Isnin, 31 Oktober 2011

SOLAT SELEPAS HAID - KESILAPAN WANITA.

Gambar Hiasan


SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YANG DIPANDANG RINGAN.

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM.

Kebanyakkan perempuan @ wanita @ muslimah (wanita Islam) tidak begitu perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tidak tahu menahu akan perkara ini. Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam. Kenapa hal ini boleh terjadi? Amat susah untuk mencari seorang guru atau ustazah atau yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa @mesti dirujuk kepada lelaki atau ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak. (Saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya)


Contohnya yang paling mudah apabila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam; "Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqadhakan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" Pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "Alaa... itu soalan mudah... Bila 'datang period' maka solat tu tidak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa. Itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu.


Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa. Sebenarnya TIDAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH:

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
~ Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
~ Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

~ Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isyak.

~ Solat Isyak juga boleh dijamak (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

~ Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

~ Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri.

Sumber : Sahabat Fb
 — with Tari Lestari

Khamis, 27 Oktober 2011

The reason why it is prescribed for Muslims to perform Hajj once in a Lifetime


Posted by  

Read Next

For if a human loves another person, he loves to serve him and that may make him happy. So what do you think about the Almighty Lord Who created us and grants us provision, and everything that we have is a blessing from Him? And His is the highest description. We owe everything to our Lord, so we must hasten to do all that He commands us to do, so that we might give back some small thanks for His great blessings. We can never thank Him enough, but by His grace Allah the Most Generous accepts our small efforts and rewards us for them greatly.
For example, Hajj or pilgrimage. If a Muslim does Hajj in the manner required by his Lord, then Allah has promised to forgive him his sins and admit him to Paradise, on condition that he does not spoil this action by committing any major action that would invalidate it and earn the anger of Allah.
One of the great mercies that Allah has bestowed upon this ummah (nation, i.e., the Muslims), is that Allah has made obedience to His commands and the commands of His Messenger (peace and blessings of Allah be upon him) subject to the condition that one be able to do them. So long as a person is able to do them, then it is obligatory for him to do what is required of him, otherwise he is not obliged to do so and he is excused. Allah says (interpretation of the meaning):
“Allaah burdens not a person beyond his scope” [al-Baqarah 2:286] – i.e.,  He does not ask him to do more than he can bear.
Concerning Hajj in particular, Allah says (interpretation of the meaning):
“And Hajj (pilgrimage to Makkah) to the House (Ka‘bah) is a duty that mankind owes to Allaah, those who can afford the expenses (for one’s conveyance, provision and residence)” [Aal ‘Imraan 3:97]
By His mercy He has enjoined this upon His slaves once in a lifetime, so that it will not be too difficult for them, but He urges those who are able to do Hajj and ‘Umrah more than once to do so. The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said: “Keep on doing Hajj and ‘Umrah, for they take away poverty and sins as the bellows takes away the impurity from iron.” (Narrated by al-Nasaa’i, 2/4; this is a saheeh hadeeth as was stated by al-Albaani in al-Silsilat al-Saheehah, 1200).
This great act of worship was prescribed by Allah so that we might praise Him and glorify Him, and thank Him for His great blessings and bounty. The purpose of Tawaaf around the Ka’bah is not simply to go around these stones! No, rather the reason is that Allah has commanded us to go around it seven times and we obey Allah by going around it seven times, no more and no less; rather we do what He has commanded us and we feel that we are His slaves, humbling ourselves before Him and praising Him and thanking Him for choosing us to be His slaves out of all of mankind who worship various gods, and may even worship themselves or their own desires.
The same applies to all the rituals of Hajj, and indeed to all the acts of worship that Allah has prescribed for us. Praise be to Allah, Who has honoured us with this great religion.
Moreover, your interest in asking about the Hajj at your young age indicates that you are keen to learn and find out. We advise you to learn more about Islam and to read about it, and to find out for yourself that it is the religion that suits the natural inclinations of man. This will set you on the path towards pleasing your Almighty Lord, Who created you and Who provides for you, and Who deserves that you should worship Him alone and none other.
Perhaps you know that our prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) told us that his fellow-Prophet ‘Eesa (Jesus – peace be upon him) will come down at the end of time and will perform pilgrimage to this House, and he will declare his belief in Allah alone (Tawheed). We believe that this will happen as the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) told us, just as we believe that the sun rises in the morning. The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said: “By the One in Whose hand is my soul, the son of Maryam (the son of Mary, i.e. Jesus) will certainly pronounce the Talbiyah for Hajj or for ‘Umrah, or for both in the valley of Rawha.” (Narrated by Muslim, 1252). The valley of Rawha’ is a place between Makkah and Madeenah.
[Translator’s note: The Talbiyah is a prayer recited by pilgrims going to Makkah. It may be translated as follows: “Here I am at your service, O Allah, here I am. Here I am at Your Service, You have no partner, here I am. All praise and blessings are Yours, and all dominion. You have no partner.”]
We ask Allaah to open your heart to true guidance… Ameen.
Islam Q&A

