Jumaat, 5 Jun 2015

RENUNGAN UNTUK DIKONGSKAN

EMPAT Peristiwa Yang Memberi Pengajaran Besar Dalam Hidup Hassan al-Basri.

1.  PADA SUATU KETIKA, aku menarik pakaian seorang lelaki yang sudah dikasi (sudah dipotong kemaluannya) sambil berseloroh. Orang itu berkata,”Kembalikanlah pakaian itu kerana ada orang yang tahu keadaanku yang sebenarnya.” Tiba-tiba terlintas di fikiranku- “Bagaimana pula kedudukan kita di akhirat kelak sekiranya ditelanjangkan dan semua dosa kita itu diperlihatkan.”

2.  SEORANG LELAKI yang sedang dalam keadaan mabuk sedang menggelupur di dalam lumpur. Aku katakana kepadanya supaya berhati-hati agar tidak tenggelam. Orang itu pun berkata, “Tuan Hassan, sekiranya aku tenggelam, aku sendiri yang akan menderita. Tuan jagalah diri tuan. Sekiranya tuan jatuh, semua pengikut tuan akan turut sama tenggelam.

3.      PADA SUATU HARI, seorang kanak-kanak membawa lampu yang menyala. Aku Tanya kepadanya, “Dari mana kau bawa api itu” Kanak-kanak itu pun memadamkan lampu itu dan berkata, “Beritahu kepadaku ke mana perginya api yang bernyala pada lampu tadi?”

4.    PADA SUATU HARI seorang perempuan yang jelita berlari di jalan raya dengan kepalanya tanpa tudung sambal merungut tentang suaminya. Aku menyuruhnya menutup kepala dan mukanya. Perempuan itu berkata, “Cinta kepada suami sudah menghilangkan fikiranku sehingga aku tidak sedar akan diriku dan keadaan sekelilingku. Sekiranya tuan tidak memberitahuku yang kepala dan mukaku tidak tertutup, maka tiadalah aku tahu. Aku akan berjalan seperti ini di jalan ini TETAPI HAIRAN JUGA AKU, wahai Hassan, tuan berpura-pura sebagai seorang pencinta Allah swt dan tuan tetap sedar akan apa sahaja yang terlintas di hadapan tuan dan pancaindera tuan masih ada kesedaran kepada yang lain. APAKAH jenis cinta Allah swt yang ada pada tuan itu?”

(Petikan:Kisah-Kisah Kesufian)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...