Ahad, 21 Jun 2015

INTIPATI CATATAN KULIAH DHUHA



OLEH USTAZ AHMAD DUSUKI.
Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

1. KEHIDUPAN MANUSIA bermula dari:
- Alam Rahim
- Alam Fana
- Alam Barzakh
- Alam Mahsyar
- Alam Syurga @ Neraka

2. Ketika air mani dipancarkan ke dalam rahim, 40 juta sperma berenang masuk hanya satu sahaja yang diizinkan Allah bercantun dengan ovum untuk membentuk nuftah dan hidup di alam rahim sehingga 9 bulan.

3. Ketika di dalam kandungan (4 bulan) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- Rezeki
- Ajal (Bila, di mana, Bagaimana)    
- Amalan dan kehidupannya (kahwin dengan siapa, berapa orang anak, adik beradik)
- Ahli Syurga@ Neraka.

4. Walaupun telah ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.

5. QADA DAN QADAR ada 2 iaitu :
- QADA MUBRAM iaitu qada yang boleh berubah melalui doa
- QADA MUALLAQ iaitu qada yang tidak boleh berubah. Contoh : 40 hari sebelum kematian

6. Kita hidup di alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa atau terpaksa.

7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana (dunia).. alam kanak-kanak….alam remaja (12 - 21 tahun)..alam dewasa (22- 40 tahun)..alam tua ( lebih 40 tahun). Lebih 70 tahun disebut tua bangka.

8. Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan….lihatlah dunia remaja….percakapan, cara berpakaian kadang-kadang celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan….satu alam yang terpaksa dilalui  ..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.

9. Hadis nabi ada menyebut  setiap manusia Allah berikan ujian sebanyak 99 ujian kematian bermula  dari bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yang ke 100 maka kamu akan mati..

10. Siapa-siapa yang berusia pada umur 40 tahun tetapi dia tidak berubah sikap ke arah yang baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi sehingga menunggu talkin dibacakan….

11. Setiap yang hidup akan merasai mati….roh orang beriman adalah seperti minyak yang berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki untuk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang….ke perut bilamana sampai ke perut akan berdengar beberapa urat putus dan bagi lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bagi orang beriman akan mengatakan LAAILAHAILALLAH….tapi bagi orang yang tidak beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan sahaja..tidak ada apa-apa ygan berlaku..

12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yang roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia.

13. Tanda-Tanda jenazah itu ahli neraka:
-Mulut berbuih
-Wajah masam
-Najis keluar terlalu banyak ketika sakarul maut.

14. Tanda-Tanda jenazah itu ahli syurga:
-Dahinya berpeluh
-Hidung kembang kempis dan air matanya mengalir
-Wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-Najis keluar sedikit sahaja

15. Sakitnya perempuan yang bersalin   itu adalah 1 juzuk daripada 99 juzuk kesakitan kematian….
16. Kalau boleh yang memandikan jenazah kita adalah anak-anak kita yang mengkafankan kita adalah anak-anak kita...anak kita jadi imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita..

17. Ustaz berkongsi doa yang dibacakan oleh anak-anak kepada ayahnya yang telah meninggal dunia.
(sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)
"Ya Allah …..waktu mana kami kecil-kecil ayah kami mandikan kami dgn penuh kasih sayang dengan penuh kelembutan...jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya Ya Allah..waktu mana kami kecil Ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami Ya Allah…tapi kami lempar ke mukanya Ya Allah….jadi hari ini kami kafankan ayah kami dengan penuh kelembutan…..Kau ampunkan dosanya…..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dulu…..kami lari tak nak  solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami dan  Kau ampunkan dosa-dosanya Ya Allah..Ya Allah Kau jadikanlah kubur ayah kami ini sebagai taman-taman syurga."

