Isnin, 31 Disember 2018

Wahai .....

Dulu mak pernah cakap, "Kalau mak dan ayah dah tiada nanti, selepas kebumikan, jangan balik lagi.. Tunggulah 10 - 15 minit kerana ketika itu, malaikat akan datang.. Jika masih ada anaknya di atas kubur, malaikat akan tanya kepada arwah dengan nada yang rendah".

Nabi kata, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur, badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan.. Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat.. Dibuka muka kita, pipi kita akan kena tanah.. Duduk dalam kubur menghadap kiblat.

Suami, isteri, anak-anak menangis.. Lepas tu, diambil papan lalu ditutup.. Tanah pun diturunkan secara perlahan-lahan.. Bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas.. Bila melompat naik ke atas, tutup..! Dipijak-pijaknya kubur..

Nabi kata, bila berpaling sahaja muka orang yang menghantar kita ke belakang kubur, kita mendengar bunyi derapan tapak kasut mereka pulang.. Derapan kasut-kasut mereka kita boleh dengar.. Maka, pada masa itulah, roh kita akan duduk.. Duduknya roh dan kaki melunjur.. Badan tegak.

Maka, pada masa itulah, kita akan memanggil orang-orang yang menghantar kita ke kubur.. Kalau isteri yang hantar, kita akan memanggil isteri kita.

"Pah, jangan tinggalkan Abang.. Pah kata nak sehidup semati".

Pah tak dengar.. Pah bawa cerek dengan daun pandan balik sambil lap air mata.. Sayang macam mana pun isterinya, dia akan balik.. Suami dia panggil, "Pah, jangan balik, Pah.. Tunggu Abang, Pah" .. Dia tak kisah.. Dia balik.

Lepas tu, kita akan nampak anak-anak kita balik.. Kita panggil anak-anak, tapi tak dengar.. Selepas mereka semua beredar, datanglah dua malaikat.. Yang hitam kedua-duanya.. Yang biru kedua-duanya.. Dan kita dengar derapan kaki malaikat lebih kuat daripada derapan kaki-kaki orang yang balik tadi.. Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi.. Lagi menggerunkan.

Yang tak pernah senyum dan ketawa, malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita, "Hai manusia" .. Malaikat tak kata dah, "Hai ustaz, hai ustazah" .. Malaikat tak sebut dah.. Malaikat pun tak kenal kita.. Malaikat tak panggil hajjah, haji tapi panggil, "Hai manusia".

"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?".. Itulah soalan dia.. Maka, kita akan menjawab, "Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah.. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah" .. Kalau itulah jawapan kita, selamatlah kita.. Dia tak tanya lagi, "Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?".

Kalau lulus soalan ni, maka lepaslah soalan-soalan yang lain.. Maka, malaikat tadi dengar apa yang kita jawab.. Malaikat kata, "Kami tahu dah kamu akan jawab seperti itu.. Saja kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik" .. Maka, kata malaikat kepada kita, "Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin".

Maka ahli kubur tadi berkata, "Pulangkan aku balik ke dunia.. Aku mahu balik pada keluargaku.. Aku mahu beritahu keadaan aku di kubur.. Tolong hantarkan aku balik..!", rayu si mati pada malaikat.

Rupanya, orang mati ni nak balik ke dunia bukan nak makan nasi briyani gam, bukan nak tengok TV.. Bukan..! Dia balik sebab nak beritahu pada anak-anak supaya solat.

"Wahai anak-anakku dan isteriku, solatlah.. Wahai suamiku, solatlah".

Tapi malaikat kata, "Tak boleh balik.. Kamu sekarang berada di alam barzakh.. Kamu tak boleh campur dengan alam dunia".

Nabi SAW kata, kalau kamu orang yang baik, kata Nabi SAW, akan diluaskan kubur 70 hasta, dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.. Tetapi, walaupun mayat tak boleh beritahu kita, Nabi dah khabarkan pada kita.. Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya bekalan yang paling baik adalah taqwa.. Jagalah solat kita.

ALLAHU AKBAR.

Semoga pengakhir hidup kita semua didalam Khusnul Khatimah.
Aamiin Ya rabbal aalamiin.

Sabtu, 29 Disember 2018

Tau Tak Apa itu DUKHON?

Tau tak apa itu #DUKHON?

Dukhon tu asap tebal yang menggelapkan bumi selama 40 hari. Disebabkan meteor menghentam bumi nanti. Jangkaannya adalah bulan puasa di waktu subuh. Gelap dia nanti macam gelap Nabi Yunus dalam perut ikan nun.Tahu

Bumi kita ni dah masuk sungai meteor. Anytime boleh kena hentam dengan mateor.

Masa tu, Semua elektrik2 teknologi ni padam buat selamanya. Tak ada makna dah gadget² ni semua.

Sebab meteor tu ada saidrik sejenis zat besi neutral apa ntah yang akan membuatkan daya tarikan besi² lumpuh buat selamanya. Komputer kereta apa semua tak boleh pakai.
Sebab tu kena belajar memanah, berkuda, berenang dari sekarang.

Masa Dukhon tu nanti ramai mati jadi zombi dan sebagainya kerana kulit melepuh kering dek panasnya waktu Dukhon tu nanti. Makanan time tu susah nak dapat & semua kelaparan.

Waktu itu la penderitaan paling dasyat. Bahkan ada yg sanggup berbunuhan demi mendapatkan makanan.

Orang beriman makanan dia adalah ZIKIR. Masa bergelap tu nanti baca "Lailahaillantasubhanakainnikuntuminazzalimin" banyak². ini pesan Rasulullah.

Masa Dukhon terjadi tu. Semua org masuk rumah masing². Masuk bilik masing². Baca subhanalkuddus rabbunalkuddus.

Kalau kita sempat. Sebab kita dah di fasa 4. Fasa Dukhon. Fasa imam mahdi tak tahu sempat ke tidak.

Sebab tu kita ni ada masa lagi 6 bulan je. Kita ni fasa Dukhon sebab kita fasa teknologi paling canggih. handset pun touch² je sekarang ni.

Kan Steve Job dah cakap 3 tahun Selepas dia meninggal tidak akan ada lagi teknologi.

Siapa STEVE JOB tu?
Dia founder apple iphone yg korang pakai tu. Barat dah siap sedia nak hadap Dukhon siap buat rumah bawah tanah lagi tu siap muatkan makanan selama setahun.

Untuk hadap Dukhon dijangka 2019 ni Wallahualam. Korang rasa korang banyak masa lagi ke? .

Nak hafal Quran ke apa ke baiknya lah sekarang. Bekal untuk generasi muda andai kata kita pergi dulu lah sebab Kita tetap akan mati.

Lepas Fasa Dukhon pula. Dajjal dtg bawa Kemewahan dan Makanan. ramai org kelaparan waktu Fasa Dukhon, bila Dajjal dtg ramai yg termakan dgn Fitnah Dajjal & mengaku Dajjal sebagai Tuhan mereka. sebab Dajjal bagi makanan minuman sedap². siapa tak terpengaruh kan? dengan keadaan Kelaparan Kehausan membuak². tapi tidak bagi mereka yang beriman.

Orang² beriman akan terus menerus berzikir. Zikir itulah yg mampu menahan rasa lapar membuak² & melupakan pengaruh Dajjal. Allahu. semoga kita dikalangan mereka yg beriman. Aamiin Ya Rabb

Sudahlah hebat diuji Fasa Dukhon. Disambung pula Fasa Kemunculan Dajjal.

sehinggakan waktu tu, ada Suami yg mengikat Isteri & Anak² mereka di dalam rumah kerana takut termakan hasutan dan fitnah Dajjal.

kerana pengikut Dajjal nanti ramainya daripada golongan Wanita dan Org² Kafir.

Nauzubillahiminzalik.

sudah berlalu 40 hari 40 malam Fasa Dukhon. kemudian fasa kemunculan Dajjal. 40 hari juga. tapi 40 hari fasa kemunculan Dajjal tu ibarat

Hari Pertama : 365 hari (setahun)
Hari Kedua : 30 hari (sebulan)
Hari Ke-3 : 1 minggu
Hari Ke-4 : Berjalan seperti biasa

"Dajjal tinggal di muka bumi ini, hanya selama 40 hari. Sehari seperti setahun, sehari seperti sebulan, sehari seperti sepekan, dan sisanya seperti hari-hari biasa." [Lihat HR. Muslim 2937]

Tidak ada lembah, wilayah, hutan belukar, tanah² yg tidak di datangi Dajjal. semua pelusuk dunia Dajjal akan masuk kecuali tanah haram iaitu Makkah dan Madinah.

Allah seramnya baca. ni baru sikit. mungkin baru 0.1% dari kisah keseluruhannya yg ditulis di dalam Al-Quran dan Hadis Sahih. betapa hebatnya akan kita lalui Akhir Zaman ini. semoga kita semua dilindungi daripada seksaan Dukhon dan Fitnah Dajjal.

Jom sama² hafal 10 Ayat Awal & 10 Ayat Akhir Surah Al-Kahfi agar terlindung dari FITNAH DAJJAL.

Selasa, 13 November 2018

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Cara Mengawal Marah

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَنَا إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلَّا فَلْيَضْطَجِع

Dari Abu Dzar RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda kepada kami: "Jika salah seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendakah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring  (HR Abu daud No: 4151)  Status: Hadis  Sahih

Pengajaran:
1.  Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh dan pemberi nasihat untuk diikuti.
2.  Rasulullah SAW mengajar cara mengawal marah antaranya jika marah dalam keadaan berdiri, hendaklah duduk (orang yang berdiri, dia dalam keadaan bersedia untuk bertindak berbanding ketika duduk).
3.  Jika masih marah ketika dalam kedudukan duduk, hendaklah orang tersebut menukar posisi dengan berbaring (kedudukan berbaring sangat kecil kemungkinan untuk bertindak).

4.  Diam juga satu daripada cara mengawal marah. Rasulullah bersabda:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ

Dari Ibnu 'Abbas dari Nabi SAW baginda bersabda: Apabila seorang dari kalian marah, hendaklah ia diam. (HR Ahmad No: 2029)
Berusahalah melakukan sesuatu untuk mengawal sifat marah. Jika marah semasa berdiri, tukar posisi
kepada duduk, jika marah lagi, tukar kepada berbaring. Diam juga satu cara mengawal marah.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Istiazah Mengawal Marah

عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ صُرَدٍ قَالَ اسْتَبَّ رَجُلَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ عِنْدَهُ جُلُوسٌ وَأَحَدُهُمَا يَسُبُّ صَاحِبَهُ مُغْضَبًا قَدْ احْمَرَّ وَجْهُهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ فَقَالُوا لِلرَّجُلِ أَلَا تَسْمَعُ مَا يَقُولُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنِّي لَسْتُ بِمَجْنُونٍ

Dari Adi bin Tsabit telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Shurd dia berkata; "Dua orang lelaki memaki hamun di antara satu sama lain  di hadapan Rasulullah SAW, sementara kami duduk di sisi Baginda. Salah seorang daripada mereka memaki temannya dengan rasa marah  sehingga merah padam mukanya. Lalu Baginda Nabi SAW bersabda: "Aku mengetahui (aku akan ajarkan) satu kalimah kalau  dia mengucapkan iaitu: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang kena rejam. Lalu mereka (para sahabat yang hadir) berkata kepada lelaki itu: Apakah kamu tidak dengar? Lalu beliau mengulangi apa yang disebutkan Nabi. Lelaki itu berkata kepadanya: Aku bukanlah seorang gila!" (HR Bukhari No: 5650) Status: Hadis  Sahih

Pengajaran:

1.  Marah itu dipengaruhi oleh syaitan. Mengikut Imam al-Ghazali, berlakunya sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan.
2.  Orang yang sedang marah, jika tidak dikawal, boleh menyebabkan hilang pertimbangan seperti orang hilang akal. Dia boleh bertindak diluar kewarasan.
3.  Rasulullah mengajar agar membaca istiazah apabila seseorang itu marah iaitu

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيم

Firman Allah:
وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah Engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Fussilat: 36
Kawallah kemarahan kita dengan sentiasa membaca istiazah memohon perlindungan dari hasutan Syaitan.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor


https://t.me/ahadithadayAHAD

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Menahan Marah Diganjari Bidadari

عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَظَمَ غَيْظًا وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُنْفِذَهُ دَعَاهُ اللَّهُ عَلَى 
رُءُوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ فِي أَيِّ الْحُورِ شَاءَ

Dari Sahl bin Mu'adz bin Anas dari Ayahnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mampu menahan amarahnya sedangkan ia mampu melampiaskannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk pada hari Kiamat hingga Allah memberinya (kebebasan) memilih bidadari yang ia suka." (HR Ibnu Majah No: 4176) Status: Hadis  Hassan

Pengajaran:

1.  Beruntung mereka yang sentiasa mampu mengawal marah
2.  Muslim yang mampu mengawal marah ketika dia boleh dan berpeluang untuk marah, di hari akhirat akan diganjari dengan kelebihan boleh memilih mana-mana bidadari di syurga.
3.  Muslim yang mampu mengawal marah, memiliki akhlak terpuji yang dijanjikan syurga. Sabda Rasulullah:
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ....لاَ تَغْضَبْ وَلَكَ الْجَنَّةُ

Dari Abi Darda, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda…."Jangan kamu marah, maka kamu akan masuk Syurga (Tabrani No: 1762)

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan berusaha mengawal perasaan marah yang tidak bertempat.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Jangan Marah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِي قَالَ لَا تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ لَا تَغْضَب

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahawa seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW: "Berilah aku wasiat?" baginda bersabda: "Janganlah kamu marah." Laki-laki itu mengulangi pertanyaannya, baginda tetap menjawab: "Janganlah kamu marah." (HR Bukhari No: 5651)
Status: Hadis  Sahih

Pengajaran:
1.  Rasulullah meninggalkan pesanan penting agar "Jangan Marah" yang diulang jawapan yang sama apabila ditanya berulang oleh sahabat. Menunjukkan pesanan ini amat penting.
2.  Marah adalah pokok berbagai kejahatan, dan menahan diri darinya adalah pokok segala kebaikan.
3.  Marah akan menimbulkan perbuatan yang diharamkan seperti memukul, menyakiti orang, mengeluarkan perkataan-perkataan yang diharamkan termasuk dalam bentuk tulisan seperti memfitnah, mencaci maki, berkata kotor, dan berbagai bentuk kezaliman termasuk mencederakan dan membunuh.
4.  Imam Ahmad menafsirkan bahawa akhlak yang baik adalah dengan meninggalkan sifat marah.
5.  Ibnu Mubarak apabila ditanya apakah himpunan akhlak yang baik yang terhimpun dalam satu kalimah!” Beliau menjawab, “Meninggalkan Marah.”
Berusahalah kita mengawal sifat marah yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

Sabtu, 3 November 2018

Tasbih, Tahmid dan Takbir Sebelum Tidur

Tasbih, Tahmid dan Takbir Sebelum Tidur

حَدَّثَنَا عَلِيٌّ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلَام شَكَتْ مَا تَلْقَى مِنْ أَثَرِ الرَّحَا فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبْيٌ فَانْطَلَقَتْ فَلَمْ تَجِدْهُ فَوَجَدَتْ عَائِشَةَ فَأَخْبَرَتْهَا فَلَمَّا جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ بِمَجِيءِ فَاطِمَةَ فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْتُ لِأَقُومَ فَقَالَ عَلَى مَكَانِكُمَا فَقَعَدَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى صَدْرِي وَقَالَ أَلَا أُعَلِّمُكُمَا خَيْرًا مِمَّا سَأَلْتُمَانِي إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا تُكَبِّرَا أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ وَتُسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَتَحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

Telah bercerita kepada kami Ali radliallahu 'anhuma bahawa Fatimah 'alaihas salam mengeluh kerana penat bekerja. Tidak lama kemudian Nabi SAW memperoleh ghanimah beberapa tawanan perang, maka Fatimah mencari baginda  SAW namun dia tidak bertemu, hanya dapat menemui Aisyah dan ia menceritakan keperluannya. Ketika Nabi SAW datang, Aisyah mengkhabarkan kedatangan Fatimah. Maka Nabi SAW mendatangi kami sedang kami telah berada di tempat tidur kami. Maka aku beranjak untuk bangun namun baginda berkata: "Tetaplah di tempat kalian". Lalu baginda duduk di antara kami hingga aku rasakan pada dadaku kaki baginda yang dingin lalu baginda bersabda: "Mahukah kalian berdua aku ajarkan perkara yang lebih baik dari yang kalian minta?. Jika kalian telah berada di tempat tidur kalian bacalah takbir tiga puluh empat kali, tasbih tiga puluh tiga kali dan tahmid tiga puluh tiga kali. Itu semua lebih baik buat kalian berdua daripada seorang pembantu".(HR Bukhari No: 3429) Status : Sahih

Pengajaran:
1.  Sebagai manusia kita mengharapkan bantuan orang lain bagi menyempurnakan pekerjaan seperti Fatimah mengharapkan dapat pembantu yang akan membantu kerja-kerja rumahnya.
2.  Tasbih, tahmid dan takbir yang dilafazkan oleh sesorang sebelum tidur sebanyak 100 kali (tasbih 33, tahmid 33 dan takbir 34) lebih baik dari memiliki pembantu (hamba).
Ayuh jangan lupa zikir Tasbih (Subhaanallah), Tahmid (Alhamdulillah) dan Takbir (Allahu Akbar) sebelum kita tidur.

Menyaingi Ganjaran Orang Kaya

Menyaingi Ganjaran Orang Kaya

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ الْفُقَرَاءُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ مِنَ الْأَمْوَالِ بِالدَّرَجَاتِ الْعُلَا وَالنَّعِيمِ الْمُقِيمِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَلَهُمْ فَضْلٌ مِنْ أَمْوَالٍ يَحُجُّونَ بِهَا وَيَعْتَمِرُونَ وَيُجَاهِدُونَ وَيَتَصَدَّقُونَ قَالَ أَلَا أُحَدِّثُكُمْ إِنْ أَخَذْتُمْ أَدْرَكْتُمْ مَنْ سَبَقَكُمْ وَلَمْ يُدْرِكْكُمْ أَحَدٌ بَعْدَكُمْ وَكُنْتُمْ خَيْرَ مَنْ أَنْتُمْ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِ إِلَّا مَنْ عَمِلَ مِثْلَهُ تُسَبِّحُونَ وَتَحْمَدُونَ وَتُكَبِّرُونَ خَلْفَ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ

Dari Abu Hurairah RA berkata, "Pernah datang sahabat yang miskin kepada Nabi SAW seraya berkata, "Orang-orang kaya, dengan harta benda mereka itu, mereka mendapatkan kedudukan yang tinggi, juga kenikmatan yang abadi. Kerana mereka melaksanakan solat seperti juga kami melaksanakan solat. Mereka puasa sebagaimana kami juga puasa. Namun mereka memiliki kelebihan disebabkan harta mereka, sehingga mereka dapat menunaikan ibadah haji dengan harta tersebut, dapat melaksanakan umrah bahkan dapat berjihad dan bersedekah." Maka Rasulullah SAW  pun bersabda: "Mahukah aku sampaikan kepada kalian sesuatu yang apabila kalian ambil (sebagai amal ibadah) kalian akan dapat mengatasi (darjat) orang-orang yang sudah mengalahkan kalian tersebut, dan tidak akan ada yang dapat mengalahkan kalian dengan amal ini sehingga kalian menjadi yang terbaik di antara kalian dan di tengah-tengah mereka kecuali bila ada orang yang mengerjakan seperti yang kalian amalkan ini. Iaitu kalian membaca tasbih (Subhaanallah), membaca tahmid (Alhamdulillah) dan membaca takbir (Allahu Akbar) setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali."  (HR Bukhari No: 798) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap orang sama ada miskin mahupun kaya berpeluang melakukan amal solleh
2.  Muslim yang berharta, di samping melaksanakan ibadat solat dan puasa, dia berkemampuan menunaikan ibadat haji dan umrah, serta berjihad dan bersedekah
3.  Muslim yang tidak berharta juga berpeluang memperolehi ganjaran seperti orang kaya malah mungkin lebih baik
4.  Antara amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW  yang boleh menjana ganjaran pahala melebihi sumbangan sedekah orang kaya ialah tasbih, tahmid dan takbir sebanyak 33 kali setiap satu selepas solat fardhu.
5.  Kita boleh mencemburui amal orang yang berharta yang menggunakan hartanya utk infak dan sedekah.  Moga kita boleh menjadi seperti mereka.
Ayuh perolehi ganjaran mudah dengan tasbih, tahmid dan takbir selepas solat fardhu yang sentiasa dilakukan.
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Syeikh Abdussalam Al-Hakim ditanya: Kenapa ulama-ulama zaman dulu begitu menyentuh hati ketika memberi nasihat, sehingga banyak umat yang insaf, sementara jarang terjadi pada keadaan zaman sekarang?

"Beliau menjawab: Ulama zaman dahulu itu hatinya bangun/ terjaga, sedang umatnya tidur. Tetapi ulama zaman sekarang itu hatinya tidur sedangkan umat hatinya mati. Bagaimana orang tidur bisa membangunkan orang yang mati..?”

[Habib Quraisy Baharun]

Rabu, 31 Oktober 2018

Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Dari Anas RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikkan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya”. (HR Bukhari No: 12 ) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Ukhuwah sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang.
2.  Kesempurnaan iman seseorang ditunjukkan dengan sifat mengasihi saudara Muslim yang lain seperti ia mengasihi dirinya sendiri.
3.  Ibn Qayyim menyatakan:
a.  Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain
b.  Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada sahabat atau menjauhkannya daripada bencana.
4.  Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah telah mempersaudarakan dua kaum iaitu Auz dan Khazraj yang sebelum ini sering berperang dan bermusuhan tanpa henti. Tiada lagi permusuhan antara mereka, bahkan mereka saling berkasih sayang, bantu membantu antara satu sama lain termasuk menghulurkan pertolongan kepada golongan Muhajirin yang baru berhijrah dari Mekah ke Madinah.
5. Langkah strategik Baginda mempersaudarakan ini demi memastikan ikatan ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan penduduk Madinah kukuh terpatri. Ia menjadi faktor utama kepada kejayaan pembinaan Sahifah Madinah yang maju dan makmur.
6.  Jangan jadikan perbezaan politik,  pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah antara kita. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan perpaduan bersama.

JOM sempena Maal Hijrah 1440 ini kita sempurnakan iman dengan saling berkasih sayang dan berukhuwah untuk mewujudkan Malaysia menuju Negara Rahmah yang cemerlang dan diampuni Allah.

Menyantuni Ummah Membawa Rahmah.

Hijrah Menyantuni Ummah


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

Dari Abdullah bin Amru dari Nabi SAW, bersabda: "Seorang muslim adalah orang yang Kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah " (HR Bukhari No: 9) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Muslim yang sempurna adalah seorang yang bersifat rahmah, sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain (sentiasa  selamat dari gangguan lisan dan tangannya seperti umpatan, fitnah, adu domba dan lain-lain).
2.  Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna akan mendorong pemiliknya untuk melaksanakan hak-hak iman. Di antara hak-hak iman adalah: Menjaga amanah, jujur dalam bermuamalah, dan menahan diri dari berbuat zalim terhadap manusia dalam perkara darah dan harta mereka  sehingga orang lain merasa aman (kerana merasa tidak terganggu) darah dan harta mereka.
3.  Hijrah adalah perpindahan dari satu situasi atau keadaan kepada satu situasi atau keadaan yang lain.  Seorang yang berhijrah adalah mereka yang berpindah dari perkara yang tidak baik, berdosa dan maksiat kepada baik dan mendatangkan pahala.
4.  Hijrah dituntut ke atas setiap Muslim untuk melakukannya. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.
5.  Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan. Jika para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki di Mekah dan menempuh perit getir perjalanan untuk ke Madinah sehingga mereka selamat sampai. Oleh itu untuk berhijrah dan berubah, setiap kita perlu berkorban.

Marilah kita melakukan perubahan dan berhijrah dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih cemerlang dan gemilang serta diredhai Allah. Bersama membina Negara Rahmah.
Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1440.
Menyantuni Ummah Membawa Rahmah

Isnin, 15 Oktober 2018

.....kepada seluruh ummat manusia

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Antara Petikan Ceramah Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz, Masjid Putra Putrajaya Kuala Lumpur Malaysia, 1 Oktober 2018.

“Dahulu para Nabi-Nabi yang sebelum Nabi Muhammad masing-masing diutus pada kaumnya sahaja. Akan tetapi Nabi Muhammad diutus kepada seluruh ummat manusia. Beliaulah yang diajak bercakap oleh Allah Subhanahu wa Taala di dalam Al-Quran. Dengan Firman Allah Taala yang berbunyi “Sesungguhnya engkau berada diatas budi pekerti dan akhlak yang teramat agung.” Dalam ayatNya yang lain Allah Berfirman “Dan tidaklah kami mengutusmu wahai Rasulullah Muhammad melainkan kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira dan juga pemberi peringatan. Dan tidaklah Kami mengutus engkau melainkan semata- mata Rahmat dan Kasih Sayang bagi seluruh ummat manusia dan alam semesta.”

“Ya Allah sampaikan selawat dan salamMu dan juga kemuliaanMu kepada orang ini yang menjadi sebab bagi kami datangnya hidayah yang kami terima dan Engkau muliakan kami dengannya. Sehingga dengan berkatnya lah Engkau jadikan kami sebaik-baiknya ummat. Bukan disebabkan oleh kerana panjangnya umur kerana ummat ini adalah ummat yang dikenali pendek umurnya. Yang mana kemuliaan itu bukan kerana kami lebih banyak banggunan dan inovasi yang kami lakukan, bukan kerana itu. Bukan juga oleh kerana kami memiliki badan yang besar, bahkan ummat ini adalah memiliki badan yang kecil. Dan kemuliaan itu bukan kerana kita, ummat yang paling banyak dibanding ummat lain, namun perbandingan kita dibanding ummat lain bagaikan selembar  rambut putih ditubuh seekor banting atau sapi berwarna hitam. Akan tetapi engkau jadikan kami semua wahai Allah yang paling mulia dari seluruh ummat, dan kami jadikan yang terbaik diantara semua ummat. Dengan apa kemuliaan ini kami dapat wahai Allah, itu semata-mata anugerahMu disebabkan wasilah Nabimu, agar semua manusia yang terdahulu dan yang akan datang, dan semua penghuni langit dan bumi agar mereka mengerti bahawasanya keagungan hanyalah milik Allah Subhanahu wa Taala.”

“Dan orang yang termulia adalah orang yang mulia disisiMu Wahai Allah. Semua neraca selain daripada necaca ini maka adalah neraca yang tidak betul dan keliru. Dan telah Engkau jadikan jalan menuju kemuliaanMu adalah melalui konsep taqwa. Dan Engkau katakan di dalam Al-Quran yang paling mulia diantara kalian semua adalah yang paling taqwa antara kalian. Dan Engkau jadikan orang yang paling bertaqwa adalah NabiMu, Nabi Muhammad. Maka tertuang kemuliaan Rasulullah pada seluruh ummat. Dengan mengikuti kepada Nabi bukan kerana dzatnya. Ketika Allah Subhanahu wa Taala memanggil kita melalui Nabi Muhammad, maka kita menjadi ummat yang terbaik. Kerana yang memanggil kita, Rasul yang terbaik. Oleh kerana kemuliaan orang yang paling bertaqwa ini, orang-orang yang lainnya akan mengundurkan diri nanti di Hari Kiamat, bilamana melintasi sirat, melainkan orang yang paling bertaqwa ini terlebih dahulu melintasinya.”

“Kerana Nabi kita adalah yang paling taqwa dan paling hebat sehingga para Nabi-Nabi yang jelas mereka lebih taqwa daripada ummat Nabi Muhammad, maka mereka harus tertunda melalui sirat dan masuk ke dalam syurga hingga ummat ini, ummat Rasulullah individu terakhir ummat ini masuk ke dalam syurga, maka baru yang lain boleh masuk setelah ummatnya. Dan juga syurga itu tiada siapa yang akan memasukinya daripada Nabi, melainkan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam dan juga daripada orang yang terakhir daripada ummat Nabi yang akan memasuki syurga, baru orang lain. Ketahuilah tidak ada keagungan kecuali apa yang dimuliakan dan diagungkan oleh Allah. Kalau disebutkan bahawasanya hari yang begitu dahsyat dan juga agung adalah hari Kiamat.”

https://t.me/iloverasulullah

.............. kedatangan Hari Kiamat,

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Antara Petikan Ceramah Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz, Masjid Putra Putrajaya Malaysia, 1 Oktober 2018.

“Allah Taala menceritakan tentang kedatangan Hari Kiamat, tidakkah mereka menyakini kalau kelak mereka akan berdiri di hadapan Allah Subhanahu wa Taala di hari yang agung, hari mereka menghadap kepada Allah. Oleh kerana keagungan yang ada pada hari itu, oleh kerana keagungan yang ada pada kaum mukminin, maka apa yang dihadiahkan oleh Allah nanti di Hari Kiamat, maka hari itu dikatakan hari yang agung. Apabila dikatakan bahawasanya para Nabi-Nabi dulu dikatakan ini adalah Hari Kiamat, harinya kalian, hari menguntungkan kalian, tapi untuk ummat Nabi Muhammad ini adalah hari kalian, wahai ummat Nabi Muhammad dan ini adalah harinya Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam. Sesungguhnya mereka orang-orang yang akan dibangkitkkan nanti di Hari Kiamat daripada golongan orang-orang yang mulia tiada seorang pun daripada mereka yang akan terkeluar daripada kuburnya melainkan kubur Nabi Muhammad terlebih dahulu terbelah untuk beliau keluar. Orang-orang yang dikatakan ini adalah hari keberuntungan kepada kalian, mereka semuanya tidak mampu memberikan syafaat hingga Nabi Muhammad memberikan syafaat terlebih dahulu. Sehingga pada hari yang begitu agung itu nanti di Hari Kiamat tiada seorang pun juga yang mampu melintasi kepada as-sirat sehingga Nabi Muhammad terlebih dahulu melintasinya.”
“Mereka yang dikatakan ini hari yang menguntungkan kalian, tetap mereka tidak dapat dan tidak boleh masuk syurga hingga Nabi Muhammad terlebih dahulu masuk. Kalau di hari itu nanti, hari yang agung bagi umumnya kaum mukminin, tapi bagi Rasulullah adalah hari yang agung secara khusus. Dan sesungguhnya beliaulah Nabi Muhammad yang berkata “Aku yang pertama menghampiri pintu syurga dan aku yang membuka daripada pintu tersebut dan menggerakkannya pertama kali dan bersama kaum mukminin. Beliau juga yang bersabda “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan syurga kepada seluruh pada Nabi, melainkan aku terlebih dahulu masuk ke dalamnya. Dan diharamkan syurga untuk dimasuki oleh ummat-ummat mereka hingga dimasuki ummat Nabi Muhammad.”

“Wahai Allah sampaikanlah selawat kepada beliau, dan jadikanlah kami sebaik-baik ummatnya. Ya Allah limpahkan selawatMu atas Nabi Muhammad dan jadikan kami orang yang bersama Rasulullah masuk ke dalam syurganya kelak. Ya Allah sampaikanlah selawat kepadanya dan jadikanlah kami orang yang masuk ke dalam syurga tanpa hisab. Ya Allah selawatlah kepada Nabi Muhammad dan jangan Engkau tinggalkan kami barisannya Rasulullah dan mukminin yang masuk bersamanya ke dalam syurga. Dan sampaikanlah selawatMu juga kepada ahli keluarganya yang suci. Yang mana mereka keluarga Rasulullah adalah para kaum yang senantiasa berjalan seiring dengan Al-Quran dan tidak akan terpisah dari Al-Quran sehingga hari kiamat.”

“Dan selawat kepada sahabat Nabi yang baik. Dari kaum Muhajirin dan Ansarnya. Yang telah Engkau memuji kepada mereka di dalam Al-Quran. Dan segenap orang-orang yang mengikuti jejak mereka dengan baik. Jadikanlah kami bahagian daripada mereka. Dan atas para-para Nabi dan Rasul, dan juga bersama dengan keluarga dan sahabat mereka. Dan segenap para malaikat-malaikat yang dekat denganMu. Dan kepada seluruh hamba-hambaMu yang soleh. Dan masukkan lah kami bersama mereka dan di dalam kelompok mereka. Dan kepada semua yang hadir dalam perkumpulan ini, dan semua yang mendengarkan acara ini, sampaikanlah selawat kepada kami bersama dengan mereka. Limpahkanlah selawatMu atas kami di dalam perkumpulan ini, berikanlah kepada kami selawat bersama dengan mereka. Dan selawat serta salam yang banyak. Wahai Yang Maha Pengasih.”

https://t.me/iloverasulullah

Tidak ada yang salah dalam setiap keputusan Allah

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Tidak ada yang salah dalam setiap keputusan Allah. Yang ada hanyalah kekerdilan hati kita dalam menyingkap hikmah disebaliknya. Bukankah kita mengaku bahawa hidup dan mati kita hanya untuk Allah? Bukankah kita beriman dengan takdir yang baik dan buruk?. Mari menghamba, mengabdi kepada Allah seluruh alam semesta beserta bumi dan isinya dimiliki olehNya. Bukankah bererti ujian dan rintangan dalam hidupmu juga diatur olehNya?  Lantas apa yang perlu engkau risaukan.”

[Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz.]

Jangan menyimpan dendam

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Jangan menyimpan dendam terhadap orang-orang yang mencaci maki, atau mereka yang suka berbicara buruk, atau mereka yang sering melukaimu. 'Bukan' tugasmu untuk menanggapi dan membalas cacian dengan cacian atau sejenisnya.

Namun, tugasmu yang sebenarnya adalah bersandar pada pemahaman rahsia Wahyu dan ajaran agama yang benar, dan berjalan tegap dengan indah seperti yang seharusnya pernah dilakukan oleh hamba-hamba Allah yang soleh.

Lewati semua itu melalui keheningan dan diam atau berikan mereka senyum terbaikmu atau berlalulah terus tanpa perlu menanggapi saat kalian berhadapan dengan situasi seperti itu. Itulah cara terbaik, dan yakinlah bahawa itu adalah penuntas persoalan tanpa menimbulkan masalah lain."

[Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz]

SYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT BAIK SEDIKIT MAUPUN BANYAK

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Dikisahkan ada seorang wanita ingin memberikan hadiah sedikit makanan kepada Syaikh Abu Bakar bin Salim. Di depan rumah beliau wanita itu bertemu dengan pembantu Syaikh Abu Bakar bin Salim. Lalu oleh pembantu tersebut wanita itu tidak diperbolehkan memberikan hadiah lantaran Syaikh sedang beristirahat dan tidak berani membangunkannya sambil berkata, "Engkau ingin memberikan sedikit makanan itu kepada Syaikh? Lihatlah ke belakang, beliau itu punya banyak makanan bahkan setiap hari beliau membagikan 500 makanan kepada orang-orang.