LEBEH BAYIK DEYAM [ Lebih Baik Diam ]

Sebuah peristiwa di zaman Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.”

[ Hadith riwayat Abu Dawud]

Diam bukan mengalah.
Ia cara mencari Rahmah.
Mendekatkan diri kepada Allah.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Selasa, 25 Oktober 2011

HIDUP INI CEPATNYA BERLALU..bagai air yang mengalir...


Rasulullahl saw. Menyifatkan cepatnya perjalanan waktu kehidupan seperti perjalanan seorang musafir yang hanya sejenak berhenti di bawah pohon di tengah perjalanan yang amat panjang. Para ulama juga banyak menguraikan ilustrasi tentang hidup yang amat singkat ini. “Umurmu akan mencair seperti mencairnya ais, ” kata Imam Ibnul Jauzi.


(Luthfu fil Wa’z, 31)

Isnin, 24 Oktober 2011

KISAH PELIK TAPI BENAR



By: Ibnu Yusof

Semoga sesiapa yang berminat dengan hasil kajian akan menemukan sesuatu lantaran membaca artikel ini. Ianya agak panjang. Bacalah yang tersurat dan cuba fahami yang tersirat. Kali ini saya akan ceritakan dua kisah benar. Dicelah-celahnya ada catatan mengenai Mukjizat Al-Qur'an.



Saya berharap agar anda semua dapat membaca artikel ini dengan hati yang tenang dan terbuka serta sudi merenungkannya. Memang keadaan penyampaian artikel ini pelik sedikit, tapi harus difahami bahawa ia adalah satu pengalaman hasil kajian. Ada kalanya sesuatu itu berlaku di luar adat kebiasaan.

KISAH BENAR PERTAMA

Ketika saya berkursus di Kuala Lumpur lebih 20 tahun lampau, pensyarah kami, seorang wanita Kristian dari Universiti Malacanang Filipina, telah bertanya (dalam bahasa Inggeris) soalan-soalan kepada saya (saya pendekkan cerita), antaranya: 'Mengapa Islam itu zalim?.. Kenapa orang yang sudah kahwin bila berzina direjam sampai mati?.. Tapi Muhammad yang menulis Al-Qur'an..?" Sebagai proses menjawab, saya tanya pula dia beberapa perkara, antaranya: "Awak tahu siapa Namus (Jibril)..? Awak baca Bible..? Awak tahu kisah Conference of Nicea dan King Apollo..? Awak tahu siapa Paulus (St.Paul)..? Awak tahu siapakah 12 Apostles of Jesus..?"

Kemudian saya pun jawab soalan dan tohmahan dia dengan menolak tuduhan bahawa Islam itu zalim dan tuduhan bahawa Muhammad s.a.w. yang menulis Al-Qur'an, saya kemudian menceritakan mengenai kitab Bible (yang telah diubah) itu sendiri, dari segi sejarahnya, isi kandungannya dan sebagainya (saya memang ada baca kitab-kitab agama lain untuk tambah pengetahuan, dan Alhamdulillah rupanya ia berguna bila hadapi situasi seperti ini). Saya pun ceritakan beza Bible dari Injil yang asal, bagaimana Injil yang asalnya satu telah jadi 4 Gospel yang bercanggah tapi yang 4 itulah yang diterima sebagai betul pula oleh umat Kristian. Semua soalan saya dia tidak jawab, jadi saya jawablah sendiri untuk dia dengar. Kemudian saya berkata kepadanya 'Jika awak tidak baca Bible, awak jangan hendak mengata Islam dan menuduh melulu'. Saya teruskan hinggalah sampai masanya kelas bermula semula, dan dia berkata: 'Sungguh menarik! Saya ingin dengar selanjutnya dari awak, manalah tahu, bila saya pulang ke Filipina nanti, saya akan masuk Islam..'

