Sabtu, 13 Julai 2013

MAKNA PUASA LAHIR BATIN

MAKNA PUASA LAHIR BATIN
Seperti dimaklumi, puasa merupakan ibadah yang sangat istimewa sebagai proses penyegaran kembali (rejuvenation), baik fizikal, mental, mahupun spiritual. Ibadah ini bila dilaksanakan dengan betul dan dengan sikap batin yang kuat serta tulus kerana ALLAH (imanan wa ihtisaban), maka ia dapat membawa pelakunya meraih derajat takwa. (QS Al-Baqarah [2]: 183).

Namun, untuk mencapai tahap ini, seorang muslim mesti menjalankan puasa, bukan sahaja puasa lahir, tetapi juga puasa batin. Puasa lahir, seperti diajarkan oleh para ahli fikih, ialah menahan diri (al-imsak) dari makan dan minum, serta melakukan hubungan suami-isteri dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat kerana ALLAH.

Sedangkan puasa batin, seperti diajarkan oleh para sufi, ialah menahan diri dari segala hal yang dilarang oleh ALLAH,  bahkan menahan diri dari apa pun yang akan memalingkan manusia dari mengingat ALLAH.  Tingkat tertinggi dari puasa batin (internal fasting), menurut Imam Ghazali, juga menurut Kess Waaijman, dalam Spirituality: form, foundation, method (2002), adalah menjadikan ALLAH sebagai satu-satunya Yang Terkasih (God is the Beloved One). Puasa batin menghantar manusia mencapai intipati Islam, iaitu berserah diri secara total kepada ALLAH SWT (total surrender to god).

Dalam buku Asrar al-Shaum, al-Ghazali menetapkan enam rukun yang bersifat moral dan spiritual, agar puasa batin dapat mencapai sasarannya, iaitu sah (al-shihhah) dan diterima ALLAH (al-maqbul).  Pertama, mensucikan pandangan (shaum al-bashar) dari segala hal yang dilarang oleh ALLAH.  Pandangan itu berbahaya kerana ia seringkali menjadi titik awal keburukan. Kata Nabi, pandangan itu merupakan salah satu anak panah Iblis (sahmun min sihami Iblis). (HR Hakim dari Hudzaifah ibn al-Yaman).

Kedua, menyucikan lisan atau perkataan (shaum al-lisan) dari dusta, gosip, dan adu domba. "Jangan berkata kotor dan jangan berbuat jahil." (HR Bukahari dan Muslim). Orang yang berpuasa, demikian al-Ghazali, lebih baik diam (al-sukut), lalu banyak zikir, dan baca Alquran. 

Ketiga, menyucikan pendengaran atau tutup telinga (shaum al-sam`) dari perkatan dusta dan kebohongan. Orang yang mendengar kebohongan sama buruknya dengan orang yang mengatakannya. Dalam Alquran, pendengar kebohongan disamakan dengan pemakan riba atau rasuah (QS al-Maidah [5]: 42 dan 63).

Keempat, menyucikan anggota tubuh yang lain (shaum baqiyat al-jawarih), seperti tangan, kaki, dan organ tubuh yang lain, serta mensucikan diri dari makan dan minum barang haram. 

Kelima, mengurangi makan yang terlalu kenyang. Sebab, hal demikian bertentangan dengan salah satu tujuan puasa, iaitu melepaskan diri dari kendali syahwat perut. 

Keenam, cemas, tetapi tetap penuh harap (optimistis) bahawa ibadah puasa yang dilakukan diterima oleh ALLAH SWT.

Semoga kita tak hanya puasa lahir, tetapi juga puasa batin. Dengan begitu, puasa betul-betul menjadi penyembuh yang berkesan untuk kesihatan kita, baik dari segi fizikal, psikologi mahupun mental dan spiritual. 

Wallahu a`lam.

http://ende-islam.blogspot.com/2011/08/makna-puasa-lahir-batin.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...