Lalu sang wanita itu tertunduk lesu kecewa karena tidak bisa memberikan hadiah yang sudah ia persiapkan. Dalam perjalanan pulang, di tengah gurun ia bertemu dengan Syaikh Abu Bakar bin Salim. Beliau sudah mengetahui akan niat baik wanita itu bahwa ia ingin memberikan hadiah karena Allah, lalu Beliau mengatakan tidak perlu kecewa sesungguhnya hadiah yang sedikit menurut orang itu justru bernilai besar di hadapan Allah.

Karena Allah sendiri telah berfirman "Barangsiapa melakukan kebaikan walaupun sebesar biji 'Dzarrah' sekalipun maka akan dibalas kebaikan pula oleh Allah. Kemudian Syaikh Abu Bakar bin Salim menemui pembantunya dan berkata bahwa  engkau telah menyakiti hati seorang hamba Allah, meskipun ia memberi hadiah yang sedikit tetapi ia ingin memberi karena Allah, sungguh bahwa barangsiapa tidak mensyukuri sedikit nikmat yang ia terima, maka ketika mendapat nikmat banyak pun ia tidak bisa mensyukurinya.

[Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz]
(Terjemahan oleh Habib Thohir bin Abdullah Al-Kaff, Gedung Smesco, Jakarta Selatan, 6 Oktober 2018, sumber omartvdotnet)

Selasa, 2 Oktober 2018

HATI & AKHLAK KAMU

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

1) “Adakah kamu rela Allah melihat ke dalam hati kamu, dan kamu sedang mengagungkan perkara yang Allah hinakan? Sehingga dengannya kamu akan diharamkan mendapat keagungan dari Allah سبحانه و تعالى?”
2) “Jangan menggganggu haiwan kerana merasa tiada yang akan membalasnya kerana kelak nanti akan dibalas Allah سبحانه و تعالى. Apatah lagi jika yang diganggu ialah orang Islam sendiri? Maka tiada akan terlepas seorang pun.. Setitik pun akan dihisab.”
[Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz]

Masjid Putra Putrajaya, Malaysia, 1 Oktober 2018 / 21 Muharram 1440 H 
(Sumber: Muwasolah Baina ‘Ulama Muslimin Malaysia)

MEMAHAMI ISLAM

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang diredhai oleh Allah. Dan Al-Quran adalah method untuk membimbing manusia mendapat petunjuk kepada Allah. Dan ianya adalah merupakan anugerah terbesar diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang diperintahkan untuk mentaati Allah. Allah berfirman, Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam. Barangsiapa yang memilih agama selain daripada Islam, maka tiada akan diterima. Kalau mereka berpaling, katakanlah kepada mereka, sesungguhnya kami adalah orang Islam. Ini adalah Islam dalam keagunganNya. Dan dalam kesempurnaanNya, dan juga pada mukjizatNya.”

“Islam adalah satu manhaj, satu methodologi yang sentiasa diperbaharui dan tidak berubah. Dan tiada akan ada perubahan pada dasar-dasar Islam. Tiada sesiapapun juga kelompok manapun juga, mana-mana golongan pun juga akan mendapati penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi selain daripada agama yang  diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Kepada mereka yang memiliki akal fikiran yang waras maka hendaklah melihat kepada fakta ini dengan jujur. Dan juga mengakui akan fakta dan kenyataan yang ada. Tanpa diiringi dengan sifat fanatik ataupun terbawa dengan kecenderungan kepada tujuan-tujuan yang hina. Seperti mana kamu semua telah mendengar perkara yang demikian daripada Syeikh Badaruddin.”

“Orang-orang yang mempertikai tentang Islam adalah Islam itu dilihat musykil bagi mereka yang tidak memahami tentang Islam. Akan tetapi masalah akan menjadi lebih besar bilamana orang Islam sendiri yang tak faham Islam. Seseorang muslim itu adalah orang yang memahami mesej dan juga penyampaian daripada Allah terhadap dirinya. Dan menyerahkan segala-galanya kepada hukum hakam Allah. Dan bebas daripada menjadi pengikuti kepada hawa nafsu dan juga kepada ambisi, termasuk bebas daripada mengikut daripada syaiton dan juga musuh-musuh. Dan merasa mulia dengan kemuliaan menjadi hamba kepada Allah Subhanahu wa Taala dan bukan menjadi hamba kepada sesiapapun dan ia merasa bangga dengan yang demikian. Maka pada hakikatnya tiada kemusykilan bagi kaum muslimin kecuali kepada mereka yang tidak memiliki sifat-sifat yang jelas untuk memahami konsep ini.”

“Adapun kaum muslimin dengan sifat-sifat yang saya sebutkan sebentar tadi, maka mereka adalah menjadi sebab penyelesaian kepada segala permasalahan dan mereka itu umpama bintang-bintang yang menjadi penunjuk kepada mereka yang mencari jalan. Marilah kita tengok salah satu tanda yang ada kepada mereka sebagai seorang Islam. Nabi bersabda, “Seorang muslim itu, orang Islam lain selamat daripada lisan dan tangannya,”. Tunduknya orang itu kepada Allah membebaskan dirinya daripada terbelenggu kepada hawa nafsunya. Dan dianugerahkan kepada dirinya kekuatan untuk mengontrol (mengawal) lisannya di dalam berucap. Dan juga menjadikan untuknya neraca di dalam mengontrol tangannya di dalam gerakkannya. Melakukan demikian itu kerana Allah Subhanahu wa Taala sehingga dia mengawal akan lisannya dan juga tangannya untuk melakukan satu perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah Subhanahu wa Taala.”

[Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz]
(Masjid Wilayah Persekutuan, Malaysia, 30 September 2018)
https://t.me/iloverasulullah

Isnin, 17 September 2018

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
”Dzikir dan ketaatan kepada Allah merupakan penghuni hati, 
sedangkan kelalaian dan maksiat adalah perosak hati.”

[Habib Abu Bakar Bin Muhammad Assegaf]

Ahad, 2 September 2018

Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah

Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah

حَدَّثَنَا هَاشِمٌ حَدَّثَنِي عَبْدُ الْحَمِيدِ حَدَّثَنِي شَهْرٌ حَدَّثَنِي أَبُو ظَبْيَةَ قَالَ إِنَّ شُرَحْبِيلَ بْنَ السِّمْطِ دَعَا عَمْرَو بْنَ عَبَسَةَ السُّلَمِيَّ فَقَالَ يَا ابْنَ عَبَسَةَ هَلْ أَنْتَ مُحَدِّثِي حَدِيثًا سَمِعْتَهُ أَنْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ فِيهِ تَزَيُّدٌ وَلَا كَذِبٌ وَلَا تُحَدِّثْنِيهِ عَنْ آخَرَ سَمِعَهُ مِنْهُ غَيْرِكَ قَالَ نَعَمْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ قَدْ حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَحَابُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَصَافُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَزَاوَرُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَبَاذَلُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ
يَتَنَاصَرُونَ مِنْ أَجْلِي

Telah menceritakan kepada kami Hasyim telah menceritakan kepadaku Abdul Hamid telah menceritakan kepadaku Syahr telah menceritakan kepadaku Abu Dzabyah ia berkata; Bahawasanya Syurahbil bin As Simth memanggil Amru bin Abasah As Sulami dan bertanya, "Wahai Ibnu Abasah, apakah Anda mahu menceritakan kepadaku suatu hadis yang telah Anda dengar dari Rasulullah SAW tanpa ada tambahan ataupun kedustaan? Dan janganlah anda ceritakan kepadaku suatu hadis dari sahabat lain yang ia mendengarnya dari baginda selain anda. Amru bin Abasah berkata; Baiklah, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah Ta'ala telah berfirman: 'Sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling merapatkan barisan kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling menolong kerana Aku.'"(HR Ahmad No: 18621) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
Setiap Muslim berhak mendapat kecintaan Allah apabila:
1.  Saling mencintai kerana Allah
2.  Saling merapatkan hubungan (ukhuwah) kerana Allah
3.  Saling menziarahi kerana Allah
4.  Saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Allah
5.  Saling bantu membantu dan tolong menolong kerana Allah

Jadikanlah diri kita orang yang dicintai Allah kerana kecintaan kita kepada orang lain.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

Selasa, 14 Ogos 2018

27 CHECK LIST SAMA ADA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA @ TIDAK


1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.
2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya

14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan Anda kepada Allah.

15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berpoya-poya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. Anda sangat perhatian dengan penampilan luaran Anda.

23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera melanjutkan pekerjaan.

26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.

27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

- Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh.

