Ahad, 21 Jun 2015

INTIPATI CATATAN KULIAH DHUHA



OLEH USTAZ AHMAD DUSUKI.
Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

1. KEHIDUPAN MANUSIA bermula dari:
- Alam Rahim
- Alam Fana
- Alam Barzakh
- Alam Mahsyar
- Alam Syurga @ Neraka

2. Ketika air mani dipancarkan ke dalam rahim, 40 juta sperma berenang masuk hanya satu sahaja yang diizinkan Allah bercantun dengan ovum untuk membentuk nuftah dan hidup di alam rahim sehingga 9 bulan.

3. Ketika di dalam kandungan (4 bulan) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- Rezeki
- Ajal (Bila, di mana, Bagaimana)    
- Amalan dan kehidupannya (kahwin dengan siapa, berapa orang anak, adik beradik)
- Ahli Syurga@ Neraka.

4. Walaupun telah ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.

5. QADA DAN QADAR ada 2 iaitu :
- QADA MUBRAM iaitu qada yang boleh berubah melalui doa
- QADA MUALLAQ iaitu qada yang tidak boleh berubah. Contoh : 40 hari sebelum kematian

6. Kita hidup di alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa atau terpaksa.

7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana (dunia).. alam kanak-kanak….alam remaja (12 - 21 tahun)..alam dewasa (22- 40 tahun)..alam tua ( lebih 40 tahun). Lebih 70 tahun disebut tua bangka.

8. Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan….lihatlah dunia remaja….percakapan, cara berpakaian kadang-kadang celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan….satu alam yang terpaksa dilalui  ..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.

9. Hadis nabi ada menyebut  setiap manusia Allah berikan ujian sebanyak 99 ujian kematian bermula  dari bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yang ke 100 maka kamu akan mati..

10. Siapa-siapa yang berusia pada umur 40 tahun tetapi dia tidak berubah sikap ke arah yang baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi sehingga menunggu talkin dibacakan….

11. Setiap yang hidup akan merasai mati….roh orang beriman adalah seperti minyak yang berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki untuk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang….ke perut bilamana sampai ke perut akan berdengar beberapa urat putus dan bagi lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bagi orang beriman akan mengatakan LAAILAHAILALLAH….tapi bagi orang yang tidak beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan sahaja..tidak ada apa-apa ygan berlaku..

12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yang roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia.

13. Tanda-Tanda jenazah itu ahli neraka:
-Mulut berbuih
-Wajah masam
-Najis keluar terlalu banyak ketika sakarul maut.

14. Tanda-Tanda jenazah itu ahli syurga:
-Dahinya berpeluh
-Hidung kembang kempis dan air matanya mengalir
-Wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-Najis keluar sedikit sahaja

15. Sakitnya perempuan yang bersalin   itu adalah 1 juzuk daripada 99 juzuk kesakitan kematian….
16. Kalau boleh yang memandikan jenazah kita adalah anak-anak kita yang mengkafankan kita adalah anak-anak kita...anak kita jadi imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita..

17. Ustaz berkongsi doa yang dibacakan oleh anak-anak kepada ayahnya yang telah meninggal dunia.
(sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)
"Ya Allah …..waktu mana kami kecil-kecil ayah kami mandikan kami dgn penuh kasih sayang dengan penuh kelembutan...jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya Ya Allah..waktu mana kami kecil Ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami Ya Allah…tapi kami lempar ke mukanya Ya Allah….jadi hari ini kami kafankan ayah kami dengan penuh kelembutan…..Kau ampunkan dosanya…..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dulu…..kami lari tak nak  solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami dan  Kau ampunkan dosa-dosanya Ya Allah..Ya Allah Kau jadikanlah kubur ayah kami ini sebagai taman-taman syurga."

18. Quran yang dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti.

19. Nabi kata aku tidak pernah tenguk keadaan yang sangat huru hara seperti Padang Mahsyar ini..siapa yang selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di Padang Mahsyar nanti.
Elok ingat tentang alam barzakh....jawatan di dunia ini sementara sahaja...kejarlah jawatan ahli syurga yang kekal

1 ulasan:

  1. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    BalasPadam

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...