☆Tadabbur Kalamullah 19 Syaaban 1446H☆
الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُم بِظُلْمٍ أُولَـٰئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُم مُّهْتَدُونَ
"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" [Surah al-An’am 82]
#Jalan bagi orang yang ingin bahagia ialah hendaklah dia selalu melakukan kebaikan dan menjauhi segala keburukan agar dirinya sentiasa diliputi oleh rasa aman.
#Diceritakan kisah seorang perempuan yang dikurniakan pelbagai kelebihan dan kenikmatan, tetapi akhirnya ia merasakan taqwa dan mengabdikan diri kepada Allah adalah puncak kebahagiaan. Katanya:
وَلَستُ أَرى السَعادَةَ جَمعَ مالٍ, وَلَكِنَّ التَقيَّ هُوَ السَعيدُ
"Dan aku tidak melihat kebahagiaan hakiki dengan himpunan harta. Tetapi orang yang bertaqwa itulah sebenarnya orang bahagia" (Syair ini dinisbahkan kepada al-Hati'ah iaitu Jarwal bin Aus bin Malik al-'Absi Abu Mulaikah, penyair Mukhadram yang hidup pada zaman Jahiliyyah dan Islam)
#Imam as-Syatibi menukilkan kata-kata seorang ulamak sufi iaitu Abu ‘Ali al-Jauzjani yang menyebutkan 7 petanda bahagia:
مِنْ عَلَامَاتِ السَّعَادَةِ عَلَى الْعَبْدِ: تَيْسِيرُ الطَّاعَةِ عَلَيْهِ، وَمُوَافَقَةُ السُّنَّةِ فِي أَفْعَالِهِ، وَصُحْبَتُهُ لِأَهْلِ الصَّلَاحِ، وَحُسْنُ أَخْلَاقِهِ مَعَ الْإِخْوَانِ، وَبَذْلُ مَعْرُوفِهِ لِلْخَلْقِ وَاهْتِمَامُهُ لِلْمُسْلِمِينَ، وَمُرَاعَاتُهُ لِأَوْقَاتِهِ
"Antara petanda kebahagiaan seorang insan ialah:
1. Dipermudahkan buat dirinya melaksanakan ketaatan
2. Dia menepati sunnah pada amalan dan perbuatan
3. Dia berteman dengan ahli-ahli kebaikan
4. Baik akhlaknya bersama teman-teman
5. Kepada seluruh makhluk, dia melakukan kebajikan
6. Kepada sesama muslim, dia memberikan pertolongan, tumpuan, dan perhatian
7. Seluruh waktunya dijaga, dipelihara, dan diraikan" (Lihat: Al-I’tisam)
#Jika ada petanda-petanda ini pada diri kita, maka itulah hakikat bahagia. Jika tiada, dan yang ada pula ialah ciri yang berlawanan dengan kesemuanya, maka itulah derita dan alangkah dukacita.
♡Kebahagiaan itu adalah keriangan hati kerana kebenaran yang dijalaninya, kelapangan dada kerana prinsip yang diyakininya dan ketenangan hati kerana kebaikan yang dimilikinya. Selamat memburu kebahagiaan dalam kehidupan dunia dan moga beroleh syurga di akhirat kelak, yang pasti akan bahagia selama-lamanya!!♡
🐊Ust Naim-*Telegram Channel*-http://bit.ly/tadabburkalamullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan