Sabtu, 5 September 2015

WASIAT DARI GURU-GURU SUFI & THARIKAT

I) TAATLAH kamu kepada perintah Allah.
2) TAATLAH kamu kepada Rasulullah
3) TAATLAH kamu kepada kedua ibu bapa
4) TAATLAH kamu kepada guru
5) HORMATILAH akan keluarga gurumu
6) SAYANGILAH orang-orang yang disayangi Allah
7) JALANKANLAH rukun Islam yang LIMA
8) JANGAN menpersiakan umurmu
9) YAKINLAH bahawa akan menolong orang-orang bertaqwa
10) JANGAN kamu berlaku sombong di muka bumi ini
11) BERKASIH SAYANGLAH sesama mukmin
12) JIKA KAU BERADA maka bersedekahlah kepada gurumu itulah buktimu
13) JANGAN SEKALI-KALI mengatai gurumu atau guru lainnya
14) MANAKALA GURUMU WAFAT maka berhadiahkanlah zikir kepadanya dan selalu berziarah ke makamnya
15) BAYARLAH HUTANG gurumu jika kau tahu setelah ia wafat
16) DAMPINGILAH GURU-guru yang mursyid
17) JIKA KAU BERCAKAP bercakaplah atas kebenaran
18) SELESAIKAN LAH URUSANMU DENGAN ALLAH BARULAH KAU SELESAIKAN URUSANMU SENDIRI.
19) MAKAN DAN MINUMLAH atas rezeki yang halal di sisi Allah
20) WAHAI ANAK-ANAK apabila ayah sudah tiada, dan ia tidak sempat mendidikmu maka belajarlah dengan murid ayahmu.
21) JANGAN berburuk sangka sesama kamu.
22) BANTULAH orang fakir dan anak-anak yatim
23) MAKANLAH KETIKA benar-benar lapar dan berhentilah sebelum kenyang.
24) GAULILAH ISTERIMU jika ia redho dan janganlah gauli jika ia tidak redho
25) AMALKANLAH segala amalan yang telah guru ajarkan.
26) INGATLAH olehmu bahawa kita akan mati.
27) BENTENGLAH DIRIMU dari musuh dengan ZIKRULLAH.
28) JANGAN berdendam
29) DAMAIKANLAH hatimu dengan ZIKRULLAH jika hatimu gundah
30) HAQ ORANG LAIN jangan kau jadikan haqmu.
31.) BERDOALAH jika kau dihina dan minta ampun untukmu dan untuknya.
32) JANGAN mendoakan kebinasaan atas makhluk ini.
33) HINAKANLAH dirimu dihadapan allah dengan sehina-hinanya.
34) JANGAN kau kahwini anak kepada gurumu
35) JANGAN kau tidur jika kau belum hubungi Allah.
36) LARILAH dari teman yang jahil
37) KORBANKANLAH harta benda mu dan jiwamu pada jalan Allah
39) JAGALAH dirimu dan keluargamu dari api neraka.
40) JANGAN cuba mengajar jika kau jahil
41) JANGAN bercakap tentang hakikat jika kau tidak arif
42) JANGAN buka akan rahsia Allah padamu
43) BUANG yang keruh ambil yang jernih.
44) TAUBATLAH kamu jika kau bersalah.
45) JANGAN suka berdebat.
46) INGATLAH TUHAN sentiasa melihatmu.
47) MINTA REDHO pada gurumu atas ilmu yang kau amalkan itu.
48) INGATLAh bahawa guru itu penyambung risalah nabi.

Ingatlah dan peganglah akan wasiat ini dengan sungguh-sungguh jangan diabaikan mudah-mudahan kita mendapat rahmat ilahi di dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...