DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU ( PADA HARI QIAMAT ) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Isnin, 10 Oktober 2011

10 SAHABAT NABI S.A.W YANG DIJAMIN MASUK SYURGA

Gambar Hiasan
ADA SEPULUH ORANG SAHABAT YANG DIJAMIN MASUK SYURGA.


1. ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ
Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu'anhu (RA) adalah khalifah pertama, setelah Nabi wafat. Beliau sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ke manapun Nabi pergi, beliau selalu menyertainya. Termasuk saat Rasul dalam perjalanan hijrah dari Mekkah ke Madinah, suatu perjalanan yang penuh dengan risiko.

Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat dengan Nabi. Belia juga orang yang pertama memeluk Islam. Tidak sulit baginya untuk mempercayai ajaran Islam, kerana beliau tahu betul keagungan akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Demikian juga saat Nabi menyampaikan peristiwa Isra Mi'raj. Abu Bakarlah sahabat yang pertama kali membenarkan peristiwa tersebut. Oleh sebab itu, beliau diberi gelar oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yakni Ash-Shiddiq ( yang benar, jujur, dan membenarkan ). Abu Bakar wafat dalam usia 63 tahun (13 H ). Beliau dimakamkan di Madinah bersebelahan dengan makam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

2. 'UMAR BIN KHATTAB 
'Umar bin Khattab RA adalah khalifah kedua. Beliau termasuk sahabat yang sangat dikasihi oleh Nabi. Sebelum masuk Islam, beliau dikenal sebagai seorang yang gagah perkasa dan sering mabuk. Seluruh penduduk Makkah merasa takut kepadanya.

'Umar memeluk Islam setelah mendengar surat Thoha yang dibacakan saudara perempuannya. Dia sangat keras dalam membela agama ALLAH. Beliau menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraisy terhadap diri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam an sahabat.

Saat 'Umar diangkat menjadi khalifah, daerah kekuasaan Islam bertambah. Kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditakluk dalam kurun waktu satu tahun (636-637M). Pemimpin yang sederhana dan peduli pada rakyatnya ini, wafat setelah dibunuh Abu Lukluk saat hendak memimpin shalat (23 H/644 M). Ia dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

3. 'USTMAN BIN AFFAN
'Ustman bin Affan RA adalah khalifah Islam ketiga. Pada saat kepemimpinannya,beliau berhasil mengumpulkan wahyu, dan menyusunnya dalam bentuk mushaf Al-Qur'an. 'Ustman bin Affan masuk Islam lewat ajakan Abu Bakar. Beliau mendapat gelaran Dzun Nur 'Ain ( pemilik dua cahaya ), kerana  menikahi dua putri Nabi, Ruqqayah dan Ummu Kultsum.

'Ustman dikenal sebagai saudagar kaya dan dermawan. Beliau selalu menafkahkan hartanya di jalan ALLAH. Saat berlakunya peperangan Tabuk, 'Ustman menyumbang lebih daripada 940 ekor unta, kemudian membawa 60 ekor kuda untuk menggenapinya menjadi 1000. 'Ustman wafat pada tahun 35H atau 655M.

4. 'ALI BIN ABI THALIB  
'Ali bin Abi Thalib RA dilahirkan di Makkah tahun 598 Masehi. Ali adalah orang yang pertama masuk Islam dari golongan anak-anak. Ali terkenal orang yang sangat berani, ahli siasat perang, dan cerdas. Pada ketika peristiwa hijrah, 'Ali tidur di atas tempat tidur Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.  Sehingga, para tentera Quraisy yang mengepung rumah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, mengira Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam masih berada di dalam rumah. 'Ali wafat pada tahun 40 Hijrah, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam dengan pedang yang beracun setelah solat shubuh. Beliau meninggal dalam usia 63 tahun dan memegang jawatan khalifah selama 4 tahun 9 bulan. Beliau di makamkan di Kufah, Irak.

5. THALHAH BIN ADDULLAH
Thalhah bin Abdullah dikenal sebagai salah satu konsultan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.  Beliau berasal daripada suku Quraisy.

Ketika berlakunya perang Uhud, Thalhah telah ikut serta. Dalam peperangan tersebut beliau menderita kerana luka parah. Dia menjadikan dirinya sebagai sebuah perisai bagi  melindungi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengalihkan panah yang akan mengenai diri Nabi dengan tangannya. Sehingga semua jari-jarinya putus. Thalhah wafat pada 36 H atau 656 M. Beliau syahid ketika mengikuti perang Jamal.

