Selasa, 30 September 2014

KiSaH SaHaBaT RASULULLAH - BiLaL

Gambar hiasan cuma
Kisah Sahabat Rasullah saw..'Bilal'... Siapa tahu pemilik bunyi derapan kaki di syurga?
Di dunia dia hitam..
Di dunia dia hamba..
Dia dunia dia tak punya apa apa..

Beliau kasihkan Rasulullah..
Rasulullah kasihkan beliau..
Bilal beriman kepada Allah walau disiksa dengan teruk sekali..

Selepas Rasulullah wafat dia pindah dari Madinah kerana terlalu sedih dengan kewafatan Rasulullah dan dengan harapan agar kurang sikit kerinduannya terhadap Rasulullah. Namun yang terjadi adalah sebaliknya- kerinduannya terhadap Rasulullah tambah memuncak.

Nak bagitahu kat sini yang Bilal punya rindu kat Rasulullah tak sebanyak kita rindu Rasulullah..
Bilal sampai tak nak azan sebab sebak..
Sebelum dia azan..
Dia akan kejut Rasulullah dari tidur..
Kalau tak dia.. Rasulullah yang kejut kan dia..
Rasulullah selalu tunggu dia dari menara lepas dia azan..

Rasulullah sambut dia..
Mana mungkin dia tak rindu..
Bilal takut..
Takut di tinggal Rasulullah..
Sebab dia rindu..
HebatBilal ni..
Lepas dia keluar dari Madinah tu.. Dia ke Syam rasanya
Dia ingat dia dapat kurangkan rindu..
Tetapi lagi bertambah rindunya..

Satu malam tu Bilal bermimpi Rasulullah..
Rasulullah tanya kenapa dia dah lama tak melawat Rasulullah..
Mana bukti dia rindu Rasulullah..
Sebaik Bilal terjaga. Dia menangis....Tangisan yang sungguh-sungguh

Sampai keluarga bertanyakannya "Kenapa Bilal kenapa kamu menangis"..
Bilal menyatakan "aku bermimpi Rasulullah"..

Pastu esoknya dia balik semula ke Madinah..
Dlm perjalanan tu dia menangis..
Menangis sebab rindukan Rasulullah
Dlm hati dia cuma satu..
Kepulangan dia cuma nak melepaskan rindu pada kekasihnya..
Sampai suara dia tak ada
Sampai shja dekat maqam Rasulullah..
Dia memberi salam dalam suara yg lemah dengar tak je suara..
Sbb dia nangis terlampau sangat.. Sbb rindu yg kuat sgt..
Dia beri salam.. "Assalamualaika ya Rasulullah, assalamualaika ya habiballah"
Masa tu khulafa ar rasyidin tepuk kepala Bilal.
Masa tu Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar..
Lupa antara salah seorang tu ckp kat Bilal
"Wahai Bilal, ingatlah airmata yang menangis kerana rindukan Rasulullah itu.. Takkan ditinggalkan Rasulullah"
"Dan engkau adalah orang yang tidak pernah ditinggal Rasulullah"..
Pernah tak awk menangis kerana rindu Rasulullah??
Jawab sendiri..

Pastu Bilal tanya "benarkah begitu?"
Khulafa ar rasyidin pun  menjawab.. "Benar"..
Pastu Bilal terus peluk mereka
Airmata kurang dah..
Sebab gembira mendengar Abu Bakar kata begitu..

Allah Allah Allah..
Lepastu Abu Bakar kata..
Sudah beradanya kamu di madinah.. Bagaimana kalau kamu azan..
Lepas tu bilal toleh kat menara..
Bilal teringat Rasulullah
Airmata yg tadi dah berenti, datang balik..
Bilal nangis lagi..

Bilal berkata..
"Tidak Abu Bakar tidak wahai Umar..
Aku tidak kuat lagi untuk azan"..

Lepas tu, datang dua anak kecil
Sorang pegang tgn kanan sorang pegang tgn kiri..

Teka siapa anak kecil dua orang itu????

Kanan Saidina Hassan kiri Saidina Hussin..

Lepas tu Bilal terus lahir rasa syukur sbb Allah hadir kan anak kecil yg merupakan orang yang dikasihi Rasulullah..

Wajah Hassan mirip Rasulullah..

Kaki Hussin mirip Rasulullah..

Bilal tengok wajah Hassan dan tengok kaki Hussin byk kali..
Lepas Bilal tengok Saidina Hassan dan Hussin..Bilal peluk mereka.. Jelas..
Bilal terbau bau Rasulullah..

Sollu alan nabiy!

Macam tu sekali cintanya Bilal pada Rasulullah..
Tak lama selepas itu..
Hassan dan Hussin berkata..
"Bilal aku rindu mahu mendengar suara kamu melaungkan azan"

Mereka minta Bilal azan..
Bilal toleh pada Abu Bakar dan Umar..
Abu Bakar suruh Bilal lakukan..

Masuk waktu.. Ramai orang tunggu Bilal untuk dgr Bilal azan..

Ramai dah bertanya "di mana Bilal? Mana Bilal?"..
Lepas tu terpancar satu cahaya dari susuk tubuh yang gelap..

Bilal mmg gelap..

Tp dari kegelapan kulitnya terpancar satu cahaya yang menunjukkan cahaya pertama dia mencintai Rasulullah..

Bilal mula berdiri ditempat yang biasa beliau berdiri..

Semua orang menangis kerana teringat kenangan bersama Rasulullah..

Bilal terus berjalan untuk naik ke menara..

Masa naik tu Bilal nangis lagi
Bilal teringat Rasulullah..

Bilal terlihat dimata tempat Rasulullah menghantarnya menunggunya ketika dia azan..

Orang ramai yang menyaksikan Bilal ketika itu pakat menangis..
Sehingga dikatakan tiada tangis sebanyak tangis ketika waktu itu di Madinah..

Akhirnya bilal terus memulakan azannya
الله اكبر الله اكبر
Dengar shja suara Bilal azan..
Semua jemaah menangis..

Menangissss sedih..
Rindu Rasulullah..
Rindu kekasih..
Rindu kekasih Allah..
Bilal teruskan juga azannya..

Masa tu jemaah ada yang menangis.

Jatuh..

Malah ada yang pengsan..

Knp mereka nangis??..

Knp mereka jadi lemah?

Knp mereka jd camtu?
Sebab teringat kenangan bersama Nabi Muhammad SAW..

Sehingga orang yang diluar masjid pun terkejut dgr Bilal azan.

Ada yang bertanya..

"Adakah Rasulullah dibangkitkan lagi, dibangkitkan semula?"

Sebab dulu bila dgr suara Bilal, mesti ada Rasulullah..

Jadi bila mereka terdengar suara Bilal..
Yang sudah lama tak kedengaran..
Seolah Rasulullah ada disitu..
Sbb tu mereka bertanya adakah Rasulullah dibangkitkan lagi..

Dijawab orang yang kat situ "Tidak, Itu suaranya Bilal"..

Lepastu mereka menundukkan kepala..
Masa azan Bilal bin Rabah sampai di kalimah Syahadah..

Makin ramai yang menangis..
Sehingga tangisan itu didengari..
Bilal juga menangis..
Sampai suaranya hilang..

Masa menyebut nama Muhammad.. Bilal terus pengsan
Kemudian Bilal tersedar..

Bilal berkata,
"Lanjutkan.. aku tidak mampu melanjutkan"..

Di saat kalimah MuhammadarRasulullah,
Bilal jadi lemah..

Allahu Rabbi...



Macam tu lah kerinduan Bilal kepada Rasulullah..

Ketika menyebut nama Rasulullah..

Itu yang Bilal rasa..

Rindu..
Rindu sampai lemah..
Tak terdaya..

Tp bila kita sebut nama Rasulullah.. Muhammad saw..

Moga Allah jadikan kita orang yg benar2 mencintai baginda Rasulullah, bkn setakat lafaz dibibir.

Sollu 'alannabiy

Selasa, 23 September 2014

10 PEnYaKiT HaTi dAn jiWA SeRTa RaWaTaNnya

 epondok Oleh DR. MUHAYA MOHAMAD
Tambah kapsyen
Kuatnya sebatang pokok bergantung kepada akar tunjangnya. Jika akar tunjangnya kuat, walaupun dipukul ribut taufan, pokok tidak mudah tumbang. Demikianlah kekuatan fizikal manusia bergantung kepada hati. Jika hati kita kuat, walaupun sehebat mana cabaran dan dugaan yang dihadapi, kita tidak mudah rebah dan patah semangat.

Bahkan baik atau buruk perangai manusia itu bergantung kepada hatinya. Sebagai mana hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotorlah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan itu ialah hati”.