Apa yang saya katakan sebelum itu kepadanya? Saya kata: 'Paderi awak ajar awak agar bencikan kami orang-orang Islam. Tapi kami semua kasihan pada awak. Mengapa? Kerana sebenarnya Isa a.s. adalah nabi kami. Nabi Adam, Noh, Ibrahim, Sulaiman, Musa, Isa, Muhammad, semuanya nabi kami. Nabi (palsu) awak orang-orang Kristian ialah Paulus sebenarnya, bukannya Jesus (Isa a.s.)..' Jadi, untuk pembaca artikel ini yang beragama Kristian, ketahuilah bahawa anda adalah saudara-saudara kami (our brethren), tapi akidah anda telah dipesongkan oleh Paulus, yang menyamar menjadi pengikut Isa a.s. dan mengaku sebagai antara 12 murid Isa a.s. tapi sebenarnya Paulus masih seorang Yahudi. Dialah yang tiba-tiba mencipta dan mengembangkan agama Kristian (setelah ketiadaan Isa a.s.) sedangkan Isa a.s. menyampaikan agama Islam, sama seperti Musa, Ibrahim, Nuh, Adam dan lain-lain. Itulah sebabnya kami kasihan pada anda, tapi sayangnya anda benci pada kami kerana anda telah dapat maklumat yang salah dari paderi dan Pope anda.

Wahai saudara-saudara yang beragama Kristian! Anda tahu di manakah anda perlu semak? Anda perlu semak mengapa agama anda menyalahkan semua rasul-rasul yang terdahulu dan terkemudian dari Isa a.s. dan menjadikan Isa a.s. sebagai Tuhan (salah satu dari tiga Tuhan anda) sedangkan kami orang-orang Islam berpegang teguh bahawa semua rasul-rasul itu, termasuk Isa a.s. adalah rasul-rasul yang benar, semua mereka adalah manusia biasa, dan mereka semuanya beragama Islam dan menyampaikan agama Islam sejak Adam a.s. dan Islamlah satu-satunya agama dari sisi Allah. Islam adalah agama anda sepatutnya tapi mengapa anda pilih Kristian? Kristian bukanlah agama Isa a.s. Agama Nabi Isa a.s. adalah Islam. Kristian adalah agama palsu ciptaan Paulus. Fikirkanlah dengan hati yang terbuka dan tenang. Pernahkah anda berfikir mengapakah agama anda dinamakan Kristian? Apakah agama Musa a.s.? Apa pula agama Ibrahim a.s.? Apa pula agama Adam a.s.? Mengapa agama-agama nabi-nabi itu anda 'batalkan' dan memilih Kristian agama ciptaan Paulus? Kemudian anda jadikan pula Jesus sebagai Tuhan anda sedangkan Isa a.s. hanyalah manusia biasa sebagaimana Muhammad s.a.w. dan rasul-rasul lain. Fikirkanlah.