Amiin..
Credit ; Ust Iqbal Zain

Khamis, 9 Ogos 2018

TIGA AMAL YANG TIDAK DITIMBANG DI HARI KIAMAT KERANA KEHEBATANNYA.. ..

ثلاثة أعمال ليس لها موازين يوم القيامة لعظمتها

Tiga amal yang tidak akan ada timbangannya pada hari kiamat, kerana keagungannya...
1- العفو عن الناس: لم يحدد الأجر
قال الله تعالى: { فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ}.

1- Memaafkan Kesalahan Orang: (amal istimewa) yang tidak terbatas pahalanya.
Allah berfirman:
(وَجَزَاءُ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِثْلُهَا ۖ فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ)
[Surat Ash-Shura 40]
Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.

2- الصبر: لم يحدد الأجر
قال تعالى: (إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ}
2- Sabar:  (amal istimewa) yang juga tidak terbatas pahalanya.
Allah berfirman:
(قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۗ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ ۗ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ)
[Surat Az-Zumar 10]
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

3- الصيام: لم يحدد الأجر (كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به).
3- Puasa: (juga amal istimewa) yang tidak terbatas pahalanya.
Allah berfirman dalam hadits qudsi-Nya:
كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به.
Yang ertinya: semua amal anak Adam adalah diperuntukkan kepadanya, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya. (Bukhori dan Muslim)
وينادي مُنادٍ يوم البعث: أين الذين أجرهم على الله؟ فـيقبل الصابرون والصائمون والعافون عن الناس.
Pada hari kebangkitan ada Penyeru yang memanggil : Mana orang-orang yang pahalanya atas (tanggungan) Allah..?!
Maka menghadaplah orang-orang yang sabar, orang-orang yang berpuasa dan orang-orang yang lapang hati suka memberi maaf kepada orang lain.
جعلنا الله واياكم ممن ينادى عليهم بـهذا النداء.
  اللهم آمين ..

Muhasabah diri

Ahad, 29 Julai 2018

*IMAM MALIK* *VS* *IMAM SYAFI'I*

*_"Guru Dan Murid Tertawa Kerana Beza Pendapat tentang REZEKI_*
.
Imam Malik ( guru Imam Syafii ) dalam majlis menyampaikan:
*"Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah niscaya Allah akan memberikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya."*
.
Sementara Imam Syafii ( sang murid berpendapat lain) :
*"Seandainya seekor burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimana mungkin ia akan mendapatkan rezeki."*
*_Guru dan murid bersikap kukuh pada pendapat masing2._*
.
Selepas itu,  semasa meninggalkan pondok, Imam Syafii melihat serombongan orang tengah memetik anggur. Diapun membantu mereka. Setelah pekerjaan selesai, Imam Syafii memperoleh upah beberapa ikat anggur sebagai balasan.
*Imam Syafii girang, bukan kerana mendapatkan anggur, tetapi pemberian itu telah menguatkan pendapatnya. Jika burung tak terbang dari sangkar, bagaimana ia akan mendapat rezeki. Seandainya dia tak membantu memetik,  niscaya tidak akan mendapatkan anggur.*
Bergegas dia berjumpa Imam Malik, sang guru. Sambil meletakkan seluruh anggur yang didapatinya, dia bercerita. Imam Syafii sedikit mengeraskan bahagian kalimat  *“seandainya saya tidak keluar pondok dan melakukan sesuatu (membantu memetik), tentu saja anggur itu tidak akan pernah sampai di tangan saya.”*
.
Mendengar itu Imam Malik tersenyum, seraya mengambil anggur dan memakannya. Imam Malik berucap perlahan,
*“Sehari ini aku memang tidak keluar pondok...hanya mengambil tugas sebagai guru, dan sedikit berfikir alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini aku dapat menikmati anggur.* ......Tiba-tiba engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur untukku. *Bukankah ini juga bahagian dari rezeki yang datang tanpa sebab. Cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah, niscaya Allah akan berikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah yang menguruskan lainnya.”*
.
Guru dan murid itu kemudian tertawa. Dua Imam madzab mengambil dua hukum yang berbeza dari hadits yang sama.
Begitulah cara Ulama bila melihat perbezaan, bukan dengan cara menyalahkan orang lain dan hanya membenarkan pendapatnya saja..
Semoga dapat menjadi pelajaran dan pengajaran buat kita semua.

Jumaat, 13 Julai 2018

18 KATA-KATA BIJAK Ustadz ABDUL SOMAD

Ustaz Abdul Somad
1. Syukurilah semua yang diberikan Allah SWT. Jika kau masih hidup bersyukurlah masih melakukan amal sholeh. Jika kau mati tetap bersyukurlah, setidaknya dosamu tidak semakin bertambah.

2. Ketika engkau susah di dunia ini. Sabarlah, karena ia hanya sementara. Ketika engkau diberi kesenangan di dunia ini jangan bangga dan sombong karena ia juga hanya sementara.
3. Kita tidak perlu satu organisasi, satu sekolah ataupun satu guru, kita beteman di satu titik, mukhlisinnalahuddin. Mudah-mudahan titik itulah yang mempertemukan kita.
4. Jika mencari kawan tak bercacat, selamanya kita tak kan berkawan. Jika mencari pasangan yang sempurna, selamanya kita tak kan berpasangan.
5. Hari ini kita boleh kalah dalam segala hal, tapi tanamkan pada anak anak kita bahwa 10 atau 20 tahun lagi mereka akan memimpin negeri ini dengan cara yang Allah ridhoi.
6. Kalau dengan memiliki motor dan mobil bertambah ketaatan kita kepada Allah, maka itu adalah rezeki. Tapi kalau dengan kendaraan itu menjauhkan diri dari Allah, dipakai untuk pergi ke tempat maksiat, maka itu adalah laknat dan azab. Hati-hati.
7. Kebahagiaan seorang guru ialah ketika melihat muridnya sukses dunia dan akhirat.
8. Bahagia itu terletak pada syukur. Siapa yang bersyukur kepada Allah, maka dialah orang yang paling bahagia.
9. Apapun yang terjadi, Islam akan tetap ditolong Allah. Yang menjadi masalah adalah, apa yang telah dan akan kita lakukan untuk Islam, demi untuk menolong diri kita di dunia dan akhirat nanti? Jangan jawab dengan lidah, karena lidah terlalu mudah untuk berkata-kata. Tapi, jawablah dengan perbuatan.
10. Hidup ini seperti bahtera di lautan. Di atas ada ombak kencang yang akan menghadang. Dari bawah ada batu karang yang besar. Tak ada yang bisa menguatkan hidup ini, kecuali Allah Ta'ala.
11. Jangan batasi ibadah hanya ketika di Masjid. Ada yang menganggap beramal itu hanya ketika duduk di Masjid, sholat, dzikir dan membaca Al-Quran. Jangan lupa, bekerja dari jam 8 pagi sampai 4 sore, ditambah lagi apabila lembur itu juga adalah amal. Karena, bekerja mencari nafkah yang halal untuk keluarga di rumah adalah ibadah, bernilai pahala di hadapan Allah Ta'ala. Maka, kalau dipahami bahwa bekerja adalah amal ibadah, tidak akan ada pegawai yang main "game on-line" saat jam kantor, tidak akan ada pedagang yang memainkan timbangan, tidak akan ada karyawan yang curang dalam laporan tugasnya.
12. Kalau engkau sudah menikah, maka pandanglah saudaramu yang belum menikah, maka akan timbul rasa syukur.
13. Wujud syukur yang sederhana ialah mengucap syukur "Alhamdulillaahirobbil 'aalamiin. Segala puji hanya bagi Allah" . Namun sesungguhnya Hakikat dari Rasa Syukur itu adalah memastikan setiap tarikkan nafas kita senantiasa dalam "ketaatan" kepada Allah Ta'ala.
14. Berkawan karena harta, harta akan binasa. Berkawan karena kuasa, kuasa tak akan lama, paling 5 tahun kalau tak di tangkap KPK. Tapi, kalau berkawan karena Allah maka akan kekal abadi.
15. Dunia ini hanya setetes air. Kalau kau tak dapat jangan sedih, karena yang kau tak dapat hanya setetes. Dan kalau kau dapat, jangan bangga, karena yang kau dapat hanya setetes.
16. Ketika terasa diri ini hampa, tak ada apa-apa, bagai butiran debu di tengah samudera keagungan Allah. Saat itulah rahmat Allah turun meyentuh rasa yang dapat diwakili kata.
17. Air selalu mengalir, dia tidak bisa ditahan. Ketika dia ditahan, maka dia akan menjadi sebuah perlawanan yang besar. Air nampak lemah, ketika dia sedikit. tapi, ketika dia sudah berkumpul maka menjadi besar, dia menjadi kekuatan yang luar biasa. Belajarlah dari air.
18. Keberanian tidak mempercepat kematian, dan ketakutan tak dapat mengelakkan dari kematian. Kita pasti mati, tapi mati dalam keadaan apa? Pilihan ada di tangan kita.
Sampaikan sebanyak-banyaknya untuk orang lain. 👍
Semoga bermanfaat..


