Sabtu, 6 Julai 2013

Kisah RenunGan -Imam An-Nawawi r.a (631H-676H)

Kisah RenunGan -Imam An-Nawawi r.a (631H-676H)
Gambar hiasan
Sangat menarik bila membaca kisah ulamak. Benar sebagaimana dikatakan bahawa ketika mendengar atau membaca kisah orang yang soleh, akan turun rahmat ALLAH Taala. Dan juga ucapan Imam Abu Hanifah r.a. bahawa sesungguhnya cerita dan kisah itu adalah tentera ALLAH.

Syaikh Yasin bin Yusof Az-Zarkashi r.a. guru tariqat Imam An-Nawawi r.a. menceritakan tentang kehidupan Imam An-Nawawi: Aku melihat beliau ketika di Nawa perkampungan di Syria), usianya ketika itu sepuluh tahun sedang dipaksa oleh sekumpulan kanak-kanak untuk bermain bersama dengan mereka sedangkan Imam An-Nawawi melarikan diri daripada mereka dan menangis kerana paksaan mereka. Pada waktu itu dia sedang asyik membaca Al-Quran.

Maka saya tiba-tiba menyintainya. Manakala ayahnya pula menyuruhnya untuk menjaga kedai, tetapi beliau terus menyibukkan dirinya dengan membaca Al-Quran tanpa mempedulikan kedainya.

Aku pun bertemu dengan guru yang mengajarnya Quran sambil berkata: “ Budak ini mungkin akan menjadi orang yang paling alim pada zamannya, paling zuhud, dan seluruh manusia akan mendapat manfaat daripada ilmunya.” Guru Qurannya bertanya kepadaku: “Adakah Tuan seorang tukang tenung?” Aku menjawab: “Tidak! Tetapi bahawasanya ALLAH Taala yang menjadikan saya bertutur demikian”. Lantas guru Quran itu terus memberitahu kepada Ayah Imam An-Nawawi akan hal itu dan menggalakkannya supaya terus tekun dalam menuntut ilmu sehingga beliau menghafaz seluruh isi al-Quran sebelum usianya mencecah baligh.

Kisah ini amat menarik untuk kita ambil beberapa pengajaran. Antaranya didiklah anak mencintai Al-Quran bermula usia kanak-kanak lagi. Benarnya dan kemustajaban kata-kata ulamak. Dan yang lebih penting peranan Ayah dan ibu dalam memastikan didikan yang sempurna kepada anak-anak. Moga ada yang dapat manfaat daripada coretan ini.

Dicatat oleh Us.Mat Esa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...