Cabaran dari pensyarah Kristian itulah yang telah menyebabkan saya munajat pada waktu 'Asar di bulan September lebih 20 tahun lampau, memohon kepada Allah agar Dia tunjukkan bukti kebenaran Al-Qur'an, agar saya dapat tunjukkan bukti-bukti itu bila sampai masanya kepada orang-orang Kristian. Alhamdulillah, pada petang itu juga Allah telah memperkenankan permohonan saya, dan itu telah menyebabkan saya meneruskan kajian hingga ke hari ini. Dan kenyataan Pope Benedict XVI terhadap Islam telah menyebabkan saya tampil meluahkan berita kebenaran Islam ke seluruh dunia sebagai tindakbalas kepada penghinaan beliau. Saya hanya orang biasa, siapalah saya untuk melawan Pope, tapi saya yakin Allah bersama saya dan semua umat Islam yang prihatin. InsyaAllah. Manalah tahu, selepas ini mungkin Allah akan beri hidayah kepada Pope, lalu dia masuk Islam, sebab dia pun sudah sedia tahu bahawa KUNCI SYURGA adalah dua kalimah syahadah iaitu mengesakan Allah dan mengakui Muhammad s.a.w. adalah Rasulullah.

MUKJIZAT AL-QUR'AN

Al-Qur'an adalah satu-satunya komponen RUKUN IMAN yang dapat anda lihat dengan mata kepala anda. Sila rujuk Rukun Iman, iaitu percaya pada: (1) Allah (2) Rasul-rasul (3) Para Malaikat (4) Kitab-Kitab Allah (5) Hari Akhirat (6) Qadha dan Qadar Allah. Perhatikan bahawa Allah itu Maha Ghaib (hanya yang dikehendakiNya saja yang berpeluang melihatNya di akhirat nanti). Rasul-rasul itu ghaib (kita tidak berkesempatan hidup sezaman dengan salah satu Rasul). Para malaikat juga ghaib. Hari akhirat belum berlaku. Qadha dan Qadar adalah sesuatu yang sukar difahami oleh orang biasa. Al-Qur'an merupakan kitab yang jelas nyata, ia memberitakan segala yang tidak mampu dicapai oleh pancaindera manusia, antaranya ialah mengenai Rukun Iman itu sendiri.

Dari 104 kitab yang diturunkan pula, 100 suhuf itu sudah tiada, Zabur (mungkin) sudah tiada, Taurat dan Injil sudah diubah oleh rahib dan paderi Yahudi dan Nasrani. Yang tinggal hanya Al-Qur'an sebagai kitab yang terakhir dan teragung untuk umat akhir zaman. Al-Qur'an itu yang merupakan sebahagian dari Luh Mahfuz, diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. dari sisi Allah Yang Maha Kuasa, dan ia diturunkan menerusi lidah Jibril a.s. Semasa ia mula diturunkan, ayat-ayatnya direkodkan dengan amat teliti oleh para sahabat dan dihafal dalam dada Rasulullah sendiri dan para sahabat. Di zaman Saidina Usman semua ayat-ayat Al-Qur'an telah dikumpulkan dan disusun (menurut arahan Rasulullah s.a.w., yang menerima arahan Jibril a.s. secara taufiqi) menjadi mushaf seperti yang kita dapat lihat hari ini. Hanya Al-Qur'an saja yang masih terpelihara dari diubah oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab. Ia akan tetap terpelihara. Itu jaminan Allah.

Berbeza dari kitab-kitab yang pernah diturunkan sebelumnya, Al-Qur'an diturunkan secara beransur-ansur, sekadar lebih kurang 5 ayat sekali diturunkan. Dan berbeza dari kitab-kitab sebelumnya, Al-Qur'an turun bersebab, ada sebab turunnya atau Asbabun Nuzul. Ayat-ayat diturunkan bagi menjawab atau menjelaskan permasalahan yang berlaku pada ketika itu, di zaman Rasulullah s.a.w. Pada zahirnya Al-Qur'an telah lengkap turun selama 23 tahun di zaman Rasulullah, secara batinnya perincian Al-Qur'an akan terus-menerus turun hinggalah ke akhir zaman. Ianya diturunkan ke dada hamba-hambaNya yang terpilih. Sebab itulah ada diantara umat Islam yang diberi kelebihan oleh Allah untuk menjelaskan hatta sepotong ayat hingga berbulan-bulan lamanya. Itulah tanda kebesaran Allah dan kebenaran Islam.