6. ZUBEIR BIN AWWAM 
Zubeir bin Awwam termasuk golongan yang pertama masuk Islam (as-sabiqun al-awwalun). Usianya pada  ketika itu baru berumur 15 tahun. Pembelaannya terhadap Islam begitu nyata. Zubeir tidak pernah tertinggal dalam berbagai pertempuran bersama kaum muslimin. Beliau  selalu berada di barisan hadapan medan peperangan. Sekujur tubuhnya terdapat luka dari hasil peperangan. Beliau sangat dicintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.  Ketika terjadi perselisihan faham di antara kaum muslimin, Zubeir tidak sedikitpun memihak yang berseteru. Ia malah berusaha menyatukannya. Zubeir ditikam ketika sedang menghadap ALLAH, beliau wafat pada tahun 36H atau 656M.

7. SA'AD BIN ABI WAQQAS
Sa'ad bin Abi Waqqas memeluk Islam saat berusia 17 tahun. Ia sangat mahir menunggang kuda dan memanah. Jika belia memanah musuh dalam peperangan pastilah tepat sasarannya. Hampir seluruh peperangan beliau sertai.

Ketika awal memeluk Islam, ibunya mengancam untuk mogok makan dan minum. Dengan harapan, Sa'ad kembali ke ajaran nenek moyang. Namun, hampir ibunya menemui ajalnya, ancaman itu tetap tidak dihiraukan oleh Sa'ad. Beliau tidak menjual keyakinannya dengan apapun, sekalipun dengan nyawa ibunya.

Pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin Khatab, Sa'ad diangkat sebagai panglima tentera. Sa'ad wafat pada usia 70 tahun (55H atau 676M). Beliau di makamkan di tanah Baqi'

8. SA'ID BIN ZAID
Sa'id adalah di antara sahabat yang beruntung. Dia masuk Islam bersama-sama isterinya, Fathimah binti al-Khattab, adik perempuan 'Umar bin Khattab. Sa'id mengorbankan segenap daya dan tenaganya untuk berkhidmat kepada Islam. Ketika memeluk Islam usianya belum genap 20 tahun.

Sa'id turun berperang bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam setiap peperangan. Beliau juga turut bersama kaum muslimin menjatuhkan dan meruntuhkan pemerintahan [singasana] Kisra Persia. Sa'id pernah diperintahkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengintip aktiviti musuh. Beliau wafat dalam usia 70 tahun (51H atau 671M) dan di makamkan di Baqi' Madinah.

9.'ABDURRAHMAN BIN 'AUF
'Abdurrahman bin 'Auf termasuk tujuh orang yang pertama masuk Islam. Beliau termasuk di antara sahabat Nabi yang mempunyai harta melimpah hasil aktiviti perniagaan. Kejayaannya tidak membuat beliau lupa diri, sebaliknya beliau selalu menafkahkan hartanya di jalan ALLAH. Bahkan saat dia diberitakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa dirinya dijamin masuk surga, semangat sedekahnya makin membara. Tidak kurang daripada 40.000 dirham perak, 40.000 dirham emas, 500 ekor kuda perang, dan 1.500 ekor unta beliau telah sumbangkan untuk perjuangan Islam.  Abdurrahman sempat berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali. Beliau wafat pada umur 72 tahun(32H atau 652M) di Baqi'.

10. ABU 'UBAIDAH BIN JARRAH
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah memberikan pernyataan tentang Abu 'Ubaidah. "Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan sesungguhnya kepercayaan umat ini adalah Abu 'Ubaidah," begitu kata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.  Abu 'Ubaidah orang yang amanah dan jujur dalam berperilaku.

Abu Ubaidah memeluk Islam melalui perantara Abu Bakar Ash-Shiddik pada awal kerasulan nabi Muhammad SAW. Beliau beberapa kali dipercaya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam untuk memimpin peperangan. Beliau wafat pada tahun 18H atau 639M.

Begitulah 10 orang  sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga melalui hadis Nabi Muhammad SAW.

2 ulasan:

  1. Insya Allah kita berusaha menuyusul mereka,,,sampai nantinya kita bisa bergabung bersama-sama dengan Rosul juga

    BalasPadam

Follow by Email