Jumaat, 5 Jun 2015

KATA HIKMAH HASSAN AL-BASRI

Hiasan sahaja
  • “Jangan kamu tinggalkan amalan agama kamu hanya kerana takut akan musuh yang mengganggu kamu, bahkan mereka itulah yang mengganggu Allah swt”.
  •   Akhir dunia dan awal akhirat adalah di dalam kubur.
  •  Kambing itu lebih sedar daripada manusia kerana menurut kata-kata gembalanya, tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis.
  • Kawan-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju kepada Allah swt.
  •  Mengumpulkan harta benda lebih buruk daripada meminum arak yang sudah pun dilarang oleh al-Allah dalam al-Quran.
  • Barang siapa yang memencilkan dirinya akan selamat dan barang siapa yang memisahkan dirinya daripada nafsunya akan merasai kebebasan.
  •  Orang yang menggali asas dasar dunia ini akan di situ membina bangunan akhirat ialah orang yang bijak.
  • Barang siapa yang kenal Allah swt akan menganggap dunia ini sebagai musuhnya, dan barang siapa yang kasih kepada dunia akan menjadi musuh Allah swt.
  •  Orang yang membuang amalan rohaniah dan menggantikannya dengan bermurah hati kepada dunia di samping cuba menegapkan cara-caranya yang jahat itu merupakan orang yang rosak.
  • Barangsiapa yang cinta kepada emas dan perak akan dihinakan oleh Allah swt. 
  • Barang siapa yang menganggap dirinya sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina.
  • Allah swt berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud, “Aku akan mengampunkan kamu daripada segala dosa sekiranya kamu tidak memandang yang lain kecuali Aku.”             
Hassan al-Basri ditanya, “Bagaimanakah dengan kamu?” Beliau menjawab, “Aku ini ibarat orang yang berada di tengah-tengah lautan yang kehilangan perahu dan terapung-apung di atas air.”

(Petikan:Kisah-Kisah Kesufian)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...