Jumaat, 5 Julai 2013

TIGA PESANAN AGAR HUBUNGAN TERPELIHARA

Tambah kapsyen
Pesanan pertama : Bertakwa kepada Allah
ALLAH s.w.t banyak menyebut dalam Al-Qur'an yang memerintahkan manusia supaya sentiasa bertakwa dalam kehidupan mereka. Antaranya ALLAH s.w.t. berfirman : " Sesungguhnya orang- orang yang paling mulia daripada kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa dalam kalangan kamu'' : (Surah: Al-Hujurat 49:13)

Malah pesanan takwa turut disampaikan oleh utusanNya yang mulia - Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Baginda telah memberikan tiga pesanan yang mempunyai kaitan dengan; HABLUMMINALLQH DAN HABLUMMINANNAS.

Baginda mendahulukan konsep takwa yang perlu diamalkan di mana-mana, ketika dalam jamaah
(ramai) atau ketika bersendirian.  Namun, apa itu takwa ? Secara ringkasnya ia boleh difahami dengan DUA perkara:

1: Melakukan segala perintah ALLAH,  iaitu kewajiban seorang Muslim dan amalan-amalan kebaikan yang lain,,
2: Meninggalkan segala larangan ALLAH yang boleh mengundang kemurkaan dan Azab-Nya.

Pesanan Kedua: Amalan Kebajikan Menghapuskan Kejahatan
Memang tidak dinafikan ramai di kalangan kita hari ini tidak dapat mengamalkan konsep takwa sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Hari yang dilalui bercampur dengan kebaikan dan kejahatan, Sesungguhnya ALLAH s.w.t. Maha Mengetahui hakikat tersebut, sebab itulah banyak ajaran Islam mengandungi sarana supaya manusia bertaubat dari kesalahan yang di lakukan. Bukan itu sahaja amalan kebaikan yang di lakukan pula mampu menghilangkan kotoran dosa. Maka bersegeralah memohon taubat kepada ALLAH s.w.t. dan tanamkan azam untuk tidak mengulanginya lagi, mulakan kehidupan baru yang mengerjakan kewajiban yang sebenarnya sebagai hamba ALLAH s.w.t.

Pesanan Ketiga: Berakhlak Mulia Sesama Manusia
Berakhlak baik digambarkan sebagai suatu amalan yang cukup mulia, Nabi s.a.w. bersabda : kebaikan itu ialah akhlak mulia :( Riwayat Muslim )

Segala perbuatan yang menyenangkan orang lain serta tidak melanggar perintah ALLAH akan di kira sebagai akhlak yang baik, Ingat mahfum pesanan baginda : Tidak ada keta'atan yang perlu diberikan kepada mahluk pada perbuatan yang merupakan maksiat kepada ALLAH Azzawajalla
( Riwayat Ahmad )

Sebenarnya banyak perbuatan yang boleh dilakukan kepada manusia lain, syaratnya, ia perlu mematuhi ajaran Islam yang murni. Mengikut landasan Al-Qur'an dan hadist Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. menunjukkan sikap seorang muslim yang berakhlak mulia sebagaimana dinyatakan dalam hadist baginda yang ertinya: "Seorang muslim yang sebenar ialah orang yang membuat orang Islam lainnya merasa selamat dan aman daripada kejahatan yang dilakukan oleh lidah dan tangannya :
( Riwayat Al- Bukhari )

Semoga kita dapat memelihara : HABLUMMINALLOH DAN HABLUMMINANAS:

PENGAJARAN:
1.  Bertakwa kepada ALLAH adalah aset paling penting kepada manusia.

2.  Berusaha melakukan kebaikan walau sekecil manapun dan tidak meremehkannya.
3.  Akhlak mulia dapat menjaga keharmonian hidup manusia.

Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...