Allah meletakkan Al-Qur'an di dalam dada orang-orang Islam yang beriman. Dan bagi setiap orang-orang Islam yang beriman, mereka memang membaca Al-Qur'an pada setiap waktu, terutama ketika melakukan solat. Malah, sebegitu ramai umat Islam sebenarnya menghafal Al-Qur'an, sekurang-kurangnya ayat-ayat lazim (yang dibaca dalam solat). Al-hafiz pula semakin hari semakin ramai sebenarnya, bukan semakin berkurangan. Ini menjadikan Al-Qur'an sebagai kitab yang paling banyak dibaca pada setiap saat, berbanding mana-mana kitab atau buku di muka bumi ini. Dan, surah yang paling banyak dibaca ialah Surah Al-Fatihah, Ibu Al-Qur'an. Surah itu memadai bagi mewakili seluruh isi kandungan Al-Qur'an dari segi segala rahsia dan tujuannya.

Cuba buat perkiraan sedikit. Kini umat Islam seluruh dunia ialah kira-kira 1.7 bilion orang. Katakan yang akil baligh ada 60%, maka jumlahnya ialah 1 bilion. Katakan dari jumlah itu 90% mengerjakan solat fardhu, maka jumlahnya 0.9 bilion. Sehari semalam ada 17 kali Al-Fatihah dibaca dalam solat fardhu. Maka jumlah Al-Fatihah dibaca dalam sehari semalam di muka bumi ini ialah 15.3 bilion kali! Itu belum termasuk Al-Fatihah yang dibaca dalam solat-solat sunat yang banyak jenisnya. Allah menggalakkan umat Islam membaca Al-Qur'an, memahami, memperhatikan dan mengkaji, berdasarkan kemampuan kurniaan Allah ke atas diri masing-masing. Umat Islam bukan setakat perlu membaca Al-Qur'an dalam solat, tapi mempraktikkan Al-Qur'an dalam kehidupan sehari-hari dan mendalami Al-Qur'an dalam usaha menjadi umat yang paling maju, paling bermutu dan paling berilmu.

Saya hendak catat mesej kepada penganut agama lain: Adakah umat agama anda menghafal 'surah' dari kitab anda dan membacanya sekerap orang-orang Islam? Nasrani? Yahudi? Buddha? Hindu? Zoroaster? Zen? Tao? Kalau anda freethinker atau athiest, anda tidak ada kitab, anda hendak baca apa? Atau adakah anda tidak pernah pun baca kitab-kitab anda dan serahkan kepada rahib, paderi atau sami anda untuk membacanya? Inilah cantiknya Islam, agama dari sisi Allah. Semua orang Islam belajar untuk gemar membaca Al-Qur'an, kalau ada yang tidak membacanya, mereka akan membacanya juga atas hidayah Allah. Beruntunglah orang-orang Islam sebab mereka adalah satu-satunya umat yang 'membaca'. Atau ada ungkapan pasar yang menyebut: 'Ada baca punya orang..'

Dan, untuk yang bukan Islam, anda patut tahu bahawa Al-Qur'an itu mukjizat yang terbesar dan teragung! Ianya bukan sekadar mukjizat di zaman Rasulullah atau para sahabat. Ia adalah mukjizat yang kekal hinggalah ke akhir zaman. Maksudnya, anda pun boleh melihat mukjizat Al-Qur'an di masa ini, di saat ini. Jika seorang Muslim memegang Al-Qur'an lantas membacanya, dia sedang memegang mukjizat Allah dan membaca ayat-ayat mukjizat Allah! Tidak percaya? Kalau anda bukan Muslim, memang sukar untuk anda percaya. Mudah-mudahan Allah akan berikan hidayah kepada anda untuk menerima cahaya Al-Qur'an, mukjizat terakhir, teragung dan kekal hingga ke akhir zaman. Semakin hari, mukjizat Al-Qur'an semakin terserlah, bukan semakin pudar, bukan semakin hilang. Semakin hari kebenaran Islam semakin jelas, bukan semakin pudar, bukan semakin hilang.

KISAH BENAR KEDUA

Ketika anak sulung saya hendak terbang ke Amerika Syarikat kerana menyambung pelajarannya, saya pun memberikan kepadanya sebuah Tafsir Al-Qur'an sebagai bekalan sebab saya mahu dia ke sana dan pulang sebagai Muslim sejati. Sebelum saya berikan Tafsir itu kepadanya, saya buka dan baca Tafsir tersebut 'untuk kesekian kalinya'. Selepas baca Taawudz saya pun buka Tafsir itu secara spontan, ayat yang mula-mula saya jumpa bila buka Tafsir itu ialah Surah Al-Syu'ara' 26 Ayat 8. Maksud ayat itu: 'Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat suatu tanda kekuasaan Allah. Dan kebanyakan mereka tidak beriman.'

Kalau anda semak dalam surah berkaitan, ayat tersebut diulang beberapa kali sebenarnya. Hendak dijadikan cerita, oleh kerana Tafsir yang telah saya berikan kepada anak saya itu agak nipis dan senang dibawa (saya selalu bawa Tafsir itu bila menjadi penceramah di serata negara) saya tercari-cari tafsir 'yang serupa' sebagai ganti. Ketika saya di Kuala Terengganu kerana berceramah di sana, kawan saya telah membawa saya ke sebuah kedai buku. Saya perhatikan tafsir-tafsir yang ada di situ, tidak ada yang benar-benar serupa dengan Tafsir yang telah diterbangkan ke Amerika Syarikat itu (penerbitan oleh syarikat lain, bentuk pun agak berbeza). Kerana tidak ada jenis yang saya cari, maka saya pun ambillah jenis yang paling hampir.

Sekembalinya saya ke rumah saya di Johor, saya pun sebagaimana biasa, akan membuka untuk membaca Tafsir baru itu buat pertama kali. Saya baca Taawudz dan buka Tafsir itu secara spontan. Apa sebenarnya berita baik yang hendak saya sampaikan kepada anda?

Ayat yang mula-mula saya jumpa setelah membuka Tafsir itu ialah Surah 26 Ayat 8. Ingat atau tidak surah ini? Subhanallah. Kemudian saya lihat pula muka suratnya, Muka 573. Saya catat itu semua, kemudian saya ke komputer dan terus hubungi anak saya, minta dia semak di muka berapakah letaknya Surah 26 Ayat 8. Dia hantar mesej, Muka 573. Dia tanya kenapa? Saya pun ceritakanlah apa yang berlaku..

KESIMPULAN

Al-Qur'an yang ada dalam simpanan anda itu (kalau sudah lama tidak baca, carilah ia, jangan sampai tidak jumpa pula) adalah mukjizat. Amatlah rugi jika anda baca segala buku tapi bila tiba pada Al-Qur'an anda jauhkan diri. Saya fikir cukuplah setakat itu dulu saya kongsikan apa yang patut untuk anda semua. Bacalah yang tersurat dan cuba fahami yang tersirat. Mungkin anda perlu baca artikel ini berkali-kali baru faham dan nampak, mungkin dengan sekali baca saja anda sudah diberi faham oleh Allah. Mudah-mudahan Allah tambahkan ilmu kepada kita semua. Amin.

Mafhum firman Allah: 'Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat suatu tanda kekuasaan Allah. Dan kebanyakan mereka tidak beriman.' (Surah Al-Syu'ara' 26 Ayat 8)

Wallahua'lam.

Semoga Allah SWT merahmati kita semua.

ISLAM AGAMA KASIH SAYANG

Islam agama Kasih sayang yang melebur kebencian, Islam adalah Harapan kepada setiap putus asa. Islam adalah Penerima dikala yang lainnya Menolak, Islam adalah Pemujuk disaat semua Menunjuk, Islam adalah Rawatan kepada Permasalahan, Islam adalah Cahaya yang menghalau kegelapan, Islam adalah Keselamatan kepada marabahaya dan segala ancaman. Jadi, mengapa kita membikin Islam seperti pengganas dan penjenayah?

                                    By: Nur Habibah

Ahad, 23 Oktober 2011

7 ROMBONGAN IBLIS KETIKA SAKARATULMAUT



Syaitan &Iblis sentiasa mendampingi manusia supaya manusia mengikut segala hasutannya.Tidak kira di mana kita berada,syaitan akan tetap datang untuk menggoda kita. Apabila sudah tergoda,berbagai-bagai maksiat yang kita terlanjur lakukan.Akan tetapi di saat sakaratul maut,iblis tidak datang lagi untuk kita melakukan maksiat,tetapi dia datang untuk menukarkan akidah kita.Walaupun kita bergelar umat Islam,namun belum pasti kita dapat mati dalam keadaan Islam.

Rombongan 1

Iblis itu datang dengan pelbagai rupa bentuk yang pelik dan aneh seperti emas,perak,makanan dan minuman yang lazat-lazat.Jika sewaktu hidupnya dia seorang yang tamak haloba pada barang-barang tersebut,maka akan disogokkan segala keperluan itu hingga nyawanya bercerai daripada tubuh. Dia mati dalam keadaan yang lalai dan lupa kepada Allah.

Rombongan 2

Iblis itu datang menyerupai rupa binatang yang ditakuti manusia seperti harimau,ular,singa atau kala jengking yang berbisa,maka dia meraung ketakutan semasa itu. Di waktu itu tercabutlah nyawanya.

Rombongan 3

Iblis itu datang menyerupai binatang yang menjadi minat kepada bakal si mati. Kalau dia berminat kepada burung,maka akan datang iblis itu menyerupai burung.Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu, matilah dia dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah.

Rombongan 4

Iblis menjelma dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati. Maka, semasa itu ,dia berusaha untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu.Apabila sampai waktu maut itu,matilah dia dalam keadaan fasik dan munafik.

Rombongan 5

Iblis menjelmakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu.Contohnya, ibunya membawa makanan dan minuman yang sangat diharapkan orang yang dalam Sakaratul Maut.Lalu dia menghulurkan tangan untuk mencapai makanan dan minuman tersebut.Maka jika dia sudi menerimanya dengan tanpa berfikir panjang, ketika itu matilah dia dalam kekafiran yang nyata.

Rombongan 6

Iblis menjelmakan dirinya sebagai ulama'-ulama' yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata,”wahai muridku, lama sudah kami menunggumu. Pelbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sakit di sini. Oleh itu, kami bawakan doktor dan bomoh bersama-sama ubat untukmu”.

Lalu dia minum ubat tersebut, penyakit itu hilang dan kemudian penyakit itu datang lagi. Lalu iblis yang menyerupai ulama' berkata” kali ini kami datang untuk memberi nasihat agar kamu mati di dalam keadaan baik,tahukah kamu bagaimana hakikat Allah? Orang yang dalam sakaratul maut menyatakan dia tidak tahu.

Iblis itu mula memasang perangkapnya dengan berkata” ketahuilah ,aku ini adalah seorang ulama yang hebat ,aku baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah memperolehi syurga yang paling tinggi.Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalu kamu ingin mengetahui Zat Allah, hendaklah kamu patuh kepada kami”.

Si bakal mati memandang ke kanan dan ke kiri, terpersonalah dia melihat sanak saudaranya berada dalam kesenagan syurga.kemudian dia berkata” Bagaimanakah Zat Allah ?” Iblis itu merasa gembira kerana perangkapnya sudah mengena lalu berkata”Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu”.

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis ,maka si bakal mati itu dapat melihat satu benda yang sangat besar ,seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Iblis berkata” Itulah dia Zat Allah yang patut kamu sembah”. Si bakal mati peun berkata” Wahai guruku ,bukankah ini benda yang benar-benar besar, tapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda ini ada di kirinya dan kanannya,mempunyai atas dan bawahnya,mempunyai atas dan bawahnya,mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk , sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain dari yang kita ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini”.

Dalam keadaan masih ragu-ragu, malaikat Izrail pun datang mencabut nyawanya. Maka matilah orang itu dalam kekafiran dan kekal di dalam neraka.

Rombongan 7

Iblis terdiri dari 72 barisan(menyerupai iktikad rasulullah bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu puak sahaja yang benar(ahli sunnah waljamaah) 72 lagi kumpulan termasuk ke neraka kerana kesesatan.iblis mengacau dan mengaggu si bakal mati dengan 72 macam godaan dan setiap satunya berlainan.

