Isnin, 26 Januari 2026

Adab dan Sunnah #15

 Aisyah رضي الله عنها meriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah ‎ﷺ diusir oleh penduduk Taif ketika menyeru kepada ajaran Islam, Malaikat Jibril عليه السلام yang menyaksikan kejadian itu berkata, "Allah mengetahui apa yang terjadi padamu dan orang-orang ini. Allah telah memerintahkan malaikat-malaikat di gunung-gunung untuk mentaati perintahmu."

Para malaikat penjaga gunung kemudian berkata, "Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan kaummu terhadapmu. Aku adalah malaikat penjaga gunung dan Tuhanmu telah mengutusku kepadamu untuk engkau perintahkan menurut kehendakmu, jika engkau suka, aku mampu menterbalikkan Gunung Akhsyabin ini ke atas mereka."

Namun jawapan Nabi ‎ﷺ sangat menyentuh hati. Nabi ‎ﷺ dengan lembut berkata kepada Jibril عليه السلام dan malaikat penjaga gunung, "Walaupun mereka menolak ajaran Islam, aku berharap dengan kehendak Allah, keturunan mereka suatu masa nanti akan menyembah Allah dan beribadah kepadaNya."

Nabi ‎ﷺ bahkan berdoa, "Ya Allah! Berikanlah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."

Hadis Riwayat Bukhari

(Al-Quran & Hadith)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adab dan Sunnah #15

 Aisyah رضي الله عنها meriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah ‎ﷺ diusir oleh penduduk Taif ketika menyeru kepada ajaran Islam, Malaikat Jibri...