Sebab itulah jika kita hendak berubah atau tidak, daripada amalan hidup negatif kepada positif, bergantung kepada hati. Kita tidak akan nampak diri kita salah, jika hati kita masih belum terbuka atau ‘buta mata hati’. Kesedaran untuk membuat perubahan diri akan timbul apabila hati kita bersih. Iaitu bersih daripada 10 penyakit hati dan jiwa yang menyerlahkan perasaan negatif dalam diri kita.

Pertama, ujub. Iaitu perasaan kagum terhadap diri sendiri. Berasa diri kita terlalu baik dan hebat berbanding orang lain. Ubatlah penyakit hati ini dengan menjadi pemerhati kepada diri sendiri, dengan bermuhasabah mencari kekurangan dalam usaha menambah ketakwaan.

Elakkan daripada menjadi pemerhati orang lain dengan tujuan untuk menilai, menghukum dan membuat perbandingan antara amalan orang lain dengan diri sendiri. Ikhlaskan diri dalam segala amalan kerana Allah, dan jangan mengharapkan penghargaan manusia. Dunia dalaman kita menentukan dunia luaran kita. Jangan malu kepada manusia, tetapi malulah kepada Allah, serta hentikan sebut perkataan, “apa orang kata.”

Kedua, perasaan sombong iaitu tinggi hati, angkuh, riak dan bongkak. Berasa segala kejayaan kita adalah kerana kehebatan kita, hingga melupakan kuasa Allah Yang Tinggi. Berani melakukan dosa dan meninggalkan suruhan-Nya. Menurut Al-Bukhari, “orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan santai dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangannya. Adapun orang Mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan dia duduk di bawah kaki gunung yang akan menghempapnya.”

Ketiga, perasaan iri hati dan dengki. Iaitu tidak boleh melihat orang lain lebih daripadanya, sentiasa hendak bersaing, tidak bersyukur dan sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita telah ada, tetapi sibuk mempersoalkan apa yang kita belum ada.

Orang yang menjaga kebersihan hatinya, setiap hari akan lihat apa yang difokuskannya? Kesyukuran atau kesukaran? Apa yang kita fokuskan akan menentukan kualiti hidup kita. Marilah menjaga hati kita daripada penyakit dengki. Selalunya orang akan mengata atau mengumpat orang yang mereka dengki.

Keempat, bersangka buruk. Orang yang bersih hatinya akan hidup dengan penuh ikhlas dan memperbanyak kasih sayang kepada dirinya dan orang lain. Membuang semua perasaan negatif dan tidak sekali-kali berfikir negatif tentang sesiapa. Sibuk memperbaiki diri sendiri sehingga tidak nampak keburukan orang lain.

Kelima, perasaan ego. Orang yang ego sebenarnya ada perasaan rendah diri yang tersembunyi dalam dirinya. Oleh itu bina keyakinan diri dengan mencari reda Allah SWT, supaya dapat menghilangkan rasa ego dan sombong. Sibukkan diri menghargai, bukan mencari penghargaan. Manusia yang paling tenang bebas daripada penghargaan manusia, hanya kasih Allah yang dicari. Lebih baik kita dianggap bodoh tetapi benar, daripada dianggap cerdik tetapi berbohong.

Keenam, perasaan marah. Orang yang hebat bukanlah orang yang dapat membandingkan diri dengan kekuatan. Orang yang hebat ialah orang yang mampu mengendalikan nafsu marahnya ketika marah.

Ketujuh, perasaan takut dan risau. Lebih takut dan risau kepada peraturan manusia daripada hukum Allah. Risau dengan dunia ialah kegelapan hati dan risau dengan akhirat ialah cahaya bagi hati. Banyak orang yang tersalah jalan tetapi berasa tenang kerana banyak teman yang sama-sama salah, dengan mengikut jalan yang sama. Beranilah untuk menjadi benar walaupun kita bersendirian mengikut jalan yang lain. Jangan mengharap dunia berubah sebelum kita berubah.

Kelapan, perasaan dendam. Dendam yang berpanjangan akan menjadi racun yang menjejaskan secara perlahan-lahan kesihatan diri kita. Sabar, reda dan maafkan semua kesalahan orang, itulah jalan keluar daripada penyakit hati dendam. Sabar itu pahit tetapi buahnya manis.

Kesembilan, bakhil dan kikir. Salah satu kunci syurga ialah murah hati dan baik budi. Sikap pemurah hati meluaskan rezeki, memanjangkan silaturahim dan menghindarkan musibah.

Kesepuluh, terlalu mengikut perasaan. Segala tindakan tidak berlandaskan fikiran. Dalam tubuh manusia ada sel aktivasi, otak yang mempengaruhi emosi kita dan apa yang kita lihat. Apa yang kita lihat dan dengar semua masuk pada mata kita. Sebenarnya apa yang kita lihat bukan hanya dengan mata, tetapi kita melihat melalui mata dengan hati dan otak.

Sebab itulah dalam Jurnal Senyumlah Wahai Hati, terbitan As-Sohwah, disarankan rawatan hati mesti melalui lima perkara. Iaitu mengawal apa yang kita dengar melalui telinga, mengawal apa yang kita fikirkan melalui minda, mengawal apa yang kita perkatakan melalui mulut dan lidah, dan mengawal apa yang kita pandang melalui mata.

Akhirnya jurnal ini membimbing kita mengawal apa yang kita lakukan dalam kehidupan sehari melalui persekitaran (sama ada di tempat kerja, tempat belajar, antara keluarga/jiran tetangga, dan ibadah). Dapatkan jurnal ini, kerana dengan mencatat setiap hari apa yang kita lakukan yang memberi kesan kepada hati kita selama 30 hari, insya-Allah kita dapat mendidik diri kita ke arah yang positif. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak.”

http://epondok.wordpress.com/2014/09/23/10-penyakit-hati-dan-jiwa-serta-rawatannya/

Jumaat, 19 September 2014

BISIKAN DALAM HATI DARI KHAZANAH SYEIKH ABD QADIR AL JAILANI


Asy-Syekh Abdul Qodir al-Jailani R.A di dalam kitabnya al-Ghunyah; 1/101, menyebutkan: 
Di dalam hati manusia terdapat DUA ajakan: 

PERTAMA ajakan malaikat. Ajakan malaikat itu mengajak kepada kebaikan dan membenarkan kepada yang benar (haq); dan

KEDUA, ajakan musuh. Ajakan musuh itu mengajak kepada kejahatan, mengingkari kebenaran dan melarang kepada kebajikan”. Yang demikian telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud R.A.

Al-Hasan al-Bashri R.A berkata: “Sesungguhnya kedua-dua ajakan itu adalah kemahuan yang selalu mengitari hati manusia, kemahuan dari Allah dan dari musuh, hanya dengan sebab Rahmat Allah, seorang hamba mampu mengawal kemahuan-kemahuannya tersebut. Oleh kerana itu, apa-apa yang datang dari Allah hendaknya dipegang oleh manusia dengan erat-erat dan apa yang datang dari musuh, dilawannya kuat-kuat “.

Mujahid R.A berkata; Firman Allah s.w.t:
“Dari kejahatan bisikan syaitan yang biasa bersembunyi”. (QS. an-Nas; 114/4)

Bisikan itu mencengkam hati manusia, apabila manusia berdzikir kepada Allah, maka syaitan itu akan melepaskan cengkamannya. Namun apabila manusia kembali lupa, maka syaitan itu akan kembali mencengkam hatinya. 

Muqotil R.A berkata: “Dia adalah syaitan yang berbentuk babi hutan yang mulutnya selalu menempel di hati manusia, dia masuk melalui jalan darah untuk menguasai manusia lewat hatinya. Apabila manusia melupakan Allah Ta’ala, dia menguasai hatinya dan apabila manusia sedang berdzikir kepada Allah dia melepaskan dan keluar dari jasad manusia itu“.

Asy-Syekh Abdul Qodir al-Jailani R.A berkata, bahawa di dalam hati ada ENAM bisikan (khotir):

(1) Bisikan nafsu syahwat;
(2) Bisikan syaitan;
(3) Bisikan ruh;
(4) Bisikan malaikat;
(5) Bisikan akal; dan
(6) Bisikan keyakinan.

1. Bisikan Nafsu Syahwat
Bisikan nafsu syahwat adalah bisikan yang secara qudroti tercipta untuk memerintah manusia mengerjakan kejelekan dan memperturutkan hawa nafsu.

2. Bisikan Syaitan
Bisikan syaitan itu adalah perintah agar manusia menjadi kafir dan musyrik (menyekutukan Allah), berkeluh-kesah, ragu terhadap janji Allah s.w.t cenderung berbuat maksiat, menunda-nunda taubat dan apa saja yang menyebabkan kehidupan manusia menjadi hancur baik di dunia mahupun di akhirat. Ajakan syaitan ini adalah ajakan paling tercela dari jenis ajakan buruk tersebut.