Khamis, 21 Jun 2018

*APAKAH RAMADHANKU DITERIMA*


Gambar hiasan
Tanda dari orang yang lulus Ramadhan adalah selalu bersemangat dan ikhlas dalam beribadah, seperti yang dilakukan selama di bulan Ramadhan...
Tanda dari orang yang lulus Ramadhan adalah selalu bersabar menahan diri daripada dosa dan maksiat, seperti ia sabar menahannya di bulan Ramadhan...
Tanda dari orang yang lulus Ramadhan adalah selalu bersedih tatkala terluput atau terlalaikan dari suatu amal shalih, baik yang wajib atau pun sunnah...
Tanda dari orang yang lulus Ramadhan adalah selalu berusaha menjadi orang yang paling utama, bersih hatinya, mulia akhlaknya dan benar ucapannya...
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya: "Siapa orang yang paling utama ?" Baginda menjawab : "Setiap orang yang bersih hatinya dan benar ucapannya". Para sahabat berkata : "Orang yang benar ucapannya telah kami fahami maksudnya, lalu apakah yang dimaksud dengan orang yang bersih hatinya ?" Baginda menjawab : "Dia adalah orang yang bertakwa (takut) kepada Allah, yang suci hatinya, tidak ada dosa dan kezaliman padanya, serta tidak ada pula rasa dendam dan hasad" (HR. Ibnu Majah no. 4216, hadits dari Abdullah bin ‘Amr, lihat Shahiihut Targhiib wat Tarhiib no. 2889)
Tanda dari orang yang lulus Ramadhan adalah selalu istiqamah mengikuti syariat yang telah dicontohkan, diamalkan dan diajarkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabatnya...
Tanda dari orang yang lulus Ramadhan adalah selalu menjadikan perkara yang berkaitan dengan akhirat lebih diperdulikan daripada perkara dunia, dari sisi waktu, tenaga, fikiran, harta dll...
"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik" (QS. Al-Isra' [17]: 19)
Inilah tanda diterimanya amal..."Sesungguhnya di antara tanda diterimanya kebaikan adalah kebaikan selanjutnya".
Sebahagian salaf berkata:"Berpuasalah (tahanlah diri) dari dunia, dan jadikanlah kematian sebagai waktu berbukamu dari puasa dunia. Dunia seluruhnya adalah bulan berpuasa bagi orang-orang yang bertakwa. Mereka berpuasa (menahan diri) padanya dari syahwat-syahwat yang diharamkan. Jika kematian telah datang kepada mereka, maka sungguh bulan puasa mereka telah selesai, dan mereka berseri-seri pada hari berbuka (hari raya) mereka" (Lathaa’iful Ma’aarif hal 147 oleh Imam Ibnu Rajab).
by: Muhammad Zahir

Sabtu, 9 Jun 2018


اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
❝Tanda-tanda orang mukmin yang telah memperoleh malam Lailatul Qadar, hatinya lembut, mudah menangis, menyesali dosa yang lalu, merasa malu kepada Allah Subhanahu wa Taala, rindu
kepada Rasulullah ﷺ, merasa tenang dan lapang dada, rajin beribadah dan beramal soleh,
rindu kepada Allah Subhanahu wa Taala.❞

[Al-Imam As-Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki ‎رحمه الله تعالى]

Jumaat, 8 Jun 2018

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

❝Allah Maha Mengetahui atas apa amalan kamu, maksudnya kualiti amal yang akan dilihat oleh Allah Subhanahu Wa Taala bukan banyaknya amalan kamu.❞

[Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid]

Jumaat, 20 April 2018

*ISTANANYA SANG PEMAAF...*

Gambar hiasan
Pada suatu hari, Rasulullah SAW sedang berkumpul dengan para sahabatnya...

Di tengah perbincangan dengan para sahabat, tiba-tiba Rasulullah Saw tertawa ringan sampai terlihat gigi depannya. 
Umar r.a. yang berada di situ, bertanya :
" Apa yang membuatmu tertawa wahai Rasulullah ?"

Rasulullah SAW menjawab :
" Aku diberitahu Malaikat, bahwa pada hari kiamat nanti, ada dua orang yang duduk bersimpuh sambil menundukkan kepala di hadapan Allah Swt."

"Salah seorang mengadu kepada Allah sambil berkata : 
‘Ya Rabb, ambilkan kebaikan dari orang ini untukku karena dulu ia pernah berbuat zalim kepadaku."

Allah SWT berfirman :
"Bagaimana mungkin Aku mengambil kebaikan saudaramu ini, karena tidak ada kebaikan di dalam dirinya sedikitpun..?"

Orang itu berkata,:
" Ya Rabb, kalau begitu, biarlah dosa-dosaku dipikul olehnya"

Sampai di sini, mata Rasulullah SAW berkaca-kaca. 
Rasulullah SAW tidak mampu menahan tetesan airmatanya.

*Beliau menangis...*
Lalu, beliau Rasulullah berkata,:
*_"Hari itu adalah hari yang begitu mencekam, di mana setiap manusia ingin agar ada orang lain yang memikul dosa-dosa nya."_

Rasulullah SAW melanjutkan kisahnya.
Lalu Allah berkata kepada orang yang mengadu tadi :

" Sekarang angkat kepalamu.."*
Orang itu mengangkat kepalanya, lalu ia berkata :
" _Ya Rabb, aku melihat di depan ku *ada istana-istana yang terbuat dari emas, dengan puri dan singgasananya yang terbuat dari emas & perak bertatahkan intan berlian*..! "_

" _Istana-istana itu untuk Nabi yang mana, ya Rabb?"_
" Untuk orang shiddiq yang mana, ya Rabb?_
"Untuk Syuhada yang mana, ya Rabb?"_

Allah Swt berfirman :
*_" Istana itu diberikan kepada orang yang mampu membayar harganya."_*
Orang itu berkata,:_"Siapakah yang mampu membayar harganya, ya Rabb?"_*
Allah berfirman :*"Engkaupun mampu membayar harganya."*

Orang itu terheran-heran, sambil berkata,:
*_" Dengan cara apa aku membayarnya, ya Rabb?"_*

Allah berfirman,: *‘CARAnya, engkau MAAFkan saudaramu yang duduk di sebelahmu, yang kau adukan kezalimannya kepada-Ku’.*_
Orang itu berkata,:
*_"Ya Rabb, kini aku memaafkannya."_*

Allah berfirman :*'Kalau begitu, gandeng tangan saudaramu itu, dan ajak ia masuk surga bersamamu..."*_

Setelah menceritakan kisah itu, Rasulullah Saw. berkata,: *_"Bertakwalah kalian kepada Allah dan hendaknya kalian SALING BERDAMAI dan MEMAAFkan, sesungguhnya Allah mendamaikan persoalan yang terjadi di antara kaum muslimin."_*

*(Kisah di atas terdapat dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim, dengan sanad yang shahih.)*

*Saudaraku tercinta...*
Amalan hati yang nilainya tinggi di hadapan Allah adalah *meminta maaf, memberi maaf, dan saling memaafkan...*
*"Maafkan diriku ya sahabat2ku n saudaraku sekiranya pernah menyakitimu. Semoga kita bersama-sama masuk syurga..."*
*salam persaudaraan*

TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT

*(1) MAHKOTA ZIKIR*
*لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ*
*(2) MAHKOTA TASBIH*
*سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ*
*(3) MAHKOTA DO'A*
*رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ*
*(4) MAHKOTA ISTIGHFAR*
*اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِى ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَ وَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لاَ يَغفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ*
*(5) MAHKOTA PERLINDUNGAN*
*بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ ِفي اْلأَرْضِ وَلاَ ِفي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ*
*(6) MAHKOTA PERISAI BENCANA*
*لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ*
*(7) MAHKOTA PENENANG HATI*
*لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ*

Isnin, 16 April 2018

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
❝Hati-hati dengan harta, pangkat dan kemasyhuran. Barangsiapa yang sederhana, maka sebenarnya ia adalah orang kaya. Barangsiapa yang ikhlas, maka ia akan dicintai oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Barangsiapa yang rendah hati, maka ia adalah orang yang kuat. Ketahuilah bahwa kemahsyuran dan kemuliaan yang abadi hanyalah ada di AKHIRAT nanti.❞

[Al-Allamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Hafidz حفظه الله تعالى]
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
❝Seandainya bersih hati kita, maka apapun aktiviti yang sedang kita lakukan akan menjadi dzikir. Apa maksudnya? Maksudnya adalah lisan, jasad dan hati kita menolak untuk berpaling dari Allah Subhanahu wa Taala. Walau dalam keadaan apapun, ia baru bisa tenang jika kita ingat Allah
[QS Ar-Ra'du,13:28]❞
[Habib Nabil Fuad Al-Musawa]

Isnin, 19 Mac 2018

MALAM MUSTAJAB DOA DAN AMALAN DI BULAN REJAB

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Malam ini selepas maghrib (18/03/2018) adalah bersamaan 1 Rejab 1439H. Salah satu daripada 4 bulan haram.