Hanya dengan kalimah “Laa ilaaha illallah” dapat menyelamatkan si bakal mati daripada 7 rombongan iblis laknatullah. Banyakkan lah berdoa supaya kita terselamat dan masih kekal sebagai umat islam di ambang sakaratul maut.

Hadis Rasulullah menerangkan ,”Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut”.

Kiriman: Layyinul Jauza


Wallahu'alam....

Mutiara Kata


Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiada dikira Mukmin yang sempurna keimanannya, orang yang tidak menganggap bala itu nikmat dan kemewahan itu musibah (bala)" 
(Riwayat al-Tabrani)

Mutiara Kata


Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya" 
(Riwayat Al-Tabrani)

6 DOSA TIDAK DIAMPUN ALLAH.


1- Makan harta anak yatim secara haram.
2- Menuduh wanita solehah berzina.
3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
4- Melakukan sihir.
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
Kitab Tanbihul  Ghafilin , Jilid 1 & 2.  M/S : 532.

Jumaat, 21 Oktober 2011

RAHSIA ANGKA 7 DALAM ISLAM!


Gambar hiasan


 Asy-Syeikh Al-Imamul-ajallu Abu Zahar Muhammad bin Abdulrohman Alhamdanaani, semoga rahmat Allah berlimpah ke atasnya, ketahuilah bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaan-Nya, dan sangat tinggi kalimat-Nya serta bersinambungan nikmat-Nya, telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara, dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap yang tujuh perkara itu dengan tujuh... perkara yang lainnya, untuk memberitahu kepada orang-orang yang berilmu bahawanya angka tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah, Maharaja yang memiliki kemudharatan dan kemanfaatan.

1. Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit, Firman-Nya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh.(AnNabaa’:12). Kemudian Allah menghiasi dengan tujuh bintang, firman Allah yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit, dan Kami telah menghiasinya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya.

2. Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud : Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.. (Atthalaaq:12). Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya.(Luqman: 27)

3. Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat, iaitu : Jahannam, Sa’iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh pintu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka. (Al-Hijr:44)

4. Allah telah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang, kemudian menghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan sesungguhnyaKami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung. (Al-Hijr: 87).

5. Allah menghiasi manusia dengan tujuh angggota badan iaitu, dua tangan , dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. Firman-Nya yang bermaksud: Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah). (Al-’Alaq : 19).

6. Allah menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat. Pada masa lahir disebut “radli”, kemudian ‘farhim’, kemudian ‘kuhul’, kemudian ‘syaikh’. Dan menghiasi tujuh peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu : Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah. Firman Allah yang bermaksud : Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya. (Al-Fath :26)

7. Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu : pertama: Hindustan, kedua: Hijaz, ketiga : Bashrah, Badiyah dan Kufah, keempat : Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh, kelima: Roma dan Armenia, keenam : Negeri Ya’juj dan Ma’juj, ketujuh : China dan Turkistan. Kemudian Allah menghiasi tujuh negeri itu dengan tujuh hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan Allah memuliakan dengan ketujuh hari itu dari para nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari sabtu, Isa bin Maryam a.s dengan hari ahad, Daud a.s dengan a.s dengan hari isnin, Nabi Sulaiman a.s dengan hari selasa, Nabi Ya’qud a.s dengan hari khamis dan Nabi Muhammad SAW dan umatnya dengan hari Jumaat

By: Roslina Hassan

Khamis, 20 Oktober 2011

KISAH WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH S.A.W.

Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].


Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta baginda, dan unta baginda pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: 

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat baginda, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka beliau pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.


Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: 

"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."


Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar  keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di  rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka beliau pun menangis sekuat tenaganya sehingga beliau jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.

Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan baginda hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., baginda menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat baginda bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: 

"Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."
Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."





Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat baginda."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.

Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil kehadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."

Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka baginda pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan baginda berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penentuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?. "Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaamualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w.  maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga dia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka baginda pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."
Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah baginda. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."




Gambar hiasan
Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkah saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak  izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang  menggembirakan aku di sisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu di langit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."

Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah  berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."

Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"

Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...