Sabtu, 13 September 2014

Antara Tanda Mati Baik

ANTARA tanda seseorang itu mati dalam keadaan husnul khatimah ialah keadaan keningnya berpeluh. Baridah bin al-Khathib berkata ketika Rasulullah SAW berada di Khurasan, saudaranya meninggal dunia dalam keadaan sakit dan keningnya berpeluh, maka kata Barida: “Allahuakbar (Allah Maha Besar), aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Kematian seseorang Mukmin dengan keringat di kening.” (riwayat Ahmad dan al Hakim)

Mati di malam Jumaat atau siang harinya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah melindunginya daripada fitnah kubur,” (riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Mati syahid di medan perang. Firman Allah SWT yang bermaksud: Janganlah kamu mengira orang yang gugur di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka berada dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap orang yang tinggal di belakang yang belum menyusul mereka. Bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan kurnia yang besar daripada Allah dan bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang beriman. (Ali-Imran: 169-171)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bagi seorang yang mati syahid di sisi Allah itu ada tujuh perkara. Diampuni dosanya sejak mula pertama darahnya tumpah, ia menyaksikan tempat duduknya di syurga, dia mengenakan perhiasan iman, mempersuntingkan 72 bidadari, dihindarkan daripada azab kubur, diselamatkan saat kejutan yang dahsyat (kiamat), disematkan di atas kepalanya mahkota kebesaran daripada batu mulia lebih baik dari dunia dan isinya dan ia dapat memberi syafaat 70 ahli keluarganya.” (riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...