18. Quran yang dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti.

19. Nabi kata aku tidak pernah tenguk keadaan yang sangat huru hara seperti Padang Mahsyar ini..siapa yang selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di Padang Mahsyar nanti.
Elok ingat tentang alam barzakh....jawatan di dunia ini sementara sahaja...kejarlah jawatan ahli syurga yang kekal

Rabu, 17 Jun 2015

30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN


1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat Dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.
15. Jauhkan aktiviti yang lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna (bukan berpakaian tapi bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran hati dari perkara2 yang dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan2 sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami; anak2 lelaki)
25. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

Sent from Samsung Mobile

HATi YANg MATi

Gambar hiasan
Bahagian ini yang paling ditakuti, iaitu ketika hati sudah MATI, maka dia tidak akan menerima nasihat lagi. Segala perbuatan haram dan maksiat akan dipandang sebagai kebaikan. Bagi dia maksiat bagaikan minum air….! Dia akan berani menentang segala perintah Allah dan RasulNya. Dia juga tiada sifat belas ihsan sesama manusia. Sanggup memfitnah dan membunuh. Hidup mereka bagaikan binatang ternakan bahkan lebih buruk daripada itu…..!!! Ini adalah hati yang sudah di khatamkan seperti Firman Allah :

خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَـرِهِمْ غِشَـوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عظِيمٌ

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarah 2 : 7)

Di antara punca terjadinya hati berpenyakit, kemudian menjadi keras dan MATI sangat banyak sekali. Tetapi secara umumnya semua jenis pelanggaran terhadap hukum Allah berterusan tanpa bertaubat adalah menjadi punca kegelapan hati ….!

Dosa yang dikerjakan akan menjadi titik hitam didalam hati yang akan bertambah setiap hari sehingga menutup matahatinya sedikit demi sedikit, akhirnya seluruh matahatinya akan tertutup.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :

“Sesungguhnya seorang mukmin, jika ia mengerjakan suatu perbuatan dosa, maka akan timbul noda hitam dalam hatinya. Jika ia bertobat, menarik diri dari dosa itu, dan mencari rida Allah, maka hatinya menjadi jernih. Jika dosanya bertambah, maka bertambah pula nodanya sehingga memenuhi hatinya. Itulah yang disebut ar-ran (penutup), yang disebut oleh Allah Ta’ala dalam firman-Nya, ‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang telah mereka usahakan itu menutupi hati mereka’.”

Mentafsirkan Firman Allah ayat 7 surah Al-Baqarah di atas Ibnu Kathir menyatakan,

Mengenai firman-Nya, Khatamallahu, As-Suddi mengatakan, artinya bahwa Allah Tabaraka wa Ta’ala telah mengunci mati. (hati mereka)

Qatadah mengatakan, “Syaitan telah menguasai mereka karena mereka telah mentaatinya. Maka, Allah mengunci mati hati dan pendengaran serta pandangan mereka ditutup, sehingga mereka tidak dapat melihat petunjuk, tidak dapat mendengarkan, memahami, dan berfikir.”

Ibnu Juraij menceritakan, Mujahid mengatakan, Allah mengunci mati hati mereka. Dia berkata aththab’u artinya melekatnya dosa di hati, maka dosa-dosa itu senantiasa mengelilinginya dari segala arah sehingga berhasil menemui hati tersebut. Pertemuan dosa dengan hati tersebut merupakan kunci mati.

Wallahua'lam...
Sent from Samsung Mobile

Jumaat, 5 Jun 2015

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W


Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail A.S telah berkata kepadaku.

Berkata Jibrail A.S: "Wahai Rasulullah,barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata Israfil A.S: "Merela yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata: "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Wallahua'lam

