعُونَ لِلْمُؤْمِنِينَ بِالْمَغْفِرَةِ وَوِقَايَةِ الْعَذَابِ وَدُخُولِ الْجَنَّةِ وَدُعَاءُ الْمَلَائِكَةِ لَيْسَ عَمَلًا لِلْعَبْدِ . وَقَالَ تَعَالَى : { وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ } وَقَالَ الْخَلِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ رَبِّ { اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ } وَقَالَ نُوحٌ عَلَيْهِ السَّلَامُ { رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ } فَقَدْ ذَكَرَ اسْتِغْفَارَ الرُّسُلِ لِلْمُؤْمِنِينَ أَمْرًا بِذَلِكَ وَإِخْبَارًا عَنْهُمْ بِذَلِكَ . وَمِنْ السُّنَنِ الْمُتَوَاتِرَةِ الَّتِي مَنْ جَحَدَهَا كَفَرَ : صَلَاةُ الْمُسْلِمِينَ عَلَى الْمَيِّتِ وَدُعَاؤُهُمْ لَهُ فِي الصَّلَاةِ . وَكَذَلِكَ شَفَاعَةُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَإِنَّ السُّنَنَ فِيهَا مُتَوَاتِرَةٌ بَلْ لَمْ يُنْكِرُ شَفَاعَتَهُ لِأَهْلِ الْكَبَائِرِ إلَّا أَهْلُ الْبِدَعِ بَلْ قَدْ ثَبَتَ أَنَّهُ يَشْفَعُ لِأَهْلِ الْكَبَائِرِ وَشَفَاعَتُهُ دُعَاؤُهُ وَسُؤَالُهُ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى . فَهَذَا وَأَمْثَالُهُ مِنْ الْقُرْآنِ وَالسُّنَنِ الْمُتَوَاتِرَةِ وَجَاحِدُ مِثْلِ ذَلِكَ كَافِرٌ بَعْدَ قِيَامِ الْحُجَّةِ عَلَيْهِ . وَالْأَحَادِيثُ الصَّحِيحَةُ فِي هَذَا الْبَابِ كَثِيرَةٌ مِثْلُ مَا فِي الصِّحَاحِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا - { أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إنَّ أُمِّي تُوُفِّيَتْ أَفَيَنْفَعُهَا أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ قَالَ : إنَّ لِي مَخْرَفًا - أَيْ بُسْتَانًا - أُشْهِدُكُمْ أَنِّي تَصَدَّقْت بِهِ عَنْهَا } وَفِي الصَّحِيحَيْنِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا { أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إنَّ أُمِّي افْتَلَتَتْ نَفْسَهَا وَلَمْ تُوصِ وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إنْ تَصَدَّقْت عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ } . وَفِي صَحِيحِ مُسْلِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ { أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إنَّ أَبِي مَاتَ وَلَمْ يُوصِ أَيَنْفَعُهُ إنْ تَصَدَّقْت عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ } . وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ العاص : { أَنَّ العاص بْنَ وَائِلٍ نَذَرَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ أَنْ يَذْبَحَ مِائَةَ بَدَنَةٍ وَأَنَّ هِشَامَ بْنَ العاص نَحَرَ حِصَّتَهُ خَمْسِينَ وَأَنَّ عَمْرًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ : أَمَّا أَبُوك فَلَوْ أَقَرَّ بِالتَّوْحِيدِ فَصُمْت عَنْهُ أَوْ تَصَدَّقْت عَنْهُ نَفَعَهُ ذَلِكَ } وَفِي سُنَنِ الدارقطني : أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إنَّ لِي أَبَوَيْنِ وَكُنْت أَبَرُّهُمَا حَالَ حَيَاتِهِمَا . فَكَيْفَ بِالْبِرِّ بَعْدَ مَوْتِهِمَا ؟ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { إنَّ مِنْ بَعْدِ الْبِرِّ أَنْ تُصَلِّيَ لَهُمَا مَعَ صَلَاتِك وَأَنْ تَصُومَ لَهُمَا مَعَ صِيَامِك وَأَنْ تَصَدَّقَ لَهُمَا مَعَ صَدَقَتِك } . وَقَدْ ذَكَرَ مُسْلِمٌ فِي أَوَّلِ كِتَابِهِ عَنْ أَبِي إسْحَاقَ الطالقاني قَالَ : قُلْت لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُبَارَكِ : يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحَدِيثُ الَّذِي جَاءَ { إنَّ الْبِرَّ بَعْدَ الْبِرِّ أَنْ تُصَلِّيَ لِأَبَوَيْك مَعَ صَلَاتِك وَتَصُومَ لَهُمَا مَعَ صِيَامِك ؟ } قَالَ عَبْدُ اللَّهِ : يَا أَبَا إسْحَاقَ عَمَّنْ هَذَا ؟ قُلْت لَهُ : هَذَا مِنْ حَدِيثِ شِهَابِ بْنِ خِرَاشٍ قَالَ : ثِقَةٌ قُلْت : عَمَّنْ ؟ قَالَ عَنْ الْحَجَّاجِ بْنِ دِينَارٍ . فَقَالَ : ثِقَةٌ عَمَّنْ ؟ قُلْت : عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : يَا أَبَا إسْحَاقَ إنَّ بَيْنَ الْحَجَّاجِ وَبَيْنَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَفَاوِزَ تُقْطَعُ فِيهَا أَعْنَاقُ الْمَطِيِّ وَلَكِنْ لَيْسَ فِي الصَّدَقَةِ اخْتِلَافٌ ، وَالْأَمْرُ كَمَا ذَكَرَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ فَإِنَّ هَذَا الْحَدِيثَ مُرْسَلٌ . وَالْأَئِمَّةُ اتَّفَقُوا عَلَى أَنَّ الصَّدَقَةَ تَصِلُ إلَى الْمَيِّتِ وَكَذَلِكَ الْعِبَادَاتُ الْمَالِيَّةُ : كَالْعِتْقِ . وَإِنَّمَا تَنَازَعُوا فِي الْعِبَادَاتِ الْبَدَنِيَّةِ : كَالصَّلَاةِ وَالصِّيَامِ وَالْقِرَاءَةِ وَمَعَ هَذَا فَفِي الصَّحِيحَيْنِ عَنْ عَائِشَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا - عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : { مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ } وَفِي الصَّحِيحَيْنِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - { أَنَّ امْرَأَةً قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صِيَامُ نَذْرٍ قَالَ : أَرَأَيْت إنْ كَانَ عَلَى أُمِّك دَيْنٌ فقضيتيه أَكَانَ يُؤَدِّي ذَلِكَ عَنْهَا ؟ قَالَتْ : نَعَمْ قَالَ : فَصُومِي عَنْ أُمِّك . } وَفِي الصَّحِيحِ عَنْهُ : { أَنَّ امْرَأَةً جَاءَتْ إلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ : إنَّ أُخْتِي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ قَالَ : أَرَأَيْت لَوْ كَانَ عَلَى أُخْتِك دَيْنٌ أَكُنْت تَقْضِيهِ ؟ قَالَتْ : نَعَمْ قَالَ فَحَقُّ اللَّهِ أَحَقُّ } وَفِي صَحِيحِ مُسْلِمٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بريدة بْنِ حصيب عَنْ أَبِيهِ : { أَنَّ امْرَأَةً أَتَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ : إنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ أَفَيُجْزِي عَنْهَا أَنْ أَصُومَ عَنْهَا قَالَ : نَعَمْ } . فَهَذِهِ الْأَحَادِيثُ الصَّحِيحَةُ صَرِيحَةٌ فِي أَنَّهُ يُصَامُ عَنْ الْمَيِّتِ مَا نَذَرَ وَأَنَّهُ شُبِّهَ ذَلِكَ بِقَضَاءِ الدَّيْنِ . وَالْأَئِمَّةُ تَنَازَعُوا فِي ذَلِكَ وَلَمْ يُخَالِفْ هَذِهِ الْأَحَادِيثَ الصَّحِيحَةَ الصَّرِيحَةَ مَنْ بَلَغَتْهُ وَإِنَّمَا خَالَفَهَا مَنْ لَمْ تَبْلُغْهُ وَقَدْ تَقَدَّمَ حَدِيثُ عَمْرٍو بِأَنَّهُمْ إذَا صَامُوا عَنْ الْمُسْلِمِ نَفَعَهُ . وَأَمَّا الْحَجُّ فَيُجْزِي عِنْدَ عَامَّتِهِمْ لَيْسَ فِيهِ إلَّا اخْتِلَافٌ شَاذٌّ . وَفِي الصَّحِيحَيْنِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا { أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ : إنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ أَفَأَحُجُّ عَنْهَا ؟ فَقَالَ : حُجِّي عَنْهَا أَرَأَيْت لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّك دَيْنٌ أَكُنْت قَاضِيَتُهُ عَنْهَا ؟ اقْضُوا اللَّهَ فَاَللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ } وَفِي رِوَايَةِ الْبُخَارِيِّ : { إنَّ أُخْتِي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ } وَفِي صَحِيحِ مُسْلِمٍ عَنْ بريدة { أَنَّ امْرَأَةً قَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَلَمْ تَحُجَّ أَفَيُجْزِي - أَوْ يَقْضِي - أَنْ أَحُجَّ عَنْهَا قَالَ : نَعَمْ } . فَفِي هَذِهِ الْأَحَادِيثِ الصَّحِيحَةِ : " أَنَّهُ أَمَرَ بِحَجِّ الْفَرْضِ عَنْ الْمَيِّتِ وَبِحَجِّ النَّذْرِ " . كَمَا أَمَرَ بِالصِّيَامِ . وَأَنَّ الْمَأْمُورَ تَارَةً يَكُونُ وَلَدًا وَتَارَةً يَكُونُ أَخًا وَشَبَّهَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَلِكَ بِالدَّيْنِ يَكُونُ عَلَى الْمَيِّتِ ، وَالدَّيْنُ يَصِحُّ قَضَاؤُهُ مِنْ كُلِّ أَحَدٍ فَدَلَّ عَلَى أَنَّهُ يَجُوزُ أَنْ يَفْعَلَ ذَلِكَ مِنْ كُلِّ أَحَدٍ لَا يَخْتَصُّ ذَلِكَ بِالْوَلَدِ . كَمَا جَاءَ مُصَرَّحًا بِهِ فِي الْأَخِ . فَهَذَا الَّذِي ثَبَتَ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَالْإِجْمَاعِ عِلْمٌ مُفَصَّلٌ مُبَيَّنٌ ، فَعُلِمَ أَنَّ ذَلِكَ لَا يُنَافِي قَوْلَهُ : { وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إلَّا مَا سَعَى } { إذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلَّا مِنْ ثَلَاثٍ } بَلْ هَذَا حَقٌّ وَهَذَا حَقٌّ . أَمَّا الْحَدِيثُ فَإِنَّهُ قَالَ : { انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلَّا مِنْ ثَلَاثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ } فَذِكْرُ الْوَلَدِ وَدُعَاؤُهُ لَهُ خَاصَّيْنِ ؛ لِأَنَّ الْوَلَدَ مِنْ كَسْبِهِ كَمَا قَالَ : { مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ } قَالُوا : إنَّهُ وَلَدُهُ ، وَكَمَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { إنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ وَإِنَّ وَلَدَهُ مِنْ كَسْبِهِ } . فَلَمَّا كَانَ هُوَ السَّاعِيَ فِي وُجُودِ الْوَلَدِ كَانَ عَمَلُهُ مِنْ كَسْبِهِ بِخِلَافِ الْأَخِ وَالْعَمِّ وَالْأَبِ وَنَحْوِهِمْ . فَإِنَّهُ يَنْتَفِعُ أَيْضًا بِدُعَائِهِمْ بَلْ بِدُعَاءِ الْأَجَانِبِ لَكِنْ لَيْسَ ذَلِكَ مِنْ عَمَلِهِ . وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : { انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلَّا مِنْ ثَلَاثٍ . . } لَمْ يَقُلْ : إنَّهُ لَمْ يَنْتَفِعْ بِعَمَلِ غَيْرِهِ . فَإِذَا دَعَا لَهُ وَلَدُهُ كَانَ هَذَا مِنْ عَمَلِهِ الَّذِي لَمْ يَنْقَطِعْ وَإِذَا دَعَا لَهُ غَيْرُهُ لَمْ يَكُنْ مِنْ عَمَلِهِ لَكِنَّهُ يَنْتَفِعُ بِهِ . وَأَمَّا الْآيَةُ فَلِلنَّاسِ عَنْهَا أَجْوِبَةٌ مُتَعَدِّدَةٌ . كَمَا قِيلَ : إنَّهَا تَخْتَصُّ بِشَرْعِ مَنْ قَبْلَنَا وَقِيلَ : إنَّهَا مَخْصُوصَةٌ وَقِيلَ : إنَّهَا مَنْسُوخَةٌ وَقِيلَ : إنَّهَا تَنَالُ السَّعْيَ مُبَاشَرَةً وَسَبَبًا ، وَالْإِيمَانُ مِنْ سَعْيِهِ الَّذِي تَسَبَّبَ فِيهِ ، وَلَا يَحْتَاجُ إلَى شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ بَلْ ظَاهِرُ الْآيَةِ حَقٌّ لَا يُخَالِفُ بَقِيَّةَ النُّصُوصِ ، فَإِنَّهُ قَالَ : { لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إلَّا مَا سَعَى } وَهَذَا حَقٌّ فَإِنَّهُ إنَّمَا يَسْتَحِقُّ سَعْيَهُ فَهُوَ الَّذِي يَمْلِكُهُ وَيَسْتَحِقُّهُ . كَمَا أَنَّهُ إنَّمَا يَمْلِكُ مِنْ الْمَكَاسِبِ مَا اكْتَسَبَهُ هُوَ . وَأَمَّا سَعْيُ غَيْرِهِ فَهُوَ حَقٌّ وَمِلْكٌ لِذَلِكَ الْغَيْرِ لَا لَهُ لَكِنْ هَذَا لَا يَمْنَعُ أَنْ يَنْتَفِعَ بِسَعْيِ غَيْرِهِ كَمَا يَنْتَفِعُ الرَّجُلُ بِكَسْبِ غَيْرِهِ . فَمَنْ صَلَّى عَلَى جِنَازَةٍ فَلَهُ قِيرَاطٌ فَيُثَابُ الْمُصَلِّي عَلَى سَعْيِهِ الَّذِي هُوَ صَلَاتُهُ وَالْمَيِّتُ أَيْضًا يُرْحَمُ بِصَلَاةِ الْحَيِّ عَلَيْهِ كَمَا قَالَ : { مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ أُمَّةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يَبْلُغُونَ أَنْ يَكُونُوا مِائَةً وَيُرْوَى أَرْبَعِينَ وَيُرْوَى ثَلَاثَةَ صُفُوفٍ وَيُشَفَّعُونَ فِيهِ إلَّا شُفِّعُوا فِيهِ - أَوْ قَالَ إلَّا غُفِرَ لَهُ - } فَاَللَّهُ تَعَالَى يُثِيبُ هَذَا السَّاعِيَ عَلَى سَعْيِهِ الَّذِي هُوَ لَهُ وَيَرْحَمُ ذَلِكَ الْمَيِّتَ بِسَعْيِ هَذَا الْحَيِّ لِدُعَائِهِ لَهُ وَصَدَقَتِهِ عَنْهُ وَصِيَامِهِ عَنْهُ وَحَجِّهِ عَنْهُ . وَقَدْ ثَبَتَ فِي الصَّحِيحِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ : { مَا مِنْ رَجُلٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ دَعْوَةً إلَّا وَكَّلَ اللَّهُ بِهِ مَلَكًا كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ دَعْوَةً قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ : آمِينَ ، وَلَك بِمِثْلِهِ } . فَهَذَا مِنْ السَّعْيِ الَّذِي يَنْفَعُ بِهِ الْمُؤْمِنُ أَخَاهُ يُثِيبُ اللَّهُ هَذَا وَيَرْحَمُ هَذَا ، { وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إلَّا مَا سَعَى } وَلَيْسَ كُلُّ مَا يَنْتَفِعُ بِهِ الْمَيِّتُ أَوْ الْحَيُّ أَوْ يُرْحَمُ بِهِ يَكُونُ مِنْ سَعْيِهِ بَلْ أَطْفَالُ الْمُؤْمِنِينَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ مَعَ آبَائِهِمْ بِلَا سَعْيٍ فَاَلَّذِي لَمْ يَجُزْ إلَّا بِهِ أَخَصُّ مِنْ كُلِّ انْتِفَاعٍ ؛ لِئَلَّا يَطْلُبَ الْإِنْسَانُ الثَّوَابَ عَلَى غَيْرِ عَمَلِهِ وَهُوَ كَالدَّيْنِ يُوَفِّيهِ الْإِنْسَانُ عَنْ غَيْرِهِ فَتَبْرَأُ ذِمَّتُهُ لَكِنْ لَيْسَ لَهُ مَا وَفَّى بِهِ الدَّيْنَ وَيَنْبَغِي لَهُ أَنْ يَكُونَ هُوَ الْمُوَفِّي لَهُ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ .

Kategori Berita:
Al-Quran dan al-Hadis

http://www.al-ahkam.net/home/pahala-al-fatihah-sampai-kepada-si-mati

Sabtu, 20 Julai 2013

TUJUH KEUTAMAAN BAGI ORANG YANG MATI SYAHID

ALLAH Subhanahu Wata'ala dalam berbagai Nash Al-Qur'an dan petikan hadis, sudah memberikan tujuh keutamaan kepada orang yang mati syahid yaitu:

1. Bau darahnya seperti aroma Misk..
Demi dzat yang jiwaku Dalam Kekuasaan-NYA, Tidaklah seseorang dilukai di jalan ALLAH dan ALLAH lebih tahu siapa yang dilukai di jalanNYA melainkan dia akan datang pada hari kiamat :

Berwarna merah darah sedangkan baunya bau Misk..(HR. Ahmad dan Muslim)..

Dr. Abdullah Azzam menyampaikan, SubhanALLAH, Sungguh kita telah menyaksikan hal ini pada kebanyakan orang yang mati syahid..

Bau darahnya seperti aroma misk (minyak kasturi)..

Dan sungguh di sakuku ada sepucuk surat di atasnya ada titisan darah Abdul wahid..

(Asy Syahid, Insya ALLAH)- dan telah tinggal selama 2 bulan, sedangkan baunya wangi seperti Misk..

2. Titisan darahnya merupakan salah satu titisan yang paling dicintai ALLAH..
Tidak ada sesuatu yang dicintai ALLAH daripada dua macam titisan atau dua macam bekas :

Titisan air mata kerana takut kepada ALLAH dan titisan darah yang tertumpah di alan ALLAH, dan adapun bekas itu adalah bekas (berjihad) di jalan ALLAH dan bekas penunaian kewajiban dari kewajiban-kewajiban ALLAH.. ( HR. At Tirmidzi – hadits hasan )..

3. Ingin dikembalikan lagi ke dunia (untuk syahid lagi)..

4. Ditempatkan di surga firdaus yang tertinggi..

5. Arwah Syuhada ditempatkan di tembolok burung hijau..

6. Orang yang mati syahid itu hidup..

7. Syahid itu tidak merasakan sakitnya pembunuhan..

Orang yang mati syahid itu tidak merasakan (kesakitan) pembunuhan kecuali sebagaimana seorang di antara kalian merasakan (sakitnya) cubitan..
(HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa’i – hadits hasan)..

SubhanALLAH

https://m.facebook.com/profile.php?id=351834478222294&__user=100002287268507

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!
Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan.

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia?

Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia?

Pedang Salahuddin Al-Ayyubi diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur. 

Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Wallahua'lam.

Jumaat, 19 Julai 2013

ReNuNgAn...Kisah Rasulullah dengan Arab Badwi

Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!"

Orang itu Ialu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!"

Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu Ialu berkata:"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab Badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang Badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?""Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya. "Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu balasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada jeragannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira.

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.

Maka orang Arab itu pula berkata:"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab Badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahNya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawananNya!'

Mendengar ucapan orang Arab Badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah rnengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!"

Betapa sukanya orang Arab Badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la Ialu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.

Wallahua'lam

Rabu, 17 Julai 2013

Puasa Syariat....Puasa Kerohanian....Apa itu?

Puasa Syariat....Puasa Kerohanian....Apa itu?
Hiasan sahaja
Puasa syariat adalah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Puasa kerohanian selain yang demikian ditambah lagi memelihara pancaindera dan fikiran daripada perkara-perkara yang keji. Ia adalah melepaskan segala yang tidak sesuai, zahir dan batin. Rosak sedikit sahaja niat mengenainya rosaklah puasa rohani. Puasa syariat terikat dengan masa sementara puasa rohani pula berkekalan di dalam kehidupan sementara ini dan kehidupan abadi di akhirat. Inilah puasa yang sebenar.

Nabi s.a.w bersabda, “Ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga”. Puasa syariat ada waktu berbuka tetapi puasa rohani berjalan terus walaupun matahari sudah terbenam, walaupun mulut sudah merasakan makanan. Mereka adalah yang menjaga pancaindera dan pemikiran bebas daripada kejahatan dan yang menyakitkan orang lain.

Untuk itu Allah telah berjanji, “Puasa adalah amalan untuk-Ku dan Aku yang membalasnya”. Mengenai dua jenis puasa itu Nabi s.a.w bersabda, “Orang yang berpuasa mendapat dua kesukaan. Pertama bila dia berbuka dan kedua bila dia melihat”. Orang yang mengenali zahir agama mengatakan kesukaan yang pertama itu ialah kesukaan ketika berbuka puasa dan ‘kesukaan apabila mereka melihat’ itu ialah melihat anak bulan Syawal menandakan hari raya.

Orang yang mengetahui makna batin bagi puasa mengatakan kesukaan berbuka puasa ialah apabila seseorang yang beriman itu masuk syurga dan menikmati balasan di dalamnya, dan kesukaan yang lebih lagi ialah ‘apabila melihat’, yang bermaksud apabila orang yang beriman melihat Allah dengan mata rahsia bagi hati.

Lebih berharga daripada dua jenis puasa itu ialah puasa yang sebenarnya (puasa hakikat), iaitu mengelakkan hati daripada menyembah sesuatu yang lain dari Zat Allah. Ia dilakukan dengan mata hati buta terhadap semua kewujudan, walaupun di dalam alam rahsia di luar daripada alam dunia ini, melainkan kecintaan kepada Allah, kerana walaupun Allah menjadikan segala-galanya untuk manusia, Dia jadikan manusia untuk-Nya, dan Dia berfirman:“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”.

Rahsia itu ialah cahaya daripada cahaya Allah Yang Maha Suci. Ia adalah pusat atau jantung hati, dijadikan daripada sejenis jisim yang amat seni. Ia adalah roh yang mengetahui segala rahsia-rahsia yang hak. Ia adalah hubungan rahsia di antara yang dicipta dengan Pencipta. Rahsia itu tidak cenderung dan tidak mencintai sesuatu yang lain daripada Allah.

Tidak ada yang berharga untuk diingini, tiada yang dikasihi di dalam dunia ini dan di akhirat, melainkan Allah. Jika satu zarah sahaja daripada sesuatu memasuki hati selain kecintaan kepada Allah, maka batallah puasa hakikat. Seseorang perlu memperbaharuinya, menghadapkan segala kehendak dan niat kembali kepada kecintaan-Nya, di sini dan di akhirat. Firman Allah, “Puasa adalah untuk-Ku dan hanya Aku yang membalasnya”.

Wallahua’lam

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...