3. Bisikan Ruh
Bisikan ruh adalah bisikan yang mengajak manusia mengikuti kebenaran dan ketaatan kepada Allah s.w.t dan juga kepada apa saja yang bersesuaian dengan ilmu pengetahuan sehingga menyebabkan keselamatan dan kemuliaan manusia, baik di dunia maupun di akhirat. Ajakan ini adalah dari jenis ajakan yang baik dan terpuji.

4. Bisikan Malaikat
Bisikan malaikat sama seperti bisikan ruh, mengajak manusia mengikuti kebenaran dan ketaatan kepada Allah s.w.t dan segala yang bersesuaian dengan ilmu pengetahuan dan juga kepada apa saja yang menyebabkan keselamatan dan kemuliaan.

5. Bisikan Akal
Bisikan akal adalah bisikan yang cenderung mengarahkan pada ajakan bisikan ruh dan malaikat. Dengan bisikan akal tersebut sekali waktu manusia mengikuti nafsu dan syaitan, maka manusia terjerumus kepada perbuatan maksiat dan mendapatkan dosa. Sekali waktu manusia mengikuti bisikan ruh dan malaikat, maka manusia beramal sholeh dan mendapatkan pahala. Itulah hikmah yang dikehendaki Allah s.w.t terhadap kehidupan manusia. Dengan akal,manusia mempunyai kebebasan untuk memilih jalan hidup yang dikehendaki namun kemudian manusia juga harus mampu mempertanggungjawabkan atas kesalahan dan kejahatan dengan siksa dan neraka dan menerima balasan dari amal sholeh dengan pahala dan syurga.

6. Bisikan Keyakinan
Bisikan yakin adalah Nur Iman dan buah ilmu dan amal yang datangnya dari Allah s.w.t dan dipilihkan oleh Allah s.w.t. Ia diberikan khusus hanya kepada para kekasih-Nya dari para Nabi, ash-Shiddiq, asy-Shuhada’ dan para Wali-wali-Nya. Bisikan yakin itu berupa ajakan yang selalu terbit dari dalam hati untuk mengikuti kebenaran walau seorang hamba itu sedang dalam lemah wiridnya.

Bisikan yakin itu tidak akan sampai kepada siapapun, kecuali terlebih dahulu manusia menguasai TIGA hal;
(1) Ilmu Laduni;
(2) Ahbārul Ghuyūb (khabar dari yang ghaib);
(3) Asrōrul Umur (rahasia segala urusan).

Bisikan yakin itu hanya diberikan oleh Allah Ta’ala kepada orang-orang yang dicintai-Nya, dikehendaki-Nya dan dipilih-Nya. Iaitu orang-orang yang telah mampu fana di hadapan-Nya. Yang telah mampu ghaib dari lahirnya. Yang telah berhasil memindahkan ibadah lahir menjadi ibadah batin, baik terhadap ibadah fardhu mahupun ibadah sunnah. Orang-orang yang telah berhasil menjaga batinnya untuk selama-lamanya. Allah s.w.t yang mentarbiyah mereka, sebagaimana yang telah dinyatakan dengan firman-Nya:

“Sesungguhnya Waliku adalah Allah, dan Dia mentarbiyah (memberikan Walayah) kepada orang-orang yang sholeh”. (QS. al-A’raaf; 7/196)

Orang tersebut dipelihara dan dicukupi dengan sebab-sebab yang dapat menyampaikan kepada keredlaan-Nya dan dijaga serta dilindungi dari sebab-sebab yang dapat menjebak kepada kemurkaan-Nya. Orang yang setiap saat ilmunya selalu bertambah. Iaitu ketika terjadi pengosongan alam fikir, maka yang masuk ke dalam bilik akalnya hanya yang datangnya dari Allah s.w.t. Seorang hamba yang ma’rifatnya semakin hari semakin kuat. Nurnya semakin memancar. Orang yang selalu dekat dengan yang dicintainya dan yang disembahnya. Dia berada di dalam kenikmatan yang tiada henti. Di dalam kesenangan yang tiada putus dan kebahagiaan tiada habis. Syurga baginya adalah apa yang ada di dalam hatinya.

Ketika ketetapan ajal kematiaannya tiba, disebabkan kerana masa baktinya di dunia fana telah purna, maka untuk dipindahkan ke alam baqa'’, Mereka akan dibawa dengan sebaik-baik perjalanan. Seperti perjalanan seorang pengantin dari kamar yang sempit ke rumah yang luas. Dari kehinaan kepada kemuliaan. Dunia baginya adalah syurga dan akhirat adalah cita-cita. Selama-lamanya mereka akan memandang wajah-Nya yang Mulia, secara langsung tanpa penghalang yang merintangi. Allah s.w.t menegaskan hal tersebut dengan firman-Nya:

“ Dan firman Allah s.w.t: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu, berada di taman-taman dan sungai-sungai – Di tempat yang disenangi di sisi Tuhannya yang Maha Kuasa” . (QS. al-Qomar; 54/54)

“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik dan tambahan “. (QS. Yunus; 10/26)

Firman Allah s.w.t di atas: “Ahsanuu”, ertinya berbuat baik dengan mentaati Allah s.w.t dan Rasul-Nya, serta selalu mensucikan hatinya dengan meninggalkan amal ibadah yang selain untuk-Nya. Allah s.w.t akan membalasnya di akhirat dengan syurga dan kemuliaan. Diberi kenikmatan dan keselamatan. Ditambahi dengan pemberian yang abadi. Iaitu selama-lamanya memandang kepada wajah-Nya yang Mulia.

“Nafsu dan Ruh” adalah dua tempat bagi syaitan dan malaikat. Keadaannya seperti pesawat penerima yang setiap saat siap menerima signal yang dipancarkan oleh dua makhluk tersebut. Malaikat menyampaikan dorongan ketakwaan di dalam ruh dan syaitan menyampaikan ajakan kekufuran di dalam nafsu. Oleh kerana itu, nafsu selalu mengajak hati manusia untuk melaksanakan perbuatan-perbuatan kufur.

Di antara keduanya ada Akal dan Hawa. Dengan keduanya supaya terjadi proses hikmah dari rahsia kehendak dan keputusan Allah yang azaliah. Iaitu supaya ada pertolongan bagi manusia untuk berbuat kebaikan dan dorongan untuk berbuat keburukan. Kemudian akal menjalankan fungsinya, memilih untuk menolak keburukan dan menghindari ajakan kejelekan, dengan itu supaya tidak terbuka peluang bagi hawa untuk menuruti kehendak nafsu dan syaitan. Sedangkan di dalam hati ada dua pancaran Nur, “Nur Ilmu dan Nur Iman”. itulah yang dinamakan yakin. Kesemuanya indera tersebut merupakan alat-alat atau anggota masyarakat hati. Hati bagaikan seorang raja terhadap bala tenteranya, maka hati harus selalu mampu mengaturnya dengan aturan yang sebaik-baiknya. (Asy-Syekh Abdul Qodir al-Jailani, “Al-Ghunyah”; 1/101)

Walhasil, yang dimaksud alam ruhaniah itu bukan alam jin atau alam ghaib, tetapi alam-alam batin yang ada dalam jiwa manusia. Alam batin yang menyertai alam lahir manusia secara manusiawi. Dengan alam batin, manakala indera-indera yang ada di dalam alam batin itu hidup, maka manusia mampu berinteraksi dengan makhluk batin dengan segala rahsia kehidupan yang ada di dalamnya sebagaimana dengan alam lahir manusia dapat mengadakan komunikasi dengan makhluk lahir dengan segala urusannya.

Untuk menghidupkan indera-indera yang ada di alam batin tersebut, manusia harus mampu mencapainya dengan jalan melaksanakan mujahadah dan riyadhoh di jalan Allah. Mengharapkan terbukanya matahati (futuh) dengan menempuh jalan ibadah (thoriqoh) dengan bimbingan seorang guru mursyid sejati. Perjalanan tersebut bukan menuju suatu tempat yang tersembunyi, melainkan menembus pembatas dua alam yang di dalamnya penuh misteri. Dengan itu supaya ia mencapai suatu keadaan yang ada dalam jiwa yang dilindungi, supaya dengan keadaan itu ia dapat menemukan rahasia jati diri yang terkadang orang harus mencari setengah mati. Itulah perjalanan tahap awal yang harus dicapai seorang salik dengan sungguh hati. Lalu, dengan mengenal jati diri itu, dengan izin Allah selanjutnya sang pengembara sejati dapat menemukan tujuan akhir yang hakiki, yakni menuju keridhoan Ilahai Rabbi.

BISIKAN DALAM HATI – SYEIKH ABD QADIR AL JILANI
http://delisufi.blogspot.com/2013/08/al-khawatir-8-bisikan-dalam-hati-dari.html


RAHSIA ALAM ROH YANG KITA TIDAK PERNAH AMBIL TAHU KEWUJUDANNYA

Sekadar gambar hiasan
Alam roh merupakan titik bermulanya pengembaraan manusia sebelum menempuh alam-alam yang seterusnya. Masih ramai dalam kalangan kita yang tidak pernah ambil tahu akan kewujudan alam roh. Oleh itu, rahsia disebaliknya akan didedahkan untuk kesedaran kita semua. Alam roh merupakan tempat berkumpulnya roh-roh di mana manusia tidak mempunyai jasad. Tidak ada jantina lelaki ataupun perempuan. Bagaimana keadaan kita pada masa itu? Sangat sedikit yang kita ketahui berkenaan dengan alam roh itu. Firman Allah S.W.T:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً

Maksudnya: "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja." [Surah Al-Isra' ayat 85].

Tetapi apa yang pasti semasa berada di alam roh, manusia sangat rapat dengan Tuhan. Sehinggakan pengakuan ini dicatat di dalam Al-Qur'an. Firman Allah S.W.T:

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتَ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا أَن تَقُولُواْ 
يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ

Maksudnya: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi." Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini." [Surah Al-A'raf ayat 172].

Pada ketika itu, roh sangat kenal dan mengakui akan keesaan Allah S.W.T sebagai Robb (Tuhan yang menciptanya). Pada ketika itu juga roh telah berjanji untuk menjadi hamba Allah yang patuh. Perjanjian ini termeterai di antara manusia dengan Allah sehinggakan manusia sanggup memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi.

"Walaupun semua makhluk lain menolak untuk memikul amanah ini, tetapi manusia pula sebaliknya dengan menyatakan kesanggupannya untuk memikul amanah tersebut."

Dan kesediaan inilah menyebabkan manusia menjadi pelakar sejarah dalam kehidupan di muka bumi dan memberi impak yang besar serta memberi kesan kepada kehidupannya sendiri. Firman Allah S.W.T:

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ 
ظَلُوماً جَهُولاً

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan (jahil)." [Surah Al-Ahzab ayat 72].

Tidak diketahui berapa lama tempoh manusia berada di alam roh. Namun yang pastinya, setiap manusia mengambil giliran masing-masing untuk diturunkan ke alam dunia. Kita pun datang ke bumi dari generasi ke generasi. Sayangnya, pengakuan, perjanjian, kesanggupan dan segala-gala yang berlaku di alam roh seolah-olah sudah dilupakan oleh manusia. Mengapa boleh terjadi hal sedemikian?

Memang logik manusia sudah lupa kerana alam roh itu sudah begitu lama manusia tinggalkan. Sedangkan hal yang berlaku setahun atau sebulan mahupun seminggu yang lalu pun manusia boleh terlupa, inikan pula entah berapa ratus atau ribu tahun sudah manusia tinggalkan alam roh tersebut? Wallahua'lam. Semoga kita dapat ambil pengajaran mengenai kehidupan kita semenjak di alam roh dahulu.

http://biaqpila.blogspot.com/2013/07/rahsia-alam-roh-yang-kita-tidak-pernah.html

http://biaqpila.blogspot.com/2013/07/rahsia-alam-roh-yang-kita-tidak-pernah.html#ixzz3DmWHRzit

Sabtu, 13 September 2014

Tadabbur Surah Al-Alaq penyelesaian masalah

FAZRUL ISMAIL

ZAMAN itu penuh dengan kerosakan. Nabi Muhammad SAW berada dalam satu umat yang dipandang ringan oleh Parsi dan Rom. Umat yang tidak pandai membaca.

Nabi Muhammad SAW diselubungi pelbagai masalah kehidupan sekeliling bumi Makkah. Ada yang menanam anak perempuan hidup-hidup dan ada yang menghambakan wanita. Pesta ibadah di sekitar Kaabah tidak membawa kepada konsep hanif seperti mana berlaku di zaman Nabi Ibrahim lagi.

Nabi Muhammad SAW bermenung. Baginda SAW mengasingkan diri di Gua Hira’. Berulang-alik ke sana, disokong oleh isteri tercinta Saidatina Khadijah. Hingga turun wahyu pertama, iqra’!

Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca. Dibaca lagi: iqra’. Baginda SAW tidak pandai membaca. Lantas dipeluk untuk ke sekian kalinya, lantas Nabi Muhammad SAW mengikut bacaan malaikat Jibrail hingga ayat kelima Surah Al-Alaq. Wahyu itu tidak diletakkan pada urutan pertama dalam mushaf Quran kini tetapi pada urutan nombor 96, antara Surah At-Teen dan Surah Al-Qadr.

Wahyu pertama

Iqra’ disetujui sebagai wahyu pertama untuk menjadi latar betapa dalam Islam, membaca adalah satu asas untuk membina keimanan dan beragama. Bacaan itu bukan sekadar bermaksud membaca tulisan daripada majalah atau buku, tetapi menghimpunkan beberapa perkara hingga menjadi sesuatu yang bermakna. Inilah asas iqra’.

Jika yang dibaca itu ialah B, A, C dan A, maka maknanya ialah baca. Jika yang dibaca itu ialah nombor 1, 2, 3 dan 4, ia boleh menjadi 1234 atau boleh juga menunjukkan pola sesuatu jualan yang berlaku dalam satu bisnes yang diusahakan.

Jika yang dibaca itu dari alam, kita akan nampak matahari, bulan, awan, malam dan siang tidak terjadi secara automatik. Pasti ada yang menyusunnya, seperti artikel ini tersusun rapi bukan secara rawak. Kebarangkaliannya ialah 1 daripada beberapa ribu huruf dan perkataan.

Jika yang dibaca itu daripada mimik muka manusia di sesuatu tempat, maklumat sosial dapat dibaca dengan baik. Itulah kehebatan iqra’. Ia akan menjadi amat hebat apabila dilaksanakan dengan nama Tuhan.

Apabila surah ini diletakkan pada urutan 96 antara Surah At-Teen dan Surah Al-Qadr, ia melonjakkan lagi kehebatan iqra dengan nama Rabb.

Mengapa? Surah At-Teen ada khabar gembira: manusia dicipta sebaik-baik kejadian. Surah Al-Alaq menyeimbangkan inti pati Surah At-Teen bahawa khabar itu tetap akan  gembira apabila khabar amaran disekalikan. Basheer dan Nazeer daripada ALLAH SWT.

Surah Al-Qadr memperincikan apa yang telah dinyatakan dalam Surah Al-Alaq. Dalam Surah Al-Alaq, ALLAH membawakan amaran demi amaran.

Amaran pertama, ALLAH menjadikan manusia daripada segumpal darah. Nabi Muhammad SAW mencari penyelesaian cabaran pelbagai yang ada. Nabi Muhammad SAW memerhati dan bertafakur. Mengasingkan diri untuk mencari penyelesaian. ALLAH memberi penyelesaian dengan amaran pertama: ALLAH menjadikan manusia daripada segumpal darah. Banyak masalah yang ada dalam kehidupan kita dapat diteka jalan penyelesaiannya.

Seorang ayah di rumah boleh meneka bagaimana untuk melonjakkan mutu akademik si anak dengan pelbagai cadangan yang boleh difikirkan atau dibincangkan.

Seorang bos boleh meneka apakah penyelesaian kepada masalah bisnes atau staf yang tidak menunjukkan kerja yang bagus.

Seorang guru boleh meneka apakah kaedah untuk melonjakkan prestasi sekolah. Bagaimana pula dengan seorang individu yang masih tidak bertemu pasangan? Adakah dia mampu meneka penyelesaiannya: seorang pemuda Perak yang dibesarkan di Johor mampu bertemu seorang pemudi Sabah yang tinggal di Pulau Pinang dan pertemuan itu berlaku di US lantas bernikah di Malaysia?

Bukan itu sahaja. Pertemuan itu ditentukan dengan pertemuan-pertemuan lain hingga lahir seorang insan dari segumpal darah. Siapakah yang mampu meneka penyelesaian kepada masalah ini?

Bagi yang sudah bernikah, ini mungkin dipandang remeh. Namun bayangkan mereka yang masih tidak bernikah sampai sekarang.

Bagi mereka yang sudah dikurnia anak, ini mungkin dipandang remeh. Bayangkan mereka yang masih belum dikurniakan anak.

Lahirnya seorang insan daripada segumpal darah itu petanda penyelesaian hebat daripada Yang Maha Menciptakan. Jika yang sekompleks itu mampu dilaksanakan, sukarkah menyelesaikan kemelut dalam diri, keluarga dan masyarakat? Tidak sukar bagi membaca dengan nama Tuhan.

Kedua, amaran mendekati ALLAH Yang Maha Mulia. “Aku tak pastilah kalau penyelesaian ini ok atau tidak.” “Kau buat sahaja,” cadang seorang rakan.
Ubat semua masalah

Ramai akan membuat keputusan untuk memuaskan diri atau orang lain. Dalam ayat ketiga Surah Al-Alaq, ALLAH menekankan perihal penyelesaian yang dibuat perlulah dirujuk kepada Yang Maha Mulia.

Apabila seorang rakyat amat rapat dengan rajanya, pasti si rakyat akan dipandang mulia oleh orang sekeliling. Apabila si hamba itu amat rapat dengan Yang Maha Mulia, pasti Yang Mulia akan memuliakannya.

Firman-Nya: “…Yang paling mulia di sisi ALLAH ialah yang paling bertaqwa.” (Surah Al-Hujurat: 49)
Apakah rahsia menjadi orang mulia? Bertakwa dengan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk.

Apakah kesan kalau tidak mendekati yang Maha Mulia? Seseorang itu akan dibiarkan dengan dirinya untuk menentukan nasibnya yang amat malang!

Penyelesaian masalah sering dikaitkan dengan catatan dan ilmu yang banyak. Catatan dengan pena dan ilmu yang banyak itu bukan datang dengan tiba-tiba, biarpun ramai yang sudah ada SPM, ijazah atau doktor falsafah akan mendabik ini adalah usahanya untuk mengecap ilmu yang ada.

ALLAH SWT menegaskan nikmat yang besar: pena dan ilmu yang diajarkan itu datang daripda ALLAH – Tuhanmu dan Tuhan Yang Maha Mulia. Dua nikmat ini perlu diuruskan dengan baik kerana ia banyak menyebabkan manusia melampai batas serta merasakan diri ‘sudah bagus’.

Sudah tentu kembali kepada ALLAH SWT. Firman-Nya: “(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Al-Alaq: 96)

“Saya tidak pandai baca Quran.”

Dulu saya tidak pandai ilmu kimia. Apabila digembar-gemburkan ilmu ini akan menjadikan saya seorang jurutera kimia yang baik, statusnya tinggi dan akan dapat gaji yang banyak, ia menyebabkan saya bersama rakan-rakan lain yang bertungkus lumus untuk memahami dan menghafaz pelbagai formula.

Quran ini pasti akan menaikkan darjat sesiapa yang membaca, mengkaji, memahami serta memahaminya sampai ke akhirat. Ia boleh bermula dengan mengeja perlahan-lahan, diikuti bacaan dan hafazan.

“Saya tidak pandai bahasa Arab.”

Terjemahan al-Quran yang ada boleh membantu. Ia amat berbaloi untuk diambil masa dan dikaitkan dengan diri untuk memandu kehidupan di atas jalan yang benar. Jalan yang benar ini sifatnya lurus. Jalan paling pendek dalam hidup ialah jalan yang paling lurus.

“Bagaimana kau selesaikan perkara ini?” tanya Ahmad.
“Buat A, B, C, D, E dan F. Bagaimana pula kau?” jawab seorang rakan.
“Aku ikut kaedah A, B dan C sahaja untuk berjaya,” jawab Ali.

“Eh bestnya kalau dapat selalu jalan pintas macam kau, Ali. Aku selalu je kena ikut jalan panjang untuk mendapatkan kejayaan dan ketenangan dalam hidup.”

Itulah manfaat jalan yang lurus. Jalan yang menjimatkan masa dan tidak perlu mengambil risiko yang tinggi untuk berjaya.

Syaratnya? Dapatkan penyelesaian itu daripada Yang Maha Menciptakan.
Baca dengan nama Tuhanmu
Apabila seseorang itu menyelesaikan masalah hidup dengan nama Tuhan, ia beroleh jalan pintas.

Ada petanda yang penting dalam Surah Al-Alaq bagi menunjukkan kita semua sedang membaca dengan nama Tuhan atau menyelesaikan masalah kehidupan dengan asas Ilahi iaitu banyak bersujud kepada ALLAH dan banyak melaksanakan perkara yang mendekatkan diri kepada ALLAH.

Berapa banyak sujud anda hari ini? Apabila sujud wajib sudah dilaksanakan pada tepat masanya, itu tanda anda membaca dengan nama Tuhanmu.

Berapa banyak perkataan dan amalan kebaikan mendekatkan diri kepada ALLAH hari ini? Apabila ia makin banyak, ia melambangkan cara berfikir kita dalam menguruskan hidup adalah berteraskan pedoman Rabbani.

Tahniah! Surah Al-Alaq tetap relevan sebagai pedoman menyelesaikan masalah yang silih berganti dalam diri manusia setiap masa.

Antara Tanda Mati Baik

ANTARA tanda seseorang itu mati dalam keadaan husnul khatimah ialah keadaan keningnya berpeluh. Baridah bin al-Khathib berkata ketika Rasulullah SAW berada di Khurasan, saudaranya meninggal dunia dalam keadaan sakit dan keningnya berpeluh, maka kata Barida: “Allahuakbar (Allah Maha Besar), aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Kematian seseorang Mukmin dengan keringat di kening.” (riwayat Ahmad dan al Hakim)

Mati di malam Jumaat atau siang harinya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah melindunginya daripada fitnah kubur,” (riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Mati syahid di medan perang. Firman Allah SWT yang bermaksud: Janganlah kamu mengira orang yang gugur di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka berada dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap orang yang tinggal di belakang yang belum menyusul mereka. Bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan kurnia yang besar daripada Allah dan bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang beriman. (Ali-Imran: 169-171)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bagi seorang yang mati syahid di sisi Allah itu ada tujuh perkara. Diampuni dosanya sejak mula pertama darahnya tumpah, ia menyaksikan tempat duduknya di syurga, dia mengenakan perhiasan iman, mempersuntingkan 72 bidadari, dihindarkan daripada azab kubur, diselamatkan saat kejutan yang dahsyat (kiamat), disematkan di atas kepalanya mahkota kebesaran daripada batu mulia lebih baik dari dunia dan isinya dan ia dapat memberi syafaat 70 ahli keluarganya.” (riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Khamis, 11 September 2014

TiGA WaLi Allah dEnGaN TiGa PeSaNaN

Gambar hiasan
TIGA wali Allah terkenal selepas zaman Rasulullah meninggalkan pesanan dan peringatan kepada umat Islam mengenai cara terbaik menjalani kehidupan di dunia. Mereka ialah Abu Muhammad Royam, Al-Syibli dan Hasan al-Basri.

Pesanan Abu Muhammad Royam:
– Ingatlah bahawa Allah menjadikan manusia untuk memperhambakan diri kepada-Nya, bukan untuk tujuan lain.
– Semakin kaya orang itu, semakin jauh dia daripada Allah.
– Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah agar hati menjadi bersih.

Pesanan Al-Syibli:
– Sesuatu yang Allah takdirkan untukmu, pasti akan dapat walaupun terpaksa melalui seribu halangan.
– Orang yang tidur satu jam pada waktu malam dengan melupakan Allah, adalah tertinggal seribu tahun ke belakang dalam perlumbaan kerohanian.
– Waktu sekarang yang sedang kamu lalui lebih berharga daripada seribu tahun lalu dan seribu tahun akan datang. Untuk itu jangan terpedaya dengan kebendaan.

PesananHasan al-Basri :
– Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan membina bangunan akhirat di atasnya adalah orang yang bijak.
– Kawan yang jahat suka merosakkan orang yang sedang menuju ke jalan Allah.
– Barang siapa yang terlalu menyintai emas dan perak, dia akan dihina Allah.

HIDUP KITA..

Gambar hiasan
HIDUP KITA DALAM 3 hari SAHAJA
·         Hari semalam yang telah KITA LALUI
·         Hari ini yang SEDANG KITA LALUI
·         DAN  HARI ESOK YANG kita BELUM PASTI
  JADI jika KITA   terSILAP…BERTAUBATLAH…

HIDUP KITA hanya DENGAN DUA NAFAS sahaja
Nafas NAIK  dan Nafas TURUN . …HARGAILAH NAFAS YANG NAIK itu, sebab PEMBERIAN PERCUMA ALLAH  …DAN TAUBATLAH DENGAN NAFAS YANG TURUN ITU..KEMUNGKINAN ITU NAFAS KITA yang TERAKHIR

HIDUP INI PUN,  MATLAMATNYA DUA SAHAJA
PERTAMA  KITA Hendak hidup dalam KEREDAAN ALLAH
ATAU
HENDAK HIDUP DALAM KEMURKAAN ALLAH

DAN HIDUP YANG KEKAL ABADI ada  DUA TEMPATNYA..SAMA ADA DI NERAKA
 ATAU 
DI JANNAH

HIDAYAH YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA…JANGANLAH DISIA-SIAKAN.
SAMPAIKAN RISALAH ALLAH INI KEPADA MEREKA YANG BELUM MENGENAL ISLAM ATAU 
YANG TELAH ISLAM TETAPI BELUM MENGAMALKAN ISLAM…
KERANA KERJA DAKWAH/ MENYAMPAIKAN RISALAH ALLAH ADALAH TUGAS SETIAP MUSLIM,... SETIAP KITA..

ILMU ISLAM  ini …CUKUP LUAS..maka dengan itu ..CARILAH IA..
CARILAH IA...

HATI KENA BERSIH....BERSIHKANLAH HATI...CUCILAH HATI ...
UTK MENCAPAI IMAN..UNTUK MENCAPAI IMAN YANG TINGGI.

DENGAN MENGINGATI ALLAH...HATI AKAN MENJADI TENANG


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا . وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dzikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang (al-Ahzab: 41-42)

وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ الْغُرُوبِ

dan bertasbihlah sambil memuji Rabbmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam(nya).
(Qaaf: 39)

وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا وَمِنْ آنَاءِ اللَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ

Dan bertasbihlah dengan memuji Rabbmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang (Thaa-Haa: 130)

وَاذْكُرْ رَبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ

“…Dan sebutlah (nama) Rabbmu sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari”. (Aal-i-Imraan: 41)

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Dan sebutlah nama Rabbmu pada (waktu) pagi dan petang. (al-Insan: 25)

أَنْ سَبِّحُوا بُكْرَةً وَعَشِيًّا

…hendaklah kamu bertasbih di waktu pagi dan petang. (Maryam: 11)

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ

Dan sebutlah (nama) Rabbmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (Al-Araaf: 205)

فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ

Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu shubuh (ar-Ruum: 17)

Begitu banyaknya ayat-ayat dalam Alqur'an yang memerintahkan untuk berdzikir. yang mengisyaratkan betapa Mutlaknya kita berdzikir kepada Allah. Kerana dengan berzikirlah hati menjadi tenang kemudian setelah tenang barulah Allah mahu Singgah di hati orang tersebut.

Dalam hadist qudsi Allah berfirman:
"Tidak dapat memuat dzat-Ku bumi dan langit-Ku, kecuali "Hati" hamba-Ku yang mukmin, lunak dan tenang (HR Abu Dawud)

KESABARAN RASULULLAH WAKTU MARAH

Gambar hiasan
Ketika Rasulullah sedang duduk-duduk di tengah para sahabatnya, salah seorang pendeta Yahudi bernama Zaid bin Sa’nah masuk menerobos barisan jama’ah yang melingkarinya, seraya menyambar kain Rasulullah dan menghardiknya dengan kasar. Katanya, “Ya Muhammad! Bayarlah hutangmu. Kamu keturunan Bani Hasyim biasa memperlambat pelunasan.”

Pada waktu itu Rasulullah memang punya hutang kepada orang Yahudi itu, namun belum sampai tempoh. Umar yang melihat peristiwa itu langsung bangkit dan menghunus pedangnya, sambil  memohon izin. Ucapnya,“Ya Rasulullah, izinkanlah aku memenggal leher bedebah ini!”

Tetapi Rasulullah bersabda, “Ya Umar, aku tidak disuruh berdakwah dengan cara begitu. Antara aku dan dia memang sedang memerlukan kebijaksanaanmu. Suruhlah dia meminta dengan sopan dan ingatkanlah aku supaya membayarnya dengan baik.”

Mendengar sabda Rasulullah tersebut, orang Yahudi itu berkata, “Demi yang mengutusmu dengan kebenaran. Sebenarnya aku tidak datang untuk menagih hutangmu, namun aku datang untuk menguji akhlakmu. Aku tahu, tempoh pembayaran hutang belum tiba waktunya. Akan tetapi aku telah membaca sifat-sifatmu dalam Kitab Taurat, dan ternyata terbukti semua, kecuali satu sifat yang belum aku uji, iaitu kebijakkanmu bertindak pada waktu marah. Ternyata tindakan bodoh yang ceroboh sekalipun engkau dapat mengatasinya dengan bijaksana. Itulah yang aku lihat sekarang ini. Maka terimalah Islamku ini, ya Rasulullah,
Asyhadu alaa ilada illallah wa annaka ya Muhammad Rasulullah

“Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan engkau adalah Rasulullah.”

Cara bersabar dengan membiarkan orang marah tanpa melayaninya merupakan cara efektif dakwah Rasulullah yang sering beliau lakukan. Kesabaran beliau malah mendapat simpati dari seorang Yahudi sehingga dengan kesadarannya sendiri mahu memeluk agama Islam.

JUNJUNGAN JILID 1- (AKHLAK SABAR SAW)

http://delisufi.blogspot.com/2013/08/junjungan-jilid-1-kesabaran-rasulullah.html

RASULULLAH MENGAJARKAN KESABARAN

Gambar hiasan
Suatu hari, Rasulullah SAW bertamu ke rumah Abu Bakar ash-Shidiq r.a.. Ketika sedang berbual-bual dengan Rasulullah, tiba-tiba datang seorang Arab Badui menemui Abu Bakar dan langsung mencela Abu Bakar. Makian, kata-kata kotor keluar dari mulut orang itu. Namun, Abu Bakar tidak menghiraukannya. Ia melanjutkan perbincangan dengan Rasulullah. Melihat hal ini, Rasulullah tersenyum.

Kemudian, orang Arab Badui itu kembali memaki Abu Bakar. Kali ini, makian dan hinaannya lebih kasar. Namun, dengan keimanan yang kukuh serta kesabarannya, Abu Bakar tetap membiarkan orang tersebut. Rasulullah kembali memberikan senyum.

Semakin marahlah orang Arab Badui tersebut. Untuk ketiga kalinya, ia mencerca Abu Bakar dengan makian yang lebih menyakitkan. Kali ini, selaku manusia biasa yang memiliki hawa nafsu, Abu Bakar tidak dapat menahan amarahnya. Dibalasnya makian orang Arab Badui tersebut dengan makian pula. Terjadilah perang mulut. Seketika itu, Rasulullah beranjak dari tempat duduknya. Ia meninggalkan Abu Bakar tanpa mengucapkan salam.

Melihat hal ini, selaku tuan rumah, Abu Bakar tersadar dan menjadi bingung. Dikejarnya Rasulullah yang sudah sampai halaman rumah. Kemudian Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, janganlah Anda biarkan aku dalam kebingungan yang sangat. Jika aku berbuat kesalahan, jelaskan kesalahanku!”

Rasulullah menjawab, “Sewaktu ada seorang Arab Badui datang dengan membawa kemarahan serta fitnaan lalu mencelamu, kulihat tenang, diam dan engkau tidak membalas, aku bangga melihat engkau orang yang kuat mengahadapi tantangan, menghadapi fitnah, kuat menghadapi cacian, dan aku tersenyum karena ribuan malaikat di sekelilingmu mendoakan dan memohonkan ampun kepadamu, kepada Allah.”

Begitu pun yang kedua kali, ketika ia mencelamu dan engkau tetap membiarkannya, maka para malaikat semakin bertambah banyak jumlahnya. Oleh sebab itu, aku tersenyum. Namun, ketika kali ketiga ia mencelamu dan engkau menanggapinya, dan engkau membalasnya, maka seluruh malaikat pergi meninggalkanmu.

Hadirlah iblis di sisimu. Oleh karena itu, aku tidak ingin berdekatan dengan kamu aku tidak ingin berdekatan dengannya, dan aku tidak memberikan salam kepadanya. Setelah itu menangislah Abu Bakar ketika diberitahu tentang rahasia kesabaran bahawa itu adalah kemuliaan yang terselubung.

Semoga cerita Rasulullah SAW dan Abu Bakar as-Shiddiq di atas di atas bisa menjadi inspirasi bagi kita dalam menyikap sabar hingga kita mendapat kemuliaan dari Allah SWT. Meskipun di tengah kerasnya kehidupan ibukota, namun bukan sesuatu yang mustahil menjalankan sunnah kesabaran dari Rasul SAW. Bahkan, kita akan mendapat ganjaran pahala yang besar bila kita mengamalkan sunnah di tengah sangat jarangnya orang menerapkan ajaran Rasulullah SAW tersebut.