KATA HIKMAH HASSAN AL-BASRI

Hiasan sahaja
  • “Jangan kamu tinggalkan amalan agama kamu hanya kerana takut akan musuh yang mengganggu kamu, bahkan mereka itulah yang mengganggu Allah swt”.
  •   Akhir dunia dan awal akhirat adalah di dalam kubur.
  •  Kambing itu lebih sedar daripada manusia kerana menurut kata-kata gembalanya, tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis.
  • Kawan-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju kepada Allah swt.
  •  Mengumpulkan harta benda lebih buruk daripada meminum arak yang sudah pun dilarang oleh al-Allah dalam al-Quran.
  • Barang siapa yang memencilkan dirinya akan selamat dan barang siapa yang memisahkan dirinya daripada nafsunya akan merasai kebebasan.
  •  Orang yang menggali asas dasar dunia ini akan di situ membina bangunan akhirat ialah orang yang bijak.
  • Barang siapa yang kenal Allah swt akan menganggap dunia ini sebagai musuhnya, dan barang siapa yang kasih kepada dunia akan menjadi musuh Allah swt.
  •  Orang yang membuang amalan rohaniah dan menggantikannya dengan bermurah hati kepada dunia di samping cuba menegapkan cara-caranya yang jahat itu merupakan orang yang rosak.
  • Barangsiapa yang cinta kepada emas dan perak akan dihinakan oleh Allah swt. 
  • Barang siapa yang menganggap dirinya sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina.
  • Allah swt berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud, “Aku akan mengampunkan kamu daripada segala dosa sekiranya kamu tidak memandang yang lain kecuali Aku.”             
Hassan al-Basri ditanya, “Bagaimanakah dengan kamu?” Beliau menjawab, “Aku ini ibarat orang yang berada di tengah-tengah lautan yang kehilangan perahu dan terapung-apung di atas air.”

(Petikan:Kisah-Kisah Kesufian)

RENUNGAN UNTUK DIKONGSKAN

EMPAT Peristiwa Yang Memberi Pengajaran Besar Dalam Hidup Hassan al-Basri.

1.  PADA SUATU KETIKA, aku menarik pakaian seorang lelaki yang sudah dikasi (sudah dipotong kemaluannya) sambil berseloroh. Orang itu berkata,”Kembalikanlah pakaian itu kerana ada orang yang tahu keadaanku yang sebenarnya.” Tiba-tiba terlintas di fikiranku- “Bagaimana pula kedudukan kita di akhirat kelak sekiranya ditelanjangkan dan semua dosa kita itu diperlihatkan.”

2.  SEORANG LELAKI yang sedang dalam keadaan mabuk sedang menggelupur di dalam lumpur. Aku katakana kepadanya supaya berhati-hati agar tidak tenggelam. Orang itu pun berkata, “Tuan Hassan, sekiranya aku tenggelam, aku sendiri yang akan menderita. Tuan jagalah diri tuan. Sekiranya tuan jatuh, semua pengikut tuan akan turut sama tenggelam.

3.      PADA SUATU HARI, seorang kanak-kanak membawa lampu yang menyala. Aku Tanya kepadanya, “Dari mana kau bawa api itu” Kanak-kanak itu pun memadamkan lampu itu dan berkata, “Beritahu kepadaku ke mana perginya api yang bernyala pada lampu tadi?”

4.    PADA SUATU HARI seorang perempuan yang jelita berlari di jalan raya dengan kepalanya tanpa tudung sambal merungut tentang suaminya. Aku menyuruhnya menutup kepala dan mukanya. Perempuan itu berkata, “Cinta kepada suami sudah menghilangkan fikiranku sehingga aku tidak sedar akan diriku dan keadaan sekelilingku. Sekiranya tuan tidak memberitahuku yang kepala dan mukaku tidak tertutup, maka tiadalah aku tahu. Aku akan berjalan seperti ini di jalan ini TETAPI HAIRAN JUGA AKU, wahai Hassan, tuan berpura-pura sebagai seorang pencinta Allah swt dan tuan tetap sedar akan apa sahaja yang terlintas di hadapan tuan dan pancaindera tuan masih ada kesedaran kepada yang lain. APAKAH jenis cinta Allah swt yang ada pada tuan itu?”

(Petikan:Kisah-Kisah Kesufian)

Selasa, 2 Jun 2015

Kisah Nyata: Keindahan Akhlak Sang Putri Kecil Habib Umar bin Hafidz

by Pejuang Ahlussunnah in Ebook

Selagi aku masih duduk di Daruzzahro, Guru Mulia Al Habib Umar bin Hafidz pernah berkata kepada salah satu putri beliau:

“Darul Mustofa dan Daruzzahro ini bukanlah kepunyaan kita, sekalipun ayah yang mendirikannya tetapi sejatinya adalah kepunyaan Kakek kita Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi wa Alihi wa Shohbihi wa Sallam beserta putri kecintaan beliau ibu kita Sayyidah Fatimah Azzahro Radhiyallohu ‘Anha, maka sekali-sekali kamu jangan berbuat seenaknya di dalamnya, harus tunduk dengan segala macam peraturannya, jangan memakan hak-hak tamu Azzahro sebelum mereka semua telah habis makan kecuali sisa-sisa puing makanan dari mereka. Ingat !! peranan kita di sini hanya sebagai pembantu, khaddam, dan pelayan yang melayani rumah ini beserta tamu-tamunya”.