❝Para Ulama mengatakan "Bulan Rejab adalah bulan istighfar. Bulan Sya'ban adalah bulan berselawat ke atas Nabi ﷺ dan bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran.

Di antara amalan yang dianjurkan dilakukan di bulan rejab ini adalah:

1) Banyakan doa "Allahumma bariklanaa fii rajaba wa sya'ban wa balighna ramadhan" (Ya Allah. Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami di bulan Ramadhan)

2) Banyakan beristighfar, bertaubat memohon keampunan daripada Allah سبحانه  وتعالى.

3) Baca selepas solat fardhu subuh dan selepas solat fardhu isyak 70x "Rabbighfirlii war hamnii watub a'layya" (Ya Tuhanku. Ampunilah dosaku dan rahmatilah aku dan terimalah taubatku).

4) Dan di antara amalan yang jangan kita tinggalkan walaupun ianya dilakukan di dalam bulan-bul
an yang lain dan khusus juga di dalam bulan rejab adalah kita membaca sayyidul istighfar 3x di waktu pagi dan membaca sayyidul istighfar 3x di waktu petang.

Sayyidul Istighfar ini adalah Penghulu Segala Istighfar yang mana di dalam hadis sahih Bukhari. Nabi ﷺ mengatakan "Barangsiapa yang membacanya di waktu pagi maka dia akan dihapuskan segala dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan." Dan Nabi ﷺ mengatakan "Kalau dia baca, dia meninggal maka dia akan meninggal dalam keadaan senang, dalam husnul khatimah." Maka besarnya fadhilat sayyidul istighfar ini.

5) Di dalam rejab ini juga kita sangat dianjurkan untuk berpuasa. Bukan hanya di bulan rejab sahaja sebenarnya kita nak berpuasa tetapi di bulan-bulan lainnya juga kita dianjurkan untuk berpuasa. Akan tetapi istimewanya bulan rejab ini adalah dikeranakan ianya merupakan salah satu daripada 4 bulan haram.❞

[Habib Najmuddin Bin Othman Al-Khered]

Sabtu, 3 Mac 2018

SOLAT SUNAT QABLIAH ATAU MENDENGAR CERAMAH?



SOALAN:  Ada masjid yang saya kunjungi sewaktu solat Zuhur sering mengadakan kuliah sebelum solat. Biasanya selepas tamat kuliah, iqamah terus dilaungkan dan solat fardu Zuhur terus didirikan secara berjemaah. Adakah lebih baik solat terus tanpa solat badiah Zuhur atau adakah saya patut beralih ke belakang dan solat badiah Zuhur dan meninggalkan ceramah?

JAWAPAN:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.

PERTAMANYA, kami beranggapan bahawa saudara/i yang bertanya mungkin terkeliru dengan istilah qabliah dan badiah. Maklum dalam Syarak bahawa disunatkan bagi seseorang itu untuk solat sunat qabliah (sebelum) Zuhur dan badiah (selepas) Zuhur. Paling afdal ialah empat rakaat qabliah dan empat rakaat badiah manakala paling kurang ialah dua rakaat bagi qabliah dan badiah. Hal ini berdasarkan hadith, Aisyah R.Anha meriwayatkan bahawa:

Maksudnya: “Nabi SAW tidak meninggalkan empat rakaat solat sunat sebelum solat Zuhur dan dua rakaat sebelum solat Subuh.” Riwayat al-Bukhari (1127).

Hadith seterusnya: Maksudnya: “Baginda bersolat di rumahku empat rakaat sebelum Zuhur, kemudian Baginda keluar bersolat bersama-sama orang ramai. Selepas itu Baginda masuk semula bersolat pula dua rakaat.” Riwayat Muslim (730).

Baginda juga menambah solat dua rakaat lagi selepas itu. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ummu Habibah R.Anha katanya, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang bersolat empat rakaat sebelum solat Zuhur dan empat rakaat sesudahnya, Allah memeliharanya daripada neraka.”
Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaie, Ibn Majah dan Ahmad dan disahihkan oleh al-Tirmizi (427 & 428)

KEDUA, adalah lebih baik masjid tersebut tidak meninggalkan azan kerana azan adalah syiar Islam. Ia juga merupakan pemberitahu kepada masyarakat sekeliling bahawa waktu solat sudah masuk. Apatah lagi jika kejadian itu berlaku di masjid yang merupakan pusat kepada aktiviti keagamaan masyarakat setempat. Daripada sudut fiqh, azan itu sunat muakkad hukumnya bagi solat yang hendak dilakukan atau yang sudah luput. (Rujuk Fiqh al-Manhaji, 1/114).

Ertinya, tiada masalah sekiranya selepas habis kuliah, azan dilaungkan. Namun, kami cadangkan sebaiknya dihentikan seketika kuliah untuk azan Zuhur, kemudian disambung yang berbaki daripada kuliah. Dengan itu setiap hak penceramah dan hak solat dapat diraikan dengan harmoni.

KETIGA, tiada masalah untuk solat qabliah dan meninggalkan ceramah itu. Baik juga jika selesai solat dan ceramah masih berlangsung, untuk bersama dengan jemaah mendengar ceramah tersebut. Berkenaan dengan solat di belakang atau di sisi ruang solat, kami berpendapat perbuatan tersebut lebih utama jika dengan itu sebagai adab dan mengelakkan gangguan kepada penceramah sekiranya kita solat di hadapan mereka.  Sebuah hadis Nabi SAW yang menjadi kaedah fiqh menyebut:

Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudharatkan diri sendiri dan orang lain.”
Riwayat Ibn Majah (2341) dan al-Daruqutni (4/228) serta selainnya dengan sanad yang bersambung, juga diriwayatkan oleh Imam Malik (2/746) dalam Muwattho’.

Kami juga menasihatkan agar imam dan jemaah tidak meninggalkan solat sunat qabliah dengan terus didirikan solat selepas tamatnya kuliah untuk meraih fadilat solat sunat. Abdullah bin Mughaffal al-Muzani RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Di antara setiap dua azan (yakni azan dan iqamah) itu terdapat solat. Di antara setiap dua azan itu terdapat solat.” Kemudian baginda menyebut pada kali ketiga: “bagi siapa yang ingin melaksanakannya (menunjukkan hal itu sunat).” Hadis riwayat Imam Bukhari (627) dan Imam Muslim (838).

Wallahua’lam.

Sabtu, 24 Februari 2018

RENUNGAN ...Dari Sahabat


hidup ini suatu perjalanan .....
Seorang warga emas ditanya, apakah yang beliau pelajarinya dari usianya yang lalu? 
Beliau menjawab:
Saya belajar...Bahawa dunia ini adalah pinjaman yang akan dipulangkan.. 
Saya belajar...Bahawa orang yang dizalimi lambat laun akan mendapat haknya..
Saya belajar...Bahawa anak panah malam (doa & munajat) tidak pernah tersasar..
Saya belajar…Bahawa kehidupan ini akan tamat pada bila-bila masa walaupun ketika leka..
Saya belajar…Bahawa kata-kata yang baik, wajah yang ceria dan sifat pemurah adalah punca akhlak yang mulia.
Saya belajar…Bahawa orang yang paling kaya di dunia adalah yang memiliki kesihatan dan keamanan..
Saya belajar…Bahawa siapa yang menanam bawang putih, tidak sekali-kali akan dapat bunga raihan.
Saya belajar…Bahawa usia akan habis tetapi urusan dunia tidak akan habis..
Saya belajar…Siapa yang mahu kata-katanya didengari, perlu bersedia mendengar dari orang lain..
Saya belajar…Bahawa bemusafir dengan orang lain adalah pengukur paling tepat keaslian manusia..
Saya belajar…Orang yang sering berkata: (akulah, akulah) sebenarnya kosong dari dalam..
Saya belajar…Bahawa emas akan kekal emas, manakala besi akan berubah dan berkarat..
Saya belajar…Bahawa semua manusia yang telah mati, mempunyai agenda dan perancangan yang tidak sempat dilaksanakan..
Saya belajar…Kita sering mengemas katil dan menyejukkan ruang bilik untuk menikmati 'mati kecil'..
Sudahkah kita mengemas amalan kita dan menyejukkan kubur kita dengan ketaatan untuk kita menikmati 'mati besar'?
Berkata seorang soleh:
"Aku hairan daripada manusia yang sering mengingatkan tentang makanan yang boleh mendatangkan penyakit, tetapi tidak mengingatkan tentang dosa yang boleh menghumban ke dalam api neraka"

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...