JUNJUNGAN JILID 1:  (1) (AKHLAK SABAR SAW)

http://delisufi.blogspot.com/2013/08/junjungan-jilid-1-rasulullah.html

Sabtu, 6 September 2014

KiSaH TaMiM AD DaRi Menemui Dajjal

Gambar hiasan
Sebuah kisah.. sahabat nabi yang menemukan dajjal.......

Namanya Tamim bin Aus bin Kharijah Ad-Dari, Abu Ruqayyah. Beliau salah seorang shahabat rasul yang mulia. Namanya tidak asing bagi kaum muslimin, masuk islam ketika Rasulullah di Madinah. Sepeninggal Khalifah Utsman bin Affan, Tamim meninggalkan kota Madinah dan menetap di Baitul Maqdis hingga meninggal di sana pada tahun 40 H.

Shahabat inilah yang pernah melihat Dajjal dengan kedua matanya. Shahabat ini pulalah yang pernah berbicara dan mendengar pembicaraan Dajjal dengan kedua telinganya. Sebelum islam, Tamim beragama nasrani. Saat dirinya nasrani itulah dia melihat Dajjal. Hingga kemudian Allah lapangkan dadanya untuk menerima islam dan ia beritakan kisahnya kepada Rasulullah saw.

Di mana Tamim Ad-Dari melihat Dajjal? Bagaimana kisahnya ? Seperti yang dilansir zizaal.

Tiba saatnya kita baca bersama sebuah riwayat shahih mengenai Dajjal dalam sebuah hadits yang dikenal dikalangan ulama dengan sebutan Hadits Jassasah. Hadits ini dikisahkan seorang shahabiyah, Fathimah binti Qois Ra.

‘Amir bin Syarohil Asy-Sya’bi berkata kepada Fathimah bintu Qais: “Kabarkan kepadaku sebuah hadits yang kau dengar dari Rasulullah SAW yang tidak kamu sandarkan kepada seorangpun selain beliau.”
Fathimah mengatakan: “Jika engkau kehendaki akan aku sampaikan.” “Iya berikan aku hadits itu.” jawab Asy Syabi.

Fatimahpun berkisah : “Suatu hari Aku mendengar seruan orang yang berseru. Penyeru Rasulullah saw menyeru: “Ashsholatu jamiah !”

Akupun segera keluar menuju masjid. Aku shalat bersama Rasulullah saw dan aku berada pada shaf wanita yang langsung berada di belakang shaf laki-laki. Tatkala Rasulullah selesai dari shalat, beliau duduk di mimbar dan tertawa seraya mengatakan:

لِيَلْزَمْ كُلُّ إِنْسَانٍ مُصَلَّاهُ

“Hendaknya masing-masing kalian tetap berada di tempat shalatnya !” Lalu beliau bersabda:

أَتَدْرُونَ لِمَ جَمَعْتُكُمْ

“Tahukah kalian, mengapa aku kumpulkan kalian ?”
Para Shahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui!”
Kemudian Rasulullah saw kembali bersabda dengan kisah yang cukup panjang, beliau berkata:

إِنِّي وَاللَّهِ مَا جَمَعْتُكُمْ لِرَغْبَةٍ وَلَا لِرَهْبَةٍ وَلَكِنْ جَمَعْتُكُمْ لِأَنَّ تَمِيمًا الدَّارِيَّ كَانَ رَجُلًا نَصْرَانِيًّا فَجَاءَ فَبَايَعَ وَأَسْلَمَ وَحَدَّثَنِي حَدِيثًا وَافَقَ الَّذِي كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عَنْ مَسِيحِ الدَّجَّالِ حَدَّثَنِي أَنَّهُ رَكِبَ فِي سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ مَعَ ثَلَاثِينَ رَجُلًا مِنْ لَخْمٍ وَجُذَامَ فَلَعِبَ بِهِمْ الْمَوْجُ شَهْرًا فِي الْبَحْرِ ثُمَّ أَرْفَئُوا إِلَى جَزِيرَةٍ فِي الْبَحْرِ حَتَّى مَغْرِبِ الشَّمْسِ فَجَلَسُوا فِي أَقْرُبْ السَّفِينَةِ فَدَخَلُوا الْجَزِيرَةَ فَلَقِيَتْهُمْ دَابَّةٌ أَهْلَبُ كَثِيرُ الشَّعَرِ لَا يَدْرُونَ مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ فَقَالُوا وَيْلَكِ مَا أَنْتِ فَقَالَتْ أَنَا الْجَسَّاسَةُ قَالُوا وَمَا الْجَسَّاسَةُ قَالَتْ أَيُّهَا الْقَوْمُ انْطَلِقُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِي الدَّيْرِ فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِالْأَشْوَاقِ قَالَ لَمَّا سَمَّتْ لَنَا رَجُلًا فَرِقْنَا مِنْهَا أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً قَالَ فَانْطَلَقْنَا سِرَاعًا حَتَّى دَخَلْنَا الدَّيْرَ فَإِذَا فِيهِ أَعْظَمُ إِنْسَانٍ رَأَيْنَاهُ قَطُّ خَلْقًا وَأَشَدُّهُ وِثَاقًا مَجْمُوعَةٌ يَدَاهُ إِلَى عُنُقِهِ مَا بَيْنَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى كَعْبَيْهِ بِالْحَدِيدِ قُلْنَا وَيْلَكَ مَا أَنْتَ قَالَ قَدْ قَدَرْتُمْ عَلَى خَبَرِي فَأَخْبِرُونِي مَا أَنْتُمْ قَالُوا نَحْنُ أُنَاسٌ مِنْ الْعَرَبِ رَكِبْنَا فِي سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ فَصَادَفْنَا الْبَحْرَ حِينَ اغْتَلَمَ فَلَعِبَ بِنَا الْمَوْجُ شَهْرًا ثُمَّ أَرْفَأْنَا إِلَى جَزِيرَتِكَ هَذِهِ فَجَلَسْنَا فِي أَقْرُبِهَا فَدَخَلْنَا الْجَزِيرَةَ فَلَقِيَتْنَا دَابَّةٌ أَهْلَبُ كَثِيرُ الشَّعَرِ لَا يُدْرَى مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ فَقُلْنَا وَيْلَكِ مَا أَنْتِ فَقَالَتْ أَنَا الْجَسَّاسَةُ قُلْنَا وَمَا الْجَسَّاسَةُ قَالَتْ اعْمِدُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِي الدَّيْرِ فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِالْأَشْوَاقِ فَأَقْبَلْنَا إِلَيْكَ سِرَاعًا وَفَزِعْنَا مِنْهَا وَلَمْ نَأْمَنْ أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً فَقَالَ أَخْبِرُونِي عَنْ نَخْلِ بَيْسَانَ قُلْنَا عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ قَالَ أَسْأَلُكُمْ عَنْ نَخْلِهَا هَلْ يُثْمِرُ قُلْنَا لَهُ نَعَمْ قَالَ أَمَا إِنَّهُ يُوشِكُ أَنْ لَا تُثْمِرَ قَالَ أَخْبِرُونِي عَنْ بُحَيْرَةِ الطَّبَرِيَّةِ قُلْنَا عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ قَالَ هَلْ فِيهَا مَاءٌ قَالُوا هِيَ كَثِيرَةُ الْمَاءِ قَالَ أَمَا إِنَّ مَاءَهَا يُوشِكُ أَنْ يَذْهَبَ قَالَ أَخْبِرُونِي عَنْ عَيْنِ زُغَرَ قَالُوا عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ قَالَ هَلْ فِي الْعَيْنِ مَاءٌ وَهَلْ يَزْرَعُ أَهْلُهَا بِمَاءِ الْعَيْنِ قُلْنَا لَهُ نَعَمْ هِيَ كَثِيرَةُ الْمَاءِ وَأَهْلُهَا يَزْرَعُونَ مِنْ مَائِهَا قَالَ أَخْبِرُونِي عَنْ نَبِيِّ الْأُمِّيِّينَ مَا فَعَلَ قَالُوا قَدْ خَرَجَ مِنْ مَكَّةَ وَنَزَلَ يَثْرِبَ قَالَ أَقَاتَلَهُ الْعَرَبُ قُلْنَا نَعَمْ قَالَ كَيْفَ صَنَعَ بِهِمْ فَأَخْبَرْنَاهُ أَنَّهُ قَدْ ظَهَرَ عَلَى مَنْ يَلِيهِ مِنْ الْعَرَبِ وَأَطَاعُوهُ قَالَ لَهُمْ قَدْ كَانَ ذَلِكَ قُلْنَا نَعَمْ قَالَ أَمَا إِنَّ ذَاكَ خَيْرٌ لَهُمْ أَنْ يُطِيعُوهُ وَإِنِّي مُخْبِرُكُمْ عَنِّي إِنِّي أَنَا الْمَسِيحُ وَإِنِّي أُوشِكُ أَنْ يُؤْذَنَ لِي فِي الْخُرُوجِ فَأَخْرُجَ فَأَسِيرَ فِي الْأَرْضِ فَلَا أَدَعَ قَرْيَةً إِلَّا هَبَطْتُهَا فِي أَرْبَعِينَ لَيْلَةً غَيْرَ مَكَّةَ وَطَيْبَةَ فَهُمَا مُحَرَّمَتَانِ عَلَيَّ كِلْتَاهُمَا كُلَّمَا أَرَدْتُ أَنْ أَدْخُلَ وَاحِدَةً أَوْ وَاحِدًا مِنْهُمَا اسْتَقْبَلَنِي مَلَكٌ بِيَدِهِ السَّيْفُ صَلْتًا يَصُدُّنِي عَنْهَا وَإِنَّ عَلَى كُلِّ نَقْبٍ مِنْهَا مَلَائِكَةً يَحْرُسُونَهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَطَعَنَ بِمِخْصَرَتِهِ فِي الْمِنْبَرِ هَذِهِ طَيْبَةُ هَذِهِ طَيْبَةُ هَذِهِ طَيْبَةُ يَعْنِي الْمَدِينَةَ أَلَا هَلْ كُنْتُ حَدَّثْتُكُمْ ذَلِكَ فَقَالَ النَّاسُ نَعَمْ فَإِنَّهُ أَعْجَبَنِي حَدِيثُ تَمِيمٍ أَنَّهُ وَافَقَ الَّذِي كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عَنْهُ وَعَنْ الْمَدِينَةِ وَمَكَّةَ

“Sesungguhnya demi Allah, tidaklah aku kumpulkan kalian untuk sesuatu yang menggembirakan atau menakutkan kalian, namun aku kumpulkan kalian karena tamim Addari.”

“Dahulu ia seorang nasrani yang kemudian datang berbaiat (memberikan sumpah setia) dan masuk islam serta mengabariku sebuah kisah yang kisah itu sesuai dengan apa yang pernah aku kisahkan kepada kalian tentang Al-Masih Ad-Dajjal.”

Ia memberitakan bahwa ia naik kapal bersama 30 orang dari kabilah Lakhm dan Judzam. Ditengah perjalanan, mereka dipermainkan badai ombak hingga berada di tengah laut selama satu bulan sampai mereka terdampar di sebuah pulau di tengah lautan tersebut saat tenggelam matahari merekapun duduk di perahu-perahu kecil. Mereka pun memasuki pulau tersebut hingga menjumpai binatang yang berambut sangat lebat dan kaku hingga mereka tidak tahu mana kubul mana dubur karena demikian lebat bulunya.”

Merekapun berkata: “Celaka, kamu ini apa?
Ia menjawab: “Aku adalah al-jassasah .”
Merka mengatakan: “Apakah al jasasah itu ?.

Ia berkata: “Wahai kaum pergilah klian kepada seorang lelaki yang ada dalam rumah ibadah itu sesungguhnya ia sangat merindukan berita kalian!”

Berkata Tamim: “Ketika dia menyebutkan untuk kami seorang laki-laki, kami menjadi khawatir kalau-kalau binatang itu ternyata setan. Kamipun bergerak menuju kepadanya dengan cepat sehingga kami masuk ke tempat ibadah itu.”

“Ternyata didalamnya ada orang yang paling besar yang pernah kami lihat, dan paling kuat ikatannya. Kedua tangannya terikat dengan leher, antara dua lutut dan dua mata kaki terikat dengan besi.”
Kami katakana kepadanya: “Celaka, kamu ini apa?”

Ia menjawab: “Kalian telah mampu mengetahui tentang aku, maka beritakan kepadaku siapa kalian ini
Rombongan Tamim menjawab: “Kami ini orang-orang Arab kami menaiki kapal ternyata kami bertepatan mendapati laut sedang bergelombang luar biasa sehingga kami dipermainkan ombak selama satu bulan sampai hingga terdampar di pulamu ini. Kamipun naik perahu-perahu kecil memasuki pula ini dan bertemu dengan binatang yang sangat lebat dan kaku rambutnya tidak diketahui mana kubul dan mana dubur karena lebat rambutnya.

Kamipun mengatakan: “Celaka kamu, kamu ini apa?”
Ia menjawab: Aku adalah jasasah.

Kamipun bertanya: Apa itu Jassasah, Ia malah berkata: Wahai kaum pergilah kalian kepada laki-laki yang ada dalam rumah ibadah itu sesungguhnya ia sangat merindukan berita kalian.”
Kami pun segera menuju kepadamu, kami khawatir kalau binatang itu ternyatra setan
Lalu orang itu mengatakan: “Kabarkan kepadaku tentang pohon-pohon korma di Baisan
Kami mengatakan: Tentang apa engkau meminta beritanya ?”

Dia berkata: “Aku bertanya kepada kalian tentang pohon korma apakah masih berbuah.”
Kami menjawab: iya

Ia mengatakan: “Sesungguhnya hampir hampir dia tidak akan mengeluarkann buahnya.”
“Kabarkan pula kepadaku tentang danau Thobariyah ?” tanya orang ini.
Kami menjawab: “Tentang apa engkau meminta beritanya?”
“Apakah masih ada airnya, jawabnya.
Mereka menjawab: Danau itu banyak airnya

Dia mengatakan: Sesungguhnya hampir-hampir air akan hilang.
Kabarkan kepadaku tentang mata air Zughor
Mereka mengatakan: Tentang apa kamu minta berita?

Apakah di mata air itu masih ada airnya? Dan apakah penduduk masih bertani dengan airnya? Jawab Dajjal
Kami menjawab: “Iya, mata air itu deras airnya dan penduduk bertani dengannya.”
Ia berkata: “Kabarkan kepadaku tentang nabi ummiyyin apa yang dia lakuakan ?”
Mereka menjawab: “Ia telah muncul dari Makkah dan tinggal di Yatsrib.”
Ia mengatakan: “Apakah orang-orang arab memeranginya?”

Kami menjawab: “Ya.”
Ia mengatakan lagi: “Apa yang ia lakukan terhadap orang-orang Arab.”
Maka kami beritakan bahwa ia telah menang atas orang-orang arab dan mereka taat kepadanya
Ia mengatakan: “Itu sudah terjadi?”
Kami katakan: “Ya.”

Ia mengatakan: “Sesungguhnya baik mereka untuk taat kepadanya.”
“Sekarang aku akan beritakan kepada kalian tentang aku: “Sesungguhnya aku adalah Al-Masih dan hampir-hampir aku diberi izin untuk keluar, hingga aku keluar lalu berjalan di bumi dan tidak kutinggalkan satu negeripun kecuali aku akan turun padanya dalam waktu 40 malam kecuali Mekah dan Thaybah, keduanya haram bagiku. Setiap kali aku akan masuk pada salah satu kota ini, malaikat menghadangku dengan pedang terhunus di tangan menghalangiku darinya dan sesungguhnya pada tiap celah ada para malaikat yang menjaganya.

Fatimah mengatakan: Maka Rasulullah saw bersabda dengan menusukkan tongkat di mimbar sambil mengatakan: “Inilah Thaiybah, Inilah Thaiybah, Inilah Thaiybah, yakni Kota Madinah.”

Apakah aku telah beritahukan kalian tentang hal itu ?
Orang-orang menjawab: Iya

Nabi berkata: Sesungguhnya cerita Tamim menakjubkanku, kisahnya sesuai dengan apa yang aku ceritakan kepada kalian tentang Dajjal serta tentang mekah dan madinah.

Kemudian beliau bersabda:

أَلَا إِنَّهُ فِي بَحْرِ الشَّأْمِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ لَا بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ

Ketahuilah bahwa ia berada di lautan Syam atau lautan Yaman,” Oh, tidak! Bahkan dari arah timur! Tidak Dia dari arah timur, Tidak Dia dari arah timur dan beliau mengisyaratkan dengantangan ke arah timur
Hadits Jassasah diriwayatkan Imam Muslim dalam Shahihnya Kitabul Fitan Wa Asyrotis Sa’ah. bab Qishoshul Jassasah (4/2261 no. 2942).

Demikian pembaca, kisah nabawi yang penuh ibroh mengisahkan perjalanan Tamim Ad-Dari yang menegangkan namun perjalanan itu menjadi salah satu sebab dia mendapatkan hidayah.

Wallahua'lam

http://www.gempak.org/forum/117-tentang-agama/157132-kisah-sahabat-nabi-yang-menemukan-dajjal-di-pulau-misterius.html

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...