Pada suatu hari, saat jam istirahat, aku hendak pergi ke kamar kecil, tetapi aku melihat putri kecil putri bungsu Habib Umar bin Hafidz duduk seorang diri di salah satu tangga Daruzzahro sambil memegang perut, maka aku pun menghampirinya dan bertanya:

“Ada apa denganmu wahai putri mulia?“

Maka dengan polosnya ia menjawab bahwa ia dalam keadaan lapar dari tadi, sebab sebelum pergi ke sekolah tidak sempat bersarapan terlebih dahulu, khawatir terlambat ucapnya. Spontan aku membalas ucapannya dan berujar:

“Mengapa yang mulia tidak mengambil sepotong roti di ruang makan Darruzzahro saja?”.
Ia hanya menggeleng sambil tersenyum.
“Atau pulang sebentar ke rumah mengambil sarapan?”, tawarku kembali.
Ia pun tetap membalasnya dengan gelengan.

Aku semakin keheranan: “Bukankah engkau putri guru mulia kami (Habib Umar bin Hafidz)? Pemilik Daruzzahro ini wahai yang mulia?”.

Maka ia pun menceritakan pesan sang ayah untuk putra putri dan seluruh keluarga. Mendengarnya, aku tercengang dan terkejut, ku rasakan sudut mataku mulai berembun, hatiku bergetar mendengar penuturannya. Tidak hanya sampai di situ, putri kecil guru mulia mengejutkanku dengan perkara lain. Merasa kasihan dan tak tega, aku pun merogoh saku baju dan mengambil selembar uang di dalamnya:

“Jika begitu ku mohon ambilah ini sebagai hadiah dariku, dan belilah sedikit makanan untuk mengganjal perut yang mulia”, ucapku penuh harap sambil menyodorkan selembar uang itu ke hadapannya. Ia tersenyum ramah, mata beningnya menatapku lembut dan ia menolak halus pemberianku dengan menggeleng-gelengkan kepalanya, namun aku terus merayu dan memohon agar dia bersedia menerimanya, tetapi putri kecil guru mulia tetap bersikeras untuk tidak menerimanya dan terus mengindahkan tangannya dari tanganku, melihat usahaku tiada henti, dengan polosnya ia berkata:

“Maafkan aku saudaraku, bukannya menolak pemberianmu, dan ingin melukai perasaanmu, akan tetapi ayah mengajarkan kami untuk tidak memberatkan orang lain dan tidak berharap belas kasih manusia selain belas kasih Allah Subhanahu wa Ta’ala, simpanlah uang itu, karena engkau lebih memerlukannya ketimbang aku, lagi pula kalau ayahanda mengetahui pasti beliau tidak akan menyetujuinya”.

Tes tes… ku rasakan air mataku mulai berjatuhan di pipiku, aku memperhatikannya dari ujung rambut hingga ujung kaki. Ku lihat kerudungnya nampak kumal, pakaiannya pun terlihat lusuh, ia hanya menggunakan keresek putih untuk alat-alat sekolahnya, kakinya penuh debu tanpa mengenakan sandal, aku terdiam terpaku tak mampu berkata sekalimat pun sampai putri guru mulia berlalu dari hadapanku sambil berlari-lari kecil dengan wajah yang tetap riang. Aku menelan ludah susah payah, gemetar jiwaku menatap bayangnya yang perlahan menghilang dari pandanganku, hatiku bergetar hebat, pendidikan macam apa ini yang membuat anak sebelia dia memiliki hati sedemikian mulia. Sambil berderai air mata ku segerakan langkahku menuju kamar. Sesampainya di kamar ku membenamkan kepalaku di bantal dan pecah tangisku seketika, bagaimana tidak?

Jiwaku hancur lembur dihantam akhlak mulia sebegitu luhur, benar benar kami ini murid yang tak tau diri, jauh kami merantau dari negara kami hanya demi menimba ilmu serta mengambil keberkahan dari Guru Mulia beserta Sang Istri, malam-malam kami tidur dengan nyenyak, tidak pernah sedikitpun kekurangan air dan makanan, bahkan kami menganggap tempat ini seperti rumah kami sendiri, terkadang kami berbuat semaunya, makan dengan kenyang dan menggunakan kipas angin dan AC sepuasnya, tetapi guru mulia yang mendirikan tempat ini pun merasa tidak memilikinya dan tidak berlaku seenaknya.

Hatiku benar-benar serasa dicambuk rasa malu yang begitu dalam, teramat malu atas ketidaktahuan kami, atas sedikitnya perhatian dan kepedulian kami. Guru mulia beserta keluarga begitu memuliakan para pelajarnya melebihi penghormatan kami kepada beliau. Huhuhu… aku terus saja menangis.

Sampai akhirnya terdengar suara peringatan waktu istirahat segera berakhir. Aku pun menghentikan tangisanku dan menyeka air mata. Masih dengan mata yang sembab aku bangkit berdiri dan berniat mengambil air wudhu. Saat ku lewati ruang makan Daruzzahro, sungguh ku menyaksikan pemandangan yang kembali sangat membuat hatiku miris. Ku lihat tangan mungil putri mulia memunguti beberapa pecahan roti yang tersisa dari bekas sarapan sebagian pelajar tadi pagi. Melihatnya aku membuang pandangan karena tak sanggup menyaksikannya. 

Kejadian tersebut sangat membekas di hatiku sehingga aku merenungkannya selama berhari-hari. Semenjak itu aku jadi jarang ikut makan bersama dengan teman-teman lainnya, kecuali menunggu mereka telah usai semua, dan aku mulai bermujahadah melunturkan kesombongan yang ada di diriku. Terkadang aku sengaja memakan roti yang sudah kering dan keras yang sudah ku hancurkan sebelumnya, atau memakan bekas-bekas nasi yang akan dibuang, atau makan bersama kawan tetapi dengan suapan yang terbatas, ketika kenyang hanya 3 suap, jika memang dalam keadaan lapar hanya 9 suap, semua itu sengaja ku lakukan agar diriku yang sangat payah ini dapat merasakan kerasnya menuntut ilmu tanpa memanjakan diri sedikitpun, terlebih-lebih setiap mengingat kejadian di atas hatiku sangat malu terhadap Sang Guru. Kami hanya seorang murid dan hanya menumpang di tempat ini, harusnya kami yang menjadi pelayan bukannya memanjakan diri terus menerus.

Wallohu ‘Alam.

(Diceritakann oleh seorang Alumni Darul Musthofa, Tarim, Hadhromaut, Yaman, yang bersumber Mii AL Bein Yahya‎).

http://www.elhooda.net/2015/05/kisah-nyata-keindahan-akhlak-sang-putri-kecil-habib-umar-bin-hafidz/


CIRI-CIRI ISLAM AHLUSUNNAH WAL-JAMA'AH

Gambar hiasan
CIRI-CIRI ISLAM AHLUSUNNAH WAL-JAMA'AH agar tidak salah jalan:

PERTAMA- dalam ilmu fiqih (syariah) mengikuti kepada salah satu Imam empat mazhab, iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'i, atau Hanbali. 

KEDUA- dalam ilmu aqidah (tauhid) mengikuti kepada Imam Abul Hasan al-Asy'ari (aqidah al-Asy'ariyyah) atau Imam Maturidi (aqidah al-Maturidiyyah). 

KETIGA - dalam ilmu tasawuf (akhlaq) mengikuti kepada Imam Junaedi al-Baghdadi, Imam Abul Hasan asy-Syadzili, dan Imam al-Ghazali. Rumus praktisnya, 

5 hal berikut semuanya harus ada pada diri seorang muslim, tidak boleh ada yang kurang satupun, IAITU: Islam, Ahlussunnah wal Jama'ah, Bermadzhab salah satu Imam yang Empat, Beraqidah yang lurus, dan Bertasawuf